Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz (28.11.2014)

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم


Tausiyah 1: Habib Ali bin Abu Bakar bin Salim
Terjemahan oleh Habib Najmudin Al-Khered

Pujian dan syukur kepada Allah Ta'ala atas segala nikmat dan peluang hadir.

Semoga dipermudahkan untuk kita melaksanakan apa yang kita dengar dalam majlis yang mulia ini sehingga bercahaya hati ini dan meresap masuk kepada anggota badan, sehingga tidaklah dia beramal kecuali apa yang dicintai oleh Allah Ta'ala yang akan menggembirakan Rasulullah . Mudah-mudahan Allah SWT memberi qabul kepada kita. Sebab utama diterimanya kita ini adalah dengan taubat yang sebenar-benarnya. Oleh itu marilah kita bertaubat kepada Allah Ta'ala daripada segala dosa-dosa kita yang lalu. Mudah-mudahkan Allah beri manfaat kepada kita semua yang akan menjaga kita dan keluarga kita lebih-lebihan lagi pada zaman yang penuh dengan fitnah ini.


Tausiyah 2: Syeikh Abdullah Muhammad Shihab**
Terjemahan oleh Habib Najmudin Al-Khered

Bersyukur yang telah menyediakan tempat yang mulia ini untuk kita diberi kemuliaan berada dalam majlis ilmu. Pujian dan syukir kepada Allah Ta'ala atas segala nikmat dan peluang hadir.

Sesungguhnya kalian penuntut ilmu di tempat ini merupakan orang-orang yang diberikan kemuliaan di sisi Allah SWT, kerana kemuliaan yang paling  tinggi di sisi Allah ialah ilmu. Berapa ramai orang-orang yang berada di tempat yang dimurkai sementara kita dipilih untuk berada dalam majlis yang terbaik ini, maka hendaklah kita menjaganya dan bersyukur dengan nikmat ini, dan berakhlak dengan ilmu yang dipelajari sehingga kita diberi kurniaan untuk sentiasa hadir dalam majlis seperti ini dan berkakhlak dengan aklak Rasulullah .

Sesungguhnya ilmu adalah amanah yang paling besar, yang mana kita diberi oleh Allah SWT kelebihan dan kemuliaan daripada segala kesempurnaan anggota. Allah muliakan kita dengan mata untuk melihat, lisan untuk bercakap, dan segala pergerakan yang ada pada pancaindera kita ini, maka oleh kerana itu, Allah SWT minta kita menunaikan amanah dengan ilmu yang diberikan Allah SWT.

Sesungguhnya bagi orang-orang yang betul-betul mengamalkan ilmu yang diperolehinya, maka akan dikurniakan cahaya oleh Allah SWT, matanya akan diberi cahaya, lisannya akan diberi cahaya, segala pancainderanya akan diberi cahaya oleh Allah SWT dan ini merupakan nikmat besar yang harus disyukuri. Ada seorang yang terputus 2 tangan dan 2 kakinya bersyukur kepada Allah SWT, dan orang yang mendengar merasa pelik dan bertanya kenapa dia masih boleh bersyukur. Jawabnya, dia bersyukur kerana Allah masih beri nikmat mata untuk lihat kebesaran-Nya, nikmat akal untuk berfikir akan kebesaran Allah SWT, nikmat lisan untuk bzikir kepada-Nya, yakni Allah SWT masih mengekalkan nikmat-Nya untuk dia mengingati Allah SWT.

//Penutup dan doa.


Tausiyah 3: Habib Muhamammad bin Abdullah Al-Junid
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri

Pujian, kesyukuran dan harapan agar perkumpulan ini akan menberi manfaat dan mengangkat darjat kita.

Majlis ini majlis nama orang yang besar, iaitu pintu kota besar iaitu Sayyidina Rasulullah , iaitu Sayyidina Ali, yang juga digerlar Babul ‘ilm. Maka dengan demikian tidak diragukan yang di dalamnya ada cahaya ilmu, cahaya kebaikan yang akan menebar dalam hati dan seluruh kehidupan kita InshaAllah.

Hendaknya setiap orang yang tahu majlis seperti ini istiqamah untuk hadir.
Banyak pada zaman sekarang, manusia duduk di satu tempat yang tiada manfaat, menonton tv yang tiada manfaat sedangkan majlis seperti ini ada mnfaat besar dan kurnia besar daripada Allah SWT.

Alhamdulillah majlis malam ini menerima tetamu agung – guru mulia kita Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. InshaAllah dengan kehadiran beliau kita akan disambungkan dengan guru-guru beliau yang mulia dengan sanad beliau sampai kepada Rasulullah .

Mudah-mudahan Allah berkati setiap waktu kita dan semoga kita hadir dengan hati untuk mendengar nasihat guru mulia kita.


Tausiyah 4: Syeikh Abdul Fattah Al-Yafi’
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri

Dimulakan dengan ucapan pujian dan kesyukuran kepada Allah yang telah mendudukkan kita di depan pintu Allah sedangkan ramai berada ditempat yang dimurkai Allah.

Saat ini ramai pemuda yang datang sedangkan zaman sekarang ini ramai pemuda yang jauh dari agama, yang terlempar ke lembah kehinaan, tetapi kalian didudukkan Allah SWT dalam majlis yang mulia dan agung di sisi Allah Ta'ala , maka wajib bagi kalian untuk banyak bersyukur atas nikmat yang agung ini.

Bersyukurlah kalian dan berbahagialah kalian kerana mendapat pujian Rasulullah sebagaimana sabdanya bahawa ada 7 golongan yang akan mendapat naungan di hari tiada naugan selain daripada naugan Allah SWT di akhirat nanti iaitu pemuda yang tumbuh (membesar) dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Para sahabat di sekeliling Nabi yang dulu membantu, berkhidmat, berjuang bersama baginda, kebanyakannya ialah para pemuda macam kalian ini.

Dari tangan para pemuda di sekeliling baginda Nabi Muhammad inilah, Islam mendapat banyak kejayaan seperti Sayyidina Mus’ab bin Umair r.a.

Sayyidina Mus’ab sebelum Islam mendapat kenikmatan yang banyak kerana dia anak orang kaya. Pakaian dan minyak wanginya,  dan semuan yang dimilikinya diimport. Dari jauh lagi sudah tercium bau minyak wanginya. Tetapi setelah dia masuk Islam, ibu bapanya melarang segala kemewahan utknya.

Setelah terjadi Perjanjian Aqabah yang pertama, kaum Ansar meminta untuk diutus seseorang untuk mengajar hal agama di Madinah dan Rasulullah memilih Sayyidina Mus’ab. Sayyidina Mus’ab pergi ke setiap rumah di Madinah untuk mengajarkan Islam dan tiada satu rumah pun tg tidak didatanginya.

Maka, dengan barakah dakwahnya, ramai sekali para pemimpin di Madinah yang masuk Islam seperti Sayyidina Saad bin Muaz dan Sayyidina Saad bin Fulan*.

Sepupu kepada Saad bin Muaz marah kerana Saad masuk Islam, dan dia ingin membunuh ssdn Mus’ab. Kata Sayyidina Mus’ab, “Jangan kamu bunuh selagi kamu belum dengar aku beritahu tentang Islam.” Sepupu itu pun setuju dan duduk mendengar Sayyidina Mus’ab membaca Quran. Dia akhirnya tertarik dan bertanya bagaimana untuk mengikuti agama Islam dan diajarkan mengucap syahadah. Dia kemudian pergi berdakwah kepada kaum lain pula dan ditentang pada permulaannya, tetapi dia mengikut cara Sayyidina Mus’ab – dengan meminta kaum itu mendengar tentang Islam dan membacakan Al-Quran, lalu kaum itu pun ikut masuk Islam.


Sayyidina Saad bi Muaz ialah pemimpin kaumnya, dan dia tidak mengizinkan kaumnya dan keluarga bercakap dengannya kecuali mereka masuk Islam, maka semuanya pun masuk Islam.  Akhirnya semua di kota Madinah masuk Islam, barakah dakwah Sayyidina Mus’ab bin Umair r.a. Kehidupannya sangat sederhana di Madinah dengan memakai baju yang betampal-tampal, sedangkan dia hidup sangat mewah sebelum Islam. Bahkan ketika dia syahid di Perang Uhud, Rasulullah menangis melihatkan keadaanya yang miskin sehingga tidak cukup kain kafan untuk menutupi badannya.

