Rezeki Berkat (2) - Tanyalah Ustaz 13.11.12
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Al-Qasas, ayat 77 dan 78:
Syukur Allah memberi kita kekuatan
untuk terus saling ingat mengingati. “Sesungguhnya ingat-mengingati
itu ada banyak manfaatnya”. Setelah berpagi-pagi dengan solat Subuh
berjemaah, dan disambung pula dengan menghadiri majlis ilmu
InsyaAllah akan memberi keberkatan dalam kehidupan kita semua.
Allah tidak melarang kita mencari
kekayaan dunia, isteri dan anak-pinak yang ramai. Itu semua dijadikan
Allah sebagai perhiasan kita di dunia. Semuanya dibolehkan asalkan
kita tidak melupakan bekalan untuk hari akhirat nanti. Qarun dan
Firaun memiliki segala-galanya – kekayaan, isteri-isteri,
anak-pinak yang ramai dan pengikut yang suka mengampu. Semua
kelebihan itu menjadikan Qarun dan Firaun sombong dan melupakan Allah
Taa'la. Janganlah kita menurut jejak-langkah mereka yang kufur kepada
Allah ini.
Pesanan:
Tolonglah sokong rancangan-rancangan
agama sebegini untuk member semangat kepada golongan ustaz dan
ustazah agar kita bersama dapat melahirkan generasi yang lebih
baik peribadinya.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah ciri orang yang mendapat
rezeki yang berkat?
J: Syeikh Said Hawa ada menyebut dalam
bukunya bahawa beberapa tanda orang yang mendapat keberkatan dalam
rezeki ialah-
- Orang itu kaya – semakin kaya akan semakin tawadduk (lebih rajin ke masjid, lebih baik dengan jiran tetangga, lebih baik kepada ibubapa dan keluarga, dan sebagainya).
- Orang kaya yang tidak kedekut dan lebih mudah memberi kebaikan kepada keluarga dan orang sekelilingnya.
- Bersifat qanaah (mencukupi dengan apa yang ada) dan tidak akan menggunakan cara haram untuk menambah keuntungan.
- Jika berhutang, akan mudah membayarnya – Jika seseorang mempunyai duit tetapi enggan membayar hutangnya, orang itu tidak akan berkat rezekinya.
S: Benarkah orang yang sentiasa berbuat
baik kepada orang lain akan mendapat keberkatan dalam rezekinya?
J: Ada satu ungkapan, “Sebagaimana
kita buat pada orang, seperti itulah Allah akan izinkan orang lain
buat pada kita”. Jika kita buat jahat pada orang, orang akan buat
jahat pada kita. “Buatlah baik kepada manusia sebagaimana Allah
buat baik kepada kamu”. Tidak terhitung kenikmatan yang Allah
berikan kepada manusia terutamanya dengan keadaan negara kita yang
aman. Rancangan ilmu berlambak-lambak, waktu solat tidak dihalang,
tempat solat pun banyak, tempat bayar zakat pun banyak, jadi apa lagi
alasan kita untuk tidak mencari ilmu dan memperbaiki diri.
S: Apakah kaitan syukur dengan rezeki
yang halal dalam mendapat keberkatan harta?
J: Dalam Quran, ada banyak disebut
tentang syukur. Syukur ada 3 bentuk:
- Syukur kepada Allah dengan melakukan ibadat sebanyak mungkin. Bila kita (surah Ibrahim ayat 7) syukur, Allah pasti akan tambah lagi rezeki tersebut. Namun, jika kamu kufur, azab Allah sangat pedih. Azab Allah ini boleh menimpa kita di dunia dan di akhirat.
- Syukur pada manusia – Paling penting syukur pada ibu bapa atau pada orang yang memelihara kita ketika kecil. Perlu juga bersyukur kepada ibu bapa mertua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan pasangan kita. Tanpa mereka, kita tak boleh mengahwini pasangan kita.
- Syukur kepada alam – dengan tidak membinasakan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya. Contohnya – memetik pokok tanpa sebab-musabab yang sahih.
S: Betulkah rezeki yang berkat bermula
dengan niat dan azam yang betul?
J: Ya. Kebanyakan buku hadis dimulakan
oleh ulama dengan hadis Nabi yang bermula dengan “Innama 'Amalu
binniyat”. Oleh itu, kita perlu berazam untuk selalu berbakti
kepada ibubapa. Saya ada kenal ramai sangat orang kaya yang rahsia
utama mereka kaya adalah kerana berbakti kepada ibubapa.
S: Apakah prinsip untuk menjana rezeki
yang berkat?
J: Mulakan dengan niat yang baik –
contohnya berbakti pada ibubapa,
Jauhi punca-punca maksiat – jangan
campur sumber yang halal dan haram, kerana apabila bercampur,
pastinya yang haram yang akan menjadi dominan.Sifat rezeki itu
bertambah – jika berkurang itu tandanya rezeki itu tiada
keberkatan.
S: Bagaimana untuk memastikan harta
yang diperolehi dapat memberi syafaat kepada kita diakhirat?
J: Ini merupakan harapan kita semua. Dua cara utama ialah:
J: Ini merupakan harapan kita semua. Dua cara utama ialah:
- Perlu sentiasa ingat yang rezeki itu pinjaman Allah Taala, dan boleh ditarik dalam sekelip mata. Apabila Allah beri musibah – ucap Istirjak (Kami datang daripada Allah dan kepada Allah kami akan kembali). Oleh itu jangan sombong dengan harta yang dimiliki kerana Allah boleh ambil bila-bila masa saja.
- Ingat mati selalu – dalam semua keadaan mati boleh datang menjemput kita.
- Sentiasa muhasabah diri - dengan berkawan dengan orang soleh.