Umrah dan Ziarah (1) – Tanyalah Ustaz 27.08.2012

Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim


Bacaan surah Al-Haj, ayat 27-30:

Alhamdulillah bertemu dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan. Rumusan daripada ayat yang dibacakan tadi ialah – Allah SWT minta kita ikhtiar untuk pergi menunaikan umrah, haji dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana. Kita digalakkan untuk pergi bersama keluarga ke sana. Terdapat beberapa kelebihan berziarah ke sana mengikut pandangan ulama. Antaranya:
Mekah dan Madinah merupakan tempat kelahiran Nabi SAW. Jika sampai ke Mekah, biasanya kita akan ditunjukkan rumah tempat Nabi SAW dilahirkan.

Kedua-dua tempat ini (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) merupakan tempat yang aman dan selamat. Tempat ini boleh memberi ketenangan dan kedamaian pada jiwa. Di samping itu, kita juga digalakkan melawat masjid Al-Aqsa.

Setiap hari sebanyak 120 rahmat turun ke atas Kaabah. Oleh itu, jika kita ada berdekatan, kita akan mendapat rahmat ini juga. 60 rahmat untuk orang yang tawaf, 40 rahmat untuk orang yang solat dalam masjidil Haram, dan 20 lagi untuk orang yang lihat kaabah. Oleh itu, jika kita buat ketiga-tiga perkara, maka kita akan dapat 120 rahmat setiap hari.

Solat di masjidil Haram mendapat gandaan pahala sebanyak 100 ribu kali. Tetapi jangan pula kerana sudah banyak solat di sana, balik ke Malaysia tinggalkan solat pula.
Tiada waktu yang ditegah untuk solat ketika di masjidil Haram. Boleh solat sepanjang masa.

Dalam kehidupan kita, kita perlu simpan keinginan dan rancang untuk pergi mengerjakan umrah dan ziarah.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah perbezaan umrah dan haji?
J: Haji ada waktu khusus dan kemuncaknya ialah pada bulan Zulhijjah. Umrah pula boleh dilakukan sepanjang masa. Cara melakukannya juga berbeza. Rukum umrah cuma niat ihram di miqat, tawaf, saei, tahallul dan tertib. Untuk haji pula, disamping rukun umrah, perlu ditambah lagi dengan berada di Muzdalifah, berada di padang Arafah, perlu duduk di Mina dan kemudian kembali mengerjakan tawaf, saei dan bertahallul.

S: Apakah kelebihan ibadah umrah?
J: Pertama – kita akan mendapat 'title' tetamu Allah. Bukan semua boleh orang mendapat 'title' ini. Ada orang kaya, namun masih belum sampai juga lagi ke Mekad dan Madinah.
Kedua – akan mendapat pahala yang besar kerana kita berusaha mengumpul wang untuk datang. Ketiga – Terdorong untuk membanyakkan ibadah.
Keempat – terdapat banyak tempat mustajab doa. Lebih mudah peluang berbanding dengan musim Haji yang lebih ramai orang.
Kelima – kita diajar untuk memperbanyakkan ibadah. Di sana kita menunggu waktu solat, sejam sebelum Subuh lagi kita sudah berkejaran ke masjid.
Keenam – mengajar kita erti tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mulia apabila bertemu dengan ramai lagi umat Islam yang lain.

S: Apakah adab-adab yang perlu diperkasakan sebelum menunaikan ibadah umrah?
J: Adab perlu dipelajari sebelum pergi ke sana, bukannya setelah sampai ke sana.
Pertama - kena amalkan akhlak yang mulia. Contohnya kena redha dan senyum juga walaupun makanan tak sedap. Kita kena ingat yang kita ke sana untuk beridabat, bukannya untuk makan. Jika tak suka juga dengan makanan di hotel, carilah makanan lain di luar.
Kedua – banyakkan bersabar, terumatamanya apabila ditengking atau dimarahi.
Ketiga – sedar bahawa umrah itu satu ibadah, oleh itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin. Keempat – biasakan diri supaya tidak bercakap kotor.
Kelima – belajar untuk sentiasa bersyukur. Keenam – perlu belajar tentang tempat-tempat yang mustajab doa.

S: Bolehkah jika nak gabung niat umrah dan ziarah tempat bersejarah?
J: Ibadah sunat dan sunat boleh digabungkan. Ibadat wajib dengan wajib sahaja yang tak boleh digabungkan. Jangan pula pergi dan buat umrah sekali sahaja. Buatlah beberapa kali dan banyakkan tawaf sunat. Perbanyakkan juga solat, baca Al-Quran dan berzikir. Janganlah kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk pergi umrah. Dengan menziarahi tempat bersejarah, banyak juga pengajaran yang teladan yang boleh diambil.

S: Bolehkah jika saya buat umrah dahulu sebelum buat haji?
J: Hukum tidak boleh disamaratakan untuk semua orang. Kena tengok juga orang dan keadaannya. Contohnya, jika seseorang telah mendaftar namun gilirannya masih lambat lagi, dan juga mempunyai wang lebih, maka harus baginya menunaikan umrah. Apa yang tidak boleh ialah jika seseorang tidak mempunyai cukup belanja untuk pergi haji lagi dan waktu menunggu hampir sampai, ketika itu perlu didahulukan belanja untuk mengerjakan haji. Kita perlu dahulukan yang wajib sebelum buat yang sunat.

S: Adakah ibadah umrah mempunyai tingkatan atau darjat tertentu?
J: Ya. Darjat yang pertama ialah umrah mabrurah (umrah yang berjaya). Umrah ini balasannya syurga. Bagaimana mencapainya?
Pertama - Seseorang perlu sabar dan redha 100% dengan segala ujian yang diterima ketika melakukan umrah.
Kedua – ibadah yang 100% iaitu tidak pernah tinggal solat di masjid Nabawi atau masjidil Haram. Mencari peluang beribadah dan berdoa di tempat-tempat mustajab.
Ketiga – menginsafi diri ketika di sana dan setelah pulang ke tanah air.
Keempat – balik dengan tenang dan membawa perkhabaran yang baik.

Darjat kedua – Umrah yang diterima Allah Taala. Bezanya kesabaran, ibadah, keinsafan dan perubahan baik selepas pulang cuma 75%. Masih ada berbaki perangainya yang tidak elok.

Darjat ketiga – Umrah makbulah iaitu umrah yang 'cukup makan' saja. Bezanya kesabaran, ibadah, keinsafan dan perubahan baik selepas pulang cuma 50%. Perbuatan baik dan buruknya sama banyak. Setelah pulang pula hampir tiada perubahan atau perubahan yang sangat kecil.

Darjat ketiga – Umrah mardudah iaitu umrah yang tertolak. Bezanya kesabaran, ibadah, keinsafan dan perubahan baik selepas pulang sangat sedikit dan banyak pula buat dosa ketika di sana.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab