Kesan Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz 14.08.201


بسم الله الرحمن الرحيم
Ustaz Jazlan Abdullah
Sumber: Majalah JOM
Bacaan surah Al-Anfal, ayat 2-4:


Alhamdulillah, Allah izinkan kita bertemu dalam keadaan beramal kepada-Nya. Alhamdulilllah, Allah berikan nikmat Islam, iman, rezeki yang halal, kesihatan dan banyak lagi.

Alhamdulillah, Allah telah beri kita kesempatan dan kesihatan untuk berada dan beribadat penuh dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, Allah beri kita keampunan, rahmat dan kebebasan daripada api neraka. Alhamdulillah, Allah beri kita Lailatul Qadar.

Kesan Ramadan ada banyak, antaranya ialah:
  • Lebih ketaqwaan kepada Allah – Taqwa ialah mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
  • Rasa nikmat dalam ibadat setelah dididik sebulan beribadat dalam bulan Ramadan
  • Rasa diri lebih baik
  • Lebih kasih kepada faqir dan miskin
  • Rasa lebih bertanggungjawab mentadbir harta kita

Senarai soalan dan jawapan

S: Apakah kelebihan taqwa di dalam kehidupan orang mukmin?
J: Mukmin ialah orang yang beriman kepada Allah SWT. Dalam ayat 102, surah Ali-Imran:

Allah berpesan agar kita mati dalam Islam dan taqwa. Apabila kita mendapat perintah daripada Raja, kita akan rasa istimewa. Oleh itu, ini adalah perintah dari Raja kepada Raja, maka sepatutnya kita lebih bersemangat mengikutinya.

S: Bagaimana usaha kita untuk mengekalkan taqwa?
J: Cara-caranya:
  • Asas kepada taqwa ialah syahadah – oleh itu panggil anak-anak dan cucu dan dengar mereka mengucap syahadah.
  • Jaga amal ibadat contohnya solat di awal waktu.
  • Meninggalkan perbuatan yang dilarang sepertimana yang telah dijaga ketika Ramadah. Contohnya meninggalkan perbuatan mengumpat.
  • Menambah amalan-amalan sunat. Jika di bulan Ramadan kita mampu solat terawih, di luar Ramadan teruskan dengan solat sunat yang lain-lain.
  • Menjauhi perkara-perkara yang makruh
  • Menjaga perkara yang harus – Contohnya makan itu harus. Jika dijaga dengan makan sederhana, itu menjadi kebaikan kepada kita. Sebaliknya, jika makan berlebihan akan memudaratkan diri kita.
  • Menjauhi syirik – perlu berhati-hati dengan tipu daya licik syaitan. Tinggalkan tangkal, jumpa bomoh. Syaitan itu mengalir dalam pembuluh darah kita. Oleh itu syaitan mampu kawal kesihatan kita dan memperdaya agar kita mempercayai tangkal. Kita ada Al-Quran, sunnah Nabi SAW, mohon bantuan dengan Allah.

S: Apakah kelebihan taqwa dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita?
J: Dalam surah Al-Baqarah, ayat 194:

Dalam ayat ini Allah janji untuk bersama orang yang bertaqwa, yakni kita akan mendapat 3 perkara iaitu:
  • Allah akan membimbing kehidupan kita dengan rezeki yang halal. Allah beri kita rasa nikmat minum air the tarik dan tidak ingin minum arak.
  • Allah berikan nikmat dalam berkeluarga – mendapat pasangan yang baik, anak-anak yang soleh dan solehah, menyejukkan hati.
  • Allah jauhkan kita daripada perkara yang jahat – Kita tak buat jahat bukan kerana kita baik, tetapi Allah yang menyelamatkan kita daripada tipu-daya syaitan.

S: Bagaimana usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan sifat taqwa?
J: Asas taqwa ialah ilmu. Dalam surah Al-Baqarah, penghujung ayat 282, Allah berfirman:

Allah beri banyak kelebihan kepada orang yang menghadiri majlis ilmu – petunjuk, keampunan dosa, ketenangan. Dalam menghadiri majlis ilmu, niat mestilah kerana Allah, dan bukan kerana untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk di rumah atau niat-niat lain. Ilmu yang diperolehi akan dapat membimbing dalam ibadat dan dapat dikongsi bersama orang lain pula.

S: Sejauh mana ilmu boleh membimbing kita kepada taqwa?
J: Dalam surah Al-Anfal, ayat 29, Allah berfirman:

Dalam ayat ini Allah nyatakan bahwa orang yang berilmu akan diberi petunjuk mengetahui apa yang benar dan batil. Allah beri ilmu melalui semua yang Nabi SAW ajarkan kepada kita. Dengan mengetahui apa yang baik, orang akan menjadi lebih suka untuk berbuat kebaikan.

S: Bolehkah taqwa membantu menyelesaikan masalah dalam kehidupan kita?
J: Ya, kerana itulah janji Allah. Dalam surah Talaq, ayat 4:

Allah berjanji akan beri kemudahan kepada orang yang bertaqwa. Setelah berusaha, kita bertawakal kepada Allah. Sekiranya belum berjaya, kita bersangka baik bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

والله أعلمُ بالـصـواب

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab