Indahya Syariat Zakat (2) – Tanyalah Ustaz 05.05.2012
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
Bacaan surah Al-Haj, ayat 78, yang bermaksud:
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang
sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan
agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu:
"orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,
supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan
kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah
sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia
lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja
sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
Kita dinamakan sebagai orang Islam dan diminta menegakkan
beberapa syiar Islam seperti solat, zakat dan lain-lain. Kesan daripada itu
Allah berjanji akan menjadi pelindung kepada kita. Kita ini sangat berhajat
kepada Allah, dan tak punya apa-apa. Jika ada orang datang meminta bantuan
daripada harta yang kita miliki, janganlah kita kecewakan mereka. Takutlah soalan
Allah tentang bagaimana kita membelanjakan harta yang Allah pinjamkan kepada
kita. Namu dalan itu, kita juga perlu berharap penuh pada Allah SWT, agar
amalan yang dilakuakan diterimanya.
Ada orang miskin bertanya bagaimana mereka ingin berzakat
sedangkan mereka tidak mampu. Nabi SAW pernah berkata: ‘Takutilah neraka
walaupun dengan sebiji tamar. Jika tiada tamar, berkatalah dengan perkataan-perkataan yang baik”. Allah SWT
juga berfirman bahawa kata-kata yang baik jauh lebih baik berbanding sedekah
yang diikuti dengan ungkitan. Dibawakan sebuah kisah sebagai renungan bersama: Ada seekor
burung kakak tua, duduk dalam sangkar, di tepi kedai, Ada seorang perempuan
yang berhias keluar berjalan dengan bangga dan melintasi burung kakak tua
tersebut. Lalu ditegurnya perempuan itu dan dikatanya perempuan itu hodoh.
Perempuan itu marah lalu berlalu pergi. Hari kedua pun berlaku perkara yang
sama. Namun, perempuan itu marah dan masuk ke dalam kedai lalu memarahi tuan
kedai. Lalu tuan kedai menasihati burung kakak tua. Keesokannya, perempuan itu
bawa rakan-rakannya dan lalu di hadapan burung kakak tua itu lagi. Burung itu
diam sahaja. Bila sudah menjauh, burung itu pun berkata “Awak dah tahu apa saya
nak cakap”. Pengajarannya: seekor burung pun tahu memilih perkataan yang baik J . Sumber cerita: Mufti Ismail
Menk.
Antara manfaat zakat:
- ‘Menjemput’ kasih sayang Allah
- Memupuk kasih sayang antara manusia
- Mensucikan harta dan jiwa dan membuang sifat kikir dan sayang harta.
Soalan & Jawapan:
S: Bagaimana cara mengira zakat pendapatan?
J: Untuk cara pengiraan yang terperinci, sila rujuk ‘website’
pusat zakat negeri masing-masing. Secara teorinya: Pendapatan dikira sebagai
harta perolehan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah bayaran bonus, royalti,
komisyen, dan lain-lain. Daripada jumlah
pendapatan setahun dan akan ditolak keperluan asas untuk diri, keluarga dan
sebagainya. lebihnya barulah dizakatkan sebanyak 2.5%.
S: Jika wang disimpan daripada wang pendapatan, perlukah dizakatkan?
J: Jika wang disimpan daripada pendapatan yang sudah dizakatkan, tak perlu dizakatkan lagi pada tahun tersebut.
S: Jika sudah membayar zakat, perlukan membayar cukai
pendapatan.
J: Ya, kerana kebiasaanya peratusan cukai lebih tinggi
daripada peratusan zakat. Namun nilai zakat yang telah dibayar boleh ditolak
daripada jumlah yang perlu dibayar kepada LHDN. Contohnya jika sudah membayar
zakat sebanyak RM100, dan perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM200. Jadi
jumlah yang perlu dibayar kepada LHDN tinggal cuma RM100. Tetapi perlu dapatkan
resit daripada pihak pemungut zakat.
S: Bagaimana membayar zakat pendapatan ynag tertunggak?
J: Allah berfirman bahawa kebaikan akan menghapuskan
kejahatan. Jadi kita boleh bayar lebih daripada nilai yang sepatutnya. Ada satu
kisah seorang sahabat ingin bayar zakat dengan seekor unta matang, walaupun
yang wajib atasnya hanyalah seekor anak unta. Lalu Amil pergi bertanya Nabi
SAW, dan Nabi SAW berkata jika dia ikhlas, dibolehkan.
S: Saya telah menamatkan premium insuran konvensional dan
menerima kembali bayaran premium berserta komisyen. Wajibkah bayar zakat sebab
sumberny syubah?
J: Ya, wajib. Kira nilai asas caruman, dan zakatkan nilai
tersebut. Wang yang lebih daripada itu dikira sebagai harta syubhah dan perlu
diuruskan dengan cara mengurus harta haram. Boleh juga diserahkan kepada
Baitulmal atau serah semua kepada fakir miskin. Duit itu kita tak boleh pakai
untuk kegunaan peribadi.
S: Bagaimana cara membayar zakat – adakah kita mencari
asnaf, atau asnaf merayu kepada pembayar?
J: Allah berfirman bahawa dalam harta itu ada hak orang yang
meminta dan yang tidak meminta. Maksudnya, ada orang yang miskin dan dia
meminta-minta. Namun ada orang miskin yang tak suka meminta-minta. dari Pada
zaman Nabi SAW, amil-amil ditugaskan untuk keluar memungut zakat dan mencari
asnaf. Namun hari ini, memandangkan dengan jumlah rakyat yang begitu raami,
pembayar dan asnaf perlu pergi ke pusat zakat untuk membayar atau meminta
bantuan. Satu nasihat saya, jika ada asnaf yang ingin meminta bantuan zakat,
datanglah dengan menutup aurat dengan sempurna. Janganlah meminta hak anda,
sebelum anda menunaikan hak Allah terlebih dahulu.
S: Orang ini miskin, tapi dia tidak solat dan lakukan
syariat lain. Jadi layakkah mereka menerima zakat?
J: Nabi ada berpesan bahawa jika orang itu tidak solat, dia
tidak layak menerima zakat. Jadi eloklah kita periksa dulu asnaf yang ingin
diberi zakat.
S: Bolehkan membayar zakat pada ibu yang tidak memelihara
saya dari kecil. Ibu tergolong dalam orang yang layak terima zakat.
J: Dalam satu fatwa, zakat tak boleh diberi kepada orang
yang usul dan furu’ iaitu orang yang berada di atas (ibu bapa) atau dibawah
(isteri, anak). Pemberian akan dikira sebagai nafkah, bukan zakat. Namun,
isteri boleh bayar zakat pada suami, sekiranya layak, kerana suami bukan
tanggungan isteri.
S: Jika ibu selama ini memberi zakat kepada anak-anak,
bagaimana nak buat?
J: Kita perlu lihat keperluan anak-anak juga. Katakan duit
memang ada lebih dan perlu dizakatkan. Tapi nilai zakat itu diberi kepada anak.
Itu jadi nafkah, jadi perlu diqada’ zakat tersebut kepada yang berhak. Namun
jika apabila ditolak keperluan anak, tiada lebihan wang yang perlu dizakatkan,
jadi tidak wajib keluarkan zakat.