Tarbiyah Halal (1) – Tanyalah Ustaz 10.05.2013


Ustaz Mohd Amri Abdullah


Bacaan ayat 168-170, surah Al-Baqarah:

Tarbiyah ialah proses pendidikan dan mengubah daripada apa yang salah kepada yang betul.

“You are what you eat” - untuk melahirkan generasi yang hebat, ianya bergantung kepada apa yang kita makan. Oleh itu, jika memakan sesuatu boleh mendatangkan penyakit, ianya tidak menepati konsep toyyibah.

Ibnu Abbas mengatakan bahawa tidak akan diterima solat orang yang makan daripada sumber yang haram. Doa seseorang juga akan ditangguhkan maqbulnya jika seseorang makan makanan tidak halal. Makanan haram juga akan memberi kesan kepada rohani seseorang. Kajian kami menunjukkan, antara punca orang mempunyai penyakit rohani ialah gaya pemakanan. Ramai orang hari ini yang ingin cepat saja dan makan makanan 'fast food'. Jika pasti halal tiada masalah, tetapi jika tidak bagaimana? Tambahan pula ada banyak bahan kimia yang digunakan sebagai penambah perisa ataupun perisa tiruan hari ini

Senarai soalan dan jawapan
S: Bagaimana mencari rezeki yang halal?
J: Mencari rezeki yang halal ialah satu kewajipan. Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Oleh itu, kita wajib belajar cara untuk mencari rezeki yang halal. Bagi perkara yang tidak jelas halal/haramnya, itu termasuk perkara syubhah. Perkara sebegini lebih elok dijauhi.

S: Bolehkah membaca Al-Quran yang ada terjemahan tanpa wudhuk?
J: Sekiranya terjemahan lebih banyak, dibolehkan. Tetapi lebih afdhal ialah berwudhuk sebelum membaca Al-Quran sebagai menghormatinya.

S: Apakah kategori makanan yang diiktiraf halah apabila sudut kebersihan tidak di ambil berat?
J: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Konsep halal bukan sekadar pada bahan mentahnya sahaja tetapi perlu meliputi cara penyediaanya juga - “from farm to table”.


S: Apa komen ustaz pada orang yang makan di kedai yang tidak mempamerkan logo halal?
J: Permohonan sijil halal bukanlah sesuatu yang wajib kepada restoran. Saya tak boleh mengatakan yang tidak mempunyai sijil halal itu tidak halal, tetapi ianya termasuk dalam hal syubhah dan perkara ini seeloknya dijauhi.

S: Apakah bentuk logo rasmi Jakim?
J: Bentuknya seperti di atas, tetapi warnanya tidak kisah. Ikut suka pemohon sijil tersebut.

S: Adakah pemilikan harta juga termasuk dalam konsep halal dan toyyibah.
J: Walaupun Allah sebut, “Makanlah apa yang halal”, ianya turut merujuk kepada harta yang digunakan – oleh itu perlu bersumberkan daripada yang halal dan dipergunakan untuk tujuan yang baik.

S: Bolehkah pihak Jakim mewajibkan agar premis perniagaan menyediakan ruangan barangan halal agar pengguna tidak perlu memeriksa sendiri?
J: Pasaraya besar seperti Tesco, Mydin, Giant memang mewajibkan adanya logo halal untuk barangan-barangan mereka. Ada yang menggunakan logo halal Jakim dan ada juga logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Namun, saya akui ada juga produk yang tiada logo halal, dan oleh itu, pengguna perlu ambil cakna dan memainkan peranan mereka. Pihak Jakim tidak mempunyai kuasa mewajibkan peniaga mempamerkan logo halal.

S: Mohon ustaz jelaskan status ikan kembung rebus.
J: Semua haiwan dalam air halal, kecuali yang beracun, memudaratkan, atau memabukkan manusia. Jika ikan itu besar dan najisnya terlalu banyak dan dimasak sekali, ianya boleh menjadi haram. Tetapi jika najisnya sedikit, di maafkan. Sekiranya najis itu menjijikkan ikan tersebut, maka ianya menjadi haram.

S: Saya lihat penyedia makanan tidak membersihkan telur dengan sempurna. Mereka hanya merendam sahaja. Mohon ustaz terangkan cara yang betul.
J: Telur perlu dibersihkan dengan air yang dilalukan dan dipastikan tiada kotoran zahir yang tertinggal. Sebagai pengguna, kita perlu melihat sekiranya telur masih berada di dalam sarangnya, maka baisanya telur itu tidak dibasuh. Sekiranya telah diubah bekasnya, maka kita boleh yakin dia telah mencucinya. Islam tidak pula menyuruh kita pergi menyoal bagaimanakah cara telur itu dicuci.

Online chat – Jawapan oleh Ustaz Mohd Rafizal
S: Salam ustaz, jika berada di luar negara, bolehkah makan makanan halal di restoran yang turut menyediakan makanan tak halal? Jzkk.
J: Wa'alaikumussalam.. Sekiranya penyediaan makanan itu seperti tempat masak dan sebagainya tidak bercampur,maka dibolehkan.. Apabila tempat penyediaannya becampur dan menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dengan sifat halalnya , maka eloklah dijauhkan,kerana itu yang dituntut dlm Islam.

S: Salam. Ibu saya bertanya, bolehkah menggunakan product SebaMed buatan Germany seperti shampoo? Adakah ia halal?
J: Sebarang produk dari luar negara terutama produk2 makanan yang mana tertera padanya logo halal daripada negara tersebut,maka ianya insya Allah boleh digunakan.Malah terdapat juga logo2 halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

S: Assalamualaikum ustaz. Setiap hari saya masuk kerja pukul 8am tetapi selalu lewat kerana menonton Tanyalah Ustaz. Bolehkah begitu?
J: Kerja tuan adalah suatu amanah dan amanah itu adalah wajib ditunaikan.Maka,seharusnya dan semestinya hendaklah diutamakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada tuan.

S: Salam Ustaz M Rafizal. Adakah semua buah-buahan kering halal dimakan. Bagaimana pula kuaci yang diproses dengan penambahan bahan meragukan.
J: Kaedah islam amat mudah Tuan...iaitu apabila kita mengetahui dengan yakin bahawa proses pembuatan makanan tersebut dicampur dengan bahan2 yang tidak halal atau meragukan,Maka tinggalkan makanan tersebut.Sebab itu,disarankan kita memilih makanan yg ada logo halal agar lebih mendatangkan keyakinan.

S: Salam ustaz saya membuat penghantaran barang ke kedai runcit apakah kah hukumnya saya menghantar barang kekedai pemilik bukan Islam?
J: Tidak ada masalah,kerana ianya termasuk dalam bidang tugas dan tanggungjawab kerja yg diharuskan syarak,selagi mana tidak bersangkut paut dengan perbuatan maksiat dan syirik kepada Allah swt..

S: Salam ustaz, adakah merokok itu haram? kerana ia jelas boleh memudaratkan kesihatan seseorang.
J: Sudah jelas dan terang,bahawa merokok adalah diharamkan dalam Islam kerana ia memudharatkan kesihatan tubuh badan.Malah ianya juga telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kebangsaan.

S: Salam ustaz saya nak tanyaa adakah kedai2 yg menjual bahan2 membuat kek & pastry ada mendapatkan sijil halal & juga dipantau oleh Jakim?
J: Mana2 produk yang padanya terdapat logo halal JAKIM , maka ianya adalah halal dan lebih yakin digunakan tanpa ada rasa was-was.Untuk maklumat lanjut,sila rujuk laman web JAKIM untuk senarai penuh makanan dan premis yang mendapat logo Halal JAKIM.

S: Salam, saya ingin bertanya berkenaan status halal vaksin. adakah semua vaksin yang ditetap oleh KKM halal?
J: Terdapat sesetengah vaksin yang tidak halal dan tidak boleh digunakan.Sila rujuk laman web JAKIM untuk senarai vaksin tersebut.

S: Salam,saya bekerja dalam bidang phantaran, minggu lepas majikan saya suruh hantar arak ke premis2 spt hotel dll, tetapi saya enggan. Betulkah tindakan saya?
J: Sepatutnya begitulah. Jika saudara boleh mengelak untuk menghantarnya,maka wajiblah dielakkan. Ini kerana penghantar Arak termasuk dalam 10 golongan orang2 yang dilaknat oleh Allah swt dalam bab Arak.

S: Salam ustaz. boleh ustaz jelaskan dengan lebih lanjut mengenai Syubhah.
J: Secara ringkasnya,syubhat ialah percampuran antara halal dan haram.Ia juga diistilahkan sebagai ketidak pastian samada produk itu halal atau tidak.Maka seharusnya apabila tidak yakin dengan tahap halal sesuatu produk,maka hendaklah ditinggalkan.

S: Salam, bolehkah kita menggunakan pinggan mangkuk yang pernah digunakan bersama makanan tidak halal - contohnya untuk sarapan di hotel di luar negara? Jzkk.
J: Dibolehkan,kerana apa yang pasti walaupun ianya digunakan oleh non muslim, maka ianya telah menjadi suci dan bersih sekiranya dibasuh walaupun hanya dengan sabun dan air.Begitu juga kita tidak mengetahui dengan yakin dan jelas, adakah pinggan itu yg digunakan untuk makanan2 tidak halal.

S: Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya berkenaan logo halal Starbuck,di Starbuck terdapat logo halal yang dipamerkan, tetapi ada yang menyatakan Starbuck tidak halal?
J: Setiap premis yang memperolehi logo halal JAKIM yang sah, maka ianya dikategorikan sebagai halal dan boleh menjamu selera disitu...Insya Allah.

S: Salam ustaz,sekiranya kita pernah termakan makanan haram, bagaimanakah caranya untuk menyucikan diri daripada makanan yang telah mengalir didalam tubuh badan itu?
J: Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Maka kaedah yang terbaik ialah dengan bertaubat kepada Allah serta berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut. Tidak perlulah menyamak atau membasuh perut dan usus dengan air tanah, kerana ianya jelas tiada dalam Islam serta boleh memudharatkan diri.

S: Ustaz, adakah hotel2 yang terdapat di Labuan mempunyai sijil halal?
J: Sila rujuk laman web JAKIM untuk senarai penuh hotel yang mendapat Logo Halal JAKIM.

S: Assalamualaikun ustaz. Betulkah ribena dan coke mengandungi alkohol? Dan kenapa jakim tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yg mengunakn sijil jakim yg tipu?
J: Memang terdapat sesetengah makanan yang mengandungi alkohol ketika proses pembuatannya.Tetapi ianya adalah dibenarkan dlam Islam kerana, alkohol tersebut bukanlah alkohol yg digunakn utk proses pembuatan arak. Penggunaannya juga adalah mengikut peratusan yg dibenarkn iaitu tdk lebih 2% kandungannya.

S: Ustaz,jiran saya dikampung telah menang nombor ekor RM 300, 000.00 dan telah buat kenduri akikah, apakah hukum kita datang dan makan dalam majlis tersebut?
J: Jelasnya,setiap makanan yang bersumberkan kepada sumber yg haram, maka haram dimakan. Sekiranya kita hadir dan makan dalam keadaan tidak tahu, maka tidak mengapa..tetapi sekiranya tahu, tidak wajib untuk kita menghadiri undangan tersebut. Malah boleh membawa kpd hukum haram.

S: Salam,vaksin cucuk baby halal x?
J: Vaksin cucuk bayi adalah vaksin yang dibenarkan dan halal digunakan.. Insya Allah.

S: Salam ustaz , apa hukumnya kalau termakan benda haram?
J: Sekiranya termakan dan tidak tahu serta tidak sengaja,maka dimaafkan. Sekiranya tahu dan sengaja,maka hukumnya berdosa dan wajib memohon ampun kepada Allah swt.

S: Saya dapati pasaraya besar termasuk Tesco/Giant dll menjual "Gelatine" tanpa sijil halal. Setahu saya "Gelatine" ini memang tidak halal. Mohon p'cerahan.
J: Tidak semua gelatin yang haram. Berdasarkan fatwa majlis fatwa kebangsaan, Gelatin yang diharamkan ialah gelatin yang diperbuat daripada haiwan. Sekiranya diperbuat daripada bahan2 kimia dan sebagainya,maka ianya termasuk dalam kategori gelatin yg dibenarkan syarak.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab