"Amal tanpa ilmu adalah jenayah" - Maulid Bulanan MTDM Mac 2014 (07.03.2014)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Maulid Bulanan Mac 2014 - MTDM 07.03.2014


Tausiyah Tetamu-tetamu istimewa:

Tausiyah 1:
Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany
Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*

Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany mengatakan setelah memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah SAW dan sahabat daripada kaum Ansar dan Muhajirin, alangkah gembiranya saya ketika datang ke tempat ini dan menyaksikan ramai yang hadir ke masjid ini dengan dasar cinta kepada Allah dan juga kepada Rasulullah ﷺ, dan juga hadir di tempat untuk menambah ilmu, dan mengambil sebab untuk mengayakan diri dengan ilmu untuk meraih manfaat dan kejayaan daripada Allah SWT.

Sebentar tadi diperdengarkan tentang satu nasihat yang berbunyi, “Duduklah kamu dengan para ulama. Oleh kerana sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan hati dan jiwa dengan cahaya ilmu sepertimana Allah menghidupkan tanah dengan turunnya air hujan.”

Khususnya, pentingnya di dalam mencari ilmu melalui para ulama ialah ilmu yang diambil dengan cara dan jalan yang benar, mengikut ‘method’ yang sahih, yang mengambil ilmu daripada orang yang layak diambil ilmunya, khususnya di zaman kita sekarang ini, di mana semua atau ramai pandai untuk menyampaikan ilmu tetapi tidak mempunyai hubungan di dalam mengambil ilmu daripada sumber yang benar.

Realiti yang kita nampak di zaman kita hari ini – orang bercakap tentang ilmu adalah fakta yang terbalik – yang sunnah dikatakan bidaah, yang bidaah dikatakan sunnah. Ini semua adalah terjemahan akan zaman sekarang ini ramainya orang-orang yang tidak mengambil ilmu daripada sumber yang benar.

Inilah zaman kita, yang ada perkara yang positif, dan negatif. Alhamdulillah, kita hadir ke tempat ini untuk mengkaji dan mendalami ilmu yang bermanfaat, yang berkonsepkan ilmu ASWJ – jauh daripada perkara-perkara yang melampaui batas atau perkara-perkara memesongkan fikiran daripada ramai umat manusia.

Kita hidup pada zaman krisis ilmu pemikiran dan pengetahuan, yang tak perlu dijelaskan kerana nyata di mana-mana. Namun, krisis paling bahaya ialah bahaya krisis pemikiran kerana ianya akan memecah-belahkan hubungan umat manusia, memecah-belah  kumpulan-kumpulan kaum muslimin, yang satu dengan yang lain saling memaki, mencaci, merendahkan yang lain, menyesat dan mengkafirkan orang lain. Inilah realiti kau muslimin zaman ini.

Alhamdulillah, kita, ASWJ, tidak mengkafirkan sesiapa pun juga. ASWJ mempunyai wawasan yang luas untuk berinteraksi dengan orang yang mempunyai salah faham dengan kita dan mempunyai wawasan yang luas untuk berinteraksi dengan orang yang sefaham dengan kita. Kita tidak mencerca orang lain, menyesatkan orang lain, membid’ahkan orang lain. Inilah warna ASWJ.

Walaupun di sana ada golongan yang mengatakan ini adalah musyrik, sesat, kafir, menyembah kubur – ini adalah kata-kata yang muncul daripada orang tidak yang berpegang kepada ASWJ. Dan ini adalah perkara yang amat merbahaya – apabila melihat orang yang sama agama dengan kita, bahasa pun sama, tapi berlaku antara mereka peperangan, kafir-mengkafirkan antara satu sama lain - tidak mahu berpegang kepada konsep toleransi dalam berselisih-faham antara satu sama lain, maka berlakukan perkara yang tak diingini..

Imam Syafie pernah berkata, “Pandangan (ijtihad) saya, saya lihat adalah benar. Mungkin boleh jadi salah. Pandangan orang lain, saya anggap salah, tapi mungkin boleh jadi benar.”

Kata-kata ini adalah membuka satu wawasan cara berinteraksi dengan orang yang tak sefahaman dengan kita. Imam Syafie mempunyai sifat adil dengan ijtihadnya, dan beliau tidak mendakwa dirinya sebagai maksum (tak mungkin salah). Hanya seorang saja yang pendapatnya benar dan tak mungkin salah, yakni, Nabi Muhammad SAW. Imam Syafie tidak menjadikan pandangannya sama seperti hukum syarak – inilah pegangan ASWJ, yang berpegang dengan tali Allah SWT, akidah dan konsep yang benar.

Alhamdulillah kepada Allah yang memberi hidayah kepada semua yang hadir, yang berada disini, yang diberi hidayah kepada semua agar berada di jalan benar.

Pesanan khusus kepada majoriti yang hadir - iaitu kaum muda yang ramai hadir. Kaum muda ialah imam dan harapan kepada masa depan.

Saya menasihatkan dan mewasiatkan semua yang hadir untuk meningkatkan kasih-sayang kepada Allah SWT dan juga kepada Nabi Muhammad SAW.

Saling nasihat-menasihati dan menghiasi diri dengan akhlak Nabi Muhammad SAW.

Seseorang tidak terangkat darjat dan nilainya serta identitinya dalam kehidupan ini di antara teman-temannya yang lain kecuali orang itu akan istimewa dengan akhlak yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran nul Karim,
“Sungguh terdapat pada keperibadian Nabi Muhammad SAW satu teladan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT dan hari akhirat.”

Inilah keistimewaan seseorang, darjat seseorang, kemuliaan yang ada pada seseorang bila dia menghiasi dirinya dengan akhlak Nabi Muhammad ﷺ .

Nabi ﷺ sendiri menghadkan perutusan baginda sebagai Nabi dan Rasul, iaitu untuk mencapai satu visi iaitu untuk menyempurnakan akhlak. Dalam satu baginda bersabda untuk memadankan intipati risalah yang dibawakan baginda, seolah-olah semuanya risalah yang dibawa adalah untuk menyempurnakan akhlak. Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku diutuskan oleh Alah SWT untuk menyempurnakan akhlak.”

Dalam hadis ini dihadkan seakan-akan tiada tugasan lain yang diberi Allah kecuali adalah untuk menyempurnakan akhlak, walaupun bukan maksudnya tugasan Nabi ﷺ hanya membawa akhlak sahaja, tetapi ada tugasan-tugasan yang lain, tetapi dijelaskan oleh beliau bahawa intipati risalah yang dbawa baginda memerlukan kepada akhlak, kerana tugasan-tugasan yang lain adalah sangat perlu kepada akhlak, dan akhlak dijadikan sebagai asasnya.

Tidak diragukan bahawa kehidupan manusia di dunia ini adalah tidak akan seseorang itu naik pangkat atau terhormat mauruahnya kecuali dengan akhlak. Dengan berpegang kepada akhlak Rasulullah ﷺ, seseorang itu akan dekat dan dikasihi oleh baginda Rasulullah ﷺ.

Daripada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Al Imam Ibnu Hibban, Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang yang amat aku kasihi di antara kamu dan orang yang amat hampir dengan aku di antara kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling aku benci di antara kamu dan orang yang paling jauh daripada aku di antara kamu adalah orang yang paling buruk akhlaknya.”

Allah menjadikan neraca kasihnya dan dekatnya dengan Rasulullah ﷺ dengan baiknya akhlak, dan benci dan jauhnya daripada Rasulullah ﷺ dengan buruknya perangai orang itu.

Ini menunjukkan kedudukan akhlak menjadi sebab orang itu dekat dan dikasihi Nabi Muhammad SAW

Orang yang beriman yang menghiasi dirinya dengan akhlak akan menjaga dirinya daripada mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada orang lain. Rasulullah ﷺ bersabda, “Seburuk-buruk orang ialah orang yang orang lain takut padanya.”

Ketika baginda berada di rumah Sayyidatina Aisyah, datang seseorang untuk meminta izin untuk berjumpa Rasulullah SAW lalu ditanya namanya. Apabila diberitahu namanya si fulan, Rasulullah SAW berkata kepada Siti Aisyah yang orang itu sangat buruk perangainya. Nabi Muhammad SAW berjumpa dengannya dengan wajah yang ceria, sambutan yang baik ,lemah lembut. Setelah lelaki itu pergi, Siti Aisyah bertanya, “Ya Rasulullah SAW, tadi ketika di beritahu yang si fulan itu datang, kamu menunjukkan sikap yang tidak baik. Akan tetapi, setelah engkau berjumpa dengan dia, engkau layan dia dengan baik, dengan ceria, berseri-seri, bercakap dengan lemah-lembut. Apa yang telah berlaku ya Rasulullah SAW? Jawab baginda, “Bila ada kamu melihat aku ini melakukan perkara yang tidak benar? Aku berbuat demikian kerana sesungguhnya orang yang paling buruk ialah orang yang ditinggalkan oleh orang lain, yakni orang lain lari daripadanya kerana kejahatannya. Nabi ﷺ bersikap baik adalah untuk menghidari keburukan orang itu.”

Wahai saudaraku, hiasi dirimu dengan akhlak Nabi Muhammad SAW, dengan akhlak itu yang baik akan terangkat agama yang dibawa baginda. Pada zaman kita hari ini, hampir tidak nampak akhlak murni Nabi ﷺ. Ramai daripada manusia adalah mengabaikna nilai-nilai murni yang dibawa Rasulullah ﷺ.

Saya berwasiat kepada kamu 2 perkara:
Wasiat 1:
Hendaklah kamu bersemangat mencari ilmu yang bermanfaat, dan berpegang kepada para ulama dan mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu dan menjadikan ilmu itu sebagai tujuan dan tujuan memperkaya diri dengan ilmu dan bukan bertujuan memiliki ilmu untuk pandai untuk berdialog, atau tujuan selain daripada tujuan yang sepatutnya. Al Imam Al Ghazali mengatakan, “Ilmu tanpa amal  adalah umpana perantara tanpa tujuan, adapun amal tanpa ilmu adalah jenayah.”

Al Imam Al Ghazali mengatakan, “Ilmu tanpa amal adalah tidak waras (gila), amal tanpa ilmu pun tak boleh jadi.” Kedua-duanya mesti seiringan.

Wasiat 2:
Ijitihad – berusaha lebih dalam mengambil sebab untuk memperkaya diri anda dengan ilmu. Apakah sebab itu? Belajar bahawa arab – itu adalah sebab utama untuk memperkaya diri anda dengan ilmu yang bermanfaat . Bahasa Arab ialah bahasa Al-Quran nul Karim. Allah turunkan ayat Al-Quran dalam bahasa Arab dan itu adalah wasilah untuk memahami Al-Quran nul Karim.

Suatu hari saya membaca satu kenyataan pemberita antarabangsa yang mengatakan bahwa Al-Quran hanya untuk orang Arab kerana mengunakan bahasa Arab. Orang ini tak faham akan firman Allah bahawa Nabi Muhammad SAW itu diutuskan kepada seluruh makhluk. Dalam ayat lain juga dinyatakan yang Rasulullah SAW adalah utusan untuk semua dan banyak lagi ayat lain yang menyentuh bahawa agama Islam adalah universal.

Dan juga dalam hadis-hadis ada disebutkan bahawa dengan memahami bahasa Arab, akan dapat memahami hakikat rahsia ilmu yang disimpan oleh Allah SWT dalam Al-Quran nul Karim dan memahami hukum-hakam yang ada di dalam Al-Quran nul Karim iaitu ketika Allah SWT berfirman,
“Diutuskan seorang Nabi adalah untuk mengajar agama daripada Allah SWT, dan Allah SWT tidak akan mengazab mana-mana kaum kecuali diutuskan di tengah-tengah kaum itu seorang Rasul.|”

Dengan demikian, kita yakin dan pasti bahawasanya kedua ibu bapa Rasulullah SAW yang hidup pada zaman ketiadaan seorang Nabi dan Rasul semasa hidupnya, mereka akan diselamatkan oleh Allah SWT daripada azab oleh kerana mereka hidup pada zaman tiadanya petunjuk atau Rasul. Allah Maha Adil takkan mengazab tanpa sebab yang nyata dan jelas.

Pesanan akhir:
Hendaklah kamu berpegang dengan akhlak Nabi Muhammad SAW, kayakan diri kamu dengan ilmu dan belajarlah bahasa Arab sebagai sebab untuk memperkaya diri dengan ilmu yang ada dalam Al-Quran.


Tausiyah 2:
Habib Abdurrahman Ali Mahsyur bin Hafidz,  Mufti dari Hadramaut
Terjemahan oleh Ustaz Ashraf bin Osman*

Darul Murtadza adalah gelaran kepada Sayyidina Ali ra, yang mana beliau merupakan pintu kepada gedung ilmu berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ, “Aku ini ialah kota ilmu dan Ali ialah pintunya.”

Tidak ada cara lain untuk masuk kecuali melalui pintunya dan ketika membuka pintu itu maka akan sampailah kepada Rasulullah ﷺ.

Syeikh Muhammad Ibrahim telah memberi masihat dan semangat untuk kita menuntut menteladani akhlak Rasulullah ﷺ dan untuk mendalami ilmu bahasa Arab.

Al-Quran dan hadis datang dalam bahasa Arab, dan dengan bahasa Arab juga kita belajar ilmu-ilmu syariah yang dengan ilmu itu akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah SWT.

Saya menasihatkan untuk mencatat ilmu yang diperolehi atas kertas dan seumpamanya, kerana yang dicatat itulah yang akan kekal bersama kita, sepertimana kata seorang penyair, “Ilmu itu adalah seperti buruan, dan menangkapnya adalah dengan mencatatnya. Maka, adalah tidak bijak bagi seseorang yang menangkap buruannya, kemudian dilepaskan pergi begitu saja.” Maka hendaklah kita mencatat segala ilmu di tempat yang penuh keberkatan ini agar ianya kekal bersama kita.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam. 



Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab