Nabi Isa a.s. (1) – Tanyalah Ustaz 17.09.2012

Ustaz Syauqi Othman


Bacaan surah Ali-Imran ayat 45-47:

Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Mariam sendiri susah hati ketika diberitakan bahawa dia akan melahirkan seorang putera. Inilah bukti kekuasaan Allah yang boleh menjadikan sesuatu yang tidak logik pada pemikiran kita. Kita wajib beriman dengan kejadian ini kerana Allah sebut cerita ini di dalam Al-Quran dan Nabi Isa termasuk dalam 25 Rasul yang wajib kita beriman dengannya.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana Nabi Isa dilahirkan?
J: Dalam ayat 59, surah Al-Imran, Allah sebut bahawa perbandingan Nabi Isa adalah seperti Nabi Adam yang Allah jadikan daripada tanah. Nabi Adam tiada ibu atau bapa dan dijadikan hanya daripada tanah.

S: Adakah Nabi Isa termasuk dalam golongan Rasul Al-Azmi?
J: Ya. Maksud Al-Azmi adalah mereka yang mempunyai kecekalan yang sangat hebat kerana menghadapi ujian yang sangat besar. Mereka ada 5 iaitu Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.

S: Apakah mukjizat yang diberi kepada Nabi Isa a.s.?
J: Mukjizat ialah satu perkara luar biasa yang diberi kepada Nabi untuk membenarkan perutusan mereka. Dalam ayat 49, surah Ali-Imran, Allah berfirman:

Daripada ayat ini dapat disenaraikan antara mukjizat Nabi Isa, yang berlaku dengan izin Allah, ialah:
  • bercakap ketika masih dalam buaian
  • menghidupkan burung daripada tanah liat
  • menyembuhkan buta, sopak
  • menghidupkan orang yang telah mati
  • mengetahui apa yang manusia makan dan simpan di rumah

S: Adakah Nabi Isa diturunkan kepada Bani Israel?
J: Ya. Allah mengutuskan Nabi Isa kepada mereka bersama kitab Taurat. Dalam kitab Injil juga diberitakan bahawa akan datang seorang lagi Rasul iaitu Ahmad atau Muhammad. Mereka mengetahui berita kedatangan Nabi Muhammad SAW dan mengenali baginda seumpama mengenali anak mereka sendiri, namun mereka menolak ajaran Nabi SAW.

S: Mengapa Nabi Isa disebut sebagai Al-Masih?
J: Ulama menyebut maksud yang kuat ialah 'orang yang menyapu' kerana apabila Nabi Isa menyapu atau menyentuh orang yang buta/sopak, mereka akan sembuh.

S: Apakah kepercayaan orang Kristian (Nasrani) terhadap Nabi Isa?
J: Mereka menganggap Nabi Isa itu anak Tuhan. Mereka percaya kepada konsep 'Trinity' dan Nabi Isa diturunkan untuk disalib (ditumpahkan darahnya).

S: Berapa lama Nabi Isa berdakwah?
J: Nabi Isa merupakan seorang yang cerdik dan tidak mengikut ajaran-ajaran pendeta zaman itu. Ketika berumur lingkungan 30 tahun, Nabi Isa diangkat menjadi Rasul dan mula berdakwah. Dakwahnya mendapat tentangan hebat daripada kaumnya dan golongan pendeta. Ada yang berkata Nabi Isa berdakwah selama 2/3/5 tahun. Setelah itu, Nabi Isa dikepung untuk dibunuh lalu Allah angkat Nabi Isa ke langit dan dia digantikan oleh seorang yang serupa wajahnya dan disalib oleh kaumnya.

S: Siapakah golongan 'hawariyyyun'?
J: Dakwah perlukan sokongan, jika Nabi SAW mempunyai sahabat, Nabi Isa dibantu oleh golongan 'hawriyyun'.

S: Nabi Isa diberikan kitab Injil. Adakah kitab ini masih relevan hari ini?
J: Hanya kitab Al-Quran yang Allah janji akan dipelihara oleh-Nya. Oleh sebab tu, kitab-kitab lain ada banyak versinya, hasil tambahan/perubahan tulisan tangan manusia. Oleh sebab itu, kitab lain tidak boleh digunakan lagi. Sekiranya ada kitab Injil atau kitab lain yang asli sekalipun, tetap tidak boleh digunakan kerana Al-Quran telah diturunkan.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab