Nazar (2) – Tanyalah Ustaz 01.05.2012

Ustaz Dato' Abu Hassan Din

Bacaan surah Ali-Imran, ayat 35-36 yang bermaksud:
‪[35]
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”


[36]
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.‬

Definisi nazar: Berniat kerana Allah untuk melakukan sesuatu yang sunat, dan menjadikannya wajib ke atas diri.
Huraian daripada ayat tadi, walaupun anaknya perempuan, disebabkan nazar, ibu Maryam tetap wajib menyerahkan anaknya untuk berkhidmat kepada masjid.

Soalan & Jawapan:
S: Apakah hukum kalau seseorang bernazar pada perkara yang haram, contoh minum arak?
J: Nazar hanya atas perkara sunat, oleh itu jika nazar dengan perkara wajib seperti solat, puasa Ramadhan, tidak jadi nazar. Tidak juga dinamakan nazar pada perkara-perkara maksiat terhadap Allah. Oleh itu tidak wajib dilakukan. Namun, ada ulama mengatakan perlu bayar kifarat iaitu berpuasa selama 3 hari, tak perlu berturut-turut.

S: Orang yang meninggal sebelum sempat menunaikan nazar yang dilafazkan. Bagaimana nak lakukan?
J: Ada dua keadaan: Ada kemungkinan, kita tak tahu. Jika tak tahu, tak boleh berbuat apa-apa. Jadi seelok-eloknya jika bernazar beritahu keluarga. Jika keluarga tahu ada nazar yang belum ditunaikan, perlu menunaikan bagi pihak si mati.

S: Orang yang mengunjungi tempat-tempat tertentu yang dianggap keramat, dan berniat sesuatu, adakah dianggap sebagai nazar? Apakah hukum melakukannya?
J: Contoh, jika seseorang berniat dan bawa hadiah ke tempat-tempat tertentu, boleh jadi dia mempercayai tempat/benda itu berkuasa memberinya sesuatu. Ini boleh jatuh kepada syirik. Oleh itu harus dijauhkan. Kita sepatutnya meminta pada Allah, bukan pada makhluk.

S: Bagaimana dengan orang yang suka bernazar tapi tak melakukan solat, puasa dan sebagainya?
J: Tujuan bernazar adalah mendekatkan diri dengan Allah. Jadi semua ibadah wajib perlu dilakukan terlebih dahulu, jangan pula ibadah wajib tak buat, tapi mewajibkan pula ibadah sunat ke atas dirinya.

S: Jika seseorang tidak mampu menunaikan nazarnya, bagaimana untuk menggantikan dengan benda lain?
J: Jika betul-betul tak mampu (elok cuba dulu tunaikan), ganti dengan puasa 3 hari. Jika tak mampu juga cari 10 orang anak yatim dan beri makanan atau pakaian.

S: Bolehkah bernazar dengan bersyarat. Contoh: Bernazar akan menyembelih kambing setelah isteri selamat bersalin dengan syarat masih berkerja ketika itu.
J: Ulama tiada mengeluarkan hukum tentang ini. Cuma pada pendapat saya – pada dasarnya nazar tidak ada syarat. Oleh itu tak boleh letak syarat jika bekerja, atau jika ada duit. Kena tunaikan nazar walaupun terpaksa berhutang. Nazar tak boleh bersyarat, cuma wasiat boleh bersyarat.

S: Datuk Nabi ada bernazar untuk menyembelih salah seorang anaknya. Mengapa dia berbuat demikian?
J: Betul, Abdul Mutallib pernah bernazar begitu. Abdul Mutallib pernah bertanggungjawab menjaga telaga zam-zam dan beri minum kepada jemaah yang melakukan tawaf. Kerja ini berat kerana perlu angkut air dari dalam telaga. Abdul Mutalib bernazar akan menyembelih salah seorang anaknya. Lalu dilakukan undian dan naiklah nama bapa Nabi SAW, Abdullah. Namun, pada diri Abdullah ada terlihat ‘aura’ kenabian walaupun dirinya masih muda ketika itu. Oleh sebab itu pendita membenarkan nyawa Abdullah diganti dengan 100 ekor unta. Selepas peristiwa itu, Abdullah dikahwinkan dengan Siti Aminah, lalu lahirlah Nabi Muhammad SAW.

S: Bagaimana jika bernazar - jika pasukan bolanya menang, dia akan botakkan kepala?
J: Pada dasarnya, kita bernazar perkara yang sunat dan menjadikannya wajib ke atas diri. Hukumnya wajib dilakukan. Tapi janganlah nazar perkara yang menyusahkan diri sendiri seperti terjun sungai dan sebagainya.

S: Bagaimana jika seseorang tidak pasti nazar sudah ditunaikan atau belum?
J: Nabi ada bersabda bahawa orang yang terlupa ‘diangkat’ kewajipan daripadanya. Ada satu cerita, seseorang bernazar yang jika anaknya habis khatam Quran, dia berniat untuk suap guru Quran anaknya sebiji telur. Selepas khatam, dia terlupa dan anaknya pula jatuh sakit berpanjangan yang tak diketahui puncanya. Setelah ditanya guru Quran itu baru dia teringat akan nazar tersebut. Setelah ditunaikan nazar tersebut, barulah anaknya sihat kembali.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab