Taman Syurga #4 (20.03.2015) - Kelebihan Taqwa (2)

 بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid*
Kitab Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, m/s 13.


Muqaddimah: Kita perlu kepada ilmu untuk beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى. 

Di antara buah (faedah) taqwa yang telah dibincangkan sebelum ini:
  1. kebersamaan dengan Allah سبحانه و تعالى
  2. diajarkan ilmu ladunni oleh Allah سبحانه و تعالى 
  3. Mampu membezakan yg haq dan yg batil (furqan), penghapus dosa
  4. Keselamatan dari api neraka - puncak tertinggi kejayaan.
  5. dihapuskan dosa
  6. diberikan rezeki
  7. dilapangkan dada
  8. diberi kemudahan dalam kehidupan
Buah taqwa seterusnya ialah:
  1. mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat.
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:

Orang yang bertaqwa dijanjikan kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Berapa ramai orang mencari kemuliaan di sisi manusia, dan kalau mendapatkannnya pun, selama mana ianya mampu bertahan? 

Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى merekodkan apa yang dikatakan oleh kaum munafiqin kepada Rasulullah ﷺ  dan kaum muslimin, “Kalau kami nanti balik ke Madinah, yang mulia, tinggi, agung akan mengeluarkan yang hina.” Pada pandangan mereka, mereka merasa mulia dengan kekufuran mereka dan melihat orang yang dalam kebenaran sebagai orang yang hina. Ini adalah penilaian yang terbalik, dan pada akhirnya Rasulullah ﷺ  kekal di Madinah, Islam semakin tersebar, semakin kuat dan terserlah keindahan Islam sementara kaum munafiqin semakin hari semakin terhakis. Demikian janji Allah سبحانه و تعالى - Kemuliaan mesti dicari di sisi Allah سبحانه و تعالى dan bukannya di sisi makhluk.

Contoh kedua: Allah سبحانه و تعالى memberi contoh orang yang mencari kemuliaan sehinggakan mengaku dirinya Tuhan seperti Firaun. Katanya, “Saya Tuhan-Mu Yang Paling Tinggi”.
Dia ditenggelamkan oleh Allah dengan kaumnya, dengan kemuliannya dan hartanya semua. Berapa banyak yang ditinggalkan daripada kebun-kebun, air-air, hartanya, kemuliannya?

Sesiapa saja yang mencari kemuliaan selain dari sisi Allah, maka kemuliaan itu akan menjadi sia-sia. Kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى yang kekal di dunia, barzakh dan juga akhirat.

Sebab kedua kemuliaan juga bukanlah kerana keturunan. Kata Imam Al-Haddad, orang yang kurang beramal, nasabnya tidak bantu dia, yakni mesti beramal untuk dapat kemuliaan di sisi Allah سبحانه و تعالى. Kemudian, harta dan kekayaan juga bukan sebab untuk mendapat kemuliaan.

Firman Allah سبحانه و تعالى yang bermaksud, “Bukanlah harta kamu, bukan anak-anak kamu yang dapat mengangkat darjat kamu untuk dekat di sisi Kami (Allah), kecuali orang-orang yang beriman.”

Beriman pada hartanya dengan menggunakannya pada jalan Allah, beriman pada anak-anaknya dengan mendidik mereka - ini yang akan menaikkan darjat seseroang di sis Allah سبحانه و تعالى, dan bukan zat harta dan anak-anak itu sendiri. Ini menunjukkan apa saja yang Allah berikan kepada kita boleh dipergunakan untuk Allah سبحانه و تعالى.

Begitulah kupasan Imam Al-Haddad tentang hakikat kebenaran orang yang bertawqa kepada Allah سبحانه و تعالى. Allah berfiman, “Orang yang beriman berada dalam syurga-syurga, sungai-sungai yang mengalir, di tempat yang benar, di sisi Yang Maha Berkuasa

Siapa yang dapat semua itu? Syurga yang banyak, sungai yang mengalir, dan lebih daripada itu mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah سبحانه و تعالى.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang bertaqwa dan mendapatkan anugerah tersebut, InshaAllah. 

Soalan: Apakah ciri hamba Allah yang bertaqwa?
Jawapan: Barakallahufikum. Allah سبحانه و تعالى menceritakan ciri-ciri orang yang bertaqwa dalam Al-Quran, di antaranya ialah:
  • bersegera untuk meraih keampunan daripada Allah سبحانه و تعالى 
  • berinfak dalam keadaan senang dan susah
  • menahan marah
  • memaafkan kepada orang lain
  • berbuat ehsan kepada orang lain, yakni memberi lebih daripada hak orang, dan tidak menuntut apa yang menjadi hak dirinya.
  • orang yang menzalimi diri sendiri, tetapi bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى 
  • tidak merendahkan orang lain
Rasulullah ﷺ  bersabda, “Taqwa itu di sini (hati).” “Cukup seseorang Muslim itu melakukan kesalahan dengan merendahkan Muslim yang lain.” Walaupun Muslim itu berbuat tidak baik. Orang yang bertaqwa tidak menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain.

Dengan taqwa, Allah سبحانه و تعالى telah menjanjikan semua kebaikan dunia dan akhirat. Oleh kerana pentingnya masalah taqwa ini, para ulama seringkali mengingatkan agar orang-orang meningkatkan ketaqwaan kepada Allah سبحانه و تعالى. Kata para ulama: Taqwa ialah menurut suruhan Allah سبحانه و تعالى dan meninggalkan larangan-Nya, zahir dan batin.

Definisi taqwa daripada firman Allah سبحانه و تعالى - “Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar-sebenar taqwa.” Para mufassirin mentafsirkan ayat ini seperti berikut:
  • Allah سبحانه و تعالى mesti ditaati, tidak boleh dimaksiati
  • Allah سبحانه و تعالى mesti diingati, tidak boleh dilupai
  • Allah سبحانه و تعالى mesti disyukuri, tidak boleh dikufuri
Ini yang merisaukan kepada sahabat dan Rasulullah ﷺ  sendiri. Keimanan seseorang bergantung kepada kedudukannya di sisi Allah سبحانه و تعالى. Iman kita boleh bertambah, atau berkurang manakala iman pada anbiya’ pulak sentiasa bertambah, dan tidak berkurang. Kedudukan iman yang berbeza ini kerana berbeza makrifat (kenalnya) seseorang itu kepada Allah سبحانه و تعالى.

Kita setiap hari melakukan maksiat, lupa kepada Allah, kurang bersyukur kepada Allah سبحانه و تعالى  -> menunjukkan kita tidak mampu untuk memenuhi hak Allah sebagai Tuhan. Nabi ﷺ  mengungkapkan ketidakmampuannya untuk bersyukur dalam doanya, walaupun beliau termasuk orang yang paling bertaqwa:
//Aku berlindung dengan keredhaan-Mu wahai Allah daripada murka-Mu, dengan pengampunan-Mu daripada pembalasan-Mu, aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu (yakni berlindung daripada perkara yang ditentukan Allah - tiada yang dapat menghalang perkara buruk daripada berlaku kecuali Allah sendiri), tidak mampu aku menghitung kepujian ke atas-Mu, seperti Engkau memuji ke atas Zat-Mu sendiri.

Berlindung kepada Allah daripada murka Allah سبحانه و تعالى . Apa dosa yang Nabi ﷺ  lakukan? Tiada. Ketika ada sahabat-sahabat yang ingin berpuasa terus-menerus tanpa berbuka, solat sepanjang malam tanpa tidur, beribadat terus-menerus tanpa berkahwin, baginda Rasulullah ﷺ  menyatakan, “Saya ini yang paling bertaqwa, tapi saya solat dan tidur, saya puasa dan berbuka dan saya pun berkahwin. Orang yang berpaling daripada sunnahku, bukan daripada aku.”

Ketika baginda diusir setelah berdakwah ke Taif, dan ingin kembali ke Mekah, baginda diminta menyediakan suaka politik sebelum diizinkan masuk, dan Mut’im ibni Ali menjamin baginda. Sebelum sampai ke Mekah, baginda berdoa, “Ya Allah, aku mengadu akan kekurangan dan ketidakupayaan diriku”, walaupun yang menghantar ialah Allah سبحانه و تعالى. Intinya ialah pada akhir doanya, Rasulullah ﷺ  berkata, “Ya Allah selagi Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak kisah apa yang menimpa diriku.” Yakni ditunjukkan kelemahan dirinya walaupun baginda yang paling sempurna dalam menjalankan dakwah. Orang termulia pun masih melihat kekurangan pada dirinya. Seperti malaikat  yang tidak rasa dirinya telah beribadah walaupun telah sujud sepanjang hidupnya, seperti yang diceritakan minggu lepas. Ini kerana mereka semua melihat ibadah mereka itu kecil. 


Orang yang bertaqwa akan sentiasa melihat kekurangan diri walaupun orang lain tengok dia banyak di dalam ibadahnya. Jika seseorang merasa telah banyak beribadah, itu akan menjadi titik permulaan masalah. Sahabat memuji seorang sahabat yang nampak zahir selalu menjaga wudhuk dan ibadatnya, tetapi Rasulullah ﷺ  nampak kesan tamparan iblis di wajahnya. Allah tidak menilai seseorang berdasarkan luarannnya. Orang yang bertaqwa sentiasa merasa kekurangan pada dirinya, memohon disempurnakan oleh Allah سبحانه و تعالى dan tidak memandang rendah kepada orang lain.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab