Posts

Kusyuk Dalam Solat – Mukmin Profesional 23.04.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Mukaddimah: Alhamdulillah kita dipertemukan dan diizinkan berada dalam kebaikan menimba ilmu. Ini adalah hidayah yang sungguh berharga dan tandanya kita sudah ada niat untuk jadi baik. Biarpun baru niat, ianya adalah sesuatu yang mahal di akhir zaman ini, biarpun kita belum jadi baik lagi. Ahli-ahli sufi pernah berkata, “Sekiranya hati kita terdetik untuk buat baik, itu sebenarnya ‘ketukan’ atau 'jemputan' hidayah daripada Allah.” Mudah-mudahan ‘jemputan’Allah ini kita dapat penuhi agar mendapat kebaikan di dunia hingga ke akhirat. Minggu lepas telah kita bincangkan falsafah dan segala yang tersirat di sebalik solat. Selepas iman, solat merupakan ibadah yang kedua terpenting dan juga dianggap sebagai kepala segala ibadah. Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab di hari akhirat nanti. Solat merupakan ibadah yang difardhukan terus kepada Nabi Muhammad SAW, tanpa melalui perantaraan Jibril seperti ibadah-ibadah lain. Jadi kita perlu...

Zikir Tarbawi bersama Ustaz Zamri

Image
Zikir itu cahaya hati, dengar-dengarkanlah selalu agar menjadi halwa telinga dan lidah kita. Untuk makluman, rakaman ini diambil di Tanah Suci Mekah, bersama rombongan Umrah Tarbawi bersama Ustaz Zamri dan Mantop Travel & Tours, Februari 2012.

Mencari Bahagia - Mukmin Profesional 07.05.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allah izinkan kita dipertemukan dalam majlis ilmu. Mudah-mudahan ilmu yang diperolehi dapat membantu kita mengenal kebenaran dan mengikutinya, dan mengenal kebatilan dan meninggalkannya. Barangsiapa yang mencari kebenaran, InsyaAllah akan bertemu kebahagiaan. Walaupun mungkin hari ini sedang menghadapi ujian yang menyakitkan atau menyukarkan, tepuk dada dan bisik pada hati yang ini cuma sementara. InsyaAllah mendung akan berlalu dan cahaya akan datang dalam kehidupan kita kerana Allah telah berjanji setelah kepayahan pasti akan datang kesenangan. Mudah-mudahan ujian yang menyedih dan menyakitkan kita tidak menjejaskan hati kita daripada terus mensyukuri nikmat Allah. Apabila kita mensyukuri yang sedikit, biarpun yang sedikit itu bukanlah yang kita idam-idamkan, InsyaAllah akan ditambah nikmat buat kita. Lebih-lebih lagi jika kita dapat bersyukur ketika menghadapi kesukaran, InsyaAllah akan dipermudahkan kehidupan kita kelak. Tajuk petang...

Reset Minda Pengguna Jalan Raya – Islam Itu Indah 25.04.2012

Image
Prof. Dr. Muhaya Muhamad Saya terpanggil untuk bincang isu ini kerana semalam, ketika dalam perjalanan pulang, saya ternampak seorang pegawai polis trafik bertugas di tengah-tengah jalan raya ketika hujan renyai-renyai. Bajunya basah kerana hujan. MasyaAllah tersentuh hati saya bila mengenangkan yang saya ketika itu selesa menaiki kereta, sedangkan pegawai polis ini berpanas, berhujan untuk memudahkan laluan kepada orang ramai yang ingin pulang bertemu keluarga. Kita pun tak tahu sama ada dia sihat atau tidak, hauskah, atau laparkah dia? Demi kelancaran perjalanan orang ramai, dia sanggup berkorban berdiri di tengah-tengah jalan raya. Berapa ramai daripada kita yang pernah mengucapkan terima kasih kepada mereka? Saya pernah bertanya kepada seorang ASP polis: “Adakah dikira rasuah jika kita beri mereka air?”. Jawabnya tidak dan boleh diberikan. Tetapi sukar juga untuk dilakukan kerana jika kita berhenti mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas pula. Jadi saya seru agar k...

Kesilapan Dalam Solat (2) - Tanyalah Ustaz 15.05.2012

Image
Ustaz Shauqi Othman Bacaan surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Huraian ayat: Ayat ini menceritakan perihal solat dan mengingati Allah. Allah tekankan bahawa orang yang betul-betul solat akan terpelihara daripada perbuatan fasha' dan mungkar. Tetapi mengapa ramai orang solat, namun masih buat maksiat pada Allah. Ulama membahaskan bahawa solat yang dapat memelihara manusia hanyalah solat yang Allah terima. Jadi solat tersebut perlulah solat yang didirikan dengan betul, berkualiti dan kusyuk. Jadi kita perlu memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan dan menambah ilmu untuk memperbaiki kualiti solat. Soalan & Jawapan: S: Adakah...

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (3) – Tanyalah Ustaz 13.05.2012

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah An-Nisa', ayat 102 yang bermaksud: “ Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu...

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (2) – Tanyalah Ustaz 12.05.2012

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 143, yang bermaksud: “ Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat ...