Indahnya Syariat Zakat (1) - Tanyalah Ustaz 04.05.2012
Ustaz
Ahmad Husni Abdul Rahman
Bacaan
surah Al-'Araf, ayat 156:
"Dan
tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,
sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah
berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku
kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan
menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat,
serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
Zakat
merupakan syariat sejak daripada zaman Nabi sebelum Nabi Muhammad
SAW. Ianya merupakan ibadah yang berbentuk 'maliyyah' (harta).
Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi, kita jangan cari sebab yang
akan menyebabkan azab Allah, sebaliknya carilah sebab-sebab turunnya
rahmat Allah. Ketika bala diturunkan kepada kaum Nabi Lut, setiap
batu yang diturunkan telah tertulis nama orang yang akan dikenainya -
ini membuktikan bahawa ketetapan Allah akan berlaku.
Sedekah
dan zakat merupakan kebenaran iman seseorang - sebagaimana orang
bercinta yang sanggup berkorban. Antara kelebihan zakat adalah:
- Siapa yang keluarkan zakat, akan dapat rahmat
- Akan dibuka pintu rezeki daripada sumber-sumber tak disangka-sangka. Harta itu seumpama air yang mengalir, jika disekat, akan membusuk dan menimbulkan penyakit yang berbahaya, tapi jika dibiarkan mengalir (dikeluarkan zakat), pasti akan turun hujan menggantikan air yang telah berlalu itu. Harta pun bukan milik kita, tapi milik Allah sebenarnya, jadi perlu kita tunaikan hak orang lain yang terdapat dalam harta tersebut.
Seorang
sahabat datang berjumpa Rasulullah SAW dan bertanya apakah amalan
yang boleh memasukkannya ke syurga? Lalu Nabi SAW menjawab: Pertama:
jangan syirik, kedua: solat, ketiga: zakat, seterusnya puasan dan
sambungkan silaturrahim.
Bagaimana
caranya untuk orang miskin yang ingin berzakat?
Zakat
ini bukan hanya dalam bentuk harta, namun senyum juga boleh jadi
sedekah. Sedekah dengan lisan - Nabi kata takutlah kamu dengan neraka
walaupun dengan setengah biji kurma. Jika kurma pun tiada, ucapkanlah
perkataan yang baik.
Soalan
& Jawapan:
S:
Ayah ada simpanan ASB sebanyak 90k. Ayah tidak boleh bergerak. Jadi
bagaimana membuat bayaran zakat, bolehkah anak-anak berkongsi
membayar zakat atau menggunakan wang simpanan itu?
J:
Zakat merupakan tanggungjawab pemilik harta. Jika ayah sakit, maka
anak-anak boleh tolong pergi bayarkan, menggunakan wang simpanan itu.
S:
Emas dan perak yang dipakai, perlukah dizakatkan?
J:
Allah ada berfirman bahawa penyimpan emas dan perak, akan menerima
azab seksaan. Jika emas itu dipakai setiap hari, contoh cincin
sehingga berdaki dan tidak terjaga, itu terkecuali daripada zakat.
Tetapi jika emas itu dipakai sekali-sekali, itu termasuk dalam emas
perhiasan dan wajib dizakatkan jika melebihi kebiasaan ('uruf).
Apakah kadar 'uruf? Jika emas itu melebihi 150g (di Kuala Lumpur),
ianya dianggap lebih dan perlu dizakatkan. Sebagai teladan ada satu
kisah, Nabi SAW melihat seorang anak kecil memakai 2 utas gelang
emas, lalu ditanya Baginda adakah sudah dizakatkan gelang tersebut?
Tangan adik kecil tentulah tidak muat gelang emas yang besar-besar,
jadi sama-sama ambil pengajaran atas teguran Nabi SAW itu.
S:
Bolehkah agihkan zakat sendiri, tak melalui pusat zakat?
J:
Dalam zakat, ada bahagian untuk amil (petugasnya). Jadi ini jelas
menunjukkan Islam telah menetapkan satu institusi bersistem untuk
menguruskan zakat. Sayyidina Abu Bakar juga begitu tegas memerangi
orang yang enggan membayar zakat. Orang yang dimaksudkan di sini
ialah orang yang enggan bayar langsung, atau orang yang tidak bayar
melaluinya. Tetapi tidaklah salah jika diberikan sendiri. Cuma jika
jumlahnya kurang daripada 5 ribu, maka dibolehkanmengagihkan sendiri.
Jika jumlah yang lebih besar, eloklah bawa ke pusat zakat. Jika bawa
ke pusat zakat, resit akan diberi dan boleh digunakan sebagai
pelepasan bayaran cukai pendapatan.
S:
Bonus yang diterima, kurang daripada setahun, adakah perlu
dizakatkan?
J:
Bonus ini tidak tetap, datang secara tiba-tiba. Jadi perlu juga
dizakatkan, tak kisah untuk dikira dengan haul tahun sebelumnya, atau
tahun semasa. Paling elok dizakatkan terus ketika diterima.
S:
Bagaimana nak jadikan hati ikhlas dalam mengerjakan zakat?
J:
Antara ciri-ciri orang berjaya ialah mereka yang solat, beri zakat.
Solat dan zakat biasa digandingkan bersama. Zakat melibatkan beberapa
pihak - pembayar, penerima dan pengurusan. Semua pihak perlu ikhlas,
barulah akan menjamin kejayaan fungsi zakat.
S:
Zakat itu indah, mengapa masih ada yang liat mengeluarkannya?
Bagaimana menggalakkan orang berzakat?
J:
Manusia memang fitrahnya kedekut dan sayang pada harta. Untuk ajak
orang berzakat, kita kena beritahu mereka manfaat zakat yang
dikeluarkan. Harta yang dizakatkan berada di sisi Allah. Harta yang
disedekah atau dizakatkan akan sampai ke sisi Allah sebelum sampai
kepada penerimanya.
S:
Duit pinjaman yang dilaburkan, perlukan dizakatkan?
J:
Ada 2 pihak terlibat: jika orang pinjam itu seorang yang tidak mampu,
peminjam uang bertanggungjawab membayar zakat. Tapi dalam kes ni,
pinjaman dilakukan untuk mencipta jalan menjana kewangan. Disebut
dalam sebuah hadis, setiap harta yang berkembang, perlu dizakatkan.
Oleh itu perlu dizakatkan bila cukup nisab dan haul.
S:
Berapa kadar zakat wang simpanan?
J:
Jabatan zakat dan haji menetapkan RM13, XXX.XX untuk Kuala Lumpur. Jika
duit kurang, tak perlu zakat. Jika lebih baru kena zakat. Nisab ini
berbeza ikut negeri, sila rujuk pada pihak berkuasa tempatan.