Merpati Dua Sejoli (1) – Tanyalah Ustaz 15.11.2013
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ar-Rum, ayat 21: Sifat merparti yang boleh dicontohi: Bersifat jinak dan simbol kepada kedamaian Setia pada pasangan Tahan lasak (high-endurance) kerana burung merpati tidak migrasi walaupun musim sejuk atau panas yang mendatang seperti sepsis burung lain. Kalau dilihat di Mekah pun, walau panas macam mana sekalipun, tetap banyak burung merpati yang ada disana. Untuk mendirikan rumah-tangga, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan, namun ada kalanya, manusia tidak pula bergolok-bergadai dalam mempertahankan rumahtangga tersebut. Senarai soalan dan jawapan S: Apa maksud perkahwinan yang sekufu? J: ‘Kufuk; bermaksud ada persamaan antara pihak lelaki dan perempuan, namun masyarakat hanya melihat kepada persamaan dalam bidang agama. Dalam hadis Nabi SAW bersabda, “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan keran...