Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015

بسم لله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم

Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid*
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015



Bahagian 1: Tafsir Al-Quran  
Surah An-Nisa, ayat 44-46

Ayat 44: 

Ayat ini menceritakan tentang sifat khianat segolongan manusia yang diberikan amanah daripada ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى, daripada wahyu, kitab yang diturunkan kepada mereka sebagai hidayah dan petunjuk, sebagai penyelamat kepada mereka, akan tetapi kerana serakah nafsu mereka, mereka rela untuk memutarbelitkan ayat-ayat Allah, memalsukan ayat-ayat Allah, menyembunyikan kebenaran daripada firman Allah سبحانه و تعالى,, dan inilah sebesar-besar khianat yang dilakukan oleh seseorang.

Golongan ini adalah daripada ahli kitab, daripada kaum Yahudi dan Kristian, yang menerima wahyu daripada Allah سبحانه و تعالى,, berupa Taurat kepada kaum Yahudi, dan Injil kepada kaum Kristian, yang didalamnya menceritakan tentang kebenaran Allah سبحانه و تعالى,, yang risalah Allah سبحانه و تعالى, itu berterusan daripada Nabi Adam sampai kepada Nabi Muhammad ﷺ. Masalah Rasulullah ﷺ yang disembunyikan oleh mereka. Maklumat mengenai Rasulullah ﷺ yang diputarbelitkan mereka, yang mereka sedar di dalam Taurat, dan Injil ada sifat-sifat Rasulullah ﷺ sebagai penutup kepada para Nabi dan Anbiya. Mereka mentafsirkan tidak sesuai dengan apa yang dimaksudkan Allah. Itulah yang Allah سبحانه و تعالى, ceritakan dalam ayat ini.

“Tidakkah kamu melihat…”
Allah سبحانه و تعالى, memulakan kalimat dengan “Tidakkah kamu melihat…”, yang dimaksudkan ialah melihat kepada kaum Yahudi dan Kristian. Adakah Nabi ﷺ melihat kepada mereka? Adakah Nabi ﷺ melihat mereka yang diberikan Taurat dan Injil? Nabi ﷺ tidak berjumpa Nabi Isa dan Nabi Musa ketika mereka diberikan kitab mereka, yakni pada zaman mereka. Nabi ﷺ hanya bertemu mereka ketika peristiwa Israk dan Mikraj.

Maksud firman Allah yang sebenarnya ialah 'Tidakkah kamu tahu'. Kenapa Allah tak kata tidakkan kamu mengetahui tapi mengatakan tidakkah kamu melihat?
Melihat dan mengetahui ada bezanya. Kepercayaan kepada berita oleh orang yang melihat dengan mata sendiri adalah lebih kuat (lebih benar) berbanding sesuatu berita yang cuma didengari.

Allah menggunakan kalimat ini kerana walaupun Nabi ﷺ tidak hidup pada zaman Nabi Isa atau Nabi Musa, baginda tidak boleh ragu-ragu kerana yang memberitahu berita itu ialah Allah سبحانه و تعالى,. Apabila Allah سبحانه و تعالى, yang beritahu, seoalah-olahnya Nabi ﷺ melihat kejadian itu dengan matanya sendiri. Ertinya, ayat ini ingin beritahu kita bahawa apa saja yang Allah beritahu dalam Al-Quran, jangan ada sedikit keraguan, apa saja walaupun kita tidak boleh menerimanya kerana otak kita belum mampu menyerap makna yang tersirat. Ketahuilah apa yang difirmankan Allah سبحانه و تعالى, adalah benar, otak kita yang belum faham. Ayat ini menarik perhatian kita umat Islam untuk menerima apa-apa yang Allah سبحانه و تعالى, firmankan, walaupun kita tidak dapat memahaminya dengan sebenarnya. Terimalah apa yang datang daripada Allah سبحانه و تعالى,, seakan-akan ianya berada nyata di hadapan mata. Ini sikap orang beriman, bilamana membaca Al-Quran nul Kareem yang menyentuh ayat-ayat tentang perkara yang sudah, sedang dan akan berlaku, semuanya benar termasuk perkara yang kita tidak nampak (yang ghaib). Kita beriman apa yang Allah beritahu dalam Al-Quran nul Kareem adalah benar – timbangan, neraka, syurga, sirat, semuanya perkara ghaib adalah benar walaupun kita tidak melihatnya, kerana yang memberitahu kepada kita ialah Yang Menciptakan segala sesuatu.

“… kepada golongan yang diberi…”
Maknanya ada pihak yang memberi. Orang yang diberi hanya menerima, dan sesuai dengan kehendak yang memberi, orang yang menerima mesti menjaga apa yang diberi. Ketika Allah سبحانه و تعالى, memberikan Al-Quran nul Kareem, bukan untuk kita mempermainkannya dengan penafsiran ikut kita punya suka. Sepertimana Allah turunkan Taurat dan Injil kepada Yahudi dan Kristian, adalah bukan hak mereka untuk memutarbelitkan apa yang Allah سبحانه و تعالى, firmankan, dengan dasar – ‘ini’ (kitab) aku punya. Berbeza orang itu diberi untuk dipergunakan ikut suka hati,  dengan orang yang diberi untuk menjaga pemberian. 

Kalau seseorang diberi kereta untuk pergi/balik kerja, dia tidak berhak untuk jual/tukar/salah guna kereta itu. Ketika Allah memberi Al-Quran nul Kareem, At-Taurah, Al-Injil, adalah untuk dijaga sebagai panduan, dan bukan untuk diputarbelitkan seperti yang dilakukan kaum Yahudi dan Kristian. Tidakkah kamu (Nabi ﷺ) melihat kepada penerima yang menerima apa yang diberi Allah سبحانه و تعالى,? Maka tiada sesiapa pun yang berhak mengubah apa yang tersimpan dalam ayat-ayat yang diberikan Allah سبحانه و تعالى,. Bergantung kepada amanah yang diletakkan kepada barang yang diberi, si penerima mesti memuliakan barang yang diterima itu, oleh kerana yang memberi itu Yang Maha Kuasa, dan juga menjaga kelestarian barang yang diberi itu. Semakin kita melihat orang yang memberi itu agung dan besar di sisi kita, maka kita akan menjaga pemberian itu kerana melihat besarnya pemberinya. Dan bergantung kepada kemuliaan orang yang diberikan, sejauh mana kita kan menjaga barang pemberian itu. Kalau seseorang diberi amanah menjaga permata, intan yang berkilau, dia tidak mungkin letak di dapur! Dia akan letak dalam almari besi dan dikunci. Semakin barang itu berharga, semakin dijaga dengan betul-betul. Bila yang memberi ialah Allah سبحانه و تعالى,, dan barang yang diberi ialah Al-Kitab yang menjadi penyelamat di akhirat nanti, maka penerima mesti melihat keagungan yang memberi dan menjaga wahyu yang diberi Allah سبحانه و تعالى, kepada mereka. Akan tetapi mereka itu hilangkan amanah tersebut dan berkhianat kepada wahyu yang diturunkan kepada mereka.

“… diberi sebahagian al-kitab…”
Kenapa sebahagian sedangkan mereka diberi satu kitab lengkap dari awal hingga akhirnya? Kerana mereka lupa banyak daripada ayat-ayat At-Taurah, dan Al-Injil. Sebahagian yang diturunkan mereka lupakan, dan yang sebahagian yang diingatkan pun mereka tidak taati.

Maka, ayat ini juga menyentuh, ayat-ayat Al-Quran nul Kareem, walaupun terjumlah 30 juzuk, dari awal sampai akhirnya adalah satu ikatan rapi yang saling berkait dan tidak boleh dipisahkan. Tidak boleh mengatakan beriman kepada sebahagian ayat, dan kufur kepada bahagian ayat yang lain. Maka, Allah menyentuh sikap mereka yang melupakan sebahagian ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى,. Diingatkan supaya kita jangan melupakan Al-Quran nul Kareem, bukan hanya kepada mereka yang sudah hafal Al-Quran nul Kareem. Memang yang sudah hafal lagi ditekankan untuk tak boleh lupa, dan tiada dosa yang lebih besar kata baginda Rasulullah ﷺ melebihi besarnya dosa orang yang hafal Al-Quran nul Kareem kemudian dilupakannya. Ertinya lupa kerana tidak murojah, tidak mengkaji, dan ulangkaji Al-Quran nul Kareem kerana lalainya orang tersebut. Perbuatan ini adalah dosa yang amat besar, kerana diberikan kelebihan menghafal Al-Quran nul Kareem iaitu kalam Allah سبحانه و تعالى,, yang mesti dijaga. Penjagaan kedua kepada Al-Quran nul Kareem ialah mesti membaca dan diamalkan isi kandunganya, dan tidak mempunyai sikap “Aku nak beramal yang ini saja, yang ini aku tak mampu, maka aku tak nak beramal dengannya”. Al-Quran nul Kareem itu adalah satu walaupun ada 30 juzuk. 

“… mereka memilih kesesatan..”
Apa yang dibeli? Kesesatan, celaka, api neraka!. Orang yang jual-beli, ada duit yang diberikan untuk memiliki barang milik orang lain. Tentunya barang (duit) yang ada pada kita itu berharga pada kita, dan tidak akan dipergunakan untuk membeli kecuali barang itu berharga atau barang yang diperlukan.

Tetapi adalah tidak sihat akal seseorang, tidak waras apabila mempunyai barang yang berharga, lalu diberi untuk membeli barang yang hina. Sudahlah barang itu hina, dia pula kehilangan sesuatu yang berharga miliknya. Orang yang ‘stupid’ membeli barang yang hina (kesesatan) dengan menjual hidayah daripada Allah سبحانه و تعالى,. Ini gambar orang-orang yang memilih sesat berbanding hidayah daripada Allah سبحانه و تعالى,. Orang yang waras akan membeli barang yang menguntungkan mereka. Tetapi golongan ini membeli barang yang buruk, bahkan merugikan mereka kerana terpaksa menukar dengan sesuatu yang lebih berharga iaitu hidayah. Mereka ini membeli kesasatan untuk nanti dihukum Allah سبحانه و تعالى, di akhirat. Demikian Allah beri perumpamaan kepada orang Yahudi dan Kristian yang melihat kebenaran nyata di hadapan, mereka menyembunyikannya, dan memilih kepada kesesatan. 

Maka, dalam hal ini Allah سبحانه و تعالى, menegur kepada golongan yang mementingkan hawa nafsu untuk membeli kesesatan dengan menjual hidayah, agar kita tidak bersikap seperti itu. Apakah hidayah yang Allah سبحانه و تعالى, beri kepada mereka? Kitab Injil dan Taurat, yang terkandung kebenaran tentang Rasulullah ﷺ, tetapi mereka sembunyikan. Baginda Rasulullah ﷺ bersabda dalam hadis, “Orang yang menyembunyikan kebenaran akan diletakkan di mulut mereka ‘lijam’ daripada api neraka (besi yang diletakkan pada mulut kuda).”

Mereka kaum Yahudi dan Kristian tahu kebenaran tentang Rasulullah lebih daripada kenalnya mereka kepada anak mereka sendiri. Abdullah bin Salam sendiri mengatakan begitu apabila ditanya oleh Sayyidina Umar Al-Khattab. An-Najasyi beriman kepada Rasulullah ﷺ walaupun tidak bertemu dengan baginda. Buhairah Ar-Rahib pun kenal kepada Rasulullah walaupun ketika itu baginda masih kecil.

Dalam sirah diceritakan bagaimana ketika kaum Yahudi berperang dengan kaum Aus dan Khazraj, mereka akan berkata, “Kami sedang menunggu Nabi akhir zaman, yang kalau datang Nabi itu, kami akan beriman kepadanya dan bersama dengannya untuk melawan kamu.” Kaum Aus dan Khazraj sangat kerap mendengarkan ayat ini dan akhirnya mereka yang beriman kepada Rasulullah ﷺ. Jangan disangkan orang-orang yang kejam, kufur kepada Allah سبحانه و تعالى, itu berjaya berbuat zalim kepada Allah سبحانه و تعالى,. Tidak! Mereka akan berkhidmat membawa manusia kepada Allah سبحانه و تعالى, dengan kezaliman mereka. Siapakah yang membela Nabi Musa? Firaun sendiri. Abu Jahal duduk di pintu kota Mekah dan beritahu semua orang yang lalu agar tidak dengar cakap Nabi ﷺ, tetapi orang jadi tertarik dan mencari Rasulullah ﷺ, mendengar ucapannya, dan beriman. Siapa yang beritahu mereka tentang Rasulullah ﷺ? Abu Jahal! Demikian sunnatullah dalam dunia ini, orang yang kufur boleh jadi sebab hidayah kepada orang lain, walaupun mereka berusaha untuk mengkufurkan orang lain. Ini bukan bermaksud membela kepada mereka tetapi mereka dihina oleh Allah سبحانه و تعالى, dengan kekufuran mereka sendiri. Kebenaran akan tetap terangkat walaupun mereka tidak menyukainya. 

“.. dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.”
Mereka bukan hanya tidak beriman kepada Rasulullah ﷺ tetapi mereka tidak mahu orang lain beriman kepada Rasulullah ﷺ. Seseorang yang buat jahat, dan ingin orang lain juga buat jahat sepertinya – ini adalah ‘problem’ sebab orang yang zalim, bermaksiat, jahat akan berasa tidak selesa berhadapan dengan orang yang alim. Jika seorang saja yang ambil rasuah di pejabat, tentu dia segan. Tapi kalau semua orang ambil rasuah, sudah tentu tiada rasa segan lagi. orang yang ingin berkongsi kejahatan dengan orang juga adalah agar dirinya tidak nampak hina di mata kawan-kawannya. Dalam Al-Quran nul Kareem, Allah سبحانه و تعالى, menggambarkan orang-orang yang beriman kepada Rasulullah ﷺ, mereka meninggalkan perbuatan-perbuatan mungkar yang dilarang Allah سبحانه و تعالى,, dan orang-orang yang zalim tidak senang melihat mereka ini berbuat baik.   

Sepatutnya orang yang buat jahat menginsafi perbuatannya, tetapi kalau dia buat jahat dan tidak puas hati dengan orang yang buat baik, dan nak orang yang buat baik buat jahat sepertinya, maka dia bukan saja telah menjual hidayah dengan kesesatan, dia juga ingin menyesatkan orang lain daripada jalan yang benar. Ini tabiat orang-orang yang sesat, yang berbuat maksiat. Ini adalah daripada perangai as-syaitan. Syaitan berkata kepada manusia: “Kufur kamu kepada Allah.” Setelah manusia itu kufur, syaitan akan kata, “Aku tak bertanggungjawab atas perbuatan kamu.” Syaitan suruh tapi lepas itu dia angkat kaki. Di akhirat nanti, syaitan akan kata kepada orang-orang yang terpedaya dengan suruhannya, “Saya hanya mengajak kepada kamu. Allah menjanjikan yang benar kepada kamu. Saya pun janji juga, tapi saya ingkar. Kamu jangan cela aku, tapi cela diri kamu sendiri. Siapa suruh kamu ikut aku.” Kata-kata ini telah Allah سبحانه و تعالى, rekodkan dalam Al-Quran nul Kareem supaya telinga orang beriman yang dengar bacaan ayat itu masih terpedaya dengan syaitan. Syaitan akan mengatakan ini secara langsung atau melalui manusia yang mengikuti hasutannya.

Ayat 45:  

Ayat 46: 

Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

“Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar,…”
Allah Ta'ala tak sebut ‘semua’, kerana ada di antara ahli kitab yang mentahrih** ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى,. Contoh yang beriman adalah  – Abdullah bin Salam, Zaid ibnu Sa’ana, Soffiyah binti Khuyai dan ramai juga orang Yahudi lain yang beriman kepada Rasulullah ﷺ.  

"Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut".
Berapa ramai orang yang beriman tahu dan tidak mendengar. Mereka tahu riba itu haram, tapi dia tidak patuh bahawa riba itu haram dengan terlibat dengan riba. Bukankah orang Islam tahu jika memberi hutang dan mensyaratkan mendapat untung ketika akad hutang itu adalah riba? Berapa ramai orang mukmin Muslim yang terlibat dalam hal sebegini? Mereka tahu ayat ini tapi mereka tidak mahu patuh. Ayat ini bukan untuk Yahudi saja, tapi untuk muslimin juga agar tak mengikut perangan Yahudi ini. Berapa ramai orang Islam yang baca ayat Quran yang menyuruh wanita menutup aurat, tapi ramai yang tidak patuh. Jadi, apa beza dengan perangai Yahudi yang kata “Kami dengar”, tapi kami tak mahu patuh dalam hati mereka? Bukankah ramai umat Islam yang tahu larangan Allah سبحانه و تعالى, tapi dalam hatinya tidak mahu patuh? Walaupun tak melafazkan di mulut, tapi mereka ingkar di hati dan perbuatan.

Kiaskan semua ini dalam perkara-perkara yang Allah wajibkan ke atas kita. Sejauh mana kita telah mengamalkan apa yang Allah سبحانه و تعالى wajibkan, dan sejauh mana kita sengaja melanggar apa yang Allah سبحانه و تعالى larang kepada kita? Adalah wajar bila umat Islam tergelincir melakukan perkara yang dilarang lalu bertaubat kepada Allah سبحانه و تعالى. Tapi kalau orang tahu dia buat perkara yang dilarang dan kata, “Nanti di akhirat, aku tanggung dosa aku sendiri.” Dia tahukah bagaimana bentuk azab Allah di akhirat nanti? Menginsafi diri dengan mengatakan, “Ya, saya masih belum mampu…” adalah lebih baik daripada mencabar kepada hukum Allah سبحانه و تعالى. Jangan sekali-kali mengatakan, “Aku tanggung dosaku…”. Orang ini tidak menggunakan hati nurani yang bersih untuk berfikir akan kebertanggungjawaban dirinya di hadapan Allah سبحانه و تعالى nanti. Bilamana dipersoal satu soalan daripada dosa kecil saja, sudah gentar para auliya dan orang-orang yang beriman, apatah lagi dosa-dosa yang besar! Wal iya zu billah.

Ayat ini menyentuh perangai orang yang tahu hukum-hakam Allah سبحانه و تعالى, tetapi sengaja melanggar, mencabar kepada hukum-hakam Allah سبحانه و تعالى. Inilah perangai orang-orang Yahudi. “..(Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam….”

Mereka minta Nabi ﷺ  dengar cakap mereka tapi mereka tak mahu dengar cakap Rasulullah ﷺ. Satu sikap yang berbahaya dan tanda hari seseorang itu keras ialah apabila seseorang dihadapkan dengan kebenaran, dia menolak kebenaran itu. Kalau buat kesalahan kerana tidak tahu, bila tahu, dia akan sedar kesilapannya. Tetapi yang bahaya ialah dia tahu kebenaran, menolaknya dengan sengaja. “Sombong itu ialah menolak kebenaran.”

Apa itu “Raaeina”? Allah سبحانه و تعالى memberi contoh cara mereka memanipulasi ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى  dengan menggunakan perkataan yang ada 2 makna -> yakni yang ada makna baik dan tidak baik. Digunakan sebegitu supaya orang faham maksudnya baik, tetapi maksud orang yang mengucapkannya (Yahudi) adalah maksud yang tidak baik.

'Raaiena' - makna:
  1. Menjaga/melindungi
  2. Tindakan orang yang tidak waras
Jadi, ketika Yahudi mengatakan ‘Raaiena’, orang lain faham perlindungan/penjagaan -> makna yang positif. Tapi sebenarnya, mereka memaksudkan ‘tindakan orang yang tidak waras’. 

Mereka menyimpan maksud tidak baik pada perkataan yang mempunyai 2 makna - ini bahagian daripada pemalsuan yang mereka lakukan terhadap ayat-ayat Allah سبحانه و تعالى. Mereka memutarbelitkan ayat Allah سبحانه و تعالى dengan lidah mereka. Di dalam athar disebutkan bahawa setiap pagi, anggota tubuh badan akan  mengatakan kepada lisan, “Wahai lisan, kami semua ikut kamu. Kalau kamu lurus, kami lurus. Kalau kamu bengkok, kami pun bengkok.”

Kata Sayyidina Muaz kepada baginda Rasulullah ﷺ, “Adakah setiap kalimat yang keluar dari mulut ini akan dihisab?” Kata baginda Rasulullah ﷺ, “Kamu tidak tahukah nanti di akhirat, orang akan dicampakkan ke api neraka dengan mukanya (riwayat lain: kepala) terlebih dahulu.” Sebabnya adalah mulut mereka sehingga hukuman dikenakan kepada bahagian yang paling dekat dengan mulut. Nabi ﷺ  memberi jaminan pasti - “Siapa yang menjaga di antara  2 bibirnya (lidah) dan di antara 2 pehanya (kemaluan), aku jamin dia masuk syurga.” Nak berdaftar, jaga 2 perkara ini - mulut dan kemaluan. Tiada seaman-aman jaminan melainkan jaminan Nabi Muhammad ﷺ.

(Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam.
Kalau orang putarbelitkan hal dunia, dia akan dipertanggungjawabkan dalam hal itu. Tapi, kalau diputarbelitkan dalam hal agama - mengguna ayat Quran untuk kepentingan peribadi, dsb. Perkara ini sudah ada di zaman khalifah ar-rasyidin, orang yang memutarbelitkan ayat-ayat Quran, dan mereka diperangi oleh Sayyidina Abu Bakar. Mereka menolak untuk membayar zakat kerana Rasulullah ﷺ  telah wafat, dengan menggunakan dalil ayat Quran yang mereka salah faham. Perangai mereka ini berlaku pada umat Islam hari ini.

Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
Tidak semua orang Yahudi dan Kristian yang tidak beriman seperti nama-nama yang telah disebutkan sebelum ini.

//Doa.

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin
Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin



Pengajaran Hadis 6:
Dalam Al-Quran, Allah سبحانه و تعالى menyuruh orang-orang beriman untuk kasih mengasihi dan tawadhuk sesama orang beriman, dan tegas dengan orang kafir. Kita perlu tegas kerana kita lebih mulia daripada mereka.

Realitinya hari ini kita rasa hina di hadapan orang kafir mungkin kerana teknologi, kuasa mereka dsb sehingga Allah pun hina kepada kita. Kerana kita nak rasa hina di hadapan orang yang tidak beriman kepada Allah سبحانه و تعالى? Kenapa nak rasa hina dengan tamadun, kebendaan yang mereka ada? Kita rasa hina kerana kita mengukur diri kita dengan apa yang mereka ukur! 

Kalau kita tidak mengasihi sesama kita, kita akan mengasihi orang yang tidak beriman kepada Allah سبحانه و تعالى. Allah menyebut 2 sifat orang beriman - kasih-mengasihi dan tawadhuk. Bagaimana untuk kita saling mengasihi? Suka perkara baik berlaku yang berlaku pada kita berlaku juga pada org beriman yang lain, dan tawadhuk dengan tidak merasa lebih mulia daripada orang beriman yang lain, walaupun mereka dipandang hina di sisi masyarakat. 

Dalam hadis ini diceritakan Nabi ﷺ  sedang memberi khutbah dan ada beberapa riwayat sama ada khutbah Jumaat atau tidak. Datang seseorang untuk bertanya hal agama dan Rasulullah ﷺ  meninggalkan khutbah untuk memberi kelas ‘private’ kepada orang yang datang bertanya itu. Hadis ini mengajarkan kita beberapa perkara penting:
  1. Orang yang berilmu, yang tahu jawapan yang ditanya oleh seseorang, tidak menunda-nunda untuk memberikan jawapannya, terutamanya dalam hal agama kerana tiada hal yang lebih penting daripada hal agama, kecuali jika sibuk dengan hal agama yang lebih penting daripada itu. Baginda sedang menyampaikan khutbah, tetapi ditinggalkan untuk menjawab soalan seorang sahaja yang bertanya. Pengajarannya - jangan menunda-nunda memberikan jawapan, terutama dalam hal kebaikan seperti jika seseorang ingin memeluk Islam. Jangan tunggu esok, atau tunggu ustaz datang dulu.
  2. Sifat tawadhuk Rasulullah ﷺ  tidak memarahi orang yang bertanya, walaupun baginda sedang sibuk mengajar. Oleh itu, para ustaz, syeikh, pendakwah tidak boleh tergores dengan orang yang mahu bertanya, kerana orang yang lebih mulia daripada anda berhenti dan turun daripada memberikan khutbah untuk menjawab soalan satu orang.
  3.  Mengajarkan cara bagaimana untuk melayan kepada orang lain.
Ada perbezaan pendapat sama ada itu khutbah Jumaat atau tidak.


Pengajaran Hadis 7:
Sifat tawaduk juga perlu dilakukan bila berhadapan dengan makanan, dan bukan dengan manusia saja, yakni dengan menghargai makanan tersebut. Bila selesai makan, Rasulullah ﷺ  akan membersihkan sisa makanan yang ada pada jarinya, bermula dari tengah ke ibu jati. Apa tujuannya?
  1. Untuk tidak membazir, 
  2. Untuk menghargai rezeki yang Allah beri, walaupun satu butir nasi yang tidak tahu di mana letak keberkatannya. Maka, kalau dibuang makanan atau dicuci, mungkin akan terbuang sekali keberkatannya.
  3. Makanan yang dibuang mungkin akan menjadi makanan syaitan. Syaitan akan gemuk dan kacau kita dan keluarga kita. Kita yang ‘bela’ syaitan itu dengan kita tidak melakuakan adab ketika makan, baik dengan Basmallah, atau membazir..
Dalam hadis ini Rasulullah ﷺ menyuruh ambil makanan yang terjatuh untuk dibersihkan. Mungkin orang akan kata, “Eh kotorlah.. macam tiada nasi lagi dalam rumah ini.” Nak ikut cakap orang atau perbuatan Nabi ﷺ? Nak ikut cakap orang buang, nak ikut cakap Nabi ﷺ, bersihkan dan makan. Kecualilah kalau nampak makanan itu sudah bercampur dengan benda yang tak boleh sama sekali untuk dibersihkan. Tetapi selagi boleh dibersihkan, bersihkan.


Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril 
Bab: Nasab Rasulullah ﷺ (m/s 33)



Nasab Rasulullah bin...
Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib
bin Hashim bin ‘Abdul Manaf bin Qusoiy 
bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
bin Luayyi bin Gholib bin Fihr
bin Malik bin An-Nadhr bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas 
bin Mudhar bin Nizar bin Ma’addi bin ‘Adnan, anak keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim

Nabi ﷺ  menceritakan tentang nasabnya, maka kita perlu mengenali nasab baginda dan nasab kita sendiri, supaya dapat bersilaturrahim.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallahu'alam.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab