Menggilap Hati (2) – Tanyalah Ustaz 09.02.2013


Ustaz Sharhan Mohd Safie


Bacaan ayat 124-127, surah Ta-Ha:

Hati manusia ini ada banyak penyakitnya. Sambungan semalam - Antara beberapa penyakit hati:

4. Penyakit was-was
Ada banyak bentuk was-was. Jika dalam bentuk aqidah ialah apabila meragui kewujudan Tuhan. Dalm bentuk ibadah pula contohnya ambil wudhuk atau angkat takbir tak sudah-sudah. Penawar paling hebat ialah sikap orang itu sendiri. Jika kita melayan iblis melalui bisikan hati – contohnya – jika ada rasa basuh muka tak rata dan disuruh basuh semula, katakan pada hati (iblis), “Biarlah, hari ini aku nak basuh muka tak rata sekali”. Biarlah Allah yang menilai.
Penawar Al-Quran yang baik ialah 3 Qul, dan yang terbaik ialah surah Al-Falaq. Ulama’ mengatakan orang yang mengamalkan ayat ini akan bebas daripada sifat was-was.

5. Prasangka buruk pada orang
Perasaan ini adik-beradik perasaan hasad. Jika ada prasangka buruk, iblis akan terus mengapi-apikan perasaan itu. Dengan prasangka baik, hati akan mudah menjadi tenang dan redha. Dari situ pula akan lahir sifat qanaah.

6. Suka mengumpat
Perbuatan mengumpat seumpama memakan daging saudara sendiri.

7. Suka membawa fitnah
Fitnah itu sangat bahaya dan dosanya itu lebih besar dosanya daripada membunuh.

Perkara yang boleh menggilap hati
Penggilap hati terbaik ialah solat, kerana solat akan dapat mencegah seseorang daripada melakukan perkara yang fahsyak dan mungkar. Didik anak solat sedari mereka kecil lagi. Tiada guna jika berpendidikan tinggi, tapi tidak menunaikan solat.

Pada mereka yang sakit – ingatlah firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 216:

Esok akan dibincangkan bagaimana taubat akan dapat mensucikan hati, In sha Allah.

Kesimpulan:
  • Solat ialah terapi hati yang hebat
  • Amalkan doa Nabi SAW kepada Abdullah bin Abbas untuk anak-anak kita (lihat bawah)
  • Jagalah hati dengan cermat, jangan kotori dengan dosa.


Senarai soalan dan jawapan
S: Adakah orang yang mempercayai atau berjumpa bomoh kotor hatinya?
J: Ramai bomoh yang bertopengkan rawatan Islam. Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati. Biasanya, jika barang dan pergi berjumpa bomoh, pasti akan orang yang akan dipersalahkan yang akan mengundang kepada Dalam hadis ada disebutkan bahawa orang yang pergi bertemu bomoh tidak akan diterima solatnya selama 40 hari. Kembalilah kepada Al-Quran, berdoa dan mengadulah pada Allah, sesungguhnya Allah itu dekat dan  mengqabulkan permintaan kita.

S: Dulu ketika muda, saya membantu adik-adik untuk belajar dan sekarang mereka berjaya. Saya gembira dengan kejayaan mereka. Tapi kadang-kadang saya menyungut kerana tidak mengingati jasa saya. Adakah pahala saya hilang begitu sahaja?
J: Bagi saya, tidak salah seorang abang meluahkan rasa kecewa dengan tujuan mengingatkan mereka, asalkan tidak secara berlebih-lebihan.

S: Bagaimana untuk mendidik anak agar tak mempunyai perasaan hasad dengki?
J: Kita boleh lihat perangai hasad degki sejak kecil lagi dalam kalangan anak-anak apabila mereka berubuat. Terapikan anak dengan doa yag Nabi SAW bacakan kepada Abdullah bin Abbas iaitu:

Allahumma faqqihhu fiddin wa’alim hu takwil (anak lelaki)
Allahumma faqqihha fiddin wa’alim ha takwil (anak perempuan)

Maksudnya, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah kefahaman agama kepada anakku, dan ajarkanlah padanya ilmu takwil (penafsiran Al-Quran)".

Rujukan:
Rasulullah SAW bersabda untuk Ibnu Mas’ud, “Sesungguhnya ia (Ibnu Mas’ud) pentalkin (pengajar, pembimbing) yang mudah difahami.” Dan untuk Ibnu Abbas, Beliau SAW bersabda,” Ya Allah, jadikanlah dia (Ibnu Abbas) faham terhadap agama ini dan ajarkanlah dia ta’wil (penafsiran Al Qur’an)”. Lihat Kasyfu al-Qina’ : 62, Shahih Bukhari 4:10, Muslim 2477 dan Ahmad 1:266, 314, 328, 335.
2. Tafsir Jalalain : 257.
3. Tafsir Jalalain : 307.
4. Tafsir Aisar at- Tafasir 3 : 566.
5. Tafsir Aisar at- Tafasir 4 : 290.

Ulama’ berkata dia Berkat bacaan Nabi SAW, Abdullah bin Abbas telah menjadi kadi pada umur 13 tahun.

S: Adakah nama Mohd Farhan baik?
J: Ya, tiada masalah. Nama Muhammad/Ahmad akan mendapat keutamaan di akhirat nanti, dan Farhan bermaksud kegembiraan. Saya ada berpesan agar tidak menamakan anak dengan nama-nama tertentu kerana itu adalah daripada pengajaran yang saya ambil daripada pengalaman saya, dan memang tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis pun. Sama juga jika doktor beritahu injap jantung tersumbat dan perlu buat pembedahan, perkara itu tidak tercatit dalam Al-Quran pun, tetapi berdasarkan ilmu doktor tersebut. Terpulang kepada pesakit untuk percata atau tidak. Samalah juga dengan saya.


S: Mohon doa untuk anak yang lemah semangat.
J: Iblis ini ada banyak kementeriannya dan ada yang bertugas menghalang anak kita mengaji pandai. Sebab itulah kita tengok hysteria cuma berlaku pada sekolah agama, tahfiz atau sekolah pondok, tapi tak berlaku di sekolah secular. Amalkan ayat 57, surah Yunus:





Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab