Solat & Perihal Kesihatan (2) – Tanyalah Ustaz 14 Ramadhan 1433H (03.08.2012)
Ustaz
Ahmad Dusuki bin Abdul Rani
Bacaan
surah Al-Baqarah, ayat 43-45:
Manusia
terdiri daripada dua unsur – roh dan jasad. Nabi SAW bersabda,
“Hendaklah kamu tahu bahawa dalam jasad kamu ada segumpal darah,
kalau baik darah itu, maka baiklah seluruh anggota badan kamu. Jikalau
rosak darah itu, maka rosaklah seluruh anggota badan kamu. Itulah
yang dinamakan hati".
Solat
akan dapat merawat hati. Ada hati yang sakit, ada hati yang mati
sehingga mereka tidak dapat melihat atau mendengar ayat-ayat Allah.
Mereka ini tidak ada bezanya dengan haiwan, bahkan lebih teruk lagi.
Semua penyakit dalaman akan bersarang di dalam hati. Oleh itu,
sebelum solat, kita diminta untuk membersihkan hati. Itulah antara
fungsi wudhuk, walaupun pada zahirnya nampak kita cuma basuh anggota
luaran sahaja. Ketika mengambil wudhuk, kita niatkan dalam hati untuk
memohon keampuan daripada Allah terhadap segala dosa yang telah kita
lakukan menggunakan anggota tubuh kita.
Antara
penyakit hati yang boleh diubat melalui solat ialah:
Riyak
merupakan satu penyakit yang begitu besar bahayanya. Riyak boleh
menjadi syirik yang tersembunyi dan boleh merosakkan jiwa jika
dibiarkan. Oleh itu, untuk membuang sifat ini, Nabi SAW ajar agar
kita membetulkan niat semata-mata kerana Allah ketika memulakan
solat. Dalam doa Iftitah, kita baca:
"Sesungguhnya
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan
semesta alam".
Kita
sebut solat, bukannya puasa, atau haji atau ibadat lain. Ini
menunjukkan bahawa solat itu tinggi kedudukannya. Kita biasanya rasa
bangga jika dapat berjumpa dan bercakap dengan orang-orang besar.
Begitulah juga yang kita perlu rasa apabila solat, kerana ketika itu
kita sebenarnya sedang berbicara dengan Yang Maha Besar, Allah SWT.
Takbiratul ihram itu bermaksud kita meninggalkan segala urusan dunia
dan fokus untuk solat dan urusan akhirat kita. Ketika itu, kita perlu
membesarkan Allah.
Penyakit
hati kedua ialah hasad dengki. Oleh sebab itu, Allah
perintahkan kita solat berjemaah. Melalui solat berjemaah, semua
orang akan merasa sama rata dan tiada beza bangsa, pangkat, ataupun
harta. Sesungguhnya, Allah tidak memandang luaran kita, tetapi Allh
pandang hati dan amanlan kita. Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut,
“Jaga-jaga kamu dengan dengki, kerana dengki ini akan memakan
amalan baik yang kamu kerjakan sebagaimana api memakan daun yang
kering."
Ketiga
- Penyakit tergesa-tergesa. Penyakit ini diubati melalui
perbuatan ‘tokmaninah’ yang mengajar kita untuk teratur dan
tersusun. Orang yang tidak sempurna tokmaninahnya diumpamakan seperti
orang yang mencuri dalam solat. Nabi SAW bersabda, “Berhati-hati
dan teratur itu sifat Ar-Rahman, gopoh-gapah dan nak cepat pula sifat
syaitan”. Perbuatan solat yang teratur juga mengajar kita untuk
mengatur kehidupan juga. Ketika rukuk, Nabi SAW minta kita rukuk
lebih lama, kerana ketika itu Allah menyusun dosa-dosa di atas belakang kita. Ketika
bangun dari rukuk, dosa-dosa itu akan jatuh berguguran.
Keempat
- Penyakit sukar bersyukur kepada Allah. Bila bangun, apa
perkataan pertama yang kita sebut? Handphone mana? Kunci kereta mana?
Nak makan apa pagi ni? Sepatutnya kita perlu ucapkan Alhamdulillah
dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan.
Kelima
- Penyakit bakhil dan kedekut. Dalam solat, jika kita baca
ayat yang berbeza-beza, itu menunjukkan kita seorang yang pemurah.
Tetapi jika kita sekadar mengulang-ulang surah yang sama saja, itu
menunjukkan kita seorang yang kedekut. Oleh sebab itu kita digalakkan
untuk menghafal banyak ayat Al-Quran, biarpun satu ayat sehari, kalau
sudah 365 hari, sudah boleh dapat 365 ayat. Orang yang kedekut, bila
dekat dengan kematiannya, barulah dia ingin bersedekah dan meminta
peluang agar dipanjangkan umurnya.
Keenam
- Penyakit suka memutuskan silaturrahim secara sedar atau
tidak: Ulama berkata ketika rukuk, kita menghubungkan silaturrahim
dengan manusia, manakala ketika sujud pula kita menghubungkan
silaturrahim dengan Allah. Islam mengajar agar kita banyak memberi
salam dan bertanya khabar sesama manusia.
Ketujuh
- Penyakit sombong. Manusia
mudah sombong dengan harta, pangkat, zuriat dan sebagainya, sedangkan
sombong itu hanya layak untuk Allah. Oleh itu, dalam solat kita
diminta sujud agar kita dapat merendahkan muka separas dengan kaki
kita. Kita sujud kepada tanah untuk mengingatkan juga bahawa kita
akan dikembalikan semula kepada tanah. Oleh itu, sifat tanah, jika
dilambung ke atas, ia akan jatuh ke bawah juga. Namun, jika api pula,
walau dipasang di bawah sekalipun, ia akan melambung naik ke atas
juga. Itulah sifat syaitan. Kita perlu biasakan diri dengan
memulangkan segala pujian orang kepada Allah.
Kelapan
- Penyakit mudah marah.Bagaimana
solat boleh mengubati amarah? Melalui Qiam, takkala kita berdiam diri
dan menundukkan pandangan ke bawah.
Kesembilan
- Penyakit merasakan yang diri sempurna berbanding orang lain,
melalui perbuatan iktidal. Iktidal merupakan waktu yang begitu
tenang, oleh itu kita memuji Allah ketika itu dan merenung merasakan
kekurangan diri kita.
Kesepuluh
- Penyakit suka mengikut nafsu (mengejar dosa dan meninggalkan
pahala). Biasanya kita bila bergosip, mata akan segar, tetapi apabila
baca Quran, kita mula menguap. Perbuatan duduk antara dua sujud
membantu mengubah perlakuan ini dengan bacaan memohon kemampunan dan
rahmat Allah.
Ke-11
- Penyakit ‘syok sendiri’ – Boleh diubati dengan doa
Qunut.
Ke-12
- Penyakit berdendam – Selalu kita sebut – “Saya tak
halal dunia akhirat”. Diubati melalui duduk tahiyyat akhir dan
bacaannya.
Ke-13
- Penyakit tamak dan merasa tidak cukup. Ini
diubati melalui memberi salam. Ketika memberi salam, kita
memandang kiri dan kanan yang bermaksud agar kita memerhati orang
sekeliling yang lebih teruk nasibnya berbanding kita.
Ke-14
- Penyakit hilang tujuan dan matlamat dalam hidup – ini
diajar Allah melalui keperluan kepatuhan tertib dalam solat. Dalam
kehidupan, kehidupan kita sering berubah-ubah daripada bujang,
berkahwin, dapat anak, menantu, cucu dan sebagainya. Kita perlu
sentiasa sedar bahawa akhirat adalag tujuan kita dan memanfaatkan
kesempatan dan nyawa yang diberikan untuk beribadat
sebanyak-banyaknya.
Kesimpulan:
Jangan
lupa menjaga solat dalam kehidupan kita. Ketika mendengar azan,
bayangkan ianya seumpama panggilan kekasih yang mengajak untuk
bertemu. Amat rugilah bagi orang yang mendengar laugan azan dan
membiarkannya berlalu begitu sahaja.
Senarai
soalah & jawapan:
S:
Adakah kusyuk perlu sebagai syarat untuk Allah terima solat kita?
J:
Kusyuk melibatkan kesihatan jiwa. Jika tidak kusyuk, itu maksudnya,
jiwanya sedang sakit. Antara penyakit utama hati ialah mencintai
dunia. Cuba perhatikan, selepas angkat takbir saja, hati kita mula
melayang dan mengingati hal-hal dunia. Oleh itu, kita diajar untuk
memulakan solat dengan niat semata-mata kerana Allah.
S:
Apa komen ustaz jika seseorang mempunyai akhlak yang baik tetapi
masih meninggalkan solat?
J:
Segala kebaikan bermula dengan solat. Tanpa solat, tidak bermakna
perbuatan baik yang lain kerana solat merupakan perkara pertama yang
Allah hisab. Sebagai perbandingan, contohnya kita ingin pergi ke luar
negara, perkara pertama yang akan ditanya ialah passport kita, tanpa
passport, walau sebaik mana kita sekalipun, kita takkan dibenarkan
masuk. Oleh itu, berhati-hatilah kepada mereka yang meninggalkan
solat.
S:
Yang mana lebih afdhal – solat witir selepas solat terawikh atau
selepas solat sunat tahajjud?
J:
Nabi SAW berkata solat witir itu sebagai penutup solat malam yang
kita lakukan. Jika kita yakin kita akan bangun solat malam lagi, yang
lebih utama adalah solat witir selepas solat malam itu.