Jangan di'nombor dua'kan doa! - MTDM 13.06.2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 13.06.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakamanan MTDM Bahagian 1: Tafsir Al-Quran, Surah Ali-Imran Ayat 176: “Dan jangan kamu sedih disebabkan orang-orang yang segera kufur …” Allah Ta'ala mencertiakan kesedihan Nabi Muhammad ﷺ kerana sikap kaum musyrikin yang menolak ajakan Rasullullah kepada sesuatu yang menyelamatkan mereka. Enggannya mereka beriman kepada sesuatu yang boleh menyebabkan kebahagiaan kepada mereka – perkara itu yang membuatkn Nabi ﷺ sedih. Apabila mendapati golongan orang-orang yang beiman menolak ajarannya – yang susah hati ialah Nabi Muhammad ﷺ - ini sesuai dengan sifat kasih-sayang Nabi ﷺ kepada umatnya, yakni bilamana mengajak mereka beriman kepada Allah, yang beruntung, bertuah dan dapat faedah ialah yang menerima iman itu, dan yang rugi ialah yang menolak iman itu, tap...