Posts

Showing posts from March, 2012

Tergelincir akidah 2 - Tanyalah Ustaz 31.03.2012

Image
Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman Bacaan Surah Al-Anfal ayat 37-38 Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam. [37] Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi. [38] Fokus : gejala murtad Intipati ayat - orang kafir belanja harat dan bersatu untuk menarik orang Islam. Allah beritahu yang mereka akan menyesal kerana Islam pasti menang, pasti menyinari, Islam tidak akan menunggu kita, kita yg kena

Bahagia & Membahagiakan - Prof. Dr. Muhaya

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Khemah Ibadah Salimah Kerjasama bersama JAIS dan Salimah  24 Mac 2012 Masjid SSAAS, Shah Alam Pangkat semua pinjaman, kita tak punya apa2 sebenarnya. Resepi awet muda - bukan cari makanan fizikal sahaja, tapi cari makanan rohani juga. Bila tengok cermin - kita yang dilihat atau kita yang melihat. Mana lebih kuat? Roh atau jasad? Bagaimana  untuk kuatkan roh, kuatkan rohani? Demo - Seorang pelajar sukarela naik ke pentas. Dia diminta meluruskan tangan kanan dan jika ditolak oleh Prof. Muhaya, dia diminta melawan agar tangannya kekal lurus.Kemudian dia diminta menyebut namanya sendiri, dan bila tangannya ditolak, tangannya melawan dan kekal lurus.Kemudian dia diminta menyatakan yang namanya Prof. Muhaya, dan bila tangannya ditolak, tangannya tidak melawan dan jatuh ke sisinya. Mengapa berlaku sedemikian? Demo diulang beberapa tetapi keputusannya sama. Inilah kuasa minda bawah sedar - bila cakap benar kita jadi kuat, cakap tipu terus automa

Indahnya Perubatan Islam 3 - Tanyalah Ustaz

Image
Oleh Ustaz Sharhan Safie Perbincangan: Episod kali ini akan fokus pada penawar: 1. Mereka yang gagap/gugup ketika berhadapan orang ramai atau anak2 yang lambat bercakap. Bacaan surah Al-baqarah ayat 31-32: Maksud: " Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar. Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" Ayat ini secara tersirat menunjukkan yang Allah yang mengajarkan manusia segala ilmu. Sesuai bagi anak yang lambat bercakap. Cara mengamalkan - baca, usap kepala dan gosok kerongkongnya ( tempat peti suara). Boleh juga amalkan pada yang mengalami masalah percakapan lain. Satu lagi masalah percakapan - gag

Sempurnakah Solatku? - Tanyalah Ustaz

Image
Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman -  Tanyalah Ustaz 11.12.11 (bahagian 3) Rugilah mereka yang lalai dalam solat. 'Markah' solat bergantung pada kusyuk dalam solat. Sujud dalam solat merupakan waktu paling mustajab utk berdoa, bukan pada sujud rakaat terakhir sahaja. Mohon doa untuk akhirat lebih banyak daripada doa untuk dunia. Mohon doa dalam semua sujud. Kusyuk ada dua - hati & anggota. Kusyuk tak bermakna kita tak sedar tentang sekeliling kita. Ada hadis menyatakan yang Nabi sedar Aisyah balik ke rumah ketika Nabi solat. Nabi juga sedar ketika cucunya panjat ke atasnya ketika Nabi sujud.   Ketika solat perlu ingat Allah kerana solat itu untuk mengingati Allah. Jika ada masalah mohon pertolongan Allh dengan sabar dan solat. Jika susah nak dapat kusyuk, ada beberapa perkara yang kita perlu betulkan: 1. Bersihkan aqidah - Jangan terlibat dengan dosa syikrik. Orang yang pergi jumpa bomoh saja tak diterima solatnya selama 40 hari. Budaya tangkal, percaya pada tarikh2

Celik Mata, Reset Minda Ibu Bapa Muda

Image
Islam Itu Indah - 14.03.2012 Tajuk: Celik Mata, Reset Minda Ibu Bapa Muda Mukadimmah: Kenapa tajuk ini? Celik mata bermaksud bukan mata fizikal tapi mata hati, lihat dengan roh, tajuk kedua -> reset minda - minda ada dua - minda sedar dan bawah sedar , minda bwh sedar dipengaruhi apa yang kita lihat sejak kecil. Tujuan utama untuk ubah cara kita berfikir, bila cara berfikir berubah, emosi kita berubah, ini akan merubah tindakan kita, seterusnya tindak balas juga akan berubah dan seterusnya akan merubah kehidupan kita. Kenapa pilih ibu bapa muda? Fitrah kehidupan kita, setelah cukup umur akan berumahtangga. Kita ada wedding planner tapi tiada marriage planner, padahal perkahwinan itu lebih utama daripada majlis perkahwinan. Sebab itu kita lihat hari ini ramai anak tidak dapat didikan yang betul, anak diculik dsb. Tugas utama lelaki, pilih calon ibu yang baik untuk anak-anaknya. Sebelum kelahiran, kita fokus pada keperluan luaran anak2, jarang fokus pada didikan an