Rahsia Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz Ramadan 1434H 10.07.2013
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim
Bacaan ayat 183-184 surah Al-Baqarah:
Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah – hadis ini sangat panjang,
tapi ustaz cuba pendekkan – Rasulullah SAW berkhutbah pada petang penghujung
Syaaban yang bermaksud, “Telah datang kepada kamu satu bulan yang amat barakah
yang di dalamnya ada satu hari yang lebib baik daripada seribu bulan iaitu
malam Lailatul Qadar”.
Seribu bulan ini bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan. Inilah
kelebihannya – beribadat satu malam sahaja, dengan syarat Allah menerimanya,
maka cukuplah amalan satu malam itu untuk memberi kelebihan dalam kehidupan
seseorang. Dalam surah Al-Ankabut contohnya, Allah menceritakan tentang Nabi
Nuh yang diberi usia yang sangat panjang iaitu 950 tahun. Umur kita hari ini
dalam purata 60 tahun sahaja. Sebahagian ulama mengatakan 950 tahun itu usia
beliau berdakwah sahaja, oleh itu umur sebenarnya lebih panjang lagi. Oleh itu,
Nabi SAW merasa sedih kerana umur kita umatnya, cuma sekitar 60 tahun sahaja.
Dengan itu, Allah kurniakan kepada kita malam lailatul Qadar. Jika dapat 10
kali lailatul Qadar, maka kita sudah hampir menyamai umur Nabi Nuh. Moga-moga
Allah terima amalan kita semua.
Dalam bulan puasa ini ada perkara istimewa yang lain juga –
Sesiapa yang buat perkara sunat, pahalanya sama seperti pahala mengerjakan
ibadah fardhu. Sesiapa yang buat 1 amalan fardhu, pahalanya sama seperti pahala
mengerjakan 70 ibadah fardhu. Berapa beza antara pahala amalan wajib dan sunat?
Berdasarkan hadis tadi, ulama berpendapat 70 kali amalan sunat baru menyamai 1
amalan wajib. Oleh itu, mari kita banyakkan buat amalan sunat di bulan Ramadhan
ini. Semoga ianya dapat membantu kita di akhirat nanti kerana itulah penolong
kita di sana nanti.
Imam Syafie bercuti daripada mengajar pada bulan Ramadan kerana
beliau ingin fokus pada tadarrus Al-Quran. Beliau khatam siang sekali, malam
sekali. Orang hari ini pelik bagaimana Imam Syafie mampu melakukannya tetapi
tidak mengkagumi kesugguhan Imam Syafie untuk melakukannya.
Esok, ustaz ingin fokus pada tadarus Al-Quran. Ini penting
kerana jika ada bacaan tajwid yang tidak betul, kita khatam 10 kali pun belum
khatam lagi sebenarnya.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Apakah rahsia teragung Ramadan?
J: Selain lailatul qadar, kaitan yang begitu kuat dengan
Ramadan ialah penurunan Al-Quran. Ulama sepakat mengatakan Al-Quran diturunkan
ke langit dunia pada Lailatul Qadar. Oleh itu, antara perkara terpenting dalam
Ramadan ialah Al-Quran. Ada khilaf antara ulama tentang tarikh turunnya tapi
kita di Malaysia mengambil tarikh 17 Ramadan.
S: Apakah rahsia sahur?
J: Sahur ini sunat, jika ditinggalkan tidak bermakna puasa
tidak sah. Rahsianya ialah:
- Nabi SAW ingin agar puasa kita tidak sama seperti puasa bukan Islam
- Secara tidak langsung, ianya adalah untuk melatih kita bangun malam untul solat malam. Setelah 30 hari, in sha Allah boleh menjadi tabiat untuk membiasakan diri bangun. Paling kurang, kita lakukan 2 sunat tahajjud. Dalam hadis yang secara ringkasan mafhumnya menyebut bahawa, “Barangsiapa solat terawih bersama imam sehingga selesai, maka Allah tuliskan untuknya sebagai orang yang mengerjakan tahajjud”. Namun, syaratnya mesti mengikut imam sehingga selesai - jika imam buat 8, kita ikut 8. Jika imam buat 20, kita ikut 20.
S: Apakah kelebihan di sebalik rahsia Ramadan?
J: Dalam hadis riwayat Ibnu Khuzaimah ada disebutkan sesiapa
yang memberi makan satu orang yang berpuasa, itu akan menjadi pengampunan
kepada dosanya, dan membebaskan dirinya dari api neraka, dan Allah beri pahala
sepertimana orang yang berpuasa itu. Kita di Malaysia ini terkadang-kadang sampai
berlebihan memberi makan berbuka. Dalam keadaan begini, saya cadangkan pihak
masjid hadkan dan tutup penyertaan dan alirkan dana tersebut kepada pihak yang
lebih memerlukan contohnya di Palestin, Syria dan seumpamanya. Bagaimana nak
beri? Kita kena ikhtiarkan dan usaha inilah yang akan memberi pahala yang
lebih, in sha Allah. Kita jangan risau atau fikir bagaimana jika tak sampai.
Ada kisah sedekah seperti yang selalu disiarkan di Radio IKIM – seorang yang
ingin bersedekah secara ikhlas dan melakukannya pada malam hari. Oleh kerana
malam, dia tersilap beri pada pencuri pada malam pertama. Esoknya dia cuba lagi
tapi tersilap beri pada penzina pula dan pada malam ketiga, dia cuba lagi tapi
tersilap beri pada orang kaya pula. Namun Allah datangkan mimpi padanya yang
sedekahnya itu diterima walaupun tidak sampai pada orang yang dimaksudkannya. Oleh
itu, kita tidak perlu risau dan yang penting, usahakan untuk beri.
S: Apakah zikir yang baik diamalkan
terutamanya pada 10 malam terakhir?
J: Dalam hadis yang panjang, dihujungnya Nabi SAW berpesan untuk membanyakkan 4 perkara (rujuk poster di atas):
J: Dalam hadis yang panjang, dihujungnya Nabi SAW berpesan untuk membanyakkan 4 perkara (rujuk poster di atas):
- Tahlil –> La il ha illallah
- Istighfar -> Allah SWT beritahu dalam Al-Quran dalam surah Nuh, ayat 10-12, dengan istighfar Allah akan memberi hujan (rezeki), harta dan anak-pinak. Seorang sahabat yang tidak mendapat anak setelah lama berkahwin datang bertemu Rasulullah SAW untuk mengadu halnya. Nabi SAW tanya padanya, "Apa yang kamu lakukan dengan ayat surah Nuh (ayat 10 seperti di bawah)?" Setelah itu, dia pun balik dan banyakkan beristighfar dan tidak lama kemudian dikurniakan anak lelaki, sehingga 7 orang kesemuanya.
- Mintalah syurga
- Minta dijauhkan azab neraka
والله أعلمُ بالـصـواب