'Hajatuna Katheer' - Ikhtiar qabul hajat dengan surah Al-Fatihah

* sumber asal dari FB Keluarga Ribatul Quran

Syeikh Abdullah Jehaf telah menyampaikan satu manfaat.

Diriwayatkan daripada Imam Muhyiddin Ibnu Arabi bahawa barangsiapa mempunyai hajat tertentu beramallah dengan amalan ini:-

Selepas solat fardhu maghrib iaitu selepas menunaikan solat sunat selepas maghrib bacalah sepenuhnya Surah Al-Fatihah sebanyak 40x sebelum bangun dari tempat solat dan seterusnya berdoa sebagaimana berikut:

إِلَهِي عِلْمُكَ  كَافِ عَنِ السُّؤَالِ،ِ اِكْفِنِي بِحَقِّ الفَاتِحَةِ سُؤَالا، وَكَرِّمُكَ كَافِ عَنِ المَقَال، أَكْرِمْنِي  بِحَقِّ الفَاتِحَةِ مَقَالا . وَحَصِّىلْ لِي مَا فِى ضَمِيْرِي

Ertinya:
"Tuhanku, ilmu-ilmu Mu telah mencukupi untuk semua permohonan, cukuplah untukku dengan kebenaran Surah Al-Fatihah ke atas berbagai permohonan. Kemurahan Mu memadai untuk segala yang sedikit, muliakanlah aku dengan keberkatan Surah Al-Fatihah dan jadikanlah apa-apa yang teringin di dalam hatiku menjadi suatu kenyataan."

#doa #hajat #fatihah #ribatalquran


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab