Nikmat taubat dan qabul taubat, nikmat banyak pada benda yang tak disukai, larangan minta mati, kepentingan syahadah - Majlis Ta'lim Darul Murtadza 19.12.2014

Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 18-21

Ayat 18:

Antara nikmat (yang diberikan) ialah nikmat taubat – tanpa taubat manusia akan dihukum kerana kemaksiatan yang dilakukannya. Tapi jika Allah berkehendak untuk tidak menghukumnya, maka manusia itu akan menerima nikmat taubat. Apa yang dimaksudkan dengan nikmat taubat bukanlah bila taubat seseorang itu diterima. Tetapi ada 2 nikmat: nikmat untuk bertaubat dan nikmat qabulnya (diterima) taubat. Sebelum mendapat nikmat qabul taubat, Allah SWT berikan dia nikmat taubat untuk dia bertaubat. Tanpa nikmat taubat, dia takkan bertaubat dan tidak akan mendapatkan qabul taubat. Oleh kerana demikian, Allah menceritakan dalam Al-Quran nul Kareem, orang yang bertaubat jangan menyangka dirinya sudah mengkedepankan taubat kepada Allah Ta'ala. Tidak, Allah SWT yang beri azam, suara dalam hatinya untuk nak bertaubat. Kalau Allah tak gerakkan hatinya untuk bertaubat, maka dia takkan bertaubat.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran nul Kareem, dalam surah yang  dinamakan surah At-Taubah, Subhanallah, surah pun dinamakan dengan nama at-Taubah, kerana besarnya dan sukanya Allah SWT kepada orang yang bertaubat kepada Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat seorang hamba melebihi gembiranya seorang musafir yang kehilangan unta dan bekal makanannya di atas unta tersebut. Kemudian, dia menjumpai kembali unta tersebut sehingga tersasul mengatakan “Segala puji bagi-Mu Ya Allah, Engkau adalah hamba aku, aku adalah Tuhan engkau.” Oleh kerana terlalu gembira, dia menggatakan yang terbalik. Lelaki itu berjalan di padang pasir yang panas dan kehilangan unta dan bekalnya. Dia pun putus harapan lalu tertidur dan sangat gembira bila terjaga dan melihat untanya sudah kembali. Gembiranya lelaki yang telah putus harapan sebelumnya tetap tidak melebihi gembiranya Allah bilamana mendengar suara hamba-Nya bertaubat.

Oleh kerana demikian, baginda Rasulullah ﷺ berkata, “Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah kerana saya bertaubat setiap hari 70 kali.” Apa tujuan Rasulullah ﷺ bertaubat? Kita bertaubat kerana dosa yang tak boleh dikira tapi Nabi Muhammad ﷺ bertaubat kepada Allah SWT untuk meraih kasih-sayang dan cinta daripada Allah SWT, kerana Allah SWT menjanjikan kasih-sayang dan cinta kepada orang yang suka bertaubat, bukannya bertaubat, tapi orang yang suka bertaubat. Suka bertaubat (itu) sering bertaubat. Orang biasanya akan bertaubat bila dia buat dosa, tapi bagi mereka yang arif, akan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT untuk meraih kasih-sayang. “Allah suka kepada orang yang sering bertaubat.”

Baginda Rasulullah ﷺ bertaubat sehari 70 kali, dan dalam riwayat lain sebanyak 100 kali, dalam keadaan baginda tidak berdosa. Kita bukan tak berdosa bahkan bermandikan dosa. Hari-hari kita berdosa, nak kita pun kita mampu. Tapi beramai orang yang berdosa beristighfar hari-hari? Munkin sebahagian daripada mereka tak beristighfar, mungkin sebahagin daripada mereka tak rasa bersalah. “Ya insaan, wahai yang berlumuran dengan dosa, yang tak berdosa beristighfar hari-hari 70 kali! Bukankah kita patut hari-hari beristighfar 1000 kali kepada Allah? Mungkin itu pun tak cukup dengan dosa yang kita lakukan.

Para ‘ariffin mengatakan, “Kita punya istighfar ini perlu kepada istighfar yang lain untuk mengistighfarkan istighfar kita.”  Kerana istighfar kita tak sungguh-sungguh, di mulut saja, praktikal tetapi dia berbuat dosa terus-menerus. Oleh sebab itu istighfar kita perlu istighfar (untuk) mohon ampun kepada Allah kerana istighfar kita yang tak jujur, tapi Allah SWT masih beri peluang kepada kita, dalam hadis Qudsi, Allah SWT membuka pintu taubat di waktu pagi, supaya orang bertaubat di waktu pagi. Allah buka pintu taubatnya malam supaya orang yang buat maksiat di siang hari boleh bertaubat di malamnya – 24 jam pintu taubat tak pernah ditutup Allah SWT.

Allah SWT, dalam hadith, “Kalah ada hamba berbuat setiap hari 70 kesalahan, dan istighfar 70 kali, Allah akan ampunkan.” Ini berita yang memberikan kepada kita bagaimana sifat rahmat Allah SWT dan apakah sikap manusia?  Adakah menyikapi sebagaimana layaknya Allah bersikap kepada kita? La (tidak), kita banyak lupa. Kita kurang bahkan tidak menghargai peluang yang Allah berikan kepada kita. Bangkitlah daripada majlis ini untuk belajar memahami ‘offer’ (tawaran) dari Allah SWT untuk kita beristighfar setiap hari – kurang-kurang  70 atau 100. Itupun kalau 100 masih kurang kerana yang tak berdosa beristighfar 100 kali, kita yang banyak dosa mesti patut lebih, tapi “Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.” Ikut yang penting – kita ambil setiap hari.

Nabi Rasulullah ﷺ ucap tahniah bagi orang yang bila terima kitabnya,  termaktub di dalamnya banyak istighfar. Orang ini bertuah, berjaya, diucap tahniah oleh Nabi Muhammad ﷺ. Maka, kembali kepada permasalahan nikmat taubat dan qabul taubat. Ketika Allah menceritakan tentang 3 orang yang tidak ikut perang bersama Rasulullah ﷺ dan mereka bertaubat dan taubat mereka diterima. Allah berfirman “Allah menganugerahkan taubat kepada mereka supaya mereka bertaubat.” Ini belum cerita tentang nikmat qabulnya taubat, ini baru pemberian dalam hati orang itu untuk bertaubat, baru setelah itu diterima taubatnya oleh Allah. Siapa yang memberi ilham untuk seseorang itu bertaubat? Allah SWT.

Dengan demikian, kalau orang itu beristighfar, mohon ampun kepada Allah SWT, penyesalan yang ada di dalam hati, ungkapan untuk memohon ampun, itu nikmat daripada Allah Ta'ala agar dia diberi ampun oleh Allah SWT. Berapa nikmat kita dapat? Dua nikmat besar. Ilham untuk bertaubat itu nikmat, berapa ramai orang buat mungkar tak bertaubat? Tak terlintas pun dalam hati mereka untuk bertaubat. Bahkan sebahagian daripada mereka merasa nikmat dengan maksiat, apatah lagi untuk bertaubat - wal iya zu billah. ‘Merasa lazat dengan maksiat’ – ini hati orang yang ‘mahjud’** - hati yang tertutup sehingga tak terlintas untuk bertaubat pada Allah SWT. “Mereka itu orang yang dianugerahi taubat oleh Allah untuk mereka bertaubat, dan diterima taubatnya oleh Allah SWT.” Maka - ini perkara yang penting – nikmat taubat dan nikmat qabul taubat.

Kemudian Allah SWT berfirman, “Ancaman kepada mereka yang sudah diberi peluang bertaubat tak dihargai sehingga ajal, kematian menghampirinya, dan berkata, “Sekarang aku nak bertaubat.” Sebelum itu tak terlintas untuk bertaubat, nak hidup umur panjang, masih lama lagi, nak ‘enjoy’ dulu, habiskan masa muda, dah tua nanti baru nak bertaubat kepada Allah SWT. Di antara tipu muslihat syatian ialah ‘at-taswif’ – menunda-nunda untuk berbuat baik. Nanti, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, umur 50, 60 – itu ‘at-taswif’ – sebahagian daripada tipu muslihat as-syaitan.

Yang tadi tak diterima taubatnya oleh Allah kerana ruh sudah sampai ke  halkum, dan yang kedua ialah mati dalam keadaan kafir juga tidak diterima Allah SWT, bahkan disediakan azab yang pedih.

Ayat 19:

Ayat ini ayat mempunyai renteten dengan ayat-ayat sebelum ini iaitu perihal warisan. Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dijadikan warisan tapi pernah dijadikan warisan pada zaman masyarakat jahiliyyah yang akhirnya dimansuhkan oleh Allah SWT. Apakah warisan itu? Mewarisi manusia, selain daripada hamba sahaya. Kalau hamba sahaya mmg diwariskan mengikut adab-adab dan hukum yang termaktub dalam feqah. Tetapi ini berkaitan dengan manusia yang merdeka.

Wahai orang-orang yang beriman…”
Bilamana Allah menyeru orang-orang yang beriman, maka yang diseru ialah tuntutan pilihan keimanannya kepada Allah, yang mesti patuh kepada yang dia beriman kepada-Nya. Allah SWT tidak memaksa hamba untuk beriman kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala memberi pilihan kepada manusia untuk beriman dan kufur. Akan tetapi Allah mengancam kepada yang kufur dan memberi ganjaran kepada yang beriman. Bilamana orang diberi pilihan untuk beriman atau kufur, maka dalam keimanan ada tuntutan, dan dalam kekufuran pun ada hukuman. Terpulang pada orang itu nak pilih yang mana. Allah tidak memaksa hamba untuk beriman, tapi Allah Ta'ala memberitahu – “Kalau kau beriman, ada tuntutan dan ganjaran. Kalau kau kufur, di situ ada hukuman yang kau mesti tanggung.” Pilih sendiri.

Kalau pilih iman – mesti ikut kepada tuntutan iman. Tidak ada orang yang kata ‘Aku nak beriman, tapi hal-hal tertentu dalam beriman aku tak nak ikut..” “Aku anak beriman, tapi masalah tudung tu aku tak boleh.” Ini iman bukan sesiapa yang berhak mengatur boleh atau tak boleh, ini iman adalah kita percaya Allah Ta'ala dan kepercayaan itu menuntut untuk kita patuh pada hukum hakam Allah. Macam mana kita nak masuk universiti, tapi nak masuk kelas ikut suka, tapi nak ‘pass’ juga. Atau nak kerja, tapi masuk kerja nak suka hati, tapi gaji nak dibayar. Apa agaknya ‘boss’ akan kata dengan kakitangan seperti itu? Nak beriman, kata Allah, mesti ikut tuntutan iman. Kalau tak, ada pilihan kedua – tunggu hukuman di sana. Tapi untuk ikut suka kita di muka bumi ini, ini bumi ada yang punya, bukan kita yang punya.
Wahai orang-orang yang beriman – bersedia untuk terima perintah Allah SWT. Apakah itu?

“… tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan..”
Apa maknanya mewarisi perempuan? Dahulu di zaman jahiliyyah, bila suami meninggal, anak daripada isteri yang lain boleh mewarisi isteri ayahnya yang meninggal (ibu tiri) selain ibunya. Dengan apa? Dengan mengambil baju dan melemparkan kepada isteri ayahnya , maka dengan demikian, anak itu berhak mewarisi daripada ayahnya. Apa yang nak dibuat? Dinikahi atau jika dinikahkan dengan orang lain, mas kahwin akan diambil oleh anak yang mewarisinya. Perkara ini di zaman jahiliyyah, dan salah seorang daripada mereka bernama Sofwan ibnu Umayyah, pernah menikah dengan bekas isteri ayahnya, setelah ayahnya meninggal dunia. Sistem jahiliyyah yang berlaku ketika itu dihapuskan Allah SWT. Ertinya perempuan yang merdeka tidak boleh menjadi warisan kepada sesiapa pun.

“dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.”

Ya suami, kamu tidak dihalalkan untuk mengambil balik pemberian yang kamu beri sebagai mas kahwin. Tidak berhak menuntut balik juga. Terkadang sebahagian orang tak suka kepada isterinya, entah masalah apa berlaku, kemudian suami tak mahu melepaskan isteri melainkan isteri mengembalikan semua mas kahwinnya. Kalau tidak dibiarkan tergantung – tidak dihampiri, dan tidak diberikan nafkahnya, yakni tidak berstatus sebagai isteri ataupun seorang yang terlepas daripada suaminya. Fenomena seperti ini pernah berlaku pada zaman jahiliyyah di mana suami ingin menghukum isterinya atau ingin menuntut balik harta daripada mas kahwin yang diberikan.tdk diberikan nafkah sebagai isteri yang meyusahkannya, dan tidak juga dilepaskan agar boleh bernikah dengan orang lain. Begitu hukuman yang pernah berlaku pada zaman itu. Pada zaman kita juga ada berlaku, banyak sikitnya Allahu’alam, ramai orang mempunyai pasangan suami isteri tapi masing-masing tak menunaikan haknya disebabkan oleh kerana pembahagian harta sepencarian atau apa yang sudah disepakati antara mereka berdua, kerana tidak mahu harta itu berpindah kepada pihak yang sebelah sana, maka dikekalkan menggantung seperti itu – tidak dihampiri, tidak ditunaikan nafkahnya, dan juga tidukpun bersama dan tidak diceraikan kerana menjaga harta yang dimiliki salah seorang daripadanya – jahiliyyah moden, jahiliyyah abad 20, kembali apa yang dibuat jahiliyyah zaman dulu. Bilaman masing-masing tidak mampu menunaikan haknya – dilarang oleh Allah untuk menzalimi – Allah larang minta sebahagian, apatah lagi semuanya.

Kamu boleh tuntut hanya jika isteri melakukan zina dengan orang lain. Maka dalam hal ini diperbolehkan dengan melakukan cerai khuluk, di mana isteri membayar suaminya untuk diceraikan, dan kuantiti disepakati atau ditentukan oleh mahkamah jika tiada persetujuan.

Dan kemudian Allah SWT berfirman:

“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik..”

Kita ingin tengok bagaimana Allah SWT menceritakan tentang nikmat pada perkara yang sukar, manis pada perkara yang pahit, ganjaran pada perkara yang berat. Apa yang dilakukan jika tak suka isterinya? Hantar balik? Ceraikan talak 10? Bukankah bertimbun kes cerai di mahkamah dan amat dikesali kes paling  ramai ialah daripada umat islam sedangkan Al-Quran mencuba dengan pelbagai ayat untuk mewujudkan rumah tangga yang harmoni, Allah cerita panjang lebar berkenaan kehidupan rumah tangga, tapi umat yang paling banyak mengalami keruntuhan rumah tangga. Bukankah mereka sepatutnya berpandukan kepada ayat-ayat yang dituliskan oleh Allah yang difirmankan dalam Al-Quran nul Kareem? Bukankah sepatutnya mereka yang lebih nampak menjadi contoh kepada bukan Islam kerana Al-Quran nul Kareem membina rumah tangga mereka. Di mana silapnya? Adakah silap padaAl-Quran nul Kareem? Mustahil. Yang menurunkan Al-Quran nul Kareem ialah yang menciptakan manusia, yang Maha Tahu apa yang paling baik untuk manusia. Maka, diturunkan manhaj (pedoman, pegangan) sebelum perkahwinan itu ada. Tetapi kalau pedoman tak dipegang - bagaimana nak pasang alat eletrik jika seseorang tak baca ‘manual’- nya. Sayangnya, ramai orang Islam cuma tahu sebut “Aku terima.” Kalau pergi kursus pun hanya untuk tujuan formaliti.

Agama ini menjadikan perkahwinan dengan 2 sebutan yang kedua-duanya adalah berat. Dan andai orang Islam memahami perkara ini – Apakah perkara itu? Allah jadikan perkahwinin itu amanah dari Allah SWT – dan kedua: Rasulullah ﷺ jadikan perkahwinan wasiat khusus untuk kaum lelaki.

Adapun amanah – Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya perempuan itu dihalalkan kepada kamu amanah dari Allah.” Kamu ambil perempuan itu sebagai isteri - amanah dari Allah. Dikatakan amanah walaupun yang mengahwinkan ialah walinya. Dalam hal ini – lelaki yang menerima perempuan untuk dijadikan isteri telah menerima amanah dari Allah dan dia bertanggungjawab kepada Allah SWT. Bukan hanya dalam nafkah makanan, minuman atau nafkah zahir, tapi nafkah tarbiah – pendidikan untuk menjadi wanita solehah. Jangan hanya mampu memberikan nafkah untuk dia mampu melakukan apa saja kenikmatan keduniaan tanpa diperhatikan solatnya, hijabnya, tanpa diperhatikan dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia makan, minum. Jangan jadi seperti orang yang dikatakan Rasulullah ﷺ sebagai dayyus – orang yang tidak tergugat maruahnya, yakni tak kisah dengan siapa isterinya bercakap, makan, bekerja. Yang tak ada perasaan ‘ghairah’ isterinya duduk dengan siapa, berjalan dengan siapa, bercakap dengan siapa.

Apa lagi yang lebih berat daripada tanggungjawab ini, (yakni) tanggungjawab kepada Allah dan Rasul-Nya? lelaki – Rasulullah ﷺ bersabda, “Saya berwasiat untuk kamu buat baik kepada isteri kamu.”
Berbuat baik tak bermakna beri semuanya, tetapi memberikan apa yang telah diatur dalam hukum-hakam bagi mereka, yang membawa kebaikan kepada mereka dan ahli keluarga mereka.

Apa tindakan bagi lelaki dipertanggungjawabkan dengan amanah dari Allah dan wasiat daripada Rasulullah ﷺ? Maka, dalam hal ini Allah memberi nama kepada ikatan ini – telah diambil daripada kamu satu janji dan sumpah yang berat. Sumpah apa yang berat itu? Tanggungjawab yang diamanahkan Allah SWT. Dalam hal ini, Allah SWT menjadikan hubungan pernikahan suami-isteri sebagai satu janji dan sumpah yang berat, sepertimana yang akan kita dengar dalam firman Allah SWT yang akan datang.

Maka, dalam hal ini Allah SWT menjelaskan tentang mempergauli isteri dengan baik kerana ianya merupakan amanah dari Allah dan wasiat Rasulullah ﷺ.

“ Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

Kamu (manusia) tak suka, kalau dalam ayat ini salah satu maksudnya suami tak suka kepada isteri, perlu diperhatikan dulu tidak sukanya suami kepada isteri dalam hal apa. Bukan dalam hal mutlak seperti suami tak suka isterinya pergi ke masjid, atau hadir majlis ta’lim, pakai hijab – ini suami yang tak tahu nak kata macam mana, isterinya taat pada Allah, dia tak suka. ‘Problem’ bukan pada isteri, tapi pada suami. Tidak suka yang dimaksdukan di sini mestilah perkara yang tidak terkait dengan masalah agama, perkara yang mungkin dari segi adab atau akhlaknya, tapi dia jaga hal Allah SWT.

Kalau kamu tak suka sesuatu, yang bukan dalam hal agama, tapi dalam hal layanan umpamanya, tapi Allah letakkan kebaikan yang banyak padanya. ‘Tak suka’ di sini dinisbahkan kepada manusai, tapi ‘kebaikan’ di sini dinisbahkan kepada Allah SWT. Subhanallah, kita tak suka, Allah beri ganjaran. Kenapa manusia lebih menitikberatkan untuk melepaskan diri daripada perkara yang disukai, sementara lupa dengan kebaikan yang Allah simpan padanya. Manakah yang lebih baik? Melepaskan kebaikan yang Allah akan bagi dengan perkara yang kita tak suka atau kita puaskan diri dengan melepaskan benda yang kita tak suka, tapi dengan itu kita terlepas peluang kebaikan yang banyak daripada Allah SWT. Orang yang bijak akan berfikir – Aku tak suka sikit, Allah bagi banyak. Maka pemikiran yang waras akan bersabar dengan benda yang diat tak suka dengan menunggu pemberian yang banyak daripada Allah SWT. Di sini Allah SWT ingin meletakkan konsep tidak semua perkara yang kamu sukai itu baik bagi kamu, dan tidak semua perkara yang kamu tidak sukai itu membawa perkara tidak baik bagi kamu.

Mungkin saja kamu tak suka sesuatu – Allah tak sebut isteri, Allah tak cakap macam tu, walaupun ayat ini cerita tentang suami yang tak suka pada isteri. Dibuat (dinyatakan secara) ‘general’. Maknanya, bukan hanya kepada isteri saja kamu tak suka Allah beri kebaikan, tapi dalam segala hal.

Contohnya apa? Jihad fi sabilillah. Apakah yang dikorbankan oleh orang yang pergi berjihad? Perkara berharga aiatu nyawanya. Maknanya mereka mengorbankan sesuatu yang mereka tak suka kehilangannya, tetapi apa yang mereka dapat? Kedudukan yang sangat tinggi disisi Allah. Ini salah satu perbuatan yang tak disukai tapi Allah simpan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Kiaskan dalam segala hal kehidupan, mungkin kita diduga oleh Allah SWT dengan kemiskinan, atau kekurangan harta. Pegang kepada konsep yang mungkin benda yang kamu tak suka itu yang lebih baik untuk kamu.

Ringkasan: Kisah Tha’labah yang minta Rasulullah ﷺ mendoakan dia kaya. Dinasihatkan supaya tidak minta begitu oleh Rasulullah ﷺ tapi dia tetapi terus meminta sehingga 3 kali dan akhirnya didoakan juga oleh Rasulullah ﷺ. Kambingnya pun beranak-pinak sehingga banyak dan dia mulai meninggalkan solat berjemaah, kemudian semakin sibuk sehingga solat Jumaat pun tak datang. Kemudian setelah setahun, apabila diminta zakat dia minta masa berfikir dan mula memutar belit dunia mengatakan yang zakat seperti jizyah, yakni cukai yang dikenakan kepada orang kafir. Tha’labah tidak mengeluarkan zakatnya dan Allah Ta'ala pun menurunkan ayat melarang Rasulullah ﷺ menerima zakat daripadanya. Setelah itu Tha’labah datang kepada Rasulullah ﷺ untuk bayar zakat, tapi Rasulullah ﷺ memberitahu yang Allah tidak membenarkannya untuk menerima. Tha’labah cuba membayar lagi pada zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Umar, tapi kedua-duanya pun tak menerimanya. Dia meninggal pada zaman khalifah Sayyidina Uthman bin Affan. Kalau dia dengar nasihat Rasulullah ﷺ dari awal, “Sedikit yang kamu syukur adalah lebih baik dari banyak yang kamu tak larat nak pikul.” Siapa yang lebih tahu rahsia yang terbaik untuk kita? Allah SWT.

Imam Ali bin Muhammad bin Hussein Al-Habsyi berkata, “Bilamana kamu tak diberi oleh Allah apa yang kamu minta, biasakan kamu redha diberi tak diberi Allah maha Tahu.

Kalau bermain suara-suara dalam hati kita untuk tidak redha dengan ketentuan Allah – ‘Apa kurangnya aku ya Allah, solat 5 waktu aku buat, tidak kacau orang, hadir majlis ilmu, tapi masih juga susah, sempit sumber rezeki.” Kalau suara itu ada dalam perasaan kamu, kamu tidak puas hati dan tidak redha, – jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah SWT. Bangkit kamu daripada tidur ini, ghaflah (lalai) kerana menuduh kepada Allah SWT. Jadikan pintu harapan itu sebagai hubungan kamu dengan Allah. Tetap kamu berdiri di hadapan pintu harapan Allah SWT. Ini sikap hamba yang telus kepada Allah SWT menerima daripada ketentuan Allah SWT.

“.. kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”.

Kalau ada apa-apa benda yang kita tak suka, mungkin dalam kehidupan, mungkin ada sedikit ‘problem’ dalam rumah tangga, kekurangan, jangan kita tengok sebelah pintu saja, iaitu ‘problem’ atau aku tak dapat hak aku, tapi tengok pintu yang sebelah lagi iaitu kebaikan yang banyak yang Allah simpan, supaya kita dapat menimbang mana yang patut kita dahulukan? Bertahan dengan sabar untuk dapat pemberian dari Allah SWT yang banyak, kecuali kita tak mampu, baru kita pindah ke ayat yang berikutnya (ayat 20).

Ayat 20:


Kalau kamu ingin menggantikan isteri dengan isteri yang lain, ertinya jika tak mampu tahan dengan karenah isteri itu, dah berusaha dengan bersabar untuk mendapatkan kebaikan, tak mampu juga dan ingin menggantikan dengan orang lain, yang kalau kamu bertahan, kamu akan berbuat dosa, baru di sini kamu boleh gantikan dengan orang lain. Tapi bukan dengan bila tidak suka dengan perangai isteri, terus kita pergi mahkamah untuk cerai. La (tidak). Allah beri pelbagai ‘option’ (pilihan) untuk pertahankan perkahwinan. Allah SWT kata kalau kamu risau isteri kamu nusyuz, nasihati dia dulu. Kemudian pukullah dia, tapi bukan dengan pukul yang geram – kalau nak bergaduh dengan tangan tu biar dengan orang yang se’level’ (setaraf) dengan dia, jangan dengan isterinya nak tumbuk, dan ini adalah perkara aib, bilamana seseorang memukul isteri sampai melukainya. 

Orang orientalis suka ambil sebahagian Al-Quran dan mengatakan Islam benarkan suami pukul isteri. Tetapi perlu dilihat sebab apa yang membolehkan – iaitu dalam hal yang mencabar kepada Allah SWT, bukan kerana nasi kurang masak, atau kopi kurang gula. Tak, kena tengok sebab – jadi ‘hakim’ (bijaksana dalam mengambil tindakan), jangan kerana nyamuk kita bakar kelambu. Terkadang orang bising 24 jam kerana pecah pinggan sebiji tapi satu rumah tak solat Subuh, OK je. Yang patut dia ambil tindakan tegas untuk menyikapi dalam rumahnya – adakah kerana pinggan pecah, atau makanan lambat siap atau bila isterinya tak pakai tudung?

Kata Sayyidah Aisyah, Rasulullah ﷺ sangat ‘tolerance’ dalam segala hal berkaitan hak dirinya tapi sangat tegas jika dalam hal-hak yang menyentuh hukum-hakam Allah. Rasulullah ﷺ banyak sangat bertolak-ansur dalam hal berkaitan dirinya.

Dalam satu kisah, Sayyidah Aisyah mengatakan perkataan yang menghina kepada Sayyidah Sofiyah dan Rasulullah ﷺ menegur langsung dan mengatakan yang kata-kata Aisyah itu jika diletak ke dalam laut, pasti akan berubah warna laut. Baginda Rasulullah ﷺ tegas. Apa katanya? Hanya merendahkan sahaja tapi Nabi ﷺ tegas kerana berkaitan hukum-hakam. Dalam kisah rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil. Walaupun terkadang ada masalah antara mereka, kita jangan tengok sebelah mata saja, buka dua-dua, berapa banyak pengajaran yang dapat diambil? Hingga hari ini, jika orang belajar tentang rumah tangga Rasulullah ﷺ dan Aisyah, akan mendapati itu rumah tangga terindah.

Dalam satu kisah Rasulullah ﷺ dan Aisyah bergaduh dan minta Sayyidina Abu Bakar jadi pengadil. Rasulullah ﷺ bertanya siapa yang patut memulakan bicara kepada Sayyidina Abu Bakar yang bertindak sebagai pengadil. Siti Aisyah suruh Nabi ﷺ mulakan, tapi pesannya, “Kamu cakap yang benar sahaja tau.” Mendengarkan itu, Sayyidina Abu Bakar mengangkat tangan untuk memukul Aisyah. Aisyah pun berlindung di belakang Rasulullah ﷺ. Sayyidina Abu Bakar berkata, “Bila Rasulullah ﷺ pernah untuk bercakap tidak benar?” Rasulullah ﷺ pun meleraikan dan berkata bukan itu tujuannya memangging Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina keluar dan sekembalinya didapati Rasulullah ﷺ dan Siti Aisyah sudah berbaik semula, walaupun marahnya belum lagi reda. Ini menunjukkan cepatnya Rasulullah ﷺ berbaik-baik dengan isterinya – tidak mengambil masa 2/3 hari, dan tidak keluar menginap di luar rumah, tidak merajuk keluar entah ke mana seperti yang banyak berlaku hari ini. Mereka tak belajar dari Rasulullah ﷺ. Ini rumah tangga yang dipantau Allah SWT 24 jam. Ini rumah tangga Rasulullah ﷺ ialah rumah tangga yang diberkati. Belajar dari rumahtangga ini dan anda akan menjadi orang yang paling berjaya dan indah kehidupan rumahtangganya.

“Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?

Sayyidina Umar pernah ingin letak had agar tidak ditinggikan tapi seorang perempuan baca ayat ini – dibenarkan tapi tak digalakkan perempuan meminta kerana boleh menyukarkan perkahwinan.” Bila kamu ingin menggantikan dengan orang lain, dan kamu sudah memberikan mas kahwin yang banyak. Mengambil balik maskahwin adalah berdosa. Maskahwin itu dihalalkan kepada isteri walaupun mereka bersama cuma sesaat. Bukan maskahwin itu bergantung kepada lamanya isteri bersama suami. Setelah bersama, mawkahwin menjadi hak mutlak isteri, kecuali jika dihadiahkan isteri seperti yang kita bahaskan dalam ayat pertama. Jika suami minta balik setelah bersama, perbuatan itu zalim dan berdosa.

Walaupun suami beri ‘qintoron’ – dahulu, kulit lembu dikeringkan, dijahit menjadi seperti kantung dan menjadi simbol jumlah yang banyak. Dahulu, Sayyidina Umar Al-Khattab ingin menetapkan supaya mas kahwin tidak boleh di tinggikan melebihi 400 dirham. Ketika mengisytiharkan, seorang wanita menyebutkan ayat ini – ‘qintor’ di sini bermaksud beribu dirham, walaupun tak digalakkan wanita meminta mas kahwin yang banyak, nanti susah pula perkahwinan. Perkahwinan yang paling barakah ialah yang paling sederhana mas kahwinnya, walaupun perempuan boleh menuntutnya.

Ayat 21:


Perjanjian yang kuat kerana ia amanah dari Allah SWT and wasiat dari Rasulullah ﷺ.

//doa

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solehin
Sumber rakaman MTDM: Riyadhus Solihin

*Sambungan drpd kelas minggu lepas*
Sambungan ulasan tentang hadis tentang bacaan ketika berziarah kubur.
Berziarah kubur ialah perkara yang disyariatkan Nabi ﷺ dan mengingatkan kepada kematian. Diajarkan adab dan salam kepada mereka yang meninggal. Siti Aisyah menceritakan yang setiap malam gilirannya, Rasulullah ﷺ berziarah ke baqi’ dan doakan ahli Baqi’ yang terdiri daripada golongan sahabat, Muhajirin dan Ansar. Doa yang dipohonkan ialah untuk dirinya dan untuk yang berada di alam barzakh.

Bab 67: Larangan Mengharapkan Mati
//hadis 1, 2, 3,

Makruh minta mati kerana hidup susah atau usia yang terlalu tua, atau sakit yang berpanjangan, maka tidak dibenarkan meminta mati kepada Allah SWT. Kenapa dilarang? Kerana mati itu penghujung kepada amal kebaikan manusia. Bilamana mati, maka tak boleh buat apa lagi amal baik. Oleh itu, bila minta mati, dia meminta sebab yang memutuskan dia daripada beramal kebaikan, kerana kalau dia tidak minta mati, dan diberi panjang umur, maka dia diberi satu antara dua: Jika dia orang baik, dia beri peluang menambah kebaikan, kedua - bila dia orang tak baik – tak boleh minta mati kerana itu menutup pintu untuk dia kembali kepada Allah – sedangkan umur yang diberikan memberi peluang untuk dia kembali bertaubat kepada Allah SWT, dan memulakan dengan amalan yang baru. Kata Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya orang yang beriman, orang beriman itu semakin diberi umur, semakin bertambah amalan.”

Dibolehkan minta mati hanya jika khuatir ada fitnah yang menyentuh agamanya. Ini pernah berlaku pada Siti Mariam, di mana Allah menceritakan dia berkata, “Andai aku mati sebelum perkara ini berlaku..”. Ramai juga para Anbiya meminta mati seperti Nabi Yusuf: “Matikan aku dalam Islam, dan himpunkan aku dengan orang-orang soleh”. Permintaan Siti Mariam dan Nabi Yusuf berbeza. Nabi Yusuf tak minta dipercepat kematian tapi minta keadaan ketika beliau mati. Beliau tidak minta mati tapi minta Islam ada padanya ketika mati mendatanginya. Jadi, dalam masalah ini tiada masalah dengan larangan Rasulullah ﷺ.

Siti Mariam meminta mati kerana ingin menyelamatkan orang lain daripada fitnah, yang menyentuh kepada aqidah. Rasulullah ﷺ juga pernah meminta doa mati, “Ya Allah, aku mohon pada Engkau perbuatan yang baik, dan meninggalkan perkara yang mungkar, dan mencintai orang-orang miskin, dan kalau Engkau Ya Allah berkehendak satu fitnah untuk berlaku yang menyentuh kepada aqidah dan agama, cabutlah nyawaku dalam keadaan aku tidak terkena fitnah.” Di sini Nabi ﷺ minta mati tapi dengan hujah, agar belum terkena fitnah. Oleh itu, dibenarkan minta mati jika ada fitnah yang mengancam aqidah dan agamanya, sepertimana Siti Mariam. Apa yang dikhuatirkan Siti Mariam – kerana anak yang dilahirkan tanpa pasangan – dan dia ingin menyelamatkan orang yang akan mentohmahnya berzina daripada mukjizat yang Allah berikan kepadanya. Siti Mariam ingin selamatkan orang-orang daripada dosa memfitnahnya zina tanpa membawakan 4 saksi.

Tapi bila keadaan mencabar yang tidak diketahui mana yang lebih baik, dalam keadaan dia sakit umpamanya, maka tidak diperbolehkan meminta mati. Jika ingin meminta juga, katakan, “Ya Allah, matikan aku jika kematian membawa kebaikan, dan hidupkan aku jika hidup bawa kebaikan.” Diserahkan pada Allah SWT untuk menentukannya. Minta mati secara mutlak adalah dilarang oleh Nabi Muhammad ﷺ, sebab baginda bersabda, “Orang yang baik ialah orang yang panjang umur dan baik amalnya.”

Sebaliknya ialah orang yang panjang umur tapi buruk amalnya. Wal iya zu billah.

Khabbab ibnu Al Arat** sangat panjang umurnya sehingga diberi ubat dengan besi panas sehingga 7 kali. Walaupun sakit sangat, dia tidak meminta mati kerana larangan Rasulullah ﷺ.

Sebahagian ulama mengatakan minta mati yang dibenarkan ialah bila hati sangat rindu kepada Allah SWT, tetapi ini ‘level’ orang yang sangat tinggi dan sangat jarang berlaku.

//Kisah Khabbab ibnu Al Arat.

Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril
Bab: Rukun Pertama: ISLAM (m/s 20-21)

Sumber rakaman MTDM

Kalimah tauhid akan menjadi sebagai kad, yang bilamana ditimbang, dan diletak di sebelah lagi bumi dan langit, maka akan lebih berat kalimat ‘Lailahaillallah’. Inilah penyelamat utama kepada orang beriman di akhirat nanti yang ada walaupun sebesar biji sawi daripada makna yang tersirat daripada kalimat ini, tidak akan kekal di siksa oleh Allah SWT. Tetapi orang kafir, walaupun berbuat kebaikan, tidak mengucap kalimat ini, takkan masuk ke syurga.

Kalimat ini punya hak untuk kita menjaganya. Antara hikmahnya ialah menyuburkan iman. Rasulullah ﷺ menyurah memperbaharui iman dengan memperbanyakkan mengucap kalimah ini.

//Doa.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab