"Hati kamu dipantau Allah SWT" - MTDM Istimewa bersama Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf (Fattibouni)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

MTDM 23.05.2014
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*


Sumber rakaman audio:

Bahagian 1
Surah Ali-Imran ayat 169-173

Ayat 169:

Allah SWT bercerita tentang hakikat kehidupan yang dianggap oleh sebahagian orang bahawa orang yang meninggal dunia itu mati. Akan tetapi dalam ayat ini, Allah SWT bercerita tentang segolongan manusia yang berpindah daripada alam dunia kepada alam barzakh, tetapi golongan ini dilarang untuk dikatakan mereka mati, iaitu golongan as-syuhada.

Apakah itu kematian dan maksud daripada hakikat kehidupan yang sebenar?
Dalam Al-Quran nul Kareem Allah SWT bercerita tentang erti kehidupan yang sebenar. Allah SWT tidak mengatakan bahwa kehidupan yang sebenar itu  bukan ketika kita berada di dunia, kerana kehidupan di dunia ini tidak luput daripada dugaan, ‘problem’, masalah, sehingga orang hidup di dunia tidak selesa kerana menghadapi pelbagai masalah. Akan tetapi Allah memberi definisi kehidupan yang sebenar ialah kehidupan yang tiada susah , kehidupan yang tiada sama sekali ‘problem’.

“Dan sesungguhnya negeri akhirat ialah hakikat sebenar kehidupan.”

Di dunia kita hidup kerana boleh bergerak, tetapi ini bukan kehidupan yang sebenar, kerana kehidupan kita tidak nyaman (selesa), banyak selesa, banyak dugaan. Tapi di akhirat, hidup tiada masalah, tiada dugaan, tiada hasad-dengki antara satu sama lain, tiada buruk sangka.

“Dan, Kami(Allah) akan cabut daripada manusia nanti di akhirat hasad-dengki.”

Ini kehidupan sebenar yang akan dikongsi sama oleh semua makhluk yang beriman di akhirat nanti. Akan tetapi Allah SWT bercerita tentang segolongan manusia yang mengorbankan nyawanya di jalan Allah SWT dan Allah melarang kita mengatakan mereka mati.

“Jangan sesekali mengatakan mereka terbunuh di jalan Allah itu mati tapi mereka hidup.”

Bagaimanakah bentuk kehidupan mereka? Di sisi Tuhan mereka mendapatkan rezeki.

Kita hidup di dunia mendapatkan rezeki untuk meneruskan hidup. Dengan makan, kita boleh meneruskan hidup, yang kalau kita tiada rezeki, hidup kita semakin singkat. Mereka, para syuhada yang berada di alam barzakh, oleh kerana mendapatkan rezeki, yang rezeki itu merupakan penyebab berlangsungnya kehidupan, walaupun berada di alam barzakh, maka mereka itu adalah hidup. Tapi kita tidak membayangkan kehidupan yang dimaksudkan ialah kembali ke dunia, kerana sebagaimana dikatakan awal tadi bahawa kehidupan yang sebenar bukanlah kehidupan yang sebenar kerana penuh masalah. Mereka hidup di alam barzakh yang tiada masalah, dan mendapat rezeki daripada Allah SWT.

Oleh kerana yang demikian, dalam hadis Nabi ﷺ memberitahu, “Tiada seorang hamba yang meninggal dunia lalu mendapatkan kebaikan daripada Allah SWT di alam barzakh, mahu balik kepada dunia, walaupun mereka diberi dunia dan seisinya kecuali para syuhada. Bahkan para syuhada minta balik ke dunia untuk mati syahid lagi sekali semula.” Ini kerana nikmat syahid itu sangat indah  sehingga menyebabkan mereka ingin balik untuk berjihad semula.

Dikatakan, Allah bertanya mereka, “Apa yang kamu ingin minta?”
Mereka sudah puas hati dengan pemberian Allah walaupun itu baru nikmat di alam barzakh dan berkata, “Kalau pun kami mesti meminta, kembalikan kami ke dunia untuk kami berjuang balik dan syahid semula.”

Namun tiada org yang boleh hidup 2 kali dan mati 2 kali kecuali beberapa orang – Sayyidina Uzair**. Hukumnya, manusia cuma hidup dan mati sekali di dunia.

Hadis ini menunjukkan ketinggian kedudukan mereka para syuhada sehingga minta balik ke dunia untuk syahid dia lagi.

Apa bezanya orang meninggal biasa di alam barzakh, dan orang syahid di alam barzakh? Bezanya – sama-sama di alam barzakh tapi para syhuhada berada di sisi Allah SWT. DIgambarkan bahawa ruh mereka itu berada di dalam burung yang terbang di dalam syurga menikmati keindahan syurga. Mereka berada dalam kenikmatan yang luar biasa, mendapat rezeki yang tidak diperolehi oleh orang lain yang mati biasa.

Ditunjukkan juga kedudukan mereka itu para syuhada bahawasanya jasad mereka itu tidak dimakan oleh tanah. Perkuburan Uhud yang ada sekarang ialah kawasan perkuburan yang baru. Masa peperangan Uhud berlaku, mereka yang syahid dikuburkan di medan perang juga, dan tidak ditanam begitu dalam, sekadar mencukupi agar tidak dikorek oleh binatang buas. Disebabkan ada banjir berlaku, tanah dibawa air sehingga menampakkan sebahagian tubuh mereka dengan pakaian mereka seolah-olah baru lagi meninggal, dan jasad mereka perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Sebahagian mereka yang mencangkul untuk mengeluarkan mayat, tercangkul pada anggota tubuh sahabat dan darah memancut keluar dengan banyaknya untuk menunjukkan darah itu masih mengalir dalam badannya walaupun sudah lama meninggal. Ini menunjukkan yang jasad para syuhada pun dijaga Allah SWT. Ada juga mayat yang tangannya diubah posisi, tapi tangan tersebut berubah kembali ke posisi asal.

Ayat 170:


Bagaimanakah keadaan para syuhada? “Farihin’ - gembira, ‘happy’, tak ada masalah, gembira berada di alam barzakh, gembira berada hampir dengan Allah SWT, gembira dengan apa yang dikurniakan Allah Ta'ala, dan mereka tidak kedekut atau ‘selfish’ untuk  hanya menikmati kenikmatan untuk mereka sendiri. Mereka tahu hak persaudaraan yang diikat oleh Allah dan Rasulullah ﷺ dengan dasar iman.

Orang yang beriman itu bersaudara. Orang beriman yang bersaudara menginginkan kenikmatan yang diperolehinya diperolehi oleh saudaranya juga. Mereka para syuhada yang berada di alam barzakh, yang mendapat kenikmatan luar biasa dari Allah, mereka tak mahu kenikmatan itu hanya mereka saja yang dapat, tapi mereka ingin kongsi. Kongsi dengan siapa? Nak dikongsikan dengan orang yang hidup, dengan orang-orang yang masih ragu-ragu untuk keluar berjihad ke jalan Allah SWT.

Mereka, para syuhada yang berada di alam barzakh, di sisi Allah, memberi khabar gembira kepada mereka yang hidup daripada orang-orang yang beriman, yang berazam untuk menyusul mereka yang telah mendapat syahid agar tidak merasa takut. “Jangan berasa takut untuk mengorbankan jiwa di jalan jihad. Kami sudah mendahului kamu dan berada di tempat yang cukup nikmat. Kami yang sudah mendapatkan, kami sampaikan berita kenikmatan yang kami dapat. Datang kepada kami, tapi melalui pintu jihad.” 

Kalau kita ingin pergi ke satu tempat yang tidak tahu bagaimana keadaannya, ternyata orang yang sudah sampai ke tempat itu menelefon dan memberitahu, “Alhamdulillah, jangan risau, tempat yang kamu ingin pergi itu, tiada tempat yang lebih nyaman (selesa), lebih nikmat daripada tempat ini.”

Agaknya kita akan yakin tak dengan apa disampaikan oleh orang itu sebagai orang ‘local’ sudah ada disitu. Para syuhada sudah sampai ke sana, tapi mereka tak punya alat untuk sampaikan secara langsung apa yang mereka alami. Jadi, Allah bantu sampaikan untuk mereka, para syuhada yang sayangkan orang-orang yang beriman, yang ingin memenuhi hak-hak persaudaraan. Mereka ingin agar kaum mukminin lain juga mendapatkan kebaikan yang mereka telah dapat. Ini adalah merupakan satu rangsangan kepada orang-orang beriman untuk berjihad dan mengorbankan sesuatu yang amat berharga iaitu nyawa yang akan jadi amat murah jika dibandingkan dengan nikmat yang Allah berikan kepada as-syuhada.

Subhanallah, mereka yang berada dibarzakh sayangkan kepada kita dan masih memenuhi hak persaudaraan, tapi kita, nampak saudara di depan mata, namun kita tak mahu penuhi haknya. Mereka yang di alam barzakh mendapat nikmat dan ingin berkongsinya bersama yang lain, sebaliknya kita, bila mendapat nikmat, tak mahu berkongsi dengan yang lain. Perbezaan orang-orang yang hatinya dikunci dengan iman. Bukankah Nabi ﷺ bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya dan menyukai perkara baik yang disukai untuk dirinya untuk saudaranya juga.” Para syuhada faham hal ini.

Ayat 171:
“Mereka menyampaikan berita gembira…”
Dengan apa? Dengan nikmat yang mereka dapat melalui jihad. Ya Muslimum, Ya Mukminun, kami mendahului kamu dengan jihad . Kami beri berita gembira kepada kamu. Kami bukan nak mengucapkan takziah kalau kamu syahid tapi nak ucap tahniah. Bukankah kalau orang mati, kita ucap takziah? Ya (Na’am) tapi bagi mereka para syuhada, takziah kerana meninggal untuk ahli keluarganya, dan tahniah kepada orang yang syahid di jalan Allah SWT.   

“dengan kelebihan nikmat yang Allah berikan. Sesungguhnya Allah tak melepaskan ganjaran orang-orang yang beriman.”

Siapakah mereka orang-orang yang beriman?

Mereka yang dipenuhi ganjaran oleh Allah ialah orang yang cepat dalam  merespon dengan apa yang disuruh Allah dan Rasul-Nya. Dalam bahasa Arab – ‘merespon’ berbeza ‘merespon dengan cepat’. Allah berfirman:

Ayat 172:

Balik dari Perang Uhud, ramai sahabat yang luka-luka dan perlu dirawat sehingga ada yang tak boleh berjalan, berbaring dan perlu dirawat. Nabi Muhammad ﷺ menyeru untuk mereka yang telah ikut bersama dalam Perang Uhud keluar semula untuk berperang - ikut lojik macam mana nak perang kalau cedera? Nak perang biasanya badan kena kuat, makan sedap-sedap, tapi para sahabat, tangannya masih berbalut.

Hanya seorang saja yang dibenarkan ikut setelah tak ikut pada kali pertama dalam Perang Uhud iaitu Sayyidina Jabir bin Abdullah. Dia tak ikut pada awalnya kerana diminta ayahnya untuk menjaga adik-adik perempuannya, yakni mengambil berat akan hal keluarganya dan Nabi ﷺ izinkan, walaupun pada ketika itu, Nabi ﷺ memerlukan bilangan tentera yang ramai. Namun, Nabi ﷺ izinkan untuk menunaikan hak masing-masing, dan membenarkan Jabir untuk tidak ikut. Dalam keadaan sahabat semuanya lemah, mereka tetapi keluar untuk mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.

Abu Suffiyan ingin bantai kaum muslimin kerana mengenangkan keadaan mereka yang telah lemah. Waktu Nabi ajak keluar - tak seorang pun tak keluar kecuali yang tak boleh bangkit. Kalau ditanya dari mana datang kekuatan mereka? Sebenarnya, mereka sudah sedar akan kesilapan kali pertama ketika melanggar perintah Rasulullah ﷺ, jadi mereka tak mahu ulang kesalahan dan terus mematuhi perintah Rasulullah ﷺ. Mereka ‘respond’ segera walaupun dalam keadaan luka-luka. Kaum musyrikin, Allah hantar perasaan takut kepada mereka dan akhirnya mereka patah balik ke Mekah. Rasulullah ﷺ dan pasukannya ‘gentleman’ dan menunggu dengan berani di luar kota Madinah. Beraninya Rasulullah ﷺ kerana beliau memperjuangkan kebenaran. Untuk memperjuangkan kebenaran mesti memperjuangkan dengan pengorbanan yang besar.

Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang cepat ‘merespond’ kepada seruan Allah SWT.

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin:
Bab Pemurah dan Dermawan dalam Kebaikan

Huraian pembukaan:
Sifat pemurah itu diambil daripada 2 nama Allah iaitu Al-Jawwar dan Al-Kareem, yakni memberi dengan redha, memberi tanpa k rasa berat, tanpa rasa berkurangan dengan apa yang dimiliki.

Dalam hadis Nabi ﷺ dinyatakan bahawa: “Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan syurga, dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil jauh dari Allah, jauh dari syurga, dan dekat dengan neraka.”

Bakhil ada 2 jenis iaitu:
Bakhil biasa yakni kedekut dengan hartanya sendiri, dan
As-syahih** yakni kedekut dengan harta orang. Orang lain buat baik, tapi dia yang rasa sakit hati, walaupun itu bukan hartanya.

Orang yang menjaga dirinya daripada sifat as-syahih** akan menjadi orang yang berjaya.

Beberapa perkara yang boleh diambil pengajaran daripada ayat tadi ialah
-       apa yang diinfakkan pasti akan diganjar oleh Allah SWT. Ini janji Allah kepada orang yang mempunyai sifat pemurah. Ketika memberi, kalau yakin apa yang dikeluarkan itu akan diganjar berlipat kali ganda, maka dia takkan menyesal. Umpama orang berniaga, jika dia tahu barang itu di pasaran berlipat kali ganda harganya, dia tak rasa rugi walaupun terpaksa keluarkan duit untuk membeli barang itu. Saat mengeluarkan modal, dia tak rasa berat kerana dapat melihat berapa keuntungan yang bakal diperolehi. Bukankah ini cara orang berniaga di dunia? Cuba, sebagaimana kita berniaga di dunia, jom kita berniaga dengan Allah SWT. Perbezaannya, berniaga dengan manusia sudah ada peraturan keuntungan, tapi dengan Allah, peratusannya Allah yang tentukan. Allah mencabar untuk kita berniaga dengan-Nya. Berniaga dengan Allah terhad keuntungannya, tapi berniaga dengan Allah, untung di dunia dan di akhirat. Maka, saat nak sedekah, ingat yang kita keluarkan itu akan diganjar Allah SWT. Ingat pulangannya, bukan apa yang kita keluarkan. Biasa, iman manusia kepada apa yang fizikal dan lama untuk tunggu di akhirat.
-       Apa yang kamu infakkan itu, jangan kamu sangka orang yang diberi itu untung, kerana sebenarnya kamu yang untung sebelum dia untung. Supaya kita tak rasa diri berjasa pada org yang diberi. Jangan kita merasa berjasa kepada org yang kita infakkan kerana apa yang kita dapat lebih daripada apa yang kita beri.
-       Apa yang diinfakkan akan diganjarkan secukupnya oleh Allah SWT. Ini semua supaya kita semua bersih daripada sifat kedekut dan rasa berjasa. Ada 3 golongan yang takkan dipandang Allah SWT, dan salah satunya ialah al-mannan: orang yang suka mengungkit. Jangan batalkan pahala pemberian anda. Jangan kalah dan terpedaya dengan syaitan.
-       Apa yang kamu infakkan diketahui oelh Allah SWT – jadi jangan sesekali nakkan pujian atau sanjungan daripada manusia. Ini bukan condemn orang masukkan derma dalam suratkhabar, kerana orang yang menunjukkan kepada kebaikan juga baik. Yang penting ikhlas. Walaupuan beri diam-diam, tapi bangga dengan diri sendiri, pun ‘problem’ juga.

Hadis 1:


Pengajaran:
Galakan untuk mempunyai sifat pemurah – yakni kalau tak boleh jadi orang yang pemurah – jadilah orang yang cemburu kepada orang yang pemurah. Boleh cemburu dalam 2 hal iaitu cemburu orang berharta yang pemurah, dan orang berilmu yang mengajarkan kepada orang lain. Tapi kalau nak harta kerana dunia atau sombong, atau ingin org kata dia banyak ilmu, maka tak boleh.

Hadis 2:



Galakan untuk membelanjakan harta kerana harta yang disimpan akan pergi pada waris apabila seseorang itu meninggal.

Bahagian 3 - Kitab Bidayatul Hidayah
Adab dengan orang yang tidak kenal, bukan sahabat karib

Huraian:
Berdederhana ketika baru mengenali seseorang – tidak terlalu memuliakan atau memandang rendah kepadanya.

Bila berkenalan dengan orang yang berharta, jangan berhasrat pada hartanya dan tidak digalakkan, kerana seseorang itu akan menghinakan dirinya demi mendapatkan harta orang lain.

Al-mudara** – menjaga perasaan orang lain dan ini dituntut dalam agama
Al-mudahanah** – menjaga hati kerana ada kepentingan dunia

Semoga Allah pilih teman yang baik untuk kita di dunia dan akhirat.


Tausiyah Istimewa 1:
Manchester UK

Where did the Mikraj begin from - from Kaabah or Rasululah’s house? From where and why? The answer is not from either but from house of Ummu Hani - why from there? Rasulullah has set certain day to visit different relatives for silaturrahim. It is his sunnah that he set different day to visit different relative to do silaturrahim and have good relationship. Allah SWT like this amal so much that on that nite – the nite of amal of silaturrahim – to show that this is such a high blessed amal.

Narration of hadis of Imam Bukhari:
Sayyidina Abu Hurairah has majlis of tausiyah every Thursday. One night on that majlis, he said, “Anyone who didnt have good relationship with family please got up and leave this majlis. He is not allowed to sit in my majlis.” He said this 3 times, no one but 1 guy stood up because he hasn’t spoken to his aunt for 2 years. That man went to meet his auntie and said, “Sayyidina Abu Hurairah expelled me from his majlis for not speaking with you. Please forgive me.”
Aunt ask why did he come after 2 years, and ask him to why did Sayyidina Abu Hurairah asked him to leave his majlis of tausiyah. His nephew went to Sayyidina Abu Hurairah and asked. Sayyidina Abu Hurairah answered, “I heard from Rasulullah ﷺ that on Thursday, the amal solehah of my ummah are presented to Allah, but anyone who are not in good relationship with family and relatives, all his amal are rejected. Secondly, if that person is together in the majlis of tausiyah, du’a will not be accepted.”

Important message of Israk wa Mikraj – Allah like people who make good silaturrahim. Therefore, joint ties with family and relatives. Jibril said to Rasulullah ﷺ,
“Whoever cuts ties with you, you joint tie with him.
Whoever doesn’t come to your house, you go to his house.
Whoever does not say Salam to you, you say Salam to him.
Whoever doesn’t give you gift, you give them gift.
Whoever runs away from you, you run after them.”

Pesanan utama:
Agar kita menjaga silaturrahim – “Siapa yang memutuskannya, akan terputus hubungan dengan Allah. Siapa yang menyambungnya, akan menyambung hubungan dengan Allah.


Tausiyah Istimewa 2:
Habib Muhammad Abdullah Al-Aydrus
Hadramaut, Yaman

Penghulu kepada ketaqwaan dan kepada orang berbuat ehsan ialah Nabi Muhammad ﷺ.

Kamu semua yang hadir di majlis-majlis seperti ini - hati akan tersinari dengan ilmu, akal akan terpandu dengan ilmu, dan bilamana hati dan akal terpandu dengan ilmu, tentunya kita akan berjalan di belakang Nabi Muhammad ﷺ, yang menbawa ilmu dan cahaya ilmu.

Tanda seseorang yang mendapat sinaran daripada ilmu-ilmu daripada majlis-majlis seperti ini ialah semangatnya dan kecenderungannya untuk lebih memperbanyak dan mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini dapat dibuktikan bahwasanya dengan tidak membiarakan ilmu itu hanya yg tertulis dan ada dalam kitab sahaja – tidak boleh kita membiarkan seperti itu. Melainkan apa yang kita dapat melalui ilmu yang tertulis ini tercermin melalui perbuatan kita, perkataan kita dan juga akal fikiran kita yang mana dengan demikian akan nampak kesan ilmu yang kita dapat.

