Hubungan Dengan Allah & Manusia (1) - Tanyalah Ustaz 22.05.2013
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman
Bacaan surah Ali-Imran, ayat 102-104:
‘Hablun’ bermaksud tali – ada beberapa pendapat tentang
maksudnya. Antaranya ialah maknanya merujuk kepada:
- Jemaah Allah
- Islam
- Perjanjian kita dengan Allah
- Al-Quran
Seterusnya, Allah larang manusia berpecah-belah. Secara ringkasnya, ayat-ayat di atas menerangkan tentang
hubungan kita dengan:
- Allah – melalui tauhid dan ibadat
- Manusia lain – jangan berpecah-belah
Senarai soalan dan
jawapan
S: Apakah maksud hubungan manusia dengan
Allah?
J: Allah ialah pencipta kita dan kita adalah hambanya. Oleh
itu, kita mesti mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
S: Apakah maksud hubungan manusia dengan manusia?
J: Ada orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dengan
baik, tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia lain. Ini sebenarnya tidak
cukup. Dalam surah Al-Hujurat, disebutkan bahawa manusia itu hidup bersaudara.
Kita juga diberikan tanggungjawab dakwah dan ini memerlukan interaksi dengan
manusia lain. Alla menyuruh kita tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan
tidak dalam perkaran yang tidak baik.
S: Bagaimana untuk berhubung dengan Allah
SWT?
J: Allah juga ada talian-Nya iaitu 24434 J. Itulah solat. Ini menunjukkan bahawa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, kita perlu selalu bermunajat kepada Allah. Hari ini, orang ada masalah tetapi tidak mahu merujuk kepada Allah. Nabi Muhammad SAW, walaupun maksum tidak pernah lupa untuk mengadu dan merintih pada Allah. Kita perlu ingat bahawa dalam apa jua keadaannya, kita ada Allah. Oleh itu, jaga solat, jaga aurat. Jangan cari perantaraan seperti bomoh, tangkal dan sebagainya untuk berhubung dengan Allah.

S: Apakah kelebihan berhubung dengan Allah?
J: Ada banyak – antaranya Allah redha dengan kita, Allah beri rahmat, ketenangan dalam dada. Orang kaya mana sekalipun takkan dapat membeli ketenangan.
J: Ada banyak – antaranya Allah redha dengan kita, Allah beri rahmat, ketenangan dalam dada. Orang kaya mana sekalipun takkan dapat membeli ketenangan.
S: Apakah kesan tidak berhubung dengan
Allah?
J: Ada satu kisah seorang anak yang ayahnya telah berusia 80
tahun lebih tetapi enggan solat kerana beranggapan tanpa solat pun dirinya
sihat dan hartanya banyak. Orang yang terus-menerus berbuat dosa, hatinya akan
dipenuhi titik hitam dan menjadi semakin keras. Inilah yang Allah nyatakan
bahawa hati mereka akan dipalam, dipateri daripada hidayah Allah. Orang seperti
ini akan mendapat murka Allah. Walaupun dia mendapat harta dunia, tetapi di
akhirat dia akan mendapat balasan atas kemungkarannya.
S: Apakah kepentingan hubungan manusia
dengan manusia lain?
J: Ini adalah perintah Allah. Setiap kita mempunyai hak
kepada manusia lain – contohnya hak keluarga, hak jiran, hak masyarakat dan
seumpamanya. Hubungan dengan manusia juga merupakan satu jalan untuk kita
mendapat syurga Allah. Orang yang beribadat sahaja tetapi buruk akhlak dengan
manusia dengan suka hasad denga manusia lain, memutuskan silaturrahim dan
seumpamanya, maka semua pahala ibadatnya akan hilang begitu saja.
S: Mohon ustaz terangkan tentang golongan
yang muflis?
J: Suatu hari Nabi SAW bertanya, “Kamu tahu tak siapakah
orang yang muflis?”. Jawab sahabat “Orang yang tiada dinar atau dirham”.
Baginda SAW kemudian menerangkan bahawa orang yang muflis di akhirat ialah
orang yang datang kepada Allah dengan pahala solat, puasa, zakat tetapi dia
banyak masalah dalam hubungan dengan manusia. Pahalanya akan diberi kepada
orang yang disakitinya dan sekiranya telah habis pahalanya, maka dosa orang
yang disakitinya pula yang akan ditanggungnya.
S: Apakah cara terbaik menghadapi orang
yang jahat lidahnya?
J: Nabi SAW ada menyebut bahawa antara sebab orang masuk
neraka ialah lidah. Oleh itu, Nabi SAW suruh kita kawal lidah dan Allah
menyuruh agar kita banyakkan bersabar.
S: Adakah tarikat merupakan satu cara
menghubungkan diri dengan Allah?
J: “Tarikatun” maksudnya jalan iaitu mencari jalan kepada Allah. Amalan tarikat merangkumi zikir-zikir tertentu yang diamalkan secara konsisten. Selagi mana apa yang dilakukan itu berasaskan ilmu, maka boleh dilakukan.

S: Adakah warak bermaksud – duduk sendirian
dan tak bergaul dengan orang lain?
J: Bukan. Warak maksudnya ialah mematuhi perintah Allah SWT
dan meliputi hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Contoh orang yang warak
ialah Imam Nawawi. Pada suatu ketika di kampungnya ada orang menjual buah
daripada tanah waqaf. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan untuk makan buah
kerana tidak dapat dipastikan sumber mana yang bukan daripada tanah waqaf.
p/s: Salam, yang baik jom kita amalkan, yang tak baik, maafkan dan mohon teguran :)