"Jika nak beri, beri orang barang yang kita paling suka" - MTDM 15.11.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid
Tafsir Al-Imran ayat 92:
Ayat ini menyeru kepada kita dan meminta untuk kita
‚respond’ - bilamana Allah menyeru sesuatu, hamba
diminta memberi respon kepada seruan tersebut sebagai tanda kepatuhan dan
ketaatan kepada Allah. Dalam ayat ini, Allah berfirman:
"Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan ‚al-birra’..."
Al-birr
mempunyai banyak makna iaitu:
1.
Syurga -> Kamu tidak akan
sampai kepada syurga
2.
Taat -> Kamu tidak akan sampai
kepada kedudukan orang yang taat
3.
Taqwa -> Kamu tidak akan
dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa
4.
Kebajikan/kebaikan -> Kamu
tidak akan sampai kepada peringkat orang yang berbuat kebajikan.
Walaupuan ahli tafsir memberikan 4 makna – dalam keempat-empat maknanya tidak bertentangan sebaliknya saling
melengkapi iaitu tujuannya ialah syurga. Yakni tidak akan mencapai syurga
kecuali melalui ketaatan, ketaqwaan, dan kebajikan.
"...sehingga kamu sedekahkan harta yang kamu suka.."
Maknanya untuk mencapai tahap taat, taqwa, maka
kamu perlu menginfakkan apa yang kamu suka.
"Sesungguhnya apa yang mereka infakkan itu diketahui oleh
Allah SWT Yang Maha Mengetahui."
Maknanya infak itu akan dihitung, dihisab dan
dibalas Allah Ta’ala. Ada beza balasan
dan amal. Balasan akan diberi sesuai dengan amal yang dilakukan. Balasan yang
berkualiti akan diberi kepada amalan yang berkualiti. Amalan yang kurang
berkualiti, balasannya pun kurang berkualiti. Jadi, bilamana kita beramal
kepada Allah dan nak tahu sebesar mana ganjarannya, tengok sebesar mana
pengorbanan kita kepada Allah SWT. Allah akan beri pada kita dengan kadar kita
beramal kepada Allah Ta’ala. Ada orang yang
memberi infak baik dalam bentuk jihad atau sebagainya atau perkhidmatan atau
apa saja yang kita ingin berikan pada orang lain.
Kalau kita ada 2 barang, yang satu cantik dan satu
lagi kurang cantik, yang mana yang kita akan beri pada orang? Tentulah yang
kurang cantik. Mengapa? Kerana sifat semulajadi manusia ialah suka kepada
keduniaan atau kepada barang yang dimiliki.
Oleh itu, baginda Rasulullah menghormati hak orang
daripada diambil tanpa redhanya atau dengan cara paksa. Amir zakat diberi pesan
oleh Rasulullah, "Jangan mengambil zakat
daripada harta yang mempunyai kedudukan di hati pemiliknya." Contohnya, jika seseorang sangat sayangkan seekor daripada kambing
miliknya, dan amir zakat pun datang dan meminta kambing yang tersebut. Ini
tidak boleh dilakukan. Pemilik berhak memilih haiwan yang ingin dizakatkan. Amir
hanya bertugas menerima, kecuali jika haiwan yg diberi tidak memenuhi kriteria,
barulah dipulangkan dan diminta haiwan yang lain. Demikian juga dengan unta,
lembu dan seumpamanya. Nabi SAW menghormati sifat suka manusia kepada harta dan
tidak menyuruh mengambilnya daripada mereka secara paksa kecuali diberi sendiri
oleh tuan punya barang. Jika berlaku demikian, ianya mempunyai nilai tinggi.
Dahulu, ada sekumpulan yang digelar ashabul As-Sufa,
yang tidak punya kaum kerabat dan tinggal di belakang rumah Nabi dan tidur di
masjid Nabi. Mereka susah untuk bekerja dan banyak bergantung kepada pemberian
orang. Apabila tibu musim menuai kurma, kaum Ansar meletakkan kurma yang kurang
elok di pintu masjid agar dapat dimakan oleh sesiapa saja termasuk Ashabul As-sufa.
Tetapi, oleh kerana kurma yang diletakkan itu kurma yang kurang elok, Allah SWT
yang mengetahui isi hati manusia dan ingin agar manusia tidak berkira ketika
berbuat amal kebaikan, dan mengutamakan kualiti amal dan bukan sekadar beramal.
Orang bijak akan lihat kualiti amalnya, bukan kuantitinya. Oleh kerana
perbuatan mereka, Allah menurunan ayat agar manusia tidak berkira ketika
beramal kepada Allah. Adapun orang yang kurang perhatian kepada kualiti
amalnya, Allah berfirman dalam ayat 267, surah Al-Baqarah:
Bila para sahabat mendengar ayat ini (Al-Imran 92),
sahabat bernama Sy. Tolhah - sifat sahabat Nabi ialah cepat memberi respon pada
ayat Allah – mereka memahaminya
sebagai tawaran dan peluang daripada Allah SWT. Kalau ada Raja buat pengumuman yang dia akan
beri 10 ribu jika orang datang berkumpul pada pukul 4, maka pukul 12 lagi orang
akan sudah berkumpul. Itu baru tawaran Raja di dunia. Tetapi ini ialah seruan
Yang Maha Besar, Yang Kekayaan-Nya tiada penghujungnya.
Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam ayat 24,
surah Al-Anfaal:
Perkataan:
bermaksud cepatlah dalam menyahut
seruan Allah dan Rasul-Nya
Oleh itu, digambarkan bahawa para sahabat, jika
sedang mengangkat cangkul sekalipun akan segera melepaskannya ke belakang,
tanpa diletak kembali apabila terdengar suara azan untuk segera menyahut seruan tersebut.
Seorang sahabat bernama Habar, digelar sebagai ‚orang yang dimandikan malaikat’.
Kenapa digelar begitu? Kerana sikapnya yang segera menyahut seruan Nabi SAW,
tidak menunda-nunda lagi. Dia baru berkahwin, dan setelah malam pertamanya,
esoknya ada seruan jihad, lalu dia terus pergi berjihad dan syahid. Apabila
dikumpulkan mayat orang syahid, didapati mayatnya basah seperti mandi. Lalu
Rasulullah SAW suruh bertanya kepada ahli keluarganya. Dan diberitahu yang dia
pergi jihad dalam keadaan janabah kerana ingin bersegera dalam menyambut seruan
Nabi SAW.
Kembali kepada cerita sahabat tadi - Sy. Tolhah
mempunyai sebuah kebun yang ada perigi di dalamnya, dan kebun itu bertempat di
arah kiblat masjid Nabawi. Mendengar seruan itu (ayat 92 Al-Imran), dia pun
pergi berjumpa nabi SAW dan berkata, "Saya adalah orang yang paling kaya
antara kaum Ansar. Dan dalam harta saya, saya paling sayang Bairuha (merujuk
kebun tersebut). Saya infakkan dan serahkan kepada kamu untuk menentukan siapa
yang patut menerimanya." Lalu Nabi SAW pun menyerahkan kepada keluarganya
semula. Nabi SAW mengembalikan bukan kepada pemiliknya tetapi kepada keluarga
pemiliknya. Kenapa? Agar ahli keluarga tidak merasa cemburu dengan infak
tersebut. Bukankah ini banyak berlaku hari ini. Jadi tujuannya juga untuk menjaga
dan mengeratkan hubungan keluarga Sy. Tolhah.
Sy. Zaid ibnu Harithah juga mendengar seruan itu
dan datang kepada Rasulullah dan memberi
pada kuda yang paling disayangi. Nabi SAW mengambilnya dan menyerahkan pada anaknya iaitu Usama ibnu
Zaid. Ini bermakna Nabi SAW juga menyerahkan semula kepada ahli keluarga
pemilik asal harta. Sy. Zaid merasa tidak senang hati kerana harta itu diberi
kepada anaknya. Maka, dia pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kerisauannya.
Sabda Nabi SAW, „Apa yang kamu niatkan
sudah diterima oleh Allah SWT. Pada siapa aku serahkan harta itu tiada
kena-mengena dengan niat kamu.“ Demikian Rasulullah
bijak dalam mengembalikan harta yang diinfakkan pada jalan Allah SWT.
Sy. Abu Dzar mempunyai unta-unta, dan ada satu yang
jantan. Untan jantan ini penting untuk membiakkan unta-unta betina yang lain.
Datang seorang tetamu kepadanya tetapi dia ada hal lalu dia berkata, „Saya ada hal sedikit, kamu pergi kepada unta saya dan ambil yang kamu
suka untuk disembelih.“ Tetamu itu pun pergi
dan mengambil unta yang kurus dan pergi kepada Abu Dzar. Abu Dzar bertanya, „Mengapa kamu ambil unta yang kurus, tiada yang lainkah yang sesuai?“ Jawab tetamu itu, „Ya, mata saya ada
ternampak seekor unta yang hebat dan gagah (merujuk kepada unta yang jantan
itu) tapi saya segan nak ambil kerana kamu perlu kepada unta itu.“ Jawab Abu Dza, „Saya lebih perlu kepada
unta itu untuk bekal saya nanti di kubur. Ambil.“ Lalu dia mengambil unta jantanyya yang satu itu dan menyembelihnya.
Para sahabat ringan untuk mengorbankan sesuatu di
jalan Allah. Begitulah akhlak para sahabat dan ramai lagi sahabat yang berbuat
begitu.
Tujuan ini semua untuk melatih kita menginfak apa
yang kita suka pada jalan Allah dan melatih membuang sifat bakhil dan kedekut
untuk menginfak pada jalan Allah. Allah akan memberi balasan terhadap apa yang
diinfakkan manusia.
Rasulullah SAW mempunyai 2 siwak - satu lurus dan
satu lagi bengkok. Ketika ingin menghadiahkan pada sahabatnya - Nabi SAW memberikan
yang lurus. Masalahnya bukan kepada siwak yang diberi kerana harganya pun tidak tinggi, tetapi nawaitu ketika memberi yang akan dihisab
oleh Allah.
Ketika seorang peminta sedekah diberi sebiji kurma
oleh Sy. Aisyah, berkata, „Ya Ummul Mukminin, satu
biji kurma sajakah?“ Sy. Aisyah mengatakan, „Kamu tidak tahukah dalam kurma itu ada berapa ribu zarah?“ Allah telah beriman bahawa sesiapa yang berbuat baik sebesar zarah
pun, dia akan mendapat ganjarannya. Beliau yang belajar terus dengan guru
terbaik yakni Rasulullah SAW faham bahawa yang dinilai Allah bukan besar
kecilnya pemberian tetapi niat ketika memberinya.
Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil daripada
ayat ini adalah:
- Melatih diri agar ringan tangan untuk memberi
- Dalam memberi, beri barang yang terbaik dan barang yang kita suka, yang kita perlu. Ini untuk menghakis sifat kedekut yang tidak boleh ada pada orang yang beriman pada Allah SWT.
- Dalam hadis Nabi SAW bersabda, „Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat kepada syurga dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil pula jauh dari syurga, dekat dengan neraka dan jauh daripada Allah SWT.“ Oleh itu, hakislah sifat kedekut pada diri kita dan kecintaan yang lebih kepada harta.