Acuan Rabbani (1) – Tanyalah Ustaz 24.05.2013


Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin


Bacaan surah Ali-Imran, ayat 79-80:
Ayat ini menerangkan bahawa Nabi-nabi tidak akan menyuruh manusia menyembah diri mereka walaupun mereka diberi kelebihan oleh Allah.

‘Rabbaniyin’ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang beriman, taat, bertaqwa, sujud pada Rabb. Mereka ini akan disayangi Rabbnya. 


Apakah acuan mereka? Allah terangkan dalam ayat berikutnya - iaitu dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab. Oleh itu, dua perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi golongan yang istimewa ialah: Kita perlu membaca DAN memahami Al-Quran. Tidak cukup hanya mengaji tetapi kita perlu mengkaji kandungan Al-Quran.

Sebagai analogi, jika kita memandu di jalan raya, ada banyak tanda isyarat. Tanda-tanda ini memberi kita panduan untuk bergerak, berhenti, berhati-hati dan seumpamanya demi keselamatan kita sendiri. Begitu jugalah agama dan peraturannya.

Apa ada dalam acuan Rabbani? Dalam surah At-Taubah, ayat 33, Allah berfirman:

Dariapada ayat ini dapat difahami bahawab ada dua perkara yang Allah berikan sebagai panduan iaitu:
  • Petunjuk
  • Agama yang benar
Seorang pakar anatomi daripada Thailand, Prof. Tejatat* merasa pelik mengapa dalam Quran dinyatakan bahawa setelah seseorang itu dibakar dineraka, kulitnya akan diganti baharu. Setelah dikaji, didapati bahawa sel yang merasa kesakitan hanya berada pada kulit dan beliau pun mengucap syahadah di atas pentas konferensi  ke-8 di Saudi Arabia.

Masyarakat Arab Jahiliyyah yang banyak melakukan kemungkaran kembali kepada kebaikan kesan diajar menggunakan acuan Rabbani iaitu Al-Quran. Al-Quran ialah acuan yang paling benar. Oleh itu, kita perlu mengkaji dan memahaminya. Segala persoalan dalam kehidupan ini ada jawapannya di dalam Al-Quran.

Alhamdulillah, kita hari ini mengajarkan anak-anak kita membaca Al-Quran dengan betul. Namun, sayangnya kita terlalu menekankan kepada makhraj huruf sahaja daripada anak itu kecil sehinggalah pencen! Padahal Allah inginkan agar kita mentadabbur Al-Quran. Tanpa pemahaman yang betul menyebabkan kita banyak silap langkah dalam mengambil tindakan.

Al-Quran Allah turunkan sebagai petunjuk dan landasan agama yang benar. Oleh itu, kita perlu mengaji dan mengkaji, menjadi al-hafiz dan al-faham.

Senarai soalan dan jawapan
S: Mohon ustaz huraikan maksud ayat surah Ar-Rahman kerana ramai manusia sengaja buat maksiat dan mengharapkan sifat Ar-Rahman Allah sedangkan Allah itu Maha tegas dalam hukumannya.

J: Dalam surah Ar-Rahman, ayat kedua, Allah nyatakan yang Allah mengajarkan Al-Quran kepada manusia. Oleh itu, falsafahnya, kita perlu mengikut ajaran Al-Quran supaya selamat di dunia ini. Ada satu kitab bertajuk “Hadis Israiliyyat dan hadis maudu” yang boleh dijadikan rujukan agar tidak salah merujuk hadis-hadis yang tidak benar.

S: Allah Maha Esa dan tidak dapat dilihat. Jadi bagaimana untuk meyakininya, dan bolehkah melihat Allah di syurga nanti?
J: In sha Allah menurut dalil hadis, orang beriman akan dapat melihat Allah dengan izin-Nya. Namun di dunia memang kita tak dapat lihat Allah. Jadi bagaimana untuk percaya? Oleh sebab itu perlu mengikut acuan yang Allah beri iaitu Al-Quran. Dalam ayat 164, surah Al-Baqarah:
Dalam ayat ini Allah terangkan tentang seluruh penciptaan alam ini sebagai bukti tentang kewujudan Allah. Oleh itu, dengan mengkaji penciptaan alam, kita akan berjumpa banyak keajaiban tentang penciptaan dan ianya akan membuat kita berfikir bahawa di sebaliknya mesti ada Penciptanya.

S: Mengapa dalam Quran Allah membahasakan dirinya “Kami” sedangkan Allah itu Esa?
J: Oleh itu dalam belajar bahasa Al-Quran kita mesti menggunakan metodologi yang betul. Jika tidak, kita mungkin disesatkan. Dalam bahasa Arab, perkataan “Nahnu” yang diterjemah kepada “kami” boleh digunakan oleh seorang yang tinggi martabatnya, walaupun dia adalah satu. Dalam bahasa Inggeris pun begitu juga. Ada perkataan ‘royal we’ yang boleh digunakan oleh golongan istana untuk menggambarkan keagungan.

S: Apa pendapat ustaz tentang sikap kita yang mementingkan al-hafiz (hafazan) berbanding al-faham (kefahaman) Al-Quran?
J: Pada saya, anak-anak tahfiz ialah permata Negara. Saya dilantik menjadi penasihat sebuah tahfiz di Pahang dan telah membuat satu modul Ad-Dirroyah yang menekankan pemahamam Al-Quran. Menghafaz Al-Quran ada banyak kelebihannya, dan kita tambah baik lagi dengan menambah pemahaman pula. Perkara yang baik, kita tambah baik lagi.

S: Pada zaman dahulu, Allah banyak beri balasan serta-merta atas dosa manusia. Tetapi hari ini tiada lagi bukti akan azab kepada mereka yang melakukan dosa , adalah Allah masih memberi peluang bertaubat?
J: Inilah sifat Ar-Rahman Allah. Allah tidak terus mengazab hamba-Nya yang berbuat dosa, sebaliknya Allah memberi peluang bertaubat. Sama juga pada zaman dahulu. Umar AL-Khattab, Khaled Al-Waled juga pernah menentang Islam tetapi diberi peluang untuk bertaubat dan memeluk Islam. Allah beri beberapa kali peluang tetapi jika mereka masih melampui batas barulah Allah akan mengazab mereka. Dalam contoh kisah Nabi Nuh, Allah beri masa sehingga seribu tahun untuk berdakwah, bahkan Nabi Nuh berdakwah tidak berhenti siang dan malamnya, barulah datang banjir besar yang sekali cuma. Dalam kehidupan kita hari ini, Allah belum menghukum kita tetapi kita perlu peka dengan amaran-amaran Allah melalui bencana seperti banjir, tsunami dan seumpamanya.

p/s: Jom sama-sama mengaji dan mengkaji... :)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab