Amalan Allahyarham Al-Habib Munzir untuk bertemu Rasulullah dalam mimpi

Perhatian: Sumber asal diperoleh daripada FB Cinta Rasul (GENG Usrah) dan saya menyunting sedikit daripada sudut bahasa untuk memudahkan pembacaan rakyat Malaysia.

Al-Habib Munzir Al-Musawa



Amalan Menurut Habib Munzir Al Musawa untuk dapat bertemu Rasulullah SAW dalam mimpi. Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah SAW ?’. Berikut ialah jawapan Habib Munzir:

Mengenai berjumpa dengan Rasul SAW adalah dengan merindukan baginda 
SAW dan memperbanyakkan amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak selawat. Baginda SAW mencintai kita dan memerhatikan kita lebih daripada ayah bonda kita. Baginda SAW adalah ayah roh bagi semua ummatnya, maka roh kita tetap mudah berhubungan dengan roh baginda saw, melalui mimpi misalnya, nah.. perkuatkan hubungan roh anda dengan roh beliau saw dengan selawat ini :

”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” 


Maksudnya: Wahai Allah, limpahkan selawat kepada Roh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur.
Anda boleh saja berjumpa dengan Rasul 
SAW dalam mimpi. Perbanyaklah selawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan berbaktilah pada ibunda jika masih ada. Ini adalah amalan amalan yang sangat dicintai oleh Rasul SAW, anda jangan tidur kecuali bibir anda terus berselawat pada Nabi SAW, baginda SAW akan menjumpa anda, dan yakinlah.

Saya (Habib Munzir) menyukai semua selawat, dulu saya membaca 17 macam selawat, diantaranya selawat Syeikh Abdulqadir Aljailani yang panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam selawat saja, yang diajarkan Rasul 
SAW melalui mimpi saya, pendek saja yaitu :

“ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“ 


Selawat ini saya baca 5000X setiap harinya. Jika anda ingin membacanya silakan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan boleh (bisa) dibaca semasa di kereta, berjalan atau di mana pun.

Masalah mimpi Rasul SAW  saya (Habib Munzir) pernah bermimpi baginda SAW dan mengadukan banyaknya orang yang rindu dengan baginda SAW namun belum berjumpa dalam mimpi. Baginda SAW menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata :

“Tiada yang memisahkanku dengan mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dengan ku kelak.” Baginda SAW sangat perduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yang mencintai beliau SAW  dan telah teriwayatkan pada sahih Muslim bahawa baginda saw bersabda : “Ummatku yang paling cinta padaku adalah yang hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan berjumpa denganku daripada harta dan keluarganya”.

Diposkan oleh Pencinta Sayyidina Muhammad Saw

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab