Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012


Anak Tak Sah Taraf (2) – Tanyalah Ustaz 27.12.2012
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim


Bacaan ayat 2-4, surah An-Nur:

Alhamdulillah kita saling ingat-mengingati kepada jalan Allah.

Hukuman hudud bagi orang berzina adalah sangat berat. Hukuman ini jika dapat dijalankan, tanpa rasa belas kasihan, pasti tidak akan ada lagi kes zina, In sha Allah. Siapa yang menjaminnya? Allah SWT yang menjaminnya.

Senarai soalan dan jawapan:

S: Bagaimana nak tahu anak dalam kandungan itu sah taraf atau tak?
J: Pada zaman dahulu, jika sepasang teruna dan dara ditangkap khalwat, mereka akan dipaksa kahwin pada malam yang sama. Perbuatan ini bagus sebenarnya, kerana katakan wanita telah hamil selama 2 bulan sebelum bernikah. Maknanya anak itu akan berada dalam perut ibunya yang telah berkahwin selama 7 bulan (lebih daripada 6 bulan), dan anak itu menjadi sah tarafnya. Jika anak itu berada dalam perut ibunya yang berkahwin kurang daripada 6 bulan, dia menjadi tidak sah tarafnya. Jika ibu yang berzina kekal tidak bernikah, maka anak itu kekal tidak sah tarafnya. Ini adalah fatwa yang digunapakai di Malaysia. Di Arab Saudi pula, fatwa di sana menyatakan yang anak itu tetap tidak sah tarafnya, walaupun ibunya telah bernikah.

S: Apa yang ibu bapa perlu lakukan jika mendapati anak mengandung anak luar nikah?
J: Pesanan Syeikh Abdul Karim Zaiddan apabila berlaku perkara sebegini ialah:
  • Ibu bapa perlu tutup aib ini (tututp mulut). Jika nak tanya tentang hukum, tanya ustaz yang amanah.
  • Cari lelaki yang berzina dengan anak dan minta mereka berkahwin.

Allah itu suka kepada mereka yang menutup aib. Oleh itu, jangan disebarkan cerita tentang zina yang berlaku. Masyarakat pula jangan sibuk-sibuk mengira tarikh orang berkahwin dan mengandung. Tutuplah aib orang lain, In sha Allah akan ditutup pula aib kita dan keluarga kita kelak di akhirat.

S: Bagaimana perwarisan harta antara anak zina dan ibu bapanya?
J: Anak tak sah taraf hanya boleh mewarisi harta ibunya. Adik-beradik yang lahir daripad ibu yang sama juga boleh mewarisi sesana mereka. 'Ayah' (Penzina lelaki) tidak mempunyai apa-apa bahagian.

S: Bolehkah perempuan yang dirogol/berzina berkahwin?
J: Ada 2 pandangan, dan pandangan yang kuat yang kita di Malaysia pegang ialah:
Boleh berkahwin dengan syarat kandungan belum berumur 3 bulan demi menjaga maslahat anak. Jika kandungan sudah lebih 4 bulan, tak boleh berkahwin dan kena tunggu sehingga selesai melahirkan. Anak pula perlu dibin/bintikan kepada Abdullah.

S: Bolehkah anak tak sah taraf berkahwin dengan anak sah taraf?
J: Boleh, tiada masalah. Yang penting akhlaknya, agamanya adalah baik.

S: Bolehkan wanita berzina berkahwin dengan lelaki soleh?
J: Boleh, kerana seorang sahabat pernah berjumpa Nabi SAW dan menceritakan bahawa ada seorang wanita yang tak pernah menolak orang yang mengajaknya berzina. Nabi suruh menceraikan perempuan tersebut. Katanya tak boleh, kerana dia sayang kepada isterinya itu. Lalu Nabi SAW suruh dia menegur isterinya dan tidak menjadi lelaki dayus. Lelaki dayus ialah lelaki yang membiarkan isteri dan ahli keluarganya melawan perintah Allah.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab