Senjata Syaitan (2) - Tanyalah Ustaz 12.01.2013
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Bacaan ayat 11-18, surah Al-‘Araf:
Tajuk ini adalah tajuk yang besar dalam hidup kita. Ayat
yang dibaca menceritakan perbalahan antara iblis dan Allah, dan bagaimana
berikrar untuk merosakkan manusia dan akan datang mengganggu melalui beberapa
jalan iaitu:
1. Meragukan ingatan manusia kepada akhirat – Kita semua
maklum kita perlu melalui 5 alam iaitu alah rahim, alam fana, alam kubur, alam
masyar dan kemudian kita akan hidup dalam alam syurga atau neraka. Syaitan akan
melekakan manusia sehingga manusia lupa bekalannya untuk akhirat.
2. Syaitan datang melalui belakang yang membawa kepada cinta
yang melampau kepada dunia. Kita sebenarnya semakin lama semakin meninggalkan
dunia, tetapi semakin itulah kita semakin lupakan akhirat.
3. Syaitan datang dari sebelah kanan iaitu mewujudkan
perasaan syubhat (ragu-ragu) terhadap agama. Contohnya, syaitan membisikkan –
tak perlu tutup aurat lagi kerana masih muda.
3. Syaitan datang dari sebelah kini iaitu memberikan rasa
manis dan bangga dalam maksiat yang dilakukan. Sepatutnya kita rasa malu jika
terbuat maksiat.
4 Syaitan paling mudah masuk melalui perasaan dengki dan
tamak. Perasaan dengki boleh memakan amalan kebaikan seumpama api membakar
kayu.
5. Melalui perasaan marah. Seorang lelaki datang meminta
nasihat daripada Nabi SAW, dan baginda berkata, “Jangan kamu marah”. Lelaki itu
meminta dinasihati lagi, dan jawapan Nabi SAW tetap sama, walaupun setelah 3
kali ditanya. Digalakkan juga mengucapkan “A’uzubillahiminassyaitonirrojim”.
6. Melalui makan yang keterlaluan. Oleh sebab itu Nabi
larang manusia makan terlalu kenyang di dunia, kerana dia akan menjadi orang
yang lapar di akhirat nanti. Apabila makan berlebihan, penyakit mudah datang
dan menganggu kita untuk beribadat kepada Allah.
Senarai dan soalan?
S: Bagaimana untuk menagkis senjata iblis?
J: Senjata orang Mukmin ialah doa. Oleh itu, dalam setiap
perkara yang dilakukan, niatkan ikhlas kerana Allah kerana ianya boleh membawa
kekuatan pada diri.
S: Bagiamana untuk bertaubat?
J: Manusia pasti tidak akan terlepas daripada melakukan
dosa. Nabi SAW sendiri beristighfar 70/100 kali setiap hari. Kita perlu
sentiasa segera bertaubat dan tidak putus harap pada rahmat Allah. Allah
janjikan syurga untuk orang yang bertaubat. Lazimkan diri duduk bersama orang
soleh dan berada dalm majlis ilmu agar dosa-dosa diampunkan Allah.
S: Bagaimana dengan cara hidup kita yang ketawa dengan kuat, menguap
sehingga mengeluarkan bunyi?
J: Melalui cara itulah syaitan akan masuk ke dalam tubuh
kita. Rasulullah SAW berpesan agar tutup mulut ketika menguap.
S: Senjata iblis ialah mengajak manusia kepada kejahatan. Apa pula
senjata manusia? Bolehkan syaitan dibunuh?
J: Allah beri senjata pada syaitan, tapi Allah juga beri
senjata pada manusia. Senjata kita antaranya ialah:
- Duduk bersama-sama orang yang soleh
- Sentiasa berwudhuk, sepertimana Bilal yang suka berwudhuk sehingga kedengaran tapak kakinya merata-rata di syurga
- Melaungkan azan – Dalam hadis disebutkan bahawa syaitan itu lari sehingga cirit-birit (terkentut-kentut) apabila mendengar azan.
- Membaca (atau memasang CD) surah Al-Baqarah di dalam rumah.
S: Jika seseorang sukar menghadapi sakaratul maut kerana dipercayai
membela jin/syaitan, bolehkah kita menggunakan khidmat orang yang arif untuk
membantu, atau cukup sekadar membacakan surah Yasin dan Al-Quran?
J: Apabila menghadapi sakaratul maut, manusia memang akan
diuji. Tak perlu memanggil bomoh atau seumpamanya, kerana apa yang Islam ajar
ialah:
Baca surah Yasiin, data jika sukar jug abaca surah Al-Rad. Orang yang paling afdhal membacanya ialah anak-anaknya yang soleh. Jauhkan juga unzur-unsur khurafat di dalam rumah kita.
Baca surah Yasiin, data jika sukar jug abaca surah Al-Rad. Orang yang paling afdhal membacanya ialah anak-anaknya yang soleh. Jauhkan juga unzur-unsur khurafat di dalam rumah kita.
S: Jika anak kecil dibawa keluar, dan menangis kuat ketika balik,
adakah itu tanda digangu syaitan?
J: Perkara ini ada berlaku jika bayi dibawa pada waktu senja
ke tempat-tempat maksiat. Ulama menyebut bahawa akan berlaku gangguan kerana
bayi ini adalah mahkluk yang suci. Apa yang perlu dilakukan ialah – azan
sebanyak 7 kali di telinganya. Perkara ini pernah berlaku pada zaman Nabi SAW,
dan Nabi SAW mengatakan yang bayi itu diganggu oleh syaitan yang bernama Ummu
Sibyan. Nabi SAW mengajar mengubatinya dengan melaungkan azan. Jika masih
berterusan beri minum air zam-zam atau makan kurma ajwa.
S: Adalah betul mimpi mengendong bayi itu tanda disihir?
J: Mengikut ulama, itu berkemungkinan sebagai petanda orang
yang mempunyai saka.
S: Suami suka main nombor ekor, perempuan, dan menonton video lucah.
Jika saya buang, saya akan dipukul.
J: Dalam menghadapi ujian sebegini, Puan perlu banyakkan
bersabar. Cuba ingatkan suami dengan kematian, semoga hatinya lembut. Ulama-ulama
dahulu menyediakan kain kapan untuk mengingatkan diri kepada kematian. Cuba
juga dengan cara psikologi iaitu contohnya mencari menantu yang membuat maksiat
yang serupa dengannya. Biasanya walaupun orang itu buat maksiat, dia tidak mahu
mendapat menantu yang berbuat maksiat serupa.
S: Mohon tips mengatasi anak yang sukar dikejutkan untuk bangun Subuh.
J: Ketika tidur, seseroang itu akan diikat denagn 3
simpulan. Ajar anak mengucapkan doa setelah bangun tidur, mengambil wudhuk dan
lakukan solat sunat sebelum Subuh. Ajak anak ke masjid juga, bukannya asyik
ajak ke pasaraya sahaja.