Ingat Sakit Ingat Mati (2) - Tanyalah Ustaz 08.09.2012
Ustaz Halim Din Bacaan surah Al-Munafiqun ayat 9-11: Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Dalam ayat tadi, Allah ingatkan agar kita tidak lalai dengan anak-pinak daripada mengingati Allah. Setiap hari, kita perlu luangkan masa untuk mengingati Allah dan Rasul SAW. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Di akhir zaman, kamu akan dicampakkan dengan satu penyakit wahhan iaitu cintakan dunia dan benci kematian “. Penyakit ini berbentuk rohani dan Al-Quran adalah ubat terbaik untuk penyakit hati dan rohani. Sakit boleh mengingatkan kita kepada 2 perkara – dosa yang telah dilakukan dan nikmat yang tidak pernah disyukuri sebelum itu. Allah pasti bertanya apa yang kita lakukan dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Nabi SAW mengatakan bahawa orang yang cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati mati. Hidup kita tidak lama, gunakanlah untuk mencari bekalan untuk akhirat. Senarai soalan dan jawapan: S: Biasanya bila sakit baru kita i...