بسم الله الرحمن الرحيم Ustazah Norhafizah Musa Credit to TV9 Bacaan surah Al-Ghafir, ayat 7-8: Bagi kita, jika dapat minta orang soleh mendoakan kita, akan sudah rasa lapang hati. Tetapi apabila kita bercakap tentang malaikat, iaitu makhluk yang sentiasa mentaati Allah, maka doa mereka pasti lebih hebat. Senarai soalan dan jawapan S: Siapakah malaikat dan makna keimanan kepada mereka? J: Menurut Syed Thabit dalam kitab Aqidah Mukmin – malaikat ialah kelompok tertinggi yang termasuk hal-hal ghaib. Malaikat ada di sekeliling kita tetapi kita tidak nampak. Untuk meyakini mereka, kita perlu melalui Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka ini disucikan Allah daripada nafsu dan syahwat, daripada maksiat dan kesalahan. Pernah suatu hari, malaikat menyerupai lelaki kacak dan pergi menemui Nabi Ibrahim, seperti yang dikisahkan dalah surah Hud, ayat 69-73. Antara ayat itu berbunyi: Setelah melihat lelaki-lelaki itu tidak menjamah makanan yang dihidangka...