Rehlah Dakwah Ustazah Halimah Alaydrus Okt 2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum wbt, In sha Allah Ustazah Halimah Alaydrus akan datang sekali lagi ke Malaysia untuk siri rehlah dakwahnya Oktober ini. 
Video Promosi Rehlah Dakwah Ustazah Halimah Alaydrus Ojkt 2016

Beliau merupakan pendakwah bebas kelahiran Indonesia yang mendapat pendidikan di Dar Az-Zahra, Tarim Hadramaut, Yaman. Di samping itu, beliau juga terkenal sebagai penulis buku-buku ‘best sellers’ Bidadari Bumi, Tutur Hati, Pilar Cahaya dan Muhasabah Cinta. 

Beliau juga pernah muncul beberapa kali di radio IKIM, dan sebelum ini telah pernah menjayakan Forum Muslimat di Masjid Wilayah pada tahun 2014 dan 2015. Kedua-dua program ini telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada muslimat sekitar Lembah Klang.

Istimewa kali ini, Ustazah Halimah akan mengadakan dua majlis khas di Kelantan, iaitu di Balai Islam Lundang dan juga di Masjid Beijing. Bagi muslimat sekitar Lembah Klang pula, Ustazah Halimah akan mengakan enam majlis termasuk Konvensyen Pesona D’Zahra bersama panelis tempatan - Ustazah Isfadiah Muhammad Dusuki, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, dan juga Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin yang akan berlangsung di Dewan Besar IKIM. 

Perincian untuk kesemua 8 majlis adalah seperti berikut:



Rehlah Dakwah Ustazah Halimah Alayrus Oktober 2016

1️⃣ 21.10.2016 | Jumaat | 10 pg
“Al-Quran Pedoman Kehidupan”
Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan

2️⃣ 21.10.2016 | Jumaat | 4:30 ptg
“Berharaplah Hanya Kepada Allah“
Dewan Serbaguna, Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan

3️⃣ 22.10.2016 | Sabtu | 8pg - 5ptg
“Konvensyen Perdana Pesona D’Zahra”
Panelis Bersama: Ustazah Isfadiah Muhammad Dusuki, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur

4️⃣ 22.10.2016 | Sabtu | 8 malam
Darul Haiffah, 54 Persiaran 1/12 Kg Batu Muda 51100 KL

5️⃣ 23.10.2016 | Ahad | 9:30 pg - 12:30 t/hari
“Bakti Terakhir Buat Yang Tersayang”
- Teori & Praktikal Pengurusan Jenazah
Surah Ar-Raudhah, Taman Sierra Ukay, Ampang

6️⃣ 23.10.2016 | Ahad | 8 malam
“Apa dan Bagaimana - Hari Kiamat?”
ArRaudhah, 35, Jln BU 1/1, Petaling Jaya

7️⃣ 24.10.2016 | Isnin | 9 pg
Pusat Pengajian As-Sirajul Munir
Lot 376, Jln Haji Manap, Kg Salak Tinggi, Sepang

8️⃣ 24.10.2016 | Isnin | 3 ptg
“Para Rasul Hamba Termulia Allah”
Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, 
Blok A, PJ Trade Center, 8, Jalan PJU 8/8A Damansara Perdana




Semoga muslimat semua terpilih untuk hadir dan menjayakan majlis-majlis yang dirancang ini. Mohon juga disebarkan maklumat ini agar lebih ramai lagi yang boleh hadir. Untuk maklumat lanjut, dipersilakan rujuk fb/ig @majlisarraudhah.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab