Kelebihan Ikhlas (2) - Tanyalah Ustaz 22.01.2013
Ustaz Mohd Elyas bin Ismail
Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang kata dan
mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan takabbur
akan merosakan amal ibadat yang dilakukan.
Sifat-sifat orang yang riak ialah:
1 tangkas beribadat bila ada ramai orang, tapi malas
beribadat bila orang tiada
2 menambah ibadat apabila dipuji orang
3 meninggalkan ibadah apabila dikeji orang
Nak tahu kita ikhlas atau tak – cuba tengok cara kita beribadah
bila bersendirian.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Bagaimana nak menghadirkan rasa ikhlas dalam ibadat?
J: Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah. Sebenarnya,
puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana ianya adalah
satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa
barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya
(yang kecil). Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang beribadat:
berasa riak pada awal, pertengahan atau akhir ibadat.
S: Bagaimana sifat ikhlas Nabi SAW dan para sahabat?
J: Sifat ikhlas Nabi SAW tiada tandingannya di dunia ini.
Banyak contoh dan antara yang boleh dibincangkan ialah apabila Nabi SAW ditolak
dakwahnya di Taif, Baginda luka teruk sehingga berdarah. Dalam keadaan itu,
Baginda berehat sebentar dan berdoa kepada Allah, “Ya Allah, aku mengadu kelemahan dan sedikitnya kemampuanku serta kehinaanku di hadapan manusia,
wahai sebaik-baik Pemberi kasih sayang”. Orang yang ikhlas tidak mengadu pada
orang lain, tetapi mengadu hanya pada Allah. Tetapi kita hari ini, marah sikit,
mengadu pada Facebook! Jika kita mengadu pada Allah, makin bannyak kita
mengadu, makin Allah sayang. Tetapi jika kita mengadu banyak kali kepada manusia,
mereka pun akan menyampah. Contoh sahabat pula ialah Khaled Al-Walid yang
dilucutkan jawatan sebagai panglima perang. Keesokannya, dia tetap masuk
menyertai perang dan sahabatnya pun bertanya kenapa, lalu dijawabnya yang dia
berperang kerana Allah bukan kerana manusia.
S: Adakah bekerja tanpa gaji baru dikira sebagai ikhlas?
J: Bukanlah begitu. Tamsilan yang diberi oleh ustaz Pahrol
Mohd Juoi ialah dalam hidup ini ada tujuan dan keperluan hidup. Tujuan bekerja
adalah untuk memberi perkhidmatan, dan gaji yang diperolehi untuk memenuhi
keperluan hidup. Orang yang ikhlas bekerja akan komited dalam kerjanya. Ada
orang yang nampak seperti usahanya tak diberi ganjaran di pejabat, tetapi
sebenarnya Allah ganti dengan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang menjadi.
Oleh itu, jangan kejar penghargaan manusia, sebaliknya kejarlah redha Allah.
S: Bagaimana mendidik anak untuk ikhlas?
J: Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik agar dapat
ditiru oleh anak-anak. Suatu hari Sy. Umar melihat seorang itu beria-ia tunduk
ketika solat lalu menegur bahawa keikhlasan itu adalah di dalam hati, bukannya
pada luaran.
S: Bagaimana untuk mengikhlaskan diri ketika bersedekah?
J: Nabi SAW bersabda, “Tangan yang memberi lebih baik
daripada yang menerima”. Bahkan, sahabat mengatakan bahawa mereka selalu
ketinggalan untuk memberi salam dahulu, kerana Nabi SAW selalu mendahului
mereka kerana sifatnya yang suka memberi. Mafhum hadis, sedekah yang paling
utama ialah:
- Sedekah pada ahli keluarga
- Sedekah pada saat kita rasa bakhil untuk memberi.
Duit itu seperti air, biarkan mengalir, jika disekat maka
akan bertakung dan busuk baunya.
S: Adakah sifat riyak akan merosakkan pahala ibadah?
J: Ya, kita takut jika ibadah kita tiada nilai di sisi
Allah. Mafhum sebuah hadis Nabi SAW, ada satu malaikat yang ditugaskan untuk
membawa naik amalan seseorang. Malaikat membawa amalan seorang lelaki yang
telah berusia dan banyak amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu malaikat-Ku tapi
aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di sijjin (neraka)”. Malaikat membawa amalan seorang lelaki
yang telah berusia namun sedikit amalannya. Allah pun berfirman, “Kamu
malaikat-Ku tapi aku lebih tahu amalam hamba-Ku. Tulis namanya di syurga”. Ini
kerana ada orang beramal tapi tidak ikhlas. Golongan kedua ialah orang yang
berilmu tapi tidak ikhlas dalam mengajar. Golongan ketiga ialah orang yang
membaca Al-Quran, tetapi kerana inginkan kemasyuran. Golongan keempat ialah
orang kaya yang nampak dermawan tapi tidak ikhlas di hatinya.
S: Adakah orang ikhlas bahagia hidupnya?
J: Ikhlas tak boleh dipandang dengan mata, cuma boleh dirasa oleh pelakunya sahaja. Contohnya, isteri yang menunggu suami dengan segelas air, maka akan mendapat ganjaran seperti berpuasa setahun. Orang yang ikhlas juga akan melakukan lebih daripada yang diminta.
J: Ikhlas tak boleh dipandang dengan mata, cuma boleh dirasa oleh pelakunya sahaja. Contohnya, isteri yang menunggu suami dengan segelas air, maka akan mendapat ganjaran seperti berpuasa setahun. Orang yang ikhlas juga akan melakukan lebih daripada yang diminta.
S: Nak beramal dulu baru nak ikhlas, atau tunggu ikhlas baru nak
beramal?
J: Kita perlu beramal dahulu, kemudian baru akan datang perasaan
ikhlasnya. Jika nak tunggu ikhlas, takut tak beramallah jawabnya. Imam Ghazali
kata, untuk betul-betul mencapai rasa ikhlas, kita perlu melalui dahulu
masalah-masalah hati. Mula-mula akan ada dalam hati sedikit perasaan riak, tapi
didiklah hati dan lama-lama perasaan ikhlas akan muncul.
S: Kenapa umat Islam digalakkan memberi?
J: Orang yang ingin menerima mesti memberi dahulu. Orang
yang ingin dihargai, mesti menghargai dahulu. Orang yang paling malang bukanlah
orang yang tak dihargai, tetapi orang yang tidak tahu menghargai. Jika
masing-masing cuma mengharap, siapa yang nak mulakan? Sebab itulah, Islam
mengajar untuk kita memulakan. Guru saya mengajarkan, "Mulakan kebaikan berkali-kali. Jangan beri sekali, tapi mengaku banyak kali". Begitulah juga dengan kemaafan, berilah banyak kali.