Amalan Termakbul atau Tertolak (1) – Tanyalah Ustaz 2013

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ustaz Nor Raihan Abdul Aziz*


Bacaan surah Ad-Dhuha:



Dalam surah ini, Allah bersumpah demi waktu Dhuha – waktu sekarang ini, dan diakhir ayat ini agar kita tidak mendustakan nikmat yang diberi-Nya.

Semua orang nak masuk syurga tapi adakah kita layak dengan amalan yang kita lakukan? Inilah yang akan dibincangkan.

Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun – berfikir adakah amalan yang kita lakukan ini boleh membawa kita ke syurga? Syurga yang amat mahal, milik Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda, “Tiada seorang pun boleh mengharapkan amalannya akan bawa dia ke syurga”. Sahabat pun bertanya, “Walaupun tuan?” Jawab baginada, “melainkan dengan amalan saya Allah ampunkan dan rahmati saya.”
Jadi, memang dengan amalan kita, kita tak boleh berharap untuk ke syurga, tetapi kenapa kita beramal? Untuk mendapatkan ampun dan rahmat Allah Ta'ala. Inilah sebabnya kita beramal. Orang yang melangkah ke surau/masjid, setiap langkahnya diampunkan dosa. Orang yang menunggu waktu solat dalam masjid, daripada satu waktu ke waktu yang lain, malaikat akan mendoakan keampunan dan rahmat untuknya. Orang yang berada dalam majlis ilmu juga akan didoakan malaikat perkara yang sama. Ampun dan rahmat Allah Ta'ala ada dimana? Pada amalan-amalan soleh. Jadi, untuk ke syurga, kita perlu banyak mencari keampunan dan rahmat Allah Ta'ala. Itulah doa Nabi Ibrahim a.s dalam surah Al-‘Araf, ayat 23:


Dalam doa ini Nabi Ibrahim juga minta ampun dan rahmat Allah.

Senarai soalan dan jawapan

S: Bolehkan ustaz terangkan cara-cara agar amalan kita diterima Allah SWT?
J: Ada banyak cara, cuma kita perlu ingat mengapa Allah utuskan Rasulullah SAW? Rasulullah SAW diutuskan untuk
-       membetulkan akidah agar kita beriman kepada Allah Ta'ala
-       menunjukkan cara beribadah, dan
-       menyempurnakan akhlak kita.
Menurut Imam Al-Ghazali, sekiranya kita ingin amalan kita diterima Allah Ta'ala, hendaklah kita menjaga adab (rujuk kitab Ihya’ Ulumiddin).

S: Apakah kesan jika amalan kita tidak diterima Allah Ta'ala?
J: Kesan paling besar ialah tidak mendapat keampunan Allah Ta'ala. Tanpa keampunan Allah, seseorang itu akan direndam di neraka dahulu walaupun dia beriman. Kita semua berharap untuk ke syurga terus dan tka mahu masuk ke neraka dahulu. Kesa kedua ialah tidak mendapat rahmat. Dalam hadis diceritakan, ada seroang abid beribadat selama 500 tahun dan setelah meninggal dia ditanya nak masuk syurga dengan rahmat Allah atau dengan amalannya. Oleh kerana dia beribadah selama 500 tahun, dia pun menjawab ingib masuk dengan amalannya.

S: Apakah benar orang-orang yang tidak beramal tidak sempurna imannya?
J: Adab pertama agar Allah terima ibadat kita kepada Allah adalah mesti memahami ibadah dan tujuan ianya dilakukan. Memetik kata As-Syeikh Abdul Samad Al-Palembangi dalam kitabnya Riyadus Salikin – “Tujuan ibadah ialah untuk sempurnakan syahadah dan akidah.” Ikrar “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT” ialah amal zahir dan belum sempurna iman kecuali disertai amal batin. Begitu juga dengan solat, zakat dan ibadah lain. Amal batin mesti datang daripada hati. Ikrar syahadah ialah janji kepada Tuhan, dan orang yang hanya berjanji tapi tak solat umpamanya, ialah orang yang tak sempurna imannya. Namun, ada juga orang yang beribadat tapi bukan kerana Allah dan tidak datang daripada hati mereka. Inilah seperti golongan munafik yang solat bersama Nabi, tapi di belakang Nabi, mereka menghasut orang lain meninggalkan Nabi dll. Jadi, memang tak sempurna iman bagi orang yang tak menjaga ibadahnya.

Kenapa kita menentang syiah?
Kerana ikrar lidah mereka mengaku Nabi Muhammad SAW Rasul mereka, tapi di hati mereka mengangkat Ali menjadi Rasul dan mencela para sahabat.

Faham kedua ialah faham tertib ibadah yang ingin dilakukan, tanpanya, bimbang juga amalan itu akan ditolak.

S: Betulkan amalan akan tertolak jika kita tak faham apa yang kita amalkan?
J: Menurut As-Syeikh Ibnu Rusdan** dalam kitab Makaam Thubat**- “Berapa ramai orang yang beramal, tertolak amalannya kerana beramal tanpa ilmu.” Oleh  itu, adab pertama ialah faham ibadah yang ingin dilakukan. Contohnya: Ada orang ikut terawih sebelum solat Isyak dan amalannya tidak sah kerana solat terawih perlu dilakukan selepas solat Isyak. Disamping itu pastikan amalan dilakukan dalam waktunya.

S: Mohon ustaz terangkan waktu haram dalam beribadat?
J: Solat contohnya – ada waktu haram, waktu fadhilat, waktu ikhtiar dsb. Ulama feqah membahagikan waktu menunaikan solat kepada 8 waktu. Waktu haram ialah orang yang angkat takbir, atau belum siap solat dan waktu pun sudah habis.  Zakat juga ada waktu bayaran tertentu.

S: Sah atau tidak jika melakukan amalan pada waktu yang dilarang?
J: Amalan kita dengan Allah Ta'ala  pertama sah atau tak sah. Tapi bagi kita yang sudah dewasa ini, sah/tak bukan lagi perkara pokok, tapi yang kita kena fikir ialah Allah terima atau tidak kerana penentu Allah nak ampunkan dan beri kita rahmat ialah sama ada ibadah kita diterima atau tak. Dalam ilmu ada ilmu feqah, dan ilmu akhlak. Contohnya – orang pakai t-shirt gambar tengkorak dan bertulisan tidak senonoh dan solat. Dia solat dengan ada wudhuk, tutup aurat, dalam waktu. Solatnya sah – tapi soalannya adakah diterima atau tak kerana bajunya bergambar tengkorak. Sekarang kita bincang untuk meraih syurga – jadi kita kena beradab dengan Allah Ta’ala. Jadi, amalan sah tapi yang dibimbangkan ialah jika tak diterima.

S: Apakah cara terbaik untuk bersedekah?
J: Adab ketiga dalam beramal ialah buat yang terbaik. Allah mengajar kita dalam Quran, dalam surah Ali-Imran, ayat 92:

Jadi, kalau sedekah, sedekah yang terbaik. Kalau nak bagi baju, bagi yang masih elok, basuh dan gosik dulu, tapi kalau dah gosok cantik-cantik jangan rasa sayang dan simpan balik dalam almari :P

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam. 

**: mungkin salah ejaan



Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Memikat Hati Suami (1) – Tanyalah Ustaz 18.03.2013

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)