Jangan jayakan 'projek' syaitan! - MTDM Maulid Oktober 2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم 

Majlis Ta’lim Darul Murtadza – Maulid Oktober 2014
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid*

Tausiyah 1: Syeikh Ba Yaksut

Dengan terjemahan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid


Di dalam apa yang disampaikan sebentar tadi oleh Syeikh Sami bagaimana tentang kebesaran yang ditunjukkan Allah SWT kepada kita dengan anugerah dan hidayah untuk berada di tempat baik seumpama ini adalah merupakan satu berita gembira dengan kita berada di satu majlis yang di dalamnya kita menyebut dan memuji Rasulullah . Lebih-lebih lagi kita memuji Rasulullah di hari dan di malam yang diberkati Allah Ta'ala, di mana pada hari ini jemaah haji berkumpul di Padang Arafah untuk menghayati akan rahsia yang disimpan Allah Ta'ala pada hari Arafah, yang merupakan rukun kepada amal ibadah Haji yang setiap yang mengerjakan haji mesti berada di Padang Arafah, untuk mendapatkan rahsia dan juga kebesaran dan maksud yang telah diletakkan Allah Ta'ala pada ibadah berkumpul di Padang Arafah. Para jemaah haji juga akan diberikan maksud dan rahsia ibadah Saie serta Tawaf, yang semuanya merupakan ibadah yang diajar Rasulullah . Setiap umat yang mengambil ibadah haji mesti meniru dan mengambil daripada junjungan Rasulullah , di mana Rasulullah bersabda, “Ambillah manasiq haji kamu daripada aku.” Beliau bersabda demikian agar umatnya mengikuti jejak-langkah baginda demi merealisasikan kecintaan kita kepada Allah Ta'ala, yang takkan sempurna kecuali dengan mengikut kepada Nabi Muhammad .
Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 31:


Mengikuti kepada Rasulullah  akan meraih kasih-sayang Allah SWT. Oleh kerana yang demikian baginda ingin memberi kasih-sayang daripada Allah Ta'ala dengan mengajarkan umatnya mengikut baginda dalam ibadah haji, solat. “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat.” Seseorang yang mengikut cara ibadah Nabi Muhammad , tentunya akan mendapatkan kasih sayang Allah SWT.
Majlis ini ialah majlis yang membawa kasih-sayang kepada Allah SWT, dan juga kepada Nabi Muhammad . Bagi mereka yang mengerjakan haji, malam ini merupakan malam hari raya kepada mereka, mereka ingin meraih pemberian hadiah daripada Allah Ta'ala setelah mereka berkumpul di Padang Arafah, di mana Arafah merupakan rukun utama Haji. “Haji itu adalah Arafah.” Arafah itu tidak dinamakan Arafah melainkan erti Arafah itu perkenalan atau pertemuan, kerana Nabi Adam bertemu dengan Siti Hawa di Arafah itu. Ini adalah salah satu daripada sebab kenapa Padang Arafah dinamakan Arafah. Maka, demikian mereka yang memahami maksud tersebut, menjadikan Padang tersebut untuk mengenal kepada Allah Ta'ala.

Dahulu, seorang bernama – Siddiq Ahmad Al-Rifaie**, ingin pergi haji kerana rindu untuk melakukan ibadah itu, dan rindu untuk berziarah kepada Rasulullah . Tetapi pada tahun dia berazam untuk pergi, dia tidak mendapatkan izin untuk pergi. Jadi, beliau mengatakan dalam bentuk syair, “Walaupun aku tidak dapat hadir, aku hantarkan roh aku ke sana”, sebagai simbol kerinduan, untuk rohnya seakan-akan bersama-sam dengan  jemaah yang mengerjakan haji dan berziarah kepada Rasulullah . Setelah tahun hadapannya, dia diizinkan untuk melakukan ibadah haji, dia berziarah kepada Rasulullah dan mengatakan, “Dahulu, tahun lepas, aku tidak dapat datang, tapi aku hantarkan niat aku pergi ke mari, tapi kali ini aku datang dengan tubuh aku.” Demikian Siddiq Ahmad Al-Rifaie** mengungkapkan kerinduannya mengerjakan ibadah haji dan berziarah kepada Rasulullah .

Maksud hadis Rasulullah , “Barangsiapa yang pergi ke haji dan tidak berziarah kepada aku, sesungguhnya dia telah menjauhkan dirinya daripada aku.” Bagaimana seseorang yang telah sampai ke Mekah tidak berziarah kepada Rasulullah ? Orang ini ialah orang yang telah mengharamkan dirinya untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah SWT. Dahulu di tempat kami, seorang bernama Syeikh Abdul Karim al-Billahi***, seorang ulama terkemuka di tempat kami, yang kami belajar kepada beliau, dan terkadang Habib Umar pun datang menziarah kepada beliau, di mana beliau seorang yang suka memuji dan berselawat, dan menyukai majlis maulid Nabi , dan menggalakkan kepada anak muridnya untuk berselawat dan memuji Nabi Muhammad , sehingga (dia pernah) menyuruh salah seorang anak muridnya pergi ke masjid dan melakukan majlis maulid, tetapi tuan punya masjid enggan melakukan acara maulid. Maka, sesungguhnya orang itu telah mengharamkan dirinya daripada kebaikan majlis maulid yang didalamnya ada selawat kepada Nabi Muhammad

Maka dalam majlis seumpama ini, kita hendaklah melahirkan akan kerinduan kepada Nabi Muhammad . Barangsiapa yang suka dan cinta kepada seseorang, maka dia akan banyak menyebut nama orang itu. Demikian, dengan banyak menyebut nama Nabi Muhammad adalah tanda kasih seseorang kepada Nabi Muhammad , dan juga dengan banyak menyebut nama Allah SWT, anugerah besar juga dijanjikan oleh Allah Ta'ala, Orang yang menyebut Allah di hatinya, Allah  akan menyebut namanya di sisi Allah, dan orang yang menyebut nama Allah di hadapan orang-ramai, Allah akan menyebut namanya di hadapan makhluk yang lebih ramai dan lebih mulia. Demikian balasan Allah kepada orang yang memuji dan berzikir menyebut nama Allah SWT. Baginda Rasulullah , Nabi yang dirindui pada sahabat, nabi yang membawa berkah sehingga keberkatannya itu adalah sampai ke tempat yang awalnya tempat wabak penyakit dan mengubahnya daripada nama Yathrib kepada nama Madinah. Rasulullah berdoa meminta wabak dipindahkan ke Ju’fah, dan dimakbulkan Allah SWT. Maka, baginda menukarkan namanya kepada Madinah atau Thubah** atau Toibah**, yang menunjukkan keberkatan dan kebaikan negeri itu selepas dihijrahi Rasulullah ﷺ.

Anda semua berada di majlis Rasulullah dan wajib merindui baginda. Bialmana disebut namanya, perlu terpanggil kerinduan dalam hati kita kepadanya . Bagaimana kita tidak rindu kepada baginda, sedangkan makhluk tidak bernyawa pun rindu kepadanya? Suatu hari, Nabi Muhammad berada bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar berada di atas Gunung Uhud, dan gunung itu bergegar kerana teruja. Rasulullah pun berkata, “Wahai Uhud, diamlah kamu. Sesunggunya di atas kamu ada seorang Nabi, seorang Siddiq, dan seorang Syahid iaitu Saya. Umar Al Khattab. Gunung Uhud pun reda. Baginda juga membawa berkah kepada Madinah dan mihrab tempat
Ketika ingin menetapkan arah Kaabah, Madinah ketika itu jauh daripada Mekah, dan Allah SWT menurunkan Jibril a.s untuk menunjukkan dengan tepat hala Kaabah dengan dizahirkan Kaabah kepada baginda Rasulullah , sehingga ketika ada sebuah gunung yang menghalang, maka Gunung itu diketepikan dengan sayap Jibril a.s dan Nabi dapat melihat tepat Kaabah daripada Madinah. Oleh itu, mihrab di Madinah itu tidak boleh diubah sedikitpun ke kanan atau ke kiri, kerana mihrab itu telah diletakkan sendiri oleh Rasulullah ﷺ.

Begitu juga dengan kisah pokok kurma yang menangis merindukan Rasulullah . Kata Imam Hassan Al-Basri, setiap kali membaca kisah ini, bukankah hati pun patut merindu kepada Rasulullah . Dalam perumpamaan kisah Majnun dan Laila, di mana seorang lelaki yang menggilai seorang perempuan, sehingga apabila melihat sesuatu yang terkait dengan orang yang dicintainya mengingatkan dia kepada yang dicintainya itu. Majnun melihat anjing yang pernah berada di kawasan rumah Laila, dan teringat kepadanya, lalu melayan kepada anjing itu dengan baik sekali. Ini kalau dalam kisah cinta yang tidak bernilai pun orang boleh mengungkapkan sebegitu, apatah lagi cinta kepada Nabi Muhammad ? Demikian, dengan seseorang memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah , itu adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah . Setiap satu selawat dijanjikan gandaan sepuluh kali ganda oleh Allah Ta'ala. Orang yang berselawat 100 kali kepada Rasulullah ﷺ, maka disabdakan baginda Rasulullah bahawa dia telah mendekatkan bahu Rasulullah ﷺ untuk masuk ke dalam syurga nanti. Demikian, terjemahan nasihat yang disampaikan oleh Syeikh Sami sebentar tadi.

Tausiyah 2: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid

Sumber Rakaman MTDM


Keberadaaan kaum muslimin di Padang Arafah mengingatkan kita kepada satu keadaan di tempat yang sama, di Nabi Muhammad pada haji Wada’ berada di padang Arafah tepat pada hari Jumaat dan menyampaikan khutbah yang terakhir di hadapan sekian puluhan ribu kaum muslimin. Daripada para sahabat disebutkan ketika baginda berkhutbah,  ada beberapa orang sahabat yang berdiri di tengah untuk mendengarkan apa yang Nabi sampaikan untuk disampaikan kepada yang berada di belakang. Demikian, supaya tidak seorang pun tak mendengar kepada apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad , kerana isi pesanannya teramat penting untuk membawa kebahagiaan dan keselamatan kepada umat Nabi Muhammad

Beliau adalah yang mempunyai kasih-sayang kepada umatnya melebihi kasih-sayangnya seseorang kepada dirinya-sendiri, melebihi kasih-sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Maka, beliau mempunyai sifat ‘harith’** – sungguh-sungguh dalam menyampaikan pesanan, yang dengan pesanan itu, sesiapa yang berpegang kepadanya akan terselamat daripada tergelincir kepada perkara yang salah, akan terselamat akidahnya, akan terselamat hatinya, akan terselamat pegangannya, akan terselamat umat ini daripada pertelingkahan, perselisihan, persengketaan, pembunuhan. Dalam penyampaiannya, setelah menyuruh kepada mereka untuk diam dan bertenang, baginda Rasulullah bersabda, “Tahukah kamu hari ini hari apa?” Para sahabah yang faham daripada soalan Nabi , iaitu Nabi bukan ingin bertanya kerana Nabi tak tahu, pun menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah pun menjawab, “Bukankah hari ini hari Arafah?” Mereka pun menjawab, “Benar, Ya Rasulullah .” Rasulullah pula bertanya lagi, “Bulan ini bulan apa?” Mereka, para sahabat mengatakan mungkin Rasulullah ingin memberi nama yang lain dan mereka tidak menjawab walaupun tahu dan mengatakan, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Mereka tidak menjawab demi menjaga adab kepada Rasulullah kerana jawapan baginda mesti mempunyai hala-tuju tertentu untuk kita dapat mengambil pengajaran. Rasulullah pun menjawab, “Bukankah bulan ini bulan yang haram?” Mereka pun menjawab, “Benar, Ya Rasulullah .”

Nabi bertanya, “Negeri ini negeri apa?” Sahabat pun menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Mereka menyangka mungkin Nabi akan menjawab dengan nama yang lain, walaupun mereka sedar sedang berada di Tanah Haram dan tidak menjawap demi mendapatkan jawapan yang tepat daripada Rasulullah . Nabi menjawab, “Bukankah ini Tanah haram?” Mereka pun menjawab, “Benar, Ya Rasulullah .” Maka, Rasulullah pun menyambung, “Saksilah bahawasanya harta kamu, kehormatan kamu, dan juga nyawa kamu adalah haram untuk dinodai sepertimana haramnya hari ini, bulan ini dan negeri ini.” Tiga perkara yang disebut Rasulullah yang haram dinodai – nyawa, harta, kehormatan.

Sabda Rasulullah , “Jangan kamu kembali setelah aku, dengan melakukan perbuatan seperti orang-orang kafir, (yang saling membunuh, menodai harta dan kehormatan).” Maksud Nabi dengan ‘kekufuran’ ialah bukannya kekhuatiran umatnya keluar daripada agama, tetapi baginda khuatir dengan pertelingkahan, perselisihan dan pembunuhan antara sesama umat Islam. Demikian pesanan Rasulullah ﷺ. Andai semua kaum muslimin yang sedang berselisih di mana saja mereka berada memahami wasiat terakhir Rasulullah ﷺ.  Apa yang diwasiatkan Rasulullah dilanggar oleh kaum Muslimin sendiri. Ini ialah malapetaka yang menimpa kepada umat Islam. 


Rasulullah pernah mendoakan umat Islam, ketika membaca Al-Quran nul Kareem tentang golongan yang diazab langsung oleh Allah dari langi, maka Nabi berdoa, “Ya Allah, jangan Kau azab umatku seperti mereka.” Allah SWT mengabulkan doa Nabi Muhammad . Kemudian, Allah menceritakan tentang kaum yang Allah azab daripada bawah tanah, maka Nabi berdoa, “Ya Allah, jangan Kau azab umatku seperti itu.” Allah SWT pun menjamin tidak akan menghukum umat Nabi Muhammad seperti itu. Yang terakhir ialah berlakunya pertelingkahan antara umat Islam, dan Nabi memohon perlindungan daripada itu, untuk umatnya tetapi Allah berfirman memberitahu yang itu sudah menjadi ketentuan Allah SWT yang akan terjadi. Bukankah hari ini kita lihat dengan mata kita sendiri. – kaum Muslim berselisih antara satu sama lain, dan menghasut antara satu sama lain, dan ‘menjayakan”objektif kedua as-syaitan. Syaitan itu sudah putus asa untuk disembah oleh orang yang solat, akan tetapi dia mengajak manusia ‘cucuk sana, cucuk sini’, yang hari ini ramai daripada umat Islam menjayakan projek syaitan ini. Baik pada peringkat keluarga kita bergaduh, jiran, organisasi, mazhab, kabilah dan ini merupakan malapetaka bagi kaum muslimin.

Maka, janganlah kita menjayakan kepada projek syaitan dengan kita terlibat di dalam pergaduhan. Jangan menjayakan projek syaitan dengan kita mencucuk sana, mencucuk sini untuk menjadi sebab pergaduhan antara dua puak. Siapa yang untuk bila 2 puak bergaduh? Syaitan saja yang beruntung.
Demikian Rasulullah ketika menerima wahyu daripada  Allah Ta'ala :“Dan demikian kami jadikan bagi para Rasul dan pengikut para Rasul musuh daripada syaitan manusia dan syaitan jin.”

Syaitan daripada manusia ialah mereka yang menyumbang kepada ‘projek-projek’ syaitan dengan menyesatkan orang lain, menimbulkan pergaduhan antara sesama kaum muslimin. Syaitan jin ialah syaitan daripada golongan jin yang membantu kepada manusia. Mereka saling berkomunikasi, saling bermesyuarat, bagaimana bermesyuarat dengan syaitan? Hawa nafsunya diserahkan kepada syaitan, dan berimamkan syaitan.  Maka mereka menerima ilham dan menjadikan syaitan sebagai penasihatnya. Sepatutnya kita mengambil iktibar bagaimana kisah Nabi Adam a.s. yang dikeluarkan dari syurga kerana mengambil syaitan sebagai penasihatnya. Setiap umat yang dengar nasihat daripada syaitan akan terkeluar daripada kebenaran sepertimana pernah terkeluarnya Nabi Adam dan Siti Hawa daripada syurga kerana mendengar nasihat syaitan.


Jangan serahkan hawa-nafsu anda kepada syaitan. Jangan jadikan hawa nafsu anda bermakmumkan kepada syaitan. Imam kita satu, panduan kita satu, penghulu kita satu, yang mesti kita ikuti satu, tak ada yang lain!

//Bacaan ayat 31, surah Ali-Imran.

Tidak sempurna iman seseorang yang mendakwa dirinya beriman dengan pengakuan iman saja, sehingga pengakuan hawa nafsu kamu ikut dengan apa yang diajarkan Rasulullah . Tak sempurna iman seseorang yang menyerahkan hawa nafsunya kepada syaitan, baik daripada manusia ataupun jin. Orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-nya tidak dengar cakap syaitan, berimamkan Nabi Muhammad .

Mereka  saling mengilhami satu dengan yang lain dengan kata-kata yang indah – mungkin daripada Al-Quran nul Kareem atau hadis atau kata-kata ulama, tetapi kalimatnya benar tetapi maksudnya batil. Bukankah zaman sekaranang ini kita tengok semuanya memegang kepada panji Al-Quran dan hadis – ingin menegakan agama, ingin mengembalikan khilafah Islamiyyah, dengan bermacam-macam slogan yang dibawa oleh mereka, berdalilkan Quran dan sunnah. Kata-katanya indah tapi palsu, menipu, tidak benar dan berapa ramai kaum muslimin yang tertipu? Tujuan mereka ialah untuk mencapai objektif dan memuaskan hawa nafsu mereka.

Kembalilah kepada ajaran yang dibawa para ulama yang berpegang kepada salasilah bersanad kepada Nabi Muhammad , yang tidak menafsirkan al-Quran dan hadis kecuali mengikut apa yang dibawakan oleh Rasulullah . Ketahuilah pada zaman Rasulullah sudah ada gerakan yang sama, yang menggunakan slogan, bangunan, lambang untuk beza Islam tetapi mempunyai niat yang busuk. Apa yang mereka lakukan untuk menjayakan projek Syaitan ialah dengan membina masjid (masjid Dhirar)! 

Zahirnya masjid itu dibina untuk menyembah Allah tetapi hakikatnya objektifnya adalah sebaliknya. Mereka membina masjid, tempat yang paling disukai Allah dan membina Rasulullah datang solat dan merasmikan. Rasulullah yang dalam perjalanan Perang Tabuk berjanji akan datang selepas balik nanti. Ketika ingin singgah di situ, Allah menurunkan wahyu agar tidak solat atau mengiktiraf masjid itu kerana niat mereka adalah untuk memecah-belahkan umat Islam dan mengintip gerakan umat Islam. Mereka sembunyikan 3 agenda – kufur, ingin pecah-belahkan kaum muslimin dan ingin medapatkan maklumat rahsia. Mereka ini pakaiannya sama seperti kaum muslimin, solat dengan kaum muslimin dan Rasulullah , terkadang pergi berjihad bersama Rasulullah , bangun masjid dan minta Rasulullah rasmikan, bukan menampakkan permusuhan atan melawan kepada Rasulullah .  Tetapi Allah SWT melarang Nabi , untuk tidak solat di masjid itu selama-lamnaya. Allah SWT Maha Suci untuk melihat pada yang zahir sahaja, Allah Ta'ala tidak tengok kita pakaian kita - pakai serban atau tak pakai serban, tapi kita punya hati ini yang dipandang Allah Ta'ala.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras dan harta kamu, akan tetapi Allah melihat pada hati dan amal kamu.” (HR Muslim)

Mereka yang buat masjid Dhirar, zahirnya masjid tapi di dalamnya ada niat-niat yang busuk. Allah berfirman agar Nabi , untuk tidak solat di masjid itu selama-lamnaya, dan dihancurkan masjid sehancur-hancurnya oleh baginda Rasulullah , sehinggakan kayunya pun dibakar habis. Kenapa? Sebagai simbol membakar niat busuk mereka sehingga ke akarnya, dan agar jangan sampai seorang yang mempunyai niat baik jug menyimpan niat busuk di dalamnya.

Di masjid yang dibina di atas dasar taqwa, niat mereka ialah untuk mengangkat syiar Allah SWT dan ingin menyatukan kaum muslimin, dan tiada niat selain daripada Allah SWT, di masjid itu kamu (Nabi Muhammad ) solat. Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah SWT, kita mendengar pelbagai macam slogan, tohmahan: “Jangan ikut di fulan, si fulan adalah pembawa ajaran sesat, jangan ikut di fulan, majlis si fulan adalah majlis yang sesat”. Tanya dulu, belajar dulu, koreksi dulu, jangan mudah mengambil slogan daripada orang-orang yang memakai nama atau gelaran tertentu tanpa merujuk kepada hakikat apa yang berlaku. Kata orang, “Jangan menghukum buku dengan kulitnya” – baca dulu, baru kita tahu isinya. 

Demikian juga dengan akal yang diberikan Allah SWT adalah bukan untuk kita  menjadi Pak Turut untuk ikut apa saja orang cakap. Allah SWT memuliakan manusia dengan akal agar kita berfikir, untuk membezakan mana yang haq dan mana yang batil, dan bukan untuk menjadi Pak Turut.

Wahai sekalian orang yang dimuliakan dengan akal fikiran, jangan kita menghina akal fikiran dengan tidak dipergunakan untuk membezakan mana yang haq dan mana yang batil.

//Doa dan penutup.

*: Mohon ambil perhatian yang teks ini bukan disediakan oleh pendakwah seperti yang namanya tertera di atas. Ini cuma ringkasan dan sedikit petikan kata-kata mereka. Jadi, saya mohon pembaca menonton video di sumber asal untuk pemahaman yang lebih baik dan saya mohon maaf dan teguran atas segala kekurangan. Semoga, di sebalik segala kekurangan, masih ada yang dapat kita manfaatkan. Wallu'alam. 
**: mungkin salah ejaan

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab