Rezeki Berkat (1) – Tanyalah Ustaz 12.11.12
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Al-Lail:
Alhamdulillah Allah beri kita nikmat
dan kesihatan untuk kita berkongsi ilmu dan berubah kepada kebaikan. Intipati daripada surah yang dibacakan:
Allah beri manusia malam dan siang,
Allah ciptakan lelaki dan wanita dan bermacam-macam mahkluk untuk
berkhidmat kepada kita. Sebagai balasannya, Allah ingin kita
bersyukur atas nikmat kurniaan-Nya itu. Dalam mencari rezeki, kita
perlu utamakan keberkatannya. Kita tidak boleh meminggirkan soal
keberkatan. Jika rezeki itu berkat, kebaikannya bukan mengalir
sekadar kepada keluarga dan anak-cucu, tetapi akan mengalir kepada
jiran tetangga, rakan-rakan dan seluruh masyarakat. Keberkatan akan
dapat dicari apabila kita menggunakan nikmat yang diberikan untuk
melaksanakan ibadah kepada Allah. Contohnya – mata digunakan untuk
menuntut ilmu, untuk melihat perkara yang dihalalkan, kereta
digunakan untuk ke majlis ilmu dan seumpamanya.
Keberkatan ada tanda-tandanya –
contohnya rumah yang tenang – ahlinya taat kepada Allah dengan
beribadah dan mentaati syariat Allah. Namun, jika anak-anak asyik
bergaduh di dalam rumah, cuba muhasabah diri - pasti ada silap kita
dengan Allah. Ali r.a selalu berkata, “Hisab diri kita sebelum
Allah menghisab kita”. Namun begitu, jangan pula sewenang-wenangnya
memandang masalah dan musibah sebagai tanda tiada keberkatan,
kadang-kadang ianya datang sebagai ujian dan mohonlah pada Allah akan
permudahkan jalan menyelesainya.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Ada orang ingin rezeki yang berkat
namun tidak mahu berusaha. Bagaimana untuk menasihatinya?
J: Allah takkan redha dengan orang yang
tidak berusaha untuk mengubah kehidupannya. Jangan pula tunggu rezeki
datang daripada langit. Begitu juga untuk mendapatkan ilmu pun kita
perlu berusaha.
S: Adakah hasil orang yang meminta
sedekah diberkati Allah?
J: Pertama, perlu dilihat sebab utama seseorang meminta sedekah - jika kerana dia malas, maka hukumnya haram. Tambahan pula jika seorang suami yang malas sehingga membiarkan anak dan isteri bekerja menyara keluarga. Orang ini bakal muflis diakhirat kerana anak dan isteri akan datang menuntut hak-hak nafkah mereka ketika di dunia. Kedua – jika dia buat begitu kerana rezeki yang diperolehi tidak mencukupi kerana contohnya ada ahli keluarga yang sakit – hukumnya harus kerana dia telah berusaha. Boleh juga minta bahagian daripada wang zakat.
J: Pertama, perlu dilihat sebab utama seseorang meminta sedekah - jika kerana dia malas, maka hukumnya haram. Tambahan pula jika seorang suami yang malas sehingga membiarkan anak dan isteri bekerja menyara keluarga. Orang ini bakal muflis diakhirat kerana anak dan isteri akan datang menuntut hak-hak nafkah mereka ketika di dunia. Kedua – jika dia buat begitu kerana rezeki yang diperolehi tidak mencukupi kerana contohnya ada ahli keluarga yang sakit – hukumnya harus kerana dia telah berusaha. Boleh juga minta bahagian daripada wang zakat.
S: Ketika muda, seorang rakan ada
mendapat harta daripada sumber yang haram. Sekarang, setelah tua dia
bertaubat. Bagaimana dengan status hartanya?
J: Ramai orang yang terlibat dalam kes
sebegini sebenarnya. Dalam surah At-Taubah, dihujung ayat 31, Allah
sebut bahawa Allah akan terima taubat hambanya. Ulama membincangkan
jika dahulu dia pernah menipu hak orang lain, maka wajiblah
dipulangkan hak orang tersebut. Jika orang yang ditipu telah
meninggal, cari warisnya dan berikan hak itu kepada mereka. Jika
tidak dapat mencari warisnya pula, maka sedekahkah harta itu atas
nama orang itu kepada fakir miskin. Begitu juga dengan zakat-zakat
yang tidak dibayar ketika jahil dahulu, perlu dibayar semula setelah
insaf dan bertaubat.
S: Ada orang kaya tetapi masuk
pelaburan yang haram. Adakah itu tandanya bala daripada Allah?
J: Betul, ada orang yang memulakan
perniagaan menggunakan sumber yang datang daripada perkara haram dan
berterusan begitu sehingga ke akhirnya. Namun, ada juga yang insaf
dipertengahan jalan dan kembali bertaubat kepada Allah. Dalam buku
Fiqhul Muamalat – pengarangnya menulis bahawa sebahagian ulama
silam menukilkan - “Laknat Allah tidak semestinya datang daripada
muka yang hitam, ataupun harta yang makin berkurangan”. Sebagai
contoh kaum Nabi Nuh, Nabi Lut, Nabi Syuib dilaknat kerana mereka
semua leka dengan kemewahan yang diberikan dan terus-menerus
melakukan maksiat Balasan azab Allah boleh diberi ketika didunia lagi
ataupun di akhirat nanti.
S: Saya selalu melihat rakan niaga yang
tidak amanah dan hidupnya susah di hujung hayatnya. Kenapa jadi
begitu?
J: Doa orang dizalimi tidak akan
ditolak Allah. Oleh itu, orang yang menipu orang lain takkan berjaya
hinga akhirnya. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda, “Rahmat Allah
bersama 2 orang pemegang saham syarikat, selagi salah seorang tidak
khianat kepada yang lagi seorang”.
S: Apakah tips orang yang mendapat
rezeki yang diberkati?
J: Dalam buku tulisan Syeikh Ibnu
'Ataillah As-Sakandari (ulama tasawwuf yang hebat), beliau
menerangkan 2 perkara yang perlu dilakukan demi mendapat rezeki yang
berkat:
- Sentiasa baca Al-Quran pada ayat-ayat azab - cuba fahami sebab kaum-kaum yang disebut diazab Allah. Orang yang takut azab Allah takkan berani melakukan kemungkaran.
- Set dalam minda bahawa azab Allah boleh datang bila-bila. Jika kita boleh menzalimi orang lain, bila-bila masa orang lain juga boleh menzalimi kita juga.
S: Apakah tanda seseorang mendapat
tanda rezeki yang diebrkati.
J: Tanda paling mudah ialah orang ini
tidak akan sombong. Lagi kaya, dia akan menjadi lagi pemurah. Lagi
banyak ilmu, dia akan lebih tawadduk dan lebih baik dengan orang
lain.