Dan daripada kesan ilmu yang kita dapat, kalau kita hayati dan kita amalkan, kita akan di beri tambahan ilmu yang lain oleh Allah SWT yang dinamakan ilmu ‘dzaur’ – ilmu yang kita boleh rasa khasiatnya, seperti yang dikatakan oleh Al Imam Al-Shakarwarni, “Ilmu yang kita dapat, bilamana diamalkan, Allah akan berikan kita ilmu untuk kita merasakan ilmu tersebut yang dinamakan ilmu
Dzaur**.”

Ilmu Dzaur** yang dimaksudkan adalah bilamana kita mengamalkan ilmu yang kita dapat, akan diberi ilmu yang kita rasa, yakni dapat mengesan perkara yang kita tidak nampak.

Maka, bilamana kita mengkaji dan menghayati keadaan-keadaaan yang dilalui pada zaman Rasulullah ﷺ, kita akan dapat mengimpementasikan apa yang berlaku di zaman itu dalam kehidupan kita zaman sekarang.

Salah satu contoh ialah keadaan yang dialami Rasulullah ﷺ ketika peristiwa Israk wa Mikraj, yang mana keadaan itu berlaku kepada Rasulullah ﷺ, akan tetapi rahsia pengajaran daripada peristiwa itu adalah berterusan sehingga hari ini kita pun dapat mengambilnya sehingga kita dapat berhubung langsung dengan Rasulullah ﷺ melalui peristiwa itu.

Apa yang disaksikan Rasulullah ﷺ melalui gambaran-gambaran daripada peristiwa itu mencerminkan keadaan yang dilalui pelbagai manusia yang mana kita mesti ambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang disaksikan oleh Nabi ﷺ.

Orang yang mengambil pengajaran daripada peristiwa itu akan bermujahadah, yakni melatih, memaksa, berusaha untuk beramal sehingga dengan mujahadah itu dia akan di angkat di sisi Allah dalam golongan orang-orang yang berbuat ehsan ataupun seorang yang ‘muhsin’.

Dalam Al-Quran nul Kareem - Allah SWT berfirman menjanjikan kepada orang yang bermujahadah untuk diberikan hidayah oleh Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang bermujahadah di jalan Aku, Kami(Allah) kami pasti akan memberi hidayah kepada orang itu dan Allah akan bersama orang-orang yang berbuat ehsan.”

Perhatian: Bahagian hujung tausiyah kurang saya fahami, jadi mohon kerjasama mendengar untuk pemahaman yang lebih baik.

Tausiyah Istimewa 3:
Tausiyah Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf
Hos Rancangan Fattabiouni



Alhamdulillah dikabulkan Allah Ta'ala untuk Habib Muhammad Abdullah As-Saggaf menghadiri MTDM.

Segala pujian bagi Allah SWT, dengan pujian memohon anugerah dari Allah SWT. Dan moga-moga Allah SWT memberikan kepada semua manisnya memuji kepada Allah SWT. Dan moga-moga Allah SWT mengangkat darjat kita di sisi yang tinggi, di sisi Allah Ta'ala.

Sesungguhnya nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ  sifatnya itu sifat Ahmad. Beliau itu akan mendapatkan kedudukan yang dinamakan maqam kepujian. Beliau juga yang akan memegang panji di hari kiamat di mana panji itu ialah panji kepujian. Moga-moga Allah SWT menjadikan kita semua berada di bawah panji Nabi Muhammad ﷺ.

Akan dinampak kebersamaan kita di bawah panji Rasulullah ﷺ nanti di hari kiamat adalah bermula daripada keberadaan kita di atas muka bumi ini khususnya berada di majlis-majlis seumpama ini. Untuk mendapatkan kebersamaan bersama Nabi Muhammad ﷺ dengan melakukan amal perbuatan baik ketika di dunia iaitu dengan kita mendahulukan apa dilakukan, disukai, diingini Nabi Muhammad ﷺ berbandingkan kepada apa yang kita inginkan, maka kita akan termasuk berada di bawah panji Nabi Muhammad ﷺ .

Majlis-majlis yang kamu semua hadir di sini adalah majlis yang akan dipandang dan dipantau oleh Allah SWT akan isi hati kamu semua dan dengan kadar apa yang tersimpan dalam isi hati, itulah yang akan dinilai dan diganjar oleh Allah SWT.

Maka, masing-masing daripada kita yang hadir di sini hendaklah mengawasi niat masing-masing kerana niat itulah dipantau oleh Allah SWT. Sesungguhnya majlis kamu semua ini adalah merupakan majlis yang menjadi tumpuan untuk para malaikat mencari, singgah dan hadir dalam majlis seumpama ini, sebagaimana Nabi memberitahukan dalm riwayat Al Imam Muslim, kalau Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mengelilingi muka bumi ini mencari majlis-majlis seumpama ini.

Disebutkan dalam  sebuah hadis bahawasanya ada 3 orang yang datang pada majlis Nabi Muhammad ﷺ. Salah seorang daripada 3 orang itu melihat ada satu ruang kosong di hadapan, maka orang itu maju ke hadapan dan duduk di ruang yang kosong itu. Adapun yang kedua, malu untuk maju ke hadapan, maka dia duduk di belakang. Adapun yang ketiga melihat majlis itu ramai dengan manusia, maka dia tidak mendapatkan tempat, maka dia pun pergi meninggalkan majlis itu.

Di sana ada yang memantau dengan pemantauan yang datang daripada Allah, pemantauan yang datang daripada Rasulullah ﷺ.

Nabi ﷺ bersabda “Mahukah kamu aku ceritakan tentang 3 orang – adapun yang pertama, dia datang menuju kepada Allah, maka Allah pun menuju kepadanya.”

Diberikan perumpamaan orang yang duduk di saf pertama seolah-olah dia datang kepada Allah, dan Allah juga datang kepadanya. Perumpamaan majlis seperti ini ada seumpama gua yang dihampiri dan dimasuki remaja-remaja yang berseumbunyi di gua Kahfi. Sepertimana mereka yang berada di gua dijaga Allah, mereka yang datang ke majlis-majlis juga dijaga dan dilindungi oleh Allah.

Nabi ﷺ  menjelaskan dan membuka wawasan dan minda kita dengan hadis itu bahawa orang yang datang kepada majlis-majlis seumpama ini, meyakini kalau dia datang kepada Allah bukan kepada fulan atau fulan. Ini yang Nabi ﷺ kita ingin kita memahami.

Adapun yang kedua – dia malu kepada Allah, maka Allah pun malu kepadanya. Pada bahagian yang kedua ini, Nabi ﷺ ingin memberitahu kepada kita tentang sikap dan cara kita berinteraksi kepada Allah SWT.

Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran nul Kareem bahawa balasan orang yang berbuat ehsan ialah ehsan juga daripada Allah. Allah juga berfirman bahawa Allah SWT akan membalas sesuai dengan perbuatan orang itu. Sekadar mana dia buat, sekadar itu Allah akan balas.

Di sini saya menyeru agar anda fokus kepada apa yang saya sampaikan sedikit – Di dalam hadis yang disampaikan tadi tersimpan satu rahsia dalam sikap kita berinteraksi dengan Allah.

Kalau kamu dapat memahami rahsia tersebut, sesungguhnya kamu akan dapat menjadi hamba yang mempunyai adab yang tinggi kepada Allah. Bukalah hati dan minda anda untuk memahami akan rahsia tersebut.

Iaitu - Allah SWT akan bersikap kepada kita bergantung bagaimana kita bersikap dan beriknteraksi kepada makhluk Allah SWT. Kalau anda mengkehendaki bahawa Allah itu bersama anda, maka hendaklah anda berbuat manfaat untuk kebaikan orang lain.

Kalau anda meninginkan Allah mengampunkan anda daripada kesilapan dan kemaksiatan, maka latihlah diri anda untuk memaafkan kesilapan orang lain, maka Allah akan memaafkan kesilapan anda.

Perkara yang sedemikian itu contohnya banyak di dalam Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad ﷺ.

Salah satunya ialah hadis Nabi Muhammad ﷺ: “Barangsiapa yang mengangkat kesusahan seorang yang beriman di dunia, maka Allah akan mengangkat kesusahannya nanti di akhirat.”

“Barangsiapa yang menutup aib seseorang di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan juga diakhirat.”

Nanti di hari kiamat, ada orang yang datang dengan tidak berpakaian, tapi akan ada juga orang yang datang kepada Allah dalam keadaan berpakaian menutup auratnya. Siapakah mereka? Itulah orang yang menutup aib orang lain di dunia.

Sehingga dalam perkara yang kecil pun Allah akan membalas bergantung kepada sikap kita termasuk memberi ruang kepada orang masuk ke majlis. Kalau kita beri ruang, Allah akan beri kita ruang kepada kita. Demikian cara kita bermuamalah dengan orang ialah cara Allah bermuamalah dengan kita. Tentunya sikap Allah pada kita jauh lebih mulia, lebih sempurna berbandingkan sikap baik kita kepada orang lain.

Anda, kalau memberi ruang, walaupun sejengkal untuk orang duduk di sebelah anda, Allah akan buka ruang selebar-lebarnya untuk anda. Dalam hal apa Allah melapangkan ruang untuk untuk anda bilamana anda melapangkan untuk orang lain? Allah akan melapangkan kubur anda.

Diakhirat nanti, bilamana orang berkumpul dan berdesak-desak, tiada ruang antara satu dengan yang lain, orang yang memberi ruang di dunia akan diberi ruang juga nanti di akhirat. Bilamana anda melintasi as-sirat iaitu jambatan yang kecil, dengan memberi orang ruang di dunia, jambatan itu akan dilebarkan untuk anda melintasinya. Bilamana anda masuk syurga, maka istana dan tempat-tempat yang disediakan oleh Allah akan dilapangkan juga oleh Allah SWT.

Bilamana anda tahu manisnya untuk mendapatkan pemberian daripada , anda takkan merasa sempit memberi ruang kepada orang lain untuk duduk di sebelah anda dan tidak akan merasa susah dengan keadaan yang sempit itu kerana anda yakin balasan dari Allah jauh lebih besar daripada apa yang anda buat untuk orang lain.

Bilamana ada orang lain yang menyakiti anda, anda kena kena berfikir bahawa apa yang dibuat oleh orang itu adalah kecil berbanding dengan apa yang banyak daripada perbuatan maksiat yang kita sudah lakukan kepada pada Allah Ta'ala.

Demikian keadaan seorang hamba itu yang sentiasa bersama Allah SWT – tidak bersikap kepada manusia hanya kerana ingin mendapatkan perhatian manusia atau kerana manusia itu sendiri, akan tetapi bersikap kepada manusia kerana ingin mendapatkan balasan daripada Allah SWT – dia bersama Allah melalui sikap dan interaksinya kepada manusia. Dengan yang demikian, dia akan naik keyakinannya kepada Allah di dalam berinteraksi dengan wujud diri, dengan melihat di sebalik apa yang dikehendaki Allah melalui sikap kita kepada alam ini. Maka, dia akan melihat apa yang ada disekeliling adalah merupakan satu risalah, satu tanda untuk kita bersikap baik dan positif dengan segala yang ada di sekeliling kita.

Adakah apa saja yang berlaku di sekeliling kita ini terjadi tanpa kehendak Allah SWT? Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran nul Kareem bahawa Allah yang menciptakan kita dan mencipta semua itu sesuai dengan kehendak Allah Ta'ala. Maka dengan demikian, seseorang itu bilamana peka dengan keadaan yang berlaku disekelilingnya – apa saja yang berlaku adalah satu isyarat daripada Allah SWT kepada dirinya.

Al Imam Al Sha'rani berkata saya dapat menyedari sikap tidak baik saya kepada Allah melalui sikap tidak baik isteri saya kepada saya. Lalu, soalannya adalah -
Apakah yang kamu faham daripada sentuhan dan isyarat daripada Allah SWT?

Majlis-majlis seperti ini adalah majlis untuk doa seseorang itu dimakbulkan oleh Allah. Allah adalah memantau kepada hati-hati orang yang berada dalam majlis ilmu. Allah SWT sendiri yang membuka pintu pengampunan dan taubat daripada Allah. Hanya saja yang dituntut oleh Allah kepada manusia ialah memaksimumkan dalam merayu untuk mendapatkan keampunan tersebut. Maka, dia tidak meletakkan satu penilaian kepada apa pun kecuali kepada apa yang dinilaikan baik oleh Allah SWT. Bukankah kamu percaya kepada apa yang dibawakan oleh Rasulullah ﷺ kamu? Ataukah ada keraguan dalam hati kamu? Atau adakah antara kamu yang befikir untuk keluar semula setelah dimasukkan ke dalam syurga?

Sebahagian orang itu bila masuk ke hotel yang indah, atau ke negara yang indah pemandangannya, maka mereka berkata kita tak akan keluar lagi daripada tempat ini. Akan tetapi kita mendengar bahawa Nabi kita bersabda bahawa majlis-majlis seumpama ini adalah sebahagian daripada taman syurga, dan disebutkan dalam riwayatkan oleh Nabi ﷺ daripada Allah SWT bahawa keindahan dan kenikmatan syurga ialah apa saja yang dikehendaki penghuninya, ada di dalam syurga. Semestinya kita menghayati dan memahami dalam dengan apa yang disampaikan dengan sikap kita kepada Allah Ta'ala.

Oleh kerana itu, mereka para guru akan mengajar dan menyeru agar tidak sibuk kepada perkara-perkara yang lain dan menumpukan fokus kita kepada apa yang akan diberikan oleh Allah Ta'ala.

Oleb kerana demikian kita dapat melihat pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwan Israk dan Mikraj, ketika Nabi ﷺ kembali ke Mekah dan ditanya bentuk fizikal Baitul Maqdis oleh penduduk Mekah.

Maka, Nabi ﷺ ketika ditanya soalan itu susah hati kerana baginda tidak dapat menghuraikannya. Kenapa? Kerana ketika masuk ke Baitul Maqdis, baginda tidak peduli keadaan fizikal – tiang atau rupa atau bilangannya – tujuan baginda adalah Allah, dan baginda masuk menuju kepada Allah dan tidak peduli keadaaan sekelilingnya.

Maka, oleh kerana demikian, ditunjukkan oleh Allah di hadapan Rasulullah ﷺ akan gambaran tiang dan pintunya Baitul Maqdis, untuk diceritakan kepada orang Mekah yang bertanya. Maka, dikatakan jika orang yang solat boleh tahu siapa yang berada di kanan atau kirinya, maka dia tidak hadir, dan tidak kusyuk dalam solatnya.

Mereka para guru, bila melihat anak muridnya ketika belajar banyak menoleh ke kiri dan ke kanan, gurunya akan mengatakan, “Letakkan kain serban di mukamu supaya kamu tidak banyak menoleh ke kanan dan ke kiri dan fokus mendengar dalam majlis.”

Oleh kerana yang demikian, orang yang fokus dalam majlis sebegini, tidak menoleh ke kanan dan ke kiri, akan diberikan Allah SWT rahsia perkara-perkara ghaib yang boleh dinampkan sepertimana baginda Rasulullah ﷺ yang tidak fokus pada yang zahir, tetapi ditunjukkan Allah perkara yang ghaib itu di hadapan Rasulullah ﷺ kerana fokus utamanya ialah Allah SWT.

Sebahagian orang yang berada dalam majlis itu, kalau ada orang menuangkan kopi kepada mereka yang hadir, matanya tengok kepada orang yang tuang kopi ke kanan dan ke kiri, kalau ada kamera, matanya pun ikut orang yang pegang kamera ke kanan dan ke kiri – tidak fokus dalam majlis. Kalau ada orang yang buka pintu, dia akan toleh ke pintu, kalau ada orang bersuara di belakang, dia akan menoleh ke belakang. Orang yg mencari ilmu, kalau banyak menoleh ke kanan dan ke kiri, maka dia tidak akan berjaya mendapatkan ilmu.

Pada majlis Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, ada seekor ular yang jatuh daripada bumbung di tengah-tengah mereka yang sedang belajar. Murid-murid beliau berasa gelisah dan takut tapi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengisyaratkan agar mereka tenang dan tidak takut. Maka, beliau menyambung kelasnya itu tanpa memperdulikan ular itu sehinga ulat itu masuk ke pergelangan bajunya sebelah kanan dan keluar daripada pergelangan tangan sebelah kiri, dan keluar seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Imam Malik, ketika mengajar, ada seekor kala jengking yang masuk dan menggigit belakangnya beberapa kali sengatan. Mungkin kalau kita digigit nyamuk sekali sahaja, sepanjang majlis dia akan menggosok-gosok tangannya. Ini bukan nyamuk tapi kala-jengking. Dia disengit lebih daripada 10 kali dan beliau tidak berhenti daripada menyampaikan hadis Nabi ﷺ. Akan tetapi kesan sakit yang ditahan itu nampak pada mukanya. Setelah selesai menyampaikan ilmu, dia memanggil salah seorang anak muridnya untuk melihat apa yang ada dibelakangnya. Maka, ketika dibuka bajunya, kala jengking pun keluar. Anak murid pun bertanya, “Wahai Tuan Guru, kenapa tak diberitahu dari awal, supaya boleh dikeluarkan kala jengking itu dari tadi lagi.” Jawabnya, “Saya malu untuk memotong dalam menyampaikan hadis Rasulullah ﷺ.” Maka, dengan sikap seperti ini, Imam Malik menjadi imam yang besar.

Imam Syafie bila hadir dalam majlis Imam Malik, dan ingin membuka lembaran kitab, akan membukanya dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu mengganggu kepada fokus Imam Malik. Maka, dengan adab yang tinggi seperti ini, Imam Syafie menjadi seorang imam. Maka, matlamatnya murni dan penuh adab dan sikap kepada Allah SWT. Kita merayu mengharap kepada Allah Ta'ala dalam majlis ini supaya Allah menambah nilai-nilai adab kita kepada Allah SWT.

Dengarkanlah daripada saya satu nasihat yang akan membawa manfaat kepada kamu InshaAllah. Barangsiapa di antara kamu yang sakit, datanglah ke majlis seumpama ini, maka dalam majlis seperti ini ada penawar kepada penyakit.

Al Habib Abdul Qader As-Seggaf, seorang yang dia waktu itu sakit demam panas yang tidak larat untuk keluar, maka ketika ayahnya mengajak ke majlis ilmu, katanya, “Abah, saya sakit dan tak larat nak pergi ke majlis.” Kata ayahnya, “Jom, kita pergi ke majlis, kerana sesungguhnya kesembuhan dan penawar ada dalam majlis.” Dia pun pergi ke majlis itu dan ketika keluar dalam keadaaan susah, tapi setelah berada di sana, dia balik dalam keadaan tiada lagi penyakitnya. Ini adalah perkara yang sudah dicuba oleh ramai dan kami pun sudah mencubanya berkali-kali. Saya pun sebelum datang ke majlis ini rasa demam yang agak kuat, tapi sekarang saya rasa cukup sihat dan kuat sehingga kalau ada orang mencabar untuk bergusti, saya boleh bergusti J

Ini majlis yang mempunyai barakah yang cukup besar. Beberapa minggu yang lalu, kami ada duduk bersama pelajar dan membacakan hadis kitab Bukhari. Setiap hari, kami baca 12 jam sehingga dapat dikhatamkan selama seminggu. Maka, salah seorang mereka yang hadir mengatakan yang dia tidak ada masa dan datang cuma sebentar saja lalu mencari orang menggantinya di kedainya. Kebiasaaanya, dia dapat 200 Riyal sehari di kedainya, tapi sejak dia datang ke majlis itu, walaupun sekejap, dia dapat 500 Riyal sehari di kedainya. Kemudian dia berkata apa kata sambung baca kitab Muslim pula. Intipatinya ialah barangsiapa yang ada hajat kepada Allah, majlis seumpama ini akan menjadi sebab hajatnya ditunaikan oleh Allah Ta'ala.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam. 

**: mungkin salah ejaan

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab