Terjebak Dalam Khurafat (2) – Tanyalah Ustaz 24.11.2012
Terjebak Dalam Khurafat (2) –
Tanyalah Ustaz 24.11.2012
Ustaz Sharhan Safie
Bacaan ayat 48, surah An-Nisa':
Perbuatan syirik termasuk dalam 7 dosa
besar dan menduduki di tangga teratas. Ramai masyarakat yang masih
bergantung harap kepada kuasa selain Allah. Sebaik-baik ubat adalah
dengan mengamalkan ayat Al-Quran. Nabi Ayob yang diuji dengan
kesakitan selama 18 tahun mengikut riwayat Al-Qurtubi, diberikan ayat
Al-Quran untuk disembuhkan, bukannya dengan tangkal atau azimat untuk
dipakai. Allah mengarahkan Nabi Ayub menghentakkan kaki ke bumi dan
akan keluar daripadanya air yang perlu digunakan untuk diminum dan
dimandi dengannya.
Sehebat mana pun bomoh/bidan/tangkal
yang diberikan, hebat lagi Allah Rabbul Jalil. Janganlah
mengagadaikan akidah kita semata-mata kerana benda-benda yang tak
boleh berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah.
Kepada yang sedang sakit diuji, jangan
hilang keyakinan dan harapan kepada Allah. Sesunggunhnya, Allah telah
berfirman dalam ayat 216, surah Al-Baqarah:
Khurafat banyak berlaku pada akhir
zaman kerana ianya merupakan senjata syaitan. Perbuatan syirik akan
menyebabkan manusia putus hubungan dengan Allah. Gunakanlah akal yang
dikurniakan Allah untuk memilih yang hak, dan bukannya yang batil.
Nabi Ayub diserang penyakit misteri
selama 18 tahun. Nabi Ayub diperintahkan untuk membaca ayat 83 &
84, surah Al-Anbiyaa:
Oleh itu sebagai usaha rawatan penyakit
apa sekalipun, ambil air satu baldi. Kemudian bacakan Fatihah, ayatul
Kursi, ayat 83 & 84, surah Al-Anbiyaa, dan ayat 22 dan 23,
surah Al-Baqarah seperti berikut, dan mandi dengan air itu:
Kemudian, sebagai minuman pula, ambil
air mineral dan bacakan surat Fatihah, ayatul Kursi, ayat 82, surah
Al-Isra' dan ayat 57, surah Yunus. InsyaAllah akan disembuhkan
penyakit yang dihidapi.
Ayat 82, surah Al-Isra':
Ayat 57, surah Yunus:
Ada azimat berbentuk tangkal/tali
pinggang/benang yang dipakai pada badan manusia. Namun, ada juga
susuk yang dimasukkan ke dalam tubuh iaitu contohnya susuk. Susuk ini
mempunyai khadam iaitu jin yang dipercayai menjadikan seseorang itu
kelihatan cantik/berkuasa/menarik dan sebagainya. Ramai yang
memfitnah saya kerana susuk ini. Bagi yang tidak terkena, mereka
takkan tahu. Nilailah dengan akal yang Allah berikan.
Pada mereka yang masih mempunyai
azimat/tangkal/susuk dan seumpamanya, segeralah membuangnya kerana
takut-takut bumi tak mahu menerima mayat kita nanti.
Perbuatan menyekutukan Allah sangat
bahaya kerana boleh menempa neraka Allah. Nabi SAW meninggalkan
Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam kehidupan kita.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana dengan pemakaiaan cincin
yang dikatakan ada yang serasi dengan kita, atau memurahkan rezeki?
Betulkah permata akik adalah permata jin?
J: Allah menjadikan sesuatu itu dengan
kelebihannya yang tersendiri. Walau apa pun cincin yang dipakai,
jangan percaya dengan kuasa yang ada padanya kerana ianya boleh
menjadi syirik kepada Allah. Jika ada kelebihan pun, kembalikan
kepada pencipta cincin iaitu Allah SWT. Pakailah cincin sebagai
perhiasan sahaja tanpa niat sampingan yang lain.
S: Jika berjumpa bomoh untuk
mendapatkan pelaris diri/kerjaya/perniagaan, mendapatkan azimat untuk
menundukkan seseorang atau makan ubat moden dan mengatakan kesembuhan
datang daripada ubat tanpa menyandarkan kesembuhan kepada Allah,
boleh menyebabkan terjebak dalam khurafat tanpa disedari?
J: Ya. Apabila diberi sesuatu oleh
bomoh dan dikatakan mempunyai kuasa tertentu dan kita menurutinya,
maka ianya satu perbuatan syirik. Yakinilah bahawa sebaik-baik
pelaris/pemnyembuh adalah Al-Quran. Segala sesuatu berlaku
semata-mata dengan izin Allah, seperti firman-Nya dalam surah Yasin,
ayat 82:
S: Anak perempuan saya yang sakit asma
kronik sembuh setelah dibawa bertemu perawat tradisional. Syaratnya
diminta dibawakan ayam dara seekor dan dikatakan penyakit akan sembuh
setelah ayam itu mati. Ayam itu pun mati dan anak saya sembuh dan
perkara ini berlaku 10 tahun yang lalu. Adakah ini terlibat dengan
syirik?
J: Saya nak tanya dahulu – Betulkan
ayam itu ayam dara? :). Ada 2 pilihan – jalan yang diredhai atau
dimurkai Allah. Pertama: percaya bahawa kesembuhan datang daripada
Allah dan kebetulan sahaja ayam itu mati. Kedua: jika percaya ayam
dan bomoh itu yang memberi kesembuhan, maka itu menjadi perbuatan
syirik.
S: Adakah menjadi khurafat perbuatan
melakonkan adegan-adegan khurafat?
J: Ya. Ini bukan soal yang boleh
dipermain-mainkan. Orang yang beriman menjauhi perkara seumpama ini.
Janganlah menggadaikan akidah semata-mata keuntungan dunia yang
sementara.
S: Apakah makna syirik khafi?
J: Syirik terbahagi kepada 2 – syirik
jaliyyun (secara terang-terangan). Contohnya: Firaun yang mengaku
dirinya sebagai Tuhan. Dalam riwayat dikatakan bahawa iblis pengsan
seketika kerada dia sendiri terkejut dengan pengakuan Firaun. Kedua –
syirik Khafi. Contoh – makan ubat dan percaya ubat itu yang memberi
kesembuhan, makan nasi dan percaya nasi yang beri kekenyangan. Syirik
khafi boleh berbentuk perbuatan atau perkataan, oleh itu
berhati-hatilah.
S: Ada perawat yang mendakwa mereka
boleh nampak iblis/hantu dan boleh bercakap dan berlawan dengannya.
Bolehkah mereka dipercayai?
J: Kalau dengar cerita begini, biasanya
akan semakin sakitlah orang yang sakit itu. Kaedah ini dikatakan
menurun. Apabila berlaku perkara sebegini biasanya akan berlakulah
tuduh-menuduh. Saya sendiri tidak pernah menuduh sesiapa kecuali satu
pasangan yang baru berkahwin 5 bulan yang datang menangis-nangis
kerana ingin bercerai. Isterinya dikatakan muntah-muntah dan
cirit-birit. Saya menuduh suaminya kerana sebenarnya dia mengandung.
Oleh itu, sebelum berjumpa perawat alternatif, jumpalah doktor
dahulu. Kepada 'seekers' – hentilah kerja mencari hantu yang
sia-sia itu kerana hantu bukanlah untuk dicari. Orang yang nampak
hantu adalah orang yang lemah semangatnya.
S: Orang tua selalu menakut-nakutkan
anak-anak dengan mengatakan contohnya, “Jangan main di di longkang,
nanti iblis tolak”. Adakah ini satu bentuk khurafat?
J: Ada kebenarannya, kerana iblis
memang suka tempat yang kotor. Nabi SAW juga ada berpesan agar kita
menyuruh anak kecil masuk ke dalam rumah ketika waktu senja. Itu satu
petua yang baik untuk diamalkan dan tidak menjadi khurafat.
S: Bolehkah menuduh iblis melakukan
sesuatu kejahatan?
J: Iblis merupakan makhluk yang murka
kepada Allah. Jika benar kenyataanya, bolehlah. Tetapi sebelum itu,
dapatkan rawatan dengan doktor dahulu. Jika benar gangguan iblis,
jangan pula meminta bantuan iblis untuk mengubatinya.