Hikmah Lebah (1) - Tanyalah Ustaz 17.06.2013
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ustaz Asrul Nizam Abas
Bacaan surah An-Nahlu, ayat 68:
Dalam surah ini ada 128 ayat, tetapi cuma 2 ayat yang
menyebut terperinci tentang lebah. Mengapa begitu sedikit ceritanya sedangkan
Allah namakan surah ini surah lebah? Ada 3 koloni dalam masyarakat lebah:
- Diketua seorang Ratu yang hidup paling lama, iaitu antara 5-8 tahun. Ratu lebah hanya ada 1 pada satu-satu sarang. Ratu lebah mampu bertelur dengan banyak
- Ada ‘raja’ lebah yang kerjanya hanya mengawan dengan ratu lebah agar anak-anak lebah dapat dihasilkan. Umurnya hanya 60 hari.
- Kumpulan ‘lebah pekerja’ dalam jumlah yang sangat banyak – 1 ribu k2 8 ribu, ada juga sehingga 200 ribu ekor. Umurnya lebih pendek iaitu 45 hari sahaja.
Walaupun Allah sebut sangat ringkas tentang lebah, tetapi
banyak perkara yang kita boleh pelajari tentang lebah.
Kesimpulan:
- Lebah ialah haiwan yang hidup bersistematik
- Jangan takut dengan perkara yang kita tak tahu – ramai takut lebah kerana tak tahu apakah kelebihnnya, Oleh itu, selidik dahulu dan pelajari tentangnya.
Senarai soalan dan jawapan
S: Kenapa lebah bina sarang di hutan, pokok
atau bangunan?
J: Sebenarnya lebah perlukan struktur yang kukuh untuk
membina rumahnya. Paling kurang berat madu yang dihasilkan daripada 1 sarang
ialah 30 kg, dan itu tidak termasuk ribuan lebah yang tinggal didalamnya. Sebab
kedua adalah kerana tempat-tempta yang disebutkan boleh memberi sumber makanan
di sekelilingnya. Oleh itu, jangan terkejut jika ada lebah bersarang berdekatan
rumah kita.
S: Adakah lebah mempunyai sistem dalam
kehidupan?
J: Ya. Allah jadikan lebah hidup berperaturan dalam masyarakat.
Lebah diketui oleh seekor lebah sahaja. Seekor lebah mampu mengawal sehingga
200 ribu ekor lebah. Lebah pekerja menyokong sepenuhnya Ratu lebah dan
melakukan banyak tugasan di dalam dan di luar sarangnya. Allah jadikan serangga
– semuanya sentiasa bekerja. Lebah contohnya, pada hari pertama lagi telah
bekerja membersihkan tempat lahirnya. Kemudian dia bekerja memberi makan
anak-anak lebah yang kecil. Kemudian pada hari xx, lebah itu akan memberi makan
kepada ratu. Pada hari ke-21, lebah itu akan berubah tugas sebagai pengawal
pada sarangnya. Kemudian pada ari 10-15 hari yang terakhir, lebah akan keluar
mencari bahan asas madu. Lebah juga mempunyai system untuk menghasilkan madu
berkualiti – mereka tahu memilih jenis bunga yang sesuai.
S: Apakah manfaat lebah kepada manusia?
J: Terlalu banyak. Antaranya yang penting ialah:
- Memberi kesihatan melalui madu dan produk sampingan lain
- Membantu dalam ketenteraan – di Croatia, lebah digunakan untuk mengesan periuk api yang tertanam di dalam tanah. Ini adalah kerana deria baunya sagat baik.
- Ada 20 ribu jenis lebah, dan lebah juga penting untuk proses pendebungaan. Tanpa pendebungaan, pokok-pokok takkan berbuah.
- Membantu industri lebah melalui penubuhan ladang-ladang lebah.
S: Sila jelaskan sifat lebah yang berkaitan
dengan manusia?
J: Antara yang manusia boleh amalkan ialah:
- ‘Perfectionist’ – lebah teliti dalam memilih jenis bunga. Untuk 5 ounce masuk, lebah terbang beratus-ratus km.
- Lebah hidup secara sisteamtik
- Lebah hidup berpasukan dan taat pada pemerintahnya.
- Lebah hidup produktif – sentiasa bekerja untuk menghasilkan sesuatu.
- Oleh itu, kita sebagai manusia juga perlu membuat kebaikan di dunia ini.
S: Adakah lebah berbahaya kepada manusia?
J: Sebenarnya tidak. Saya pernah ke ladang lebah dan saya
lihat ada banyak kotak lebah. Lebah hanya bertindak ganas terasa dirinya
diancam. Lebah keluar mencari makanan pada waktu dhuha dan pulang sebelum
maghrib. Oleh itu, jangan ambil madu ketika waktu siang kerana itu waktu mereka
pulang bekerja setelah kepenatan di luar. Biasanya orang ambil pada
waktu malam hari. Petua untuk mendekati sarang lebah ialah jangan pakai baju
warna terang, tetapi pakai warna putih kerana ianya boleh mengaburkan matanya.
Jangan melambai-lambai tangan pada lebah. Jika terkena sengat lebah, jangan di
picit kerana ianya akan lebih membahayakan. Cari sengat yang ditinggalkan dan
sapu saja.
S: Bagaimana system pertahanan lebah apabila
diuji?
J: Dalam satu contoh, seekor tebuan cuba datang ke sarang lebah, dan lebah terus mengelilinginya membentuk satu bola dan menjadikan suhu tinggi yang tidak dapat ditahan oleh seekor tebuan. Oleh sebab itu, madu tidak boleh disimpan di dala peti sejuk kerana lebah bersuhu bilik sahaja. Lebah juga meninggalkan kesan (bau) pada seseorang sebagai tanda kepada lebah lain. Bunyi dengung lebah juga membawa maksud yang berbeza.
J: Dalam satu contoh, seekor tebuan cuba datang ke sarang lebah, dan lebah terus mengelilinginya membentuk satu bola dan menjadikan suhu tinggi yang tidak dapat ditahan oleh seekor tebuan. Oleh sebab itu, madu tidak boleh disimpan di dala peti sejuk kerana lebah bersuhu bilik sahaja. Lebah juga meninggalkan kesan (bau) pada seseorang sebagai tanda kepada lebah lain. Bunyi dengung lebah juga membawa maksud yang berbeza.