Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (1) – Tanyalah Ustaz 17.05.2013

Ustaz Mustafa Kamah Hamzah

Selamat Hari Guru kepada guru-guru, pertarbiyyah-pentarbiyyah yang membawakan manusia lebih dekat kepada Allah Ta’ala.



Bacaan surah Jum’aah, ayat 1-2:


Jika tidak dikenalkan, kita takkan mengenal Allah. Oleh itu, Nabi diutuskan untuk menjadi guru dan mengajar manusia. Rasul SAW diutuskan untuk mengenalkan tentang Allah. Tiga perkara besar yang dibawa oleh Nabi SAW ialah:
  • Membacakan ayat-ayat Allah – mengenalkan Allah kepada Allah dengan mengajar tauhid kepada Allah
  • Membersihkan mereka daripada iqtikad yang sesat
  • Mengajarkan kitab Al-Quran - pengetahuan tentang Allah,  hikmah dan syariat yang ada didalamnya. 
Nabi SAW mengajar dan mendidik para sahabat. Nabi SAW juga menunjukkan contoh dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu layaklah Nabi SAW dipanggil sebagai guru sepanjang zaman. Nabi SAW juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Nabi SAW mendidik para sahabat sehingga menjadi golongan yang berjaya. Sebelum mengajar, seseorang perlu menuntut ilmu terlebih dahulu. Seorang guru mendidik seseorang daripada yang tidak tahu kepada yang tahu, mengubah akhlak daripada yang tidak elok kepada yang elok. Contohnya, Sy. Umar Al-Khattab sebelum Islam adalah seorang yang keras dan kasar, tetapi setelah pengislamnnya, beliau kerap menangis.

Jadi, bagaimana cara untuk seorang guru mendidik? Antaranya ialah:
  • Guru juga mestilah memberikan teladan yang baik, jangan pula guru buat sebaliknya daripada apa yang dikata.
  • Menyampaikan ilmu dengan bijaksana (ahli dalam bidangnya)
  • Berjaya mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik orang lain.
Guru yang berjaya bukanlah guru yang mendapat sanjungan semata-mata, tetapi ialah guru yang berjaya mengubah anak muridnya kepada akhlak yang lebih baik. Rasulullah mengajar tentang tauhid kepada Allah dan akhlak yang baik. Baginda Nabi SAW tidak pernah mengherdik sesiapa dalam mendidik. Sebagai guru terbaik, baginda SAW merupakan teladan sepanjang masa. Golongan sahabat menjadi hebat kerana memiliki guru yang hebat iaitu Baginda Nabi SAW. Oleh itu, sekiranya anak murid itu gagal, kegagalan itu bukan semata-mata kegagalan anak itu sendiri.

Seorang murid hendaklah:
  • Taat kepada guru
  • Menjaga adab dengan guru
  • Berkhidmat kepada guru – dikatakan murid yang hebat ialah murid yang banyak mendoakan gurunya. Dikatakan bahawa Imam Hambal banyak mendoakan gurunya iaitu Imam Syafie. Setelah Imam Syafie meninggal sekalipun
Manfaat bagi murid yang baik dengan guru: Mendapat ilmu, akhlak, ibadat dan mewarisi rohani gurunya.

Ilmu yang diperolehi perlu diamalkan. Apabila sudah berilmu lebih daripada guru, jangan pula memandang rendah pada guru sebelum ini. Antara akhlak terburuk seorang murid ialah memandang rendah pada gurunya.

Guru perlu juga mendoakan dan menyayangi anak muridnya. Lebih-lebih lagi kepada anak murid yang lemah pencapaiannya. Dengan ilmu yang diperolehi, kita perlu mentarbiyyah orang yang lebih dekat dengan kita dahulu iaitu keluarga kita.

Dalam kisah perang Uhud, Nabi SAW berpesan kepada pasukan pemanah agar tidak turun bukit. Tetapi apabila melihat harta ditinggalkan musuh, mereka lupa akan pesan Nabi SAW dan turun juga dan menyebabkan kekalahan pihak Islam. Allah SWT kemudian berfirman agar Nabi SAW tidak marah dan berlembut kepada mereka dan juga meminta keampunan atas kesalahan mereka.


Senarai soalan dan jawapan
S: Bolehkah ustaz memberikan contoh Nabi SAW mendidik dengan akhlak yang mulia?
J: Suatu hari, seorang Badawi masuk ke masjib Nabawi dan kencing di dalamnya. Melihatnya sahabat marah dan ingin menghalau Badawi itu keluar, tetapi baginda SAW melarangnya. Baginda membiarkan dan setelah Badawi itu selesai barulah Baginda SAW menegur  yang perbuatan itu salah dan diminta dia tidak mengulanginya. Nabi SAW tidak akan marah kepada orang yang tidak tahu, bahkan Nabi SAW menunjukkan pula cara membersihkan masjid daripada najis. Badawi itu pun berjanji tidak akan mengulanginya. Ada 4 formula mentarbiyyah anak murid:
  • Tarbiyyah melalui akal – Jika ditahfiz akan diajar melalui hafalan, perbahasan dan kerja rumah
  • Tarbiyyah melalui jasmani – jikalau pendidikan pondok dahulu, anak murid akan berkhidmat kepada guru sebagai bentuk tarbiyyah jasmani. Ini penting kerana kata Ulama, akal yang sejahtera berada pada badan yang sihat
  • Tarbiyyah melalui akhlak (nafsu) yang baik
  • Tarbiyyah rohani – Guru perlu juga solat berjemaah bersama anak murid
Gabungan ini semua akan dapat mengubah anak murid menjadi lebih baik, in sha Allah.

S: Saya pernah mendengar satu ungkapan: “Jika anda seorang guru, contohilah Rasulullah yang mengajar dengan penuh hikmah”. Mohon ustaz kupaskan maksud mengajar dengan hikmah dan relevannya dengan kaedah pengajaran hari ini?
J: Nabi SAW sememangnya contoh yang terbaik. Nabi SAW bersabda, “Mulakan dengan diri kamu dahulu!”. Oleh itu, jika ingin suruh anak murid solat, guru mesti solat dahulu. Kata ulama untuk mendapat kejayaan perlu ada 3 kesungguhan – iaitu daripada ibu bapa, pelajar itu dan guru. Hikmah bermaksud ilmu yang mendalam dan diajar dengan cara yang bijaksana.  Contohnya seorang datang kepada Nabi SAW dan berkata dia suka berzina. Lalu Nabi SAW bertanya adakah dia suka jika isterinya, ibunya, anaknya atau saudara perempuannya dizinai orang. Sahabat itu tersedar dan tidak mahu berzina lagi. Nabi SAW mengajar dengan bijaksana dan akan tegas dalam hal yang memerlukan ketegasan. Antara cara yang Nabi SAW gunakan ialah:
  • Nabi SAW menjelaskan dengan suara yang jelas dan memberi peluang anak murid bertanya jika ada yang tidak jelas.
  • Adakalanya Nabi SAW juga membawa ‘alat bantuan mengajar’ untuk menarik perhatian murid.  Contohnya, pernah sekali Nabi SAW membawa sebatang kayu dan menggariskan dan mengatakan “Inilah jalan yang lurus”.
  • Nabi SAW juga banyak mengajar melalui bercerita
  • Memberi kasih-sayang kepada anak murid seperti menyayangi anak sendiri dan memberi peluang mereka mengadu sekiranya menghadapi masalah. 
S: Kita kata kita cintakan Rasulullah SAW tetapi kita tidak dapat mengikut contoh yang Baginda tunjukkan, hatta dalam hal asas seperti kebersihan dan perpaduan. Mohon ustaz terangkan?
J: Rasulullah SAW bersabda, “Nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi Nabi mewariskan ilmu”. Ilmu terdapat dalam Al-Quran dan hadis. Oleh itu, kita perlu mengikutnya secara keseluruhan. Kita tidak boleh ambil sedikit-sedikit dan mengambil bahagian yang kita suka sahaja. Barangsiapa yang mendengar satu hadis dan mengamalkannya, dia akan diberi cahaya oleh Allah SWT. Oleh itu, kita perlu mengikut sunnah Nabi semampu kita, hatta dalam perkara kecil seperti potong kuku, berpakaian putih pada hari Jumaat, memakai wangi-wangian dan sebagainya. Bagi yang mengikut sunnah, jangan pula memandang rendah kepada mereka yang tidak mengikut sunnah. Ada orang pernah berkata kepada saya, “Saya bukan tidak suka Islam, tetapi saya tidak suka kepada orang Islam”.

S: Benarkah jika seorang guru itu mengajar dengan ikhlas, dia boleh menjadi seorang yang kaya di dunia dan jutawan di akhirat.
J: Dalam surah Al-Imran, ayat 31:

Sesiapa yang mengikuti Nabi SAW, dia juga akan dicintai Allah Ta’ala dan akan berbahagia di dunia dan akhirat. Kita perlu banyakkan berdoa agar dapat mencontohi Nabi SAW dan banyakkan juga berselawat.

S: Ibu bapa kurang memberi perhatian dalam mendidik anak-anak di rumah. Oleh itu, saya berharap guru dapat mendidik anak agar solat juga.
J: Ketika ditanya bagaimana keadaan Rasulullah SAW di rumah, Aisyah r.a. berkata, “Akhlak Rasulullah ialah Al-Quran”. Maka, anak murid perlu dididik akhlaknya juga, walaupun kita sibuk sekalipun. Jika kita tidak sempat mengajar, kita perlu mencari guru yang boleh mengajarkan..

p/s: Yang baik jadikan amalan, yang tak baik, berikan teguran ;)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab