"Jangan segan-segan! Jangan kedekut!" - Adab-adab khatam Al-Quran dan Yang Berkaitan Dengannya
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid
m/s 157, Kitab Adab-Adab Bersama Al-Quran (Imam Nawawi),
Kuliah Asar Masjid Ar-Ridhuan 18.01.2013
Kuliah Asar Masjid Ar-Ridhuan 18.01.2013
Antara
sebab mengapa digalakkan untuk diraikan ialah:
1. Majlis
itu sebagai satu syiar Islam yang
mesti kita sokong. Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat
sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama
ketempat solat, walaupun dia tiadak solat. Orang yang meraikan syiar Allah
ialah orang yang benar-benar bertaqwa.
2. Majlis
itu dihadiri oleh ramai malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat
maksiat pada Allah. Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk
Allah yang suci itu.
3. Doa
dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, pasti dimaqbulkan.
Dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh seorang tabiin, Nabi SAW
bersabda, “Barangsiapa
yang mengkhatam Al-Quran bila-bila masa saja pada waktu tengah hari (waktu
siang sebelum Maghrib), para malaikat akan berselawat ke atasnya sampai waktu
petang. Jika dia khatam pada waktu malam, maka para malaikat akan berselawat
selawat ke atasnya sampai pagi”.
4. Turunnya rahmat Allah seperti yang disebut dalam hadis bahawa apabila Al-Quran
dibacakan, maka Rahmat Allah turun. Apabila membaca Al-Quran, rahmat akan turun
sebanyak mana Al-Quran itu dibaca.
5. Doa
dalam majlis itu mustajab kerana malaikat akan mendoakan bersama-sama. Sesiapa pun
boleh berdoa terutamanya ialah orang yang khatam Al-Quran.
Cara
khatam Al-Quran:
Digalakkan
khatam dalam solat jika dia membaca Al-Quran seorang diri. Jika dibaca secara
beramai-ramai, buat majlis meraikan khatam Al-Quran.
Cara
bacaan ialah dengan memisahkan antara surah dengan surah lain (daripada surah Waddhuha
sampai An-Nas) dengan sebutan ‘Allahu Akbar’. Jika
berjemaah, gilirkan bacaan surah antara peserta dan dibaca Allahu Akbar di
antaranya.
Bila sudah
siap membaca surah An-Nas, disunatkan membaca surah Al-Fatihah, sebagai isyarat
untuk meneruskan lagi bacaan Al-Quran atau dengan kata lain berpusing kembali
untuk memulakan bacaan. Ini penting sebagai isyarat yang tidak akan tinggal
membaca Al-Quran. Setiap kali membaca Al-Quran, pemahaman seseorang akan
bertambah.
Baca
surah Fatihah, dan 5 ayat pertama surah Al-Baqarah. Kemudian baca doa
(ada juga yang membaca ayat Kursi atau 2 ayat akhir surah Al-Quran).
Dalam
satu hadis daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik amalan ialah
membuka Al-Quran dan mengkhatamkannya”.
Maknanya
selepas mengkhatam Al-Quran, buka semula dan, sambung dengan bacaan Fatihah.
Oleh
kerana ada banyak fadhilat, majlis Khatam Al-Quran hendaklah dimaklumkan agar
dapat berkongsi rahmatnya bersama orang lain juga.
Doa dalam
majlis khatam akan diaminkan oleh 4000 malaikat. Apa erti Amin? Amin bermaksud
meminta agar Allah menerima doa itu. Amin itu sebagai pendorong untuk doa naik
meluncur ke atas dan diterima Allah. Orang yang membaca doa dan orang yang mengaminkan
akan mendapat bahagian yang sama. Kadang-kadang orang yang mengaminkan doa itu kusyuk,
tetapi orang yang membaca doa tak kusyuk, tetapi disebabkan Amin orang kusyuk itu,
maka doa itu diterima.
Berlaku
satu kisah, seorang meninggal dunia dan disolatkan di masjid. Seorang Badawi
menyertai solat itu dan kerananya dosa si mati itu diampunkan. Keluarganya
bermimpi si mati mendapat keampunan kerana doa si Badawi itu, bukan doa imam
atau jemaah yang lain. Keluarganya bertanya apakah yang didoakannya. Jawab
Badawi itu, “Sebenarnya,
aku tak tahu nak doa apa untuk solat jenazah, tapi aku berkata, “Ya Allah, orang yang meninggal
dunia ini ialah tetamu kepada Engkau. Kalau dia tetamu kepada aku, maka aku
akan sembelih kambing untuk meraikannya. Tetapi dia ialah tetamu Engkau”. Doanya itu datang ikhlas
daripada hatinya dan menjadi sebab Allah mengampunkan dosa si mati.
Inikan pula jika doa yang dibacakan itu diaminkan oleh malaikat. Tentulah doa itu akan
meluncur laju naik kepada Allah. Bukan saja satu malaikat yang hadir, tetapi
4000 malaikat. Ini hanya terdapat dalam majlis khatam Quran. Oleh sebab itu,
ajak seramai yang mungkin untuk hadir bersama.
Ketika
berdoa, kita jangan kedekut - jangan doakan untuk diri sendiri saja. Itu ego
namanya. Kita minta untuk diri sendiri dan orang lain juga. Apa yang Allah beri
pada orang lain bukan hak kita pun, semuanya hak dan kekayaan Allah
semata-mata.
Apabila
meminta pada Allah, kita jangan segan-segan. Jangan minta yang kecil-kecil,
atau sederhana, tapi minta yang paling besar sekali. Oleh sebab itu, Nabi SAW
suruh kita minta syurga Firdaus. Kenapa? Jika meminta, jangan kita minta ikut
kelayakan kita, tapi tengok kelayakan Yang Maha Memberi, untuk memberi. Jika
tengok diri kita, memang kita banyak kekurangan – solat tak kusyuk, mengumpat,
solat lewat, doa tak faham dan banyak lagi. Tetapi kita lihat pada kelayakan
Allah untuk Memberi, yang bilamana memberi, Allah tak peduli banyak mana dan
pada siapa yang akan diberi-Nya.
Dalam
sebuah majlis, malaikat berkata, “Ada orang pergi ke majlis zikir bukan atas tujuan untukMu,
tetapi kerana urusan lain. Jawab Allah, “Dia duduk bersama orang yang Aku ampunkan, jadi dia juga
akan Aku ampunkan. Rahmat Allah ini seperti hujan yang turun, yang tidak
memilih sesiapa dan akan terkena pada semua.
Oleh itu
jangan kedekut berdoa. Ada satu doa yang Allah jamin akan maqbulkan bila-bila
masa saja iaitu doa kepada seseorang tanpa orang itu mengetahui dia didoakan.Apabila
kita mendoakan orang lain, akan hadir bersama seorang malaikat yang akan
mendoakan doa yang sama pula untuk kita. Syaratnya – JANGAN beritahu orang yang
didoakan itu.
Seorang
Badawi pergi ke masjid dan buang air kecil di dalam masjid. Sahabat marah, tetapi
Nabi suruh membiarkan sahaja. Setelah selesai, Nabi pun tegur yang masjid ialah
rumah Allah, jadi tidak boleh buat begini. Lalu jawabnya, kalau begitu, aku
takkan ulang lagi. Lalu Badawi itu kemudian berkata, “Ya Allah, ampunkan dosaku dan dosa
Muhammad, yang lain jangan Kau ampunkan. Nabi SAW pun berkata, “Kamu jangan sempitkan benda
yang luas”.
Dalam
hadis, Nabi SAW bersabda, “Seseorang yang beristighfar untuk kaum mukminin mukminat,
Allah akan beri kebaikan sejumlah mukminin dan mukminat pada zaman itu”. Jadikan amalan sebanyak 27 kali sebelum Subuh dan Maghrib.
Pada m/s160-63
diberikan contoh cara berdoa yang umum. Tetapi doa jangan disempitkan dan jika ada permintaan khusus boleh
juga diminta. Doakan sekali orang-orang disekeliling kita.
p/s: Kelas akan datang akan membincangkan surah
yang digalakkan dibaca pada hari-hari tertentu.