Di Sebalik Tabir Kematian (2) – Tanyalah Ustaz 12.02.2013
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Bacaan ayat 99, surah Al-Mukminun:
Ayat tadi menceritakan bahawa ketika menghadapi kematian,
manusia berharap agar dipanjangkan umurnya. Banyak kali diceritakan dalam Al-Quran
bahawa manusia akan mohon dipanjangkan umurnya tetapi sudah terlambat.
Nabi Saw suruh kita mencari ilmu agar kita dapat membuat persiapan menghadapi kematian. Manusia ini leka dan hanya sedar apabila telah meninggal. Jaga beberapa amalan sebelum kita meninggal iaitu:
Banyakkan bertaubat. Nabi SAW bertaubat sehingga 70 atau 100
kali sehari. Lazimkan memohon keampunan dan jangan tangguh-tangguhkan.
Perhatikan gambar-gambar kita yang lama-lama dan ingatkan semula dosa-dosa yang
pernah kita lakukan.?
Didik agar anak menjadi anak yang soleh. Biarlah ketika kita meninggal, anak kita sendiri yang menguruskan.
Imam Ghazali berkata, “Matilah kamu bersama-sama dengan dosa
kamu, tapi pahala kamu masih hidup”. Apakah pahala yang masih hidup? Sedekah
jariah. Oleh itu, banyakan amalan yang boleh ‘hidup’ berterusan seperti membina
masjid, menderma, menanam pokok di tempat awam, istiqamah melakukan kebaikan dan seumpamanya.
Teman-teman yang menyebut kebaikan yang pernah kita lakukan.
Jika kita istiqamah hadiri majlis ilmu, walaupun kita sudah meninggal,
pahalanya masih mengalir.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Bolehkah menangis kesedihan kerana ada orang meninggal?
J: Islam cuma melarang meratap, menangis sebagai tanda sedih
tidak mengapa. Nabi SAW sendiri pernah mengalirkan airmata ketika anak lelaki
kesayangannya iaitu Ibrahim meninggal dunia. Sahabat bertanya mengapa Nabi SAW
menagis. Jawab Nabi SAW bahawa itu adalah tanda rahmat Allah yang memberikan
perasaan kasih pada anaknya itu. Perkara yang dilarang ialah ketika melawat jenazah:
- Jangan gelak ketawa
- Jangan meratap
- Jangan makan/minum di sisi (rumah keluarga) mayat. Jangan merokok juga walaupun di luar rumah.
S: Bagaimana kehidupan di alam barzakh?
J: Dalam hadis yang panjang, ada disebutkan, ketika mayat
dimandikan, mayat itu berkata, “Wahai pemandi mayat, perlahan-perlahanlah
kerana sakit tadi masih terasa lagi”. Ketika diusung ke kubur, dimasukkan ke
kubur, kita menyedarinya. Kita sudah terbau tanah, kita sudah mendengar
bunyi-bunyi cacing, bunyi-bunyi semut. Setelah tanah dikambus separas lutut,
maka malaikat pun terus datang. Ketika itu, segala amalan kita iaitu solat,
puasa, zakat, semuanya datang untuk membantu, tetapi semuanya dihalau. Cuma
satu amalan yang tidak akan dihalau iaitu amalan membaca Al-Quran sebelum
Subuh. Oleh itu, jadikan amalan untuk bangun sebelum Subuh, dan kejut semua
ahli keluarga kita untuk buat perkara yang sama. Andainya tak pandai baca, riba
dan pegang Al-Quran. Beritahu Allah yang kita tak tahu baca dan tangisi
kejahilan itu. Moga-moga air mata itu menjadi saksi kesungguhan kita.
Kemudian kita akan disoal, dan kadar kerapa lamanya adalah
bergantung kepada amalan kita.
Ada satu kisah ketika zaman Nabi Musa- Seorang penjual kayu
api telah meninggal dikejutkan daripada kubur dan ditanya apa yang ditanya
kepadanya? Dia menceritakan bahawa dia pernah menjual kayu api kepada seseorang
dan diminta menghantar ke rumahnya. Dalam perjalanan, dia mengambil hujung kayu
untuk mencungkil giginya dan tidak memberitahu tuan yang telah membayar harga
kayu api itu. Oleh kerana perbuatan itu, dia telah disoal-siasat selama 70
tahun tapi belum selesai. Oleh itu, mari kita ambil pengajaran dan pulangkan
segala harta yang bukan hak kita yang kita telah ambil. Jika orang itu seorang yang beriman, dia akan dapat menjawab
dengan mudah, kerana amalan yang banyak dilakukannya. Kuburnya akan diluaskan
dan tidak akan diganggu dan dibiarkan seperti pengantin pada malam pertama
mereka.
S: Apakah amalan yang boleh dilakukan kepada orang yang meninggal?
J: Cuma 3 amalan yang akan sampai setelah orang meninggal
iaitu:
- Doa anak yang soleh. Tunjukkan teladan yang baik ketika hidup dengan membawa anak-anak kekubur ayah kita sendiri. Ziarah kubur tak semestinya pada waktu hari raya saja. Termasuk anak ialah anak susuan, anak saudara, anak angkat, anak yatim yang dibantu. Disamping itu, lawatan orang-orang yang soleh juga membantu – siapa orang yang soleh? Orang yang baik amalannya, orang yang hafal Quran dan sebagainya.
- Sedekah jariah – contoh: bina masjid, tanam pokok di tempat awam, istiqamah melakukan kebaikan.
- Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain
S: Adakah doa untuk menghadapi kematian?
J: Ada banyak, antara yang boleh diamalkan ialah:
J: Ada banyak, antara yang boleh diamalkan ialah:
Doa paling besar ialah meminta doa peluang mati syahid. Nabi
SAW pernah berkata, “Barangsiapa yang meminta doa mati syahid dan berniat mati
syahid, walaupun dia mati di atas katilnya, dia akan dapat pahala mati syahid. Dekatkan diri dengan para ulama’ dengan pergi ke masjid,
majlis-majlis ilmu.