Taman Syurga #2: Wasiat Taqwa & Faedahnya

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid*
Taman Syurga #2 (06.03.2015)



Tajuk penting sebagai permulaan dalam kitab ini ialah perintah untuk kita membawa balik bekal taqwa untuk bertemu Allah SWT.

Oleh kerana kepentingannya, wasiat sama diperintahkan kepada semua Nabi terdahulu dan pengikut mereka, dan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan kita sebagai umatnya.

Allah perintahkan untuk kita bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Kunci kebaikan di dunia dan akhirat terkandung dalam taqwa.

Nabi ﷺ yang bertaqwa pun masih disuruh bertaqwa dalam satu mesej khas untuk baginda Nabi ﷺ. Pengajarannya - tak kira semulia mana kamu, sebanyak mana amal kamu, kamu masih perlu bertaqwa kerana makhluk yang termulia pun disuruh bertaqwa. Ertinya - taqwa itu perlu pada setiap saat - yakni perlu istiqamah dengan taqwa.

Kedudukan taqwa adalah tinggi kerana Allah SWT berwasiat langsung tentangnya, dan kita perlu lihat sejauh mana kita telah menerima wasiat ini?

Baginda Rasulullah ﷺ bersabda - “Bertaqwalah (Takutlah) kamu kepada hukuman Allah walaupun dengan setengah biji kurma.”

Anggota tubuh badan akan berkata kepada lisan - “Takutlah (bertaqwalah) kepada Allah, kalau kamu lurus, kami pun ikut lurus. Kalau kamu bengkok, kami pun bengkok.” Hari ini orang mudah menggunakan lidah kepada perkara yang tak disukai Allah SWT.

Kebaikan Taqwa sebagai motivasi untuk kita:
Faedah 1:Penyertaan Tuhan dalam pemeliharaan diri kita, yakni Allah bersama orang yang bertaqwa. Kita maklum Allah sentiasa bersama dengan kita, yakni memerhatikan kita zahir dan batin. Tetapi maksud ‘bersama dengan orang bertaqwa' ialah Allah akan bantu, tolong, pelihara, lindungi.

Contoh 1: Dalam kisah Hijrah, Rasulullah ﷺ memberitahu Sayyidina Abu Bakar yang “Allah bersama kita.” dan dengan itu datang ketenangan dan hilang segala kerisauan. Apa lagi nak dirisaukan jika bersama dengan Pencipta yang semua makhluk berasa di dalam genggaman-Nya. Pertolongan Allah turun kepada Rasulullah ﷺ dan Sayyidina Abu Bakar kerana mrk adalah orang yang bertaqwa.

Contoh 2: Kisah Ashabul Kahfi yang berlindung di gua untuk mempertahankan ketaqwaan mereka. Mereka ditidurkan dan dipelihara Allah SWT daripada sinar matahari, tanah dsb.

Faedah 2: Akan diberi ilmu ladunni. Yakni, ilmu yang kita tak tahu, diajarkan langsung oleh Allah SWT kepada kita.

Kesimpulan:
1. Taqwa ialah menunaikan apa yang Allah perintahkan dan menjauhi apa yang Allah SWT larang. Ini ‘basic’ taqwa, tetapi ada ‘level’ yang lebih tinggi lagi. Cth: Taqwa para anbiya lebih tinggi daripada taqwa para auliya, taqwa auliya berbeza lebih tinggi daripada taqwa orang awam.
2. Antara faedah taqwa ialah pemeliharaan dari Allah SWT dan ilmu ladunni. (Ada banyak faedah lain lagi)

Akan bersambung InshaAllah.

p/s: Segala kekurangan Admin mohon maaf dan teguran.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab