Posts

Showing posts from December, 2013

Tafsir ayat 83 dan 84, surah Ali-Imran, MTDM 25.10.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Tafsir ayat 84, surah Ali-Imran, MTDM 25.10.2013  Ustaz Muhammad Ashraf Othman Guru di Madrasah At-Tazkiyah Sumber asal - Majlis Ta'lim Darul Murtadza Kita bersyukur kepada Allah Ta'ala yang mengumpulkan kita di sini dengan hidayah Allah Ta'ala. Bagi orang-orang   yang Allah Ta'ala yang ingin beri kebaikan, mereka akan diberi kefahaman dalam agama. Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mengikut satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah Ta'ala akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga.” Walaupun pada hakikatnya kita bertolak dari rumah, melalui jalan-jalan biasa untuk ke sini, tetapi itu sebenarnya satu jalan ke syurga. Allah yang menggerakan hati kita untuk ke sini. Sebelum bermula, kita mulakan dengan doa menuntuk ilmu Imam Al-Haddad. Ilmu itu tinggi nilainya di sisi Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW, “ Walaupun seseorang itu beriktikaf sebentar saja, sekadar memerah susu, di masjid, maka

"Hadirkan akalmu dan hadirkan hatimu dan dengar firman dari Tuhanmu" - Tausiyah Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Hafidz

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Maulid Bulanan Istimewa Majlis Ta'lim Darul Murtadza Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Credit to Majlis Ta'lim Darul Murtadza Rakaman video Tausiyah Maulid Istimewa dr Majlis Ta'lim Darul Murtadza Alhamdulillah yang telah memberikan kemuliaan kepada kita di dalam memetik buah yang abadi di majlis kita ini. Dan mengizinkan untuk kita bersambung dengan anugerah-anugerah Alla Ta’ala dalam peti-peti yang tidak akan habis harta karun di dalamnya. Dan Allah Ta’ala mengizinkan kita untuk beramal di dalam umur kita yang fana’ untuk mencapai kesejahteraan dalam umur yang abadi dan tiada akhir. Dan kita berkumpul dalam majlis ini dengan suatu bisnes (perniagaan) yang abadi, iaitu bisnes akhirat. Perbezaan bisnes akhirat dengan dunia itu sangat jauh bezanya. Dan semua yang disebutkan tadi adalah hasil dari hubungan yang erat yang kita bangunkan antara kita dengan Allah Ta’ala. Dan hubungan kita

Dan dengarlah ucapan Tuhanmu...

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Mari sama-sama kita hadamkan petikan kata guru mulia Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz. Untuk video penuh, boleh tonton di Majlis Ta'lim Darul Murtadza. .

Tafsir ayat 93-96, surah Ali-Imran, MTDM 22.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL. Ayat 93: Ayat ini menyentuh sikap berdusta kepada Allah oleh segelintir manusia yang berani menggunakan nama Allah untuk mengharamkan sesuatu yang tidak diharamkan oleh Allah. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa mendustakan kepada Allah SWT. Mendustakan kepada Allah bermaksud membawa hokum selain daripada yang ditentukan atau diturunkan oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, para ulama, bilamana ingin menyentuh tentang hukum-hukum tertentu dalam syarak, mereka amat berhati-hati. Mereka tidak semudah-mudahnya mengeluarkan fatwa tentang sesuatu isu yang berlaku. Ini kerana fatwa yang dikeluarkan oleh ulama akan menjadi sumber ikutan orang dan dikhuatirkan jika ulama mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kebenaran dan hukum Allah SWT tanpa merujuk dengan berhati-hati, maka dia seakan-akan mendustakan kepada Allah dan membawa hukum selain