Saya berharap pemuda di Malaysia akan menyebabkan turunnya hidayah di seluruh alam, inshaAllah. Amin.

//Penutup dan doa.

Tausiyah 5: Syeikh Ridhuan**
Terjemahan oleh Habib Sholeh Al-Jufri

Ketahuilah bahawa masyarakat Malaysia, Singapura, Indonesia dan rantau ini bertuah kerana dapat berguru dengan Habib Umar.  Ini peluang daripada Allah SWT – adakah kita termasuk orang yang membela perjuangan beliau? Apabila kita membela perjuangan beliau dan orang-orang seperti beliau beerti kita membela perjuangan Rasulullah . Apabila kita menyenangkan hati beliau, bererti kita menyenangkan hati Rasulullah . Jika Rasulullah senang hatinya, sudah pasti Allah SWT gembira (dengan kita). Kita boleh baca sirah tentang akhlak Rasulullah , untuk melihat secara langsung – Alhamdulillah dengan adanya Habibana Umar, kita boleh melihat akhlaknya Rasulullah ﷺ.

Beruntung yang melihat beliau dengan takzim. Abu Jahal hidup pada zaman Rasulullah , tetapi dia tidak melihat Rasulullah dengan keagungan di hati. Kalau kita mahu dapat manfaat, tak perlu bersesak-sesak bersalaman dengan Habib Umar, bahkan memegang bahunya itu bukan adab, tetapi cuba kita belajar memanjang wajah seorang wali auliya Allah, seorang alim, seorang yang dicintai Allah SWT, sebagaimana sabda Rasulullah , “Memandang wajah orang alim, lebih aku sukai daripada ibadah 1 tahun.” Kita memandang wajah beliau dengan ta’zim, walaupun kita paling belakang, atau kita tak sempat melihat beliau, tetapi hati kita taaluq kepada orang-orang soleh, nanti kita akan dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh.


Tausiyah 6: Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz
Terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

Segala puji bagi Allah SWT yang menghimpunkan kita dengan kemuliaan dan anugerah Allah untuk mendapatkan kemuliaan dari Allah.

Nama-nama kamu semua sudah ditulis sebelum perkumpulan kamu di tempat ini, sebelum diciptakan dunia ini, kita semua, nama-nama sudah ditulis oleh Allah SWT untuk kami semua duduk bersama dengan kamu di tempat ini.

Adakah anda semua mengetahui kenapa Allah SWT mengumpulkan kita semua? Dan adakah anda semua tahu apa yang Allah inginkan daripada kita  sedangkan (sementara), Allah Maha Kaya, dan kita sangat memerlukan kepada Allah. Sesungguhnya Yang Kaya dan Pemurah itu tidak memanggil kecuali untuk memberi pemberian daripada-Nya. Semoga Allah SWT memberikan kepada kita pemberian yang terbesar pada malam hari ini, dan memberikan kita anugerah kesungguhan untuk menumpukan matlamat kepada Allah SWT.

Dan marilah kita bersama-sama merenungkan sifat yang disifatkan kepada orang-orang yang beriman dan juga telah dijanjikan pemberian kepada mereka oleh Allah dan Allah tiada memungkiri janji-Nya.

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, mereka antara satu dengan yang lain adalah saling kasih mengasihi dan tolong-menolong.” Dan dengan kadar ketinggian keimanan kita kepada Allah SWT, maka kamu hendaklah mengasihi kepada orang-orang beriman, dan kamu menaburkan kasih kepada yang tidak beriman agar beriman dan terselamat dari neraka.

Dan tidak terjadi kelemahan dalam diri kita untuk memberi kasih sayang pada orang beriman dan memberi kasih sayang pada orang tak beriman, melainkan (maka ini) disebabkan kelemahan iman yang ada. Moga-moga Allah memberi anugerah kepada kita akan hakikat keimanan.

Dan dalam membincangkan tentang mengasihi kepada orang-orang beriman ini diperlukan dari kita kesedaran dan kefahaman. Sesungguhnya mereka itu di sisi Allah SWT mempunyai pelbagai darjat dan juga kedudukan. Di antara mereka adalah bilamana tidak wujud kasih-sayang itu akan menjadi kufur, wal iya zubillah, kedudukan yang tinggi seperti itu ialah kedudukan para anbiya dan mursalin. Dan juga orang-orang yang hampir dan dekat dengan Allah SWT, yang mana dikatakan membenci kepada mereka itu sifat kemunafikan, sepertimana mereka itu ialah orang-orang Ansar, dan juga mereka terdahulu memeluk kepada ugama Islam daripada kaum Muhajirin. Dan kita membaca dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim, cerita-cerita dan sifat-sifat tentang mereka. Di antaranya ialah tanda keimanan ialah kasih kepada orang Ansar, dan tanda kemunafikan ialah benci kepada orang Ansar. Barangsiapa yang mencintai mereka akan dicintai oleh Allah Ta'ala, barangsiapa yang membenci kepada mereka akan dibenci oleh Allah. Di antaranya ialah apa yang disabdakan Rasulullah  tentang Sayyidina Ali – “Tidak mencintai engkau wahai Ali kecuali orang yang beriman dan tidak benci kepada engkau kecuali orang munafik.”  

Maka, dikatakan olehnya, “Tidak terangkat pedang aku kepada orang lain untuk ditegakkan kerana Allah SWT, walaupun itu yang dilakukan, melainkan bertambah di dalam diri aku keimanan kepada Allah SWT, dan kasih-sayang kepada Allah SWT dan tidak memberikan makan kepada aku makanan yang dipenuhi minyak samin yang sedap kepada orang munafik melainkan aku bertambah kebencian.”

Dan di antara mereka ada yang dianugerahi keilmuan dan pemahaman di dalam Al-Islam. Dalam hadis Nabi  bersabda, “Bukan dari golongan kami mereka orang yang tak menghormati orang yang lebih tua, mengasihi yang lebih muda dan menghormati kepada orang yang alim.”

Disabdakan oleh baginda Rasulullah setelah memanggil kepada ahli keluarganya, maka dikatakan oleh baginda, “Tidak beriman sesiapa pun yang tidak mengasihi kamu semua kerana kamu adalah kerabat aku.”

Dan di dalam menabur kasih-sayang kepada orang-orang yang beriman, baginda Rasulullah   bercakap tentang sifat punca kehinaan seseorang adalah dengan merendahkan atau menghinakan orang lain. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda, “Cukup seseorang itu adalah hina bilamana menghina kepada orang lain.”

Dan ini makanya kita dapat melihat kepada golongan-golongan tertentu yang ingin meninggikan darjat kepada sahabat Nabi Muhammad , tapi pada masa yang sama, mereka adalah membenci kepada ahli keluarga Rasulullah . Dan dengan demikian juga, kamu akan mengetahui akan kejahilan seseorang yang mengangkat darjat ahli keluarga Rasulullah dengan maksud menghina dan merendahkan kepada sahabat Rasulullah .
Dan sungguh tidak dikatakan seseorang itu dalam golongan orang-orang nasbin atau nasibi (yakni orang-orang yang membenci kepada ahli keluarga Rasulullah ﷺ), mereka yang mengagungkan dan memuliakan para sahabat Rasulullah seperti Sayyidina Abu Bakar.

Dan sungguh tidak digolongkan dalam golongan orang-orang ‘ratibi’, yakni orang-orang yang membenci kepada para as-sahabah bilamana dia mencintai dan menghasihi kepada ahli keluarga Rasulullah seperti Sayyidina Ali, Sayyidatina Fatimah Zahra, Sayyidina Hassan, Sayyidina Hussein dan yang lainnya. Dan sungguh bukan termasuk daripada golongan ahli sunnah kepada yang mengasihi kepada sahabat dan membenci kepada ahlul bayt, dan maka ini adalah bukan ahli sunnah dan takkan mencium bau sunnah.

Barangsiapa yang tidak menyakini akan kasih-sayang kepada semua yang disebutkan tadi, sungguh di dalamnya ada kekurangan dalam keimanan, dan apatah lagi untuk menamakan dirinya ahli sunnah.

Dalil-dalil daripada Al-Quran dan juga al-sunnah yang menjadi saksi bahawa orang yang sifatnya seperti itu adalah tidak sempurna imannya. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, “Sesungguhnya yang menjadi penolong kepada kamu itu ialah Allah SWT dan Rasul-Nya, dan juga orang-orang beriman dan bersedekah serta mengeluarkan zakat, sementara mereka berada di dalam rukuk.”

Dan panutan dan ikutan kita dalam hal ini ialah Nabi Muhammad .Adakah kita dapat menggambarkan yang beliau itu membenci ahli keluarganya sendiri? Atau Nabi Muhammad itu tidak suka untuk memuji kepada mereka? Ataukah dapatkah digambarkan kalau Nabi Muhammad membenci kepada para sahabat? Ataupun tidak suka untuk mereka itu dipuji?

Kalau ada orang yang merasa berat untuk memuji kepada mereka, orang ini ikut siapa? Akan tetapi adanya orang dan pihak tertentu yang menabur fahaman yang keliru sehingga mengelirukan kepada orang ramai yang mana perbuatan mereka itu yang menimbulkan perkara tidak baik itu adalah termasuk golongan yang telah diberitakan bahawa tanda hampirnya hari kiamat ialah munculnya orang-orang yang mempermainkan dalam nas-nas untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan dalam agama.

Dikatakan bahawasanya apa yang berlaku daripada orang-orang yang mempermainkan agama ini bukan hanya pada zaman ini tapi zaman awal pun sudah ada orang-orang mempermainkan agama dengan dalil yang tidak ditepati dan diantaranya ialah apa yang pernah dikatakan oleh Sayyidina Farazdaq** ketika memuji kepada Sayyidina Ali – “Sesungguhnya agama ini adalah dimulai dengan orang ini (yakni Sayyidina Ali) dan sungguh agama ini daripada rumah orang ini dicapai oleh seluruh umat.” Dan dikatakan juga bahawasanya daripada sumber yang mana mencintai kepada mereka adalah merupakan keimanan dan membenci kepada mereka merupakan sifat kekufuran.

Dan kita merayu kepada Allah supaya Allah membasahi hati kita dengan keimananan yang mantap. Dan akan bangkit daripada majlis ini dalam keadaan hati kita mempunyai kasih sayang kepada semua orang yang beriman. Dan juga akan menguatkan kasih sayang kepada semua orang beriman secara amnya dan khususnya. Mereka yang diistimewakan daripada orang-orang beriman yang perlu dikasihi ialah para anbiya dan mursalin serta ahli keluarga, dan juga mereka para siddiqin, syuhada, dan orang-orang yang soleh. Semoga Allah menghimpunkan kita semua bersama dengan mereka. Amin.

Maka, hendaklah kamu semua mengetahui bahawasanya pegangan kami ini adalah mencintai kepada semua yang disebutkan sebentar tadi dan ini adalah ingin mengingatkan kepada golongan yang ingin menuduh kepada perkara-perkara yang tidak jelas, tidak berasas, bukan kerana kami ingin menunjukkan kemuliaan kami daripada mereka, akan tetapi atas dasar kasih sayang kami kepada mereka, atas dasar ikatan kami dengan mereka, maka kami perlu mengingatkan kepada mereka bahawasanya penghujung daripada kehidupan ini tiada yang mengetahui dalam keadaan apa, itu adalah yang menentukan kebaikan kita nanti bilamana penghujung daripada ajal ini tiba kepada kita.

Ini adalah merupakan satu ingatan bahawasanya kita mengharapkan moga-moga Allah SWT memberikan penghujung daripada kehidupan kita dalam keadaan hati kita ini dipenuhi kasih-sayang kepada orang-orang beriman yang secara khusus dan yang secara am, dan inilah yang kami harapkan dari Allah SWT. Berkata daripada Imam As-Syafie, “Saya ini kasih kepada orang-orang yang soleh walaupun saya tidak termasuk golongan daripada mereka. Harapan saya adalah untuk mendapat syafaat dengan berkat daripada mereka.”

Maka hendaklah kita juga dapat menghiasi diri dengan sifat yang disifatkan Allah Ta'ala dalam Al-Quran nul Kareem iaitu orang-orang beriman itu mengasihi antara satu dengan yang lain. Dan diteruskan sifat orang-orang beriman itu adalah menegakkan kebaikan, kerana ianya disukai Allah dan mencegah perbuatan yang mungkar kerana perkara yang mungkar adalah dibenci oleh Allah. Dan di antara perkara yang baik dan ma’ruf itu adalah perkumpulan kamu semua pada malam ini. Dan di antara perkara-perkara yang mungkar ialah apa yang tersimpan di dalam ‘handphone’ atau kaca tv daripada perkara-perkara yang mungkar - itu bahagian daripada perkara mungkar yang mesti dicegah. Diantaranya ialah membenci kepada orang beriman, atau pun merendahkan walaupun hanya seorang daripada mereka, walaupun hanya seorang daripada mereka, walaupun hanya seorang daripada mereka. Sesungguhnya Allah SWT yang memerhatikan kepada hatinya.

Ya Allah, bersihkan hati kami daripada perkara tersebut. Dan jadikan warna kepada kami adalah orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu dengan ketaatan kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, dengan dengan tidak dipandu atau diperintah untuk  tunduk kepada yang di Timur atau yang di Barat ataupun orang yang ahli fikir atau sesiapa pun juga yang tidak mempengaruhi kepada kita untuk taat kepada mereka melainkan hanya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Maka, saya akan akhiri dengan penghujung dan juga hasil atau buah bagi mereka orang-orang yang telah merealisasikan dirinya dengan sifat yang Allah sebutkan.

“Mereka itu adalah orang-orang yang dirahmati Allah.”
Ini yang dikatakan Tuhanku di dalam Al-Quran.

“Iaitu mereka itu adalah orang-orang yang dikasihi oleh Allah.”

Ya Allah jadikan kami daripada golongan mereka.

“Mereka itu adalah orang-orang yang dirahmati oleh Allah.”
“Mereka itu adalah orang-orang yang dirahmati oleh Allah.”

Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Bijaksana.

Allah telah menjanjikan…
Allah telah menjanjikan…
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang beriman lelaki dan perempuan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan tempat-tempat yang indah di syurga ‘Adn dan juga keredhaan daripada Allah Yang begitu Agung dan Besar, dan juga keredhaan daripada Allah Yang lebih Besar.

Alangkah manisnya kata-kata ini? Alangkah bersih dan manisnya pemberian daripada Tuhan Yang Maha Perkasa? Apakah hadiah yang ada di muka bumi ini di Timur dan di Barat apabila dibandingkan dengan pemberian Allah? yg diberikan oleh kerajaan atau yayasan? Maka tak ada ap pun pemberian yang boleh menandingi pemberian Allah.

Dan keredhaan daripada Allah Yang lebih Besar itulah kejayaan yang begitu jelas.

Wahai Yang tidak memungkiri janji, anugerahkan kepada kami semua pemberian-Mu itu. Jadikan kami orang-orang yang menghiasi diri dengan sifat-sifat yang Engkau sebutkan untuk mendapatkan janji yang Engkau janjikan. Dengan Rahmat-Mu Yang Maha Mengasihi.

Dan datang kepada kamu pada malam hari ini ramai daripada orang-orang yang datang dari pelbagai negara dan mereka adalah orang-orang yang berilmu. Dan juga hadir bersamu kamu ahli Parlimen Setiawangsa Dato Ahmad Fauzi. Dan semua yang hadir baik di sini baik daripada kalangan orang dewasa atau anak-anak muda yang membawa akan rahsia kemurniaan hati, dan sungguh Allah SWT melihat kepada hati kamu semua. Bagi Allah pemberian yang begitu luas, dan telah menjanjikan kepada kita semua bagi mereka yang duduk berzikir kepada Allah untuk dihapuskan dosanya dan digantikan dengan kebaikan. Moga-moga Allah meng’qabul’kan (menerima) kita semua. Jadikan kami semua orang-orang yang Kau qabulkan ya Allah. Setiap kami yang hadir di sini, tunjukkan wajah Nabi-Mu di hari kiamat. Tunjukkan kami wajah Nabi-Mu di hari kiamat. Tunjukkan kami wajah kekasih-Mu di hari kiamat. Seterusnya dilanjutkan dengan doa.


 *: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma suntingan ceramah mereka. Jadi, KKN memohon pembaca mengulangkaji sendiri melalui rakaman video/audio di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik. Pihak KKN mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan.

** Mungkin berlaku kesilapan pada nama atau ejaan nama, pada yang tahu diharap dapat membetulkan dengan menghubungi admin. Jzkk.


Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat dimanfaatkan. Wallahu'alam. 

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab