Keajaiban Ayatul Kursi – Sisi Pandang Berbeza
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Ustaz Nouman Ali Khan*
Malaysia Tour 2013
Penerangan ustaz NAK akan membuatkan anda lebih menghargai
keindahan ayat Allah SWT, InshaAllah. Sila tonton video untuk pemahaman yang
lebih baik. Saya sekadar merumuskan berdasarkan pemahaman saya.
Ayatul Kursi terbahagi kepada 9 bahagian, dan daripada
pecahan ini, perhatikan:
[1] Allah, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal
selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
[9] Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar
(kekuasaanNya)
à
Bahagian [1] dan [9] -> kedua-duanya menyatakan 2 nama Allah dalam ayat ini.
[2] Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
[8] dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta
memelihara keduanya.
à
Bahagian [2] menyatakan Allah tak mengantuk atau tidur dan bahagian [8]
menyatakan tak menjadi keberatan Allah menjaga dan memelihara keduanya (apa
yang ada di langit dan bumi) -> fokus kedua-dua ayat adalah sama
[3] Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
[7] Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi;
à
Bahagian [3] menyatakan Allah adalah pemilik
penguasa semua yang dilangit dan dibumi dan bahagian [7] menyatakan Allah penguasa semua yang dilangit dan
dibumi. Dalam realiti hari ini, seorang penguasa (King) tak semestinya pemilik
sesuatu harta, dan pemilik (owner) sesuatu harta masih tertakluk pada kuasa
pemerintahan dari luar, tetapi Allah adalah kedua-duanya, yakni Pemilik dan
Penguasa semua yang ada di langit
dan di bumi.
[4] Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
[6] sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
à
Bahagian [4] dan bahagian [6] ayat pula ada persamaan pada penggunaan perkataan
‘melainkan’. Perhatikan makna ayat di atas.
[5] Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka,
à
Sekarang lihat apa firman Allah pada bahagian ayat ke-5: Yang
mengetahui apa yang ada di hadapan
mereka dan apa yang ada di belakang
mereka. Kata kuncinya – hadapan dan belakang. Bila kita cuma perhatikan
dalam satu ayat ini (255) sahaja, betapa indahnya Allah mengaitkan antara ayat
hadapan dan belakang! Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga kita sama-sama dapat ambil pengajaran. Amin Allahumma
Amin.
*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh
pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit
petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber
asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas
segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat
kita manfaatkan. Wallu'alam.