Positif (1) – Tanyalah Ustaz 13.05.2013

Ustaz Abdulllah Mahmud


Al-Baqarah, ayat 26:


Tajuk kita ringkas sahaja – Positif. Lawannya negatif. Setiap perkara ada lawannya. Senang lawanyya susah. Oleh itu, jika senang, kita perlu ingat yang itu bukan untuk selamanya. Jadi, bila susah betul, kita pun tidaklah panik. Bagi yang susah pula, kena ingat juga yang ianya bukan untuk semalamanya juga.

Sifat negatif akan memakan diri kita dan merosakkan organ-organ dalaman yang penting seperti jantung, hati dsb. Contohnya, kita lihat jiran baru beli tv baru, tiba-tiba kita pula rasa sesak nafas.

Jangan bersangka negatif kerana kita tidak tahu bilakah waktu doa dimakbulkan. Ada banyak waktu makbul – waktu hujan turun, waktu selepas azam sebelum iqamah, dan banyak lagi. Oleh itu, lebih baik bersangka dan mendoakan yang baik-baik. Ibu-bapa perlu berhati-hati dengan kata-kata yang diucapkan kepada anak-anak. Ucapkan yang baik kerana itu akan menjadi doa kepada mereka.

Bercakap tentang kasih-sayang, kita suka sangat membenci sedangkan Nabi SAW menyuruh kita berbuat baik walaupun pada anjing. Kita pula sebaliknya, Nampak semut, kita ’spray’, nampak kucing, kita tending.  Satu petua tentang semut: Jika Nampak semut masuk rumah, jangan ‘spray’. Sebaliknya, bercakap dengan semut dan minta mereka keluar. Katakan pada semut, “Wahai semut, janganlah masuk ke rumah kami ini. Ini tempat kami beribadat dan tempat kami berehat”. In sha Allah, daripada pengalaman yang lepas-lepas, akan kelihatan semut itu bersurai keluar dan tiada lagi di rumah. Walaupun kecil, semut ini ada telinga dan mendengar kata. Semut ini haiwan yang baik kerana setiap kali bertemu, mereka akan bersalaman. Kita manusia, jika bertemu, salam sekali sahaja, jika berpusing dan bertembung lagi, kita tidak akan salam lagi. Tetapi semut tidak begitu, jika 10 kali bertembung semula, maka 10 kalilah akan bersalaman.

Senarai soalan dan jawapan
S: Mohon penjelasan mengapa orang lebih mudah membuat tanggapan negatif berbanding positif?
J: Sememangnya manusia lebig cenderung untuk berfikiran negative.

S: Berdosakah jika bersangka buruk pada seseorang tetapi tidak memberitahu orang lain?
J: Ya, tetapi berdosa. Ada satu kisah tentang seorang tukang mandi mayat. Suatu hari, dia bertemu satu mayat yang sungguh cantik rupanya. Melihatkan itu, dia menyangka bahawa mayat itu banyak melakukan dosa kerana rupanya yang cantik, namun dia tidak menyebut atau menyampaikan kepada orang lain. Tiba-tiba ketika membersihkan mayat, tangannya terlekat pada kemaluan si mati dan tidak boleh dilepaskan. Kisah ini sampai kepada Nabi SAW dan baginda datang bertanya apa yang telah dilakukannya. Katanya tiada apa-apa. Kemudian Nabi SAW bertanya apakah sangkaan dia kepada si mati itu. Tukang mandi itu pun menceritakan sangkannya. Nabi SAW pun berkata yang dia telah melakukan dosa kepada si mati dan perlu beristighfar untuk memohon keampunan. Setelah meminta maaf, barulah tangannya terlepas. Daripada kisah ini dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa sangkaan itu perlu dijauhi.

S: Bolehkah kita menyembunyikan kesalahan orang lain?
J: Boleh, sekiranya kesalahan itu tidak memudaratkan orang lain.

S: Selepas solat jenazah, imam akan bertanya, “Apakah keadaan mayat ini?” dan kita jawab, “Baik”. Mohon penjelasan ustaz.
J: Betul, ini bertujuan untuk membantu mayat itu. Apabila kita sebut, “Baik”, in sha Allah akan diampunkan dosanya. Jika dia pernah bersalah sekalipun, kita maafkan sahaja. Jika dia berhutang dan kita tahu keluarganya tidak mampu bayar, kita halalkan sahaja kerana Allah pasti akan membayarnya kepada kita. Bayaran daripada Allah tidak semestinya dalam bentuk wang juga, tetapi mungkin dalam bentuk kesihatan, keberkatan rezeki dan seumpamanya.

S: Bolehkah kita menyangka Allah tidak sayangkan kita kerana banyaknya musibah yang menimpa?
J: Tidak boleh, sebaliknya, semakin diuji, itu tandanya Allah semakin sayang kita kepada kita. Walaupun diuji, akan sentiasa ada ruang untuk kita bersyukur. Jika satu kaki patah, bersyukurlah  kaki yang lagi satu masih elok. Jika tangan patah, bersyukurlah kaki masih elok. Jika patah kaki dan tangan, bersyukurlah masih hidup dan seumpamanya.

S: Apakah maksud lintasan Rabbani?
J: Itu ialah lintasan yang baik. Contohnya, sedang kita duduk terlintas untuk buat kenduri tahlil untuk ibu-bapa. Bila datang lintasan sebegini, cepat-cepat sambut dengan melakukan apa yang terlintas tadi. Jika kita lambat, akan datang pula lintasan syaitani yang akan menghalang kita buat kebaikan itu.

S: Apakah maksud, “Allah bersama sangkaan hambanya”?
J: Sangkaan itu akan menjadi doa – oleh itu kita perlu sentiasa bersangka baik. Isteri jangan mencurigai suami dan menyangka yang bukan-bukan kerana sangkaan itu biasanya akan menjadi kenyataan. Bersangka baik dan serahkan Allah untuk menjaga suami.

p/s: Mohon maaf atas kekurangan. Yang baik jom kita amalkan, yang tak baik, sila beri teguran :)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab