Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak (2) - Tanyalah Ustaz 29.11.2012


Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek 


Bacaan surah An-Nasr:

Apabila tibanya pertolongan Allah tiba, maka Nabi Muhammad SAW dapat masuk ke Mekah tanpa berlakunya pertumpahan darah sedikitpun. Oleh itu, dalam setiap masalah yang kita hadapi, mintalah pertolongan pada Allah. Ajar Ajarkan anak-anak intipati Al-Quran dan kisah-kisah Nabi dan para sahabat.

Permulaan terbaik untuk mendidik anak ialah ketika mengandung, iaitu dengan mengamalkan:
  • Banyakkan membaca atau memperdengarkan Al-Quran (bagi yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan lancar)
  • Banyakkan berdoa untuk kebaikan anak
  •  Ibu bapa perlu kurangkan melakukan dosa, dan banyakkan amal kebaikan
  • Ketika anak lahir, jangan lambat-lambatkan azan. Seelok-eloknya ketika hampir-hampir dikeluarkan (ketika isteri sedang meneran) atau ketika masih disaluti darah. Jangan lambat dan tunggu dibersihkan oleh jururawat kerana dikhuatiri perkataan pertama yang didengari ialah kata-kata jururawat tersebut.
  • Jangan lupa aqiqahkan anak, tahnikkan anak, dan khitankan anak.
  •  Jangan selalu marah anak kerana kita tak tahu saat mata malaikan mengaminkan doa kita yang boleh menjadikan anak itu anak derhaka.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Bolehkah dikatakan bahawa anak tidak berjaya kerana kegagalan ibu bapa mendidiknya?
J: Kadang-kadang boleh jadi betul, tetapi tak semestinya silap ibu bapa semata-mata. Tetapi lebih baik jangan cakap orang begitu, kerana takut-takut Allah terbalikkan ujian sebegitu kepada kita pula. Lebih baik pujuk hati kita daripada mengata orang lain. Apa yang lebih baik untuk dilakukan adalah untuk mendoakan kebaikan dan hidayah untuk mereka.

S: Bagaimana untuk membetulkan kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak?
J: Ramai ibu bapa yang tidak mempunyai ilmu keibubapaan sebenarnya. Majoriti ibu bapa mendidik anaknya dari segi keduniaan sahaja, dan meninggalkan ilmu akhirat. Kepada ibu bapa yang sudah tersilap, mengaku silap dan turunkan ego dengan minta keampunan kepada Allah dan mohon bantuan untuk memperbaiki cara mendidik anak. Berdoa dahulu kepada Allah, In sha Allah akan datang ilham daripada Allah. Kemudian minta maaf pada anak dan mohon keampunan juga untuk anak kepada Allah. Semoga Allah melembutkan hati anak-anak untuk berubah.

S: Mohon pandangan ustaz dengan ibu bapa yang suka bergaduh dengan memaki – hamun di hadapan anak-anak, dan juga memaki-hamun anak-anak?
J: Ibu bapa, tolong jangan maki-hamun anak-anak kerana perkataan mereka adalah doa. Kenapa nak marah sedangkan mereka adalah anak kita dan akhlak dan perbuatan mereka adalah hasil didikan ibu bapa sendiri. Tegur anak dengan bijaksana atau guna ‘reverse phychology’, contoh jika dia balik lambat, ucapkan “Alhamdulillah, balik juga kamu”. Nasihat biar pendek, tetapi berkesan.

S: Adakah keterlibatan anak-anak dengan masalah sosial adalah kerana kegagalan ibu bapa mendidik?
J: Ada yang betul, ada yang tidak. Pertama – betul jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak tentang dosa/pahala, neraka/syurga. Bacakan surah Al-Furqan untuk menceritakan suasana perit di neraka kepada anak-anak. Ajar anak-anak baca dan hafal Al-Quran. Apa yang diajar ketika kecil akan kekal bersama anak-anak sehingga mereka tua. Kedua – ada anak-anak yang dididik dengan baik tetapi kemudiannya terpengaruh dengan rakan-rakan, teknologi dan persekitaran, terutamanya setelah mereka remaja.

S: Bolehkah merotan anak-anak?
J: Boleh, tetapi perlu cara yang betul. Jika anak umur 7 tahun tidak solat contohnya, boleh dirotan di belakang badan, atau pada tapak kaki. Namun, sebagai alternatif, jika anak ada buat silap, minta mereka lakukan solat taubat dan mohon keaampunan pada Allah. Hukum anak dengan berpuasa sunat, menghafal surah-surah tertentu dalam Al-Quran.

S: Bolehkah berleter pada anak?
J: Apabila berleter, akan ada bersamanya jin kafir yang akan mengapi-apikan keadaan. Jangan berleter pada anak di bawah 15 tahun. Jika anak ada buat kesilapan besar yang perlu ditegur, boleh berleter tapi untuk 5 minit sahaja, bukannya sepanjang hari. Banyakkan sebut “Astaghfirullah’ daripada mengungkit perkara yang telah berlaku.

S: Bolehkah marah anak depan adik-beradik atau saudara-maranya?
J: Tak boleh. Jika nak marah, marah semuanya sekali sekaligus. Jika kita marah salah seorang saja, ada kemungkinan kita berlaku tidak adil dan mungkin juga mewujudkan permusuhan antara anak dan adik-beradiknya pula.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab