Sukarkah Ibadah? (3) – Tanyalah Ustaz 16.09.2012


Ustaz Komander Maritim Nik Kamaruddin Yunoh


Bacaan surah As-Saaf, ayat 8-11:

Hari ini untuk menunjukkan kecintaan kepada negara. Hari ini juga hari Angkatan Tentera Negara. Nabi SAW mengatakan ada dua mata yang tidak akan disentuh api neraka – mata yang menangis kerana takutkan azab Allah dan kedua – mata yang menjaga persempadanan dan keselamatan negara. Namun, untuk menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah, mestilah memenuhi 5 syarat:
  1. Niat kerana Allah
  2. Pekerjaan yang dibenarkan syarak
  3. Perlaksanaanya mengikut syarak
  4. Tujuan mengikut syarak
  5. Tidak meninggalkan ibadah wajib

Hasan Al-Basri ada berkata – ada dua titisan yang Allah sangat cintai Allah iaitu: 
  • Pertama: titisan air mata di malam yang gelap untuk menangisi dosa, bertaubat  dan mengingati Allah. Sebenarnya untuk bangun menangisi dosa ini tidak susah pun dan tidak perlu berwudhuk. Wudhuk itu untuk solat, tanpa solat sekalipun kita masih boleh muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah.
  • Kedua: darah yang mengalir untuk mempertahankan negara. Tetapi tak semestinya menggunakan senjata sahaja untuk mempertahankan negara, bahkan menggunakan pena dan kata-kata pun boleh juga.

Kesimpulan:
Saya minta maaf atas kekurangan yang berlaku. Teruskan usaha menambah ilmu dalam majlis seperti ini.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Jika kita tidak dapat tidur dahulu untuk  bangun melakukan solat sunat tahajjud kerana tugas, apakah solat sunat lain yang boleh dikerjakan?
J: Nabi SAW tidak mewajibkan tidur sebelum solat sunat tahajjud. Cuma, jika tidur sebelum adalah lebih baik kerana ianya akan menambah kesukaran untuk mendirikannya. Apabila lebih sukar, lebih banyak pahala yang Allah janjikan, InsyaAllah. Oleh itu, jika tidak mampu tidur sebelum itu, solat sunat tahajjud boleh juga didirikan selepas sepertiga malam.

S: Apakah hukum bertugas menjaga keselamatan negara, tetapi meninggalkan ibadat yang wajib kepada Allah?
J: Tidak boleh, seperti yang telah diterangkan, segala bentuk pekerjaan sekalipun perlu menepati 5 syarat ibadah seperti di atas.

S: Bila seseorang meninggal, keluarga buat kenduri 3, 7, 40 dan 100 hari. Bolehkan duit si mati digunakan untuk tujuan ini?
J: Ada perkara yang dilakukan kerana adat dan ada yang dibuat kerana ibadat. Apa yang membezakannya ialah niat. Kenduri, bacaan tahlil dan Al-Quran boleh dilakukan jika niat kerana Allah, dan tidak menggunakan duit si mati, tetapi tidak boleh dibuat kerana mengikut ketentuan hari-hari tertentu. Nabi SAW dan sahabat tidak pernah melakukan perkara sebegitu.

S: Susah senangnya melakukan ibadah bergantung kepada diri sendiri. Apa pandangan ustaz?
J: Saya setuju,, namun kita perlu lihat tujuan kita melakukan ibadat. Adakah kerana untuk mendapatkan sesuatu? Ibadah ada 3 kategori:
  1. Tijari – beribadah untuk mendapatkan imbuhan seumpama orang bekerja untuk mendapat gaji.
  2. Sibbiyyi – ibadah kebudak-budakan iaitu ibadah orang yang takut azab Allah.
  3. Hurri – ibadah orang yang merdeka dan bersyukur. Inilah yang Nabi SAW jawab apabila ditanya Aisyah kenapa Baginda beribadah sehingga bengkak kakinya sedangkan Nabi SAW telahpun diampunkan segala dosanya. Nabi beribadah  untuk menunjukkan tanda kesyukuran kepada Allah. 
Sebagai permulaan, tiada masalah jika kita bermula dengan peringkat pertama, tingkatkan keikhlasan dan semoga lama-kelamaan akan menaik kepada tingkat yang seterusnya.

S: Saya ragu-ragu untuk bersedekah kerana terkenangkan kes-kes sindiket yang banyak dilaporkan di akhbar. Mohon ulasan ustaz.
J: Dalam rezeki yang kita miliki, terdapat sebahagian milik orang lain. Hak kita cuma apa yang kita belanjakan untuk diri sendiri.  Harta yang kita simpan belum tentu akan jadi milik kita. Lebih baik jangan terlalu berkira dan berikan sedekah. Semoga sedekah kita diterima Allah sebagai saham di akhirat.

S: Ada yang berpendapat kesukaran melakukan ibadah itu sebagai qada’ dan qadar ke atas diri mereka. Adakah wajar perbuatan ini?
J: Allah bekalkan akal dan nafsu kepada manusia. Manusia mesti menguasai akal dengan ilmu agar mereka dapat beribadat kepada Allah. Kumpulan ini termasuk dalam kumpulan ‘Jabariyyah’ yang tidak mahu berusaha dan tidak termasuk dalam kumpulan ahli sunnah wal jamaah.

S: Ada seorang itu tidak meninggalkan ibadah wajib sunat. Namun, dia berpangkat tinggi, dan menggunakan pangkat untuk menerima rasuah dan berzina? Bagaimana dengan orang ini?
J: Orang ini melakukan suruhan dan larangan Allah. Oleh itu, perlu dikaji adakah ibadah yang dilakukan itu sempurna? Nabi SAW pernah bersabda bahawa mana-mana daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, nerakalah yang layak kepadanya. Oleh itu, sebelum beribadat kita perlu periksa sumber pemakanan. Selain itu, perkara bersuci seperti wudhuk, mandi wajib mesti dilakukan dengan baik. Sebagai peringatan kepada semua – Ketika mandi wajib, lelaki dan perempuan perlu duduk untuk meratakan air ke seluruh bahagian tubuh. Tidak cukup dengan berdiri semata-mata. Begitu juga dengan rukun-rukun ketika solat – adakah sempurna? Kadang-kadang nampak sempurna pada zahirnya saja.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab