Posts

Showing posts from May, 2013

“Nak, jom solat”(1) – Tanyalah Ustaz 31.05.2013

Image
Ustaz Muhidin Mokter Bacaan surah Taha, ayat 130-132: Ada 3 pengajaran daripada ayat-ayat ini: Solat bukanlah mudah untuk dilakukan, dan kita hanya akan terasa seronok sekiranya ianya dilakukan dengan penuh kusyuk dan tawadduk Jangan kita terpengaruh dengan nikmat dunia yang diberikan kepada orang-orang kafir Didiklah anak untuk solat dengan sabar Mengapa solat penting? Inilah tunggak agama sepertimana yang disabdakan Nabi SAW – “Solat itu tiang agama”. Tanpa solat, agama tiada nilainya di sisi seseorang. Ramai dalam kalangan masyarakat kita tidak solat hari ini. Oleh itu, kita perlu didik anak sedari kecil lagi untuk solat. Besarkan anak dalam keadaan solat – di rumah kita solat, dalam perjalanan, di pejabat pun begitu juga agar dapat menjadi teladan kepada anak-anak. Dalam satu hadis riawayar Tabrani, Nabi SAW bersabda, “Tiada ada satu kanak-kanak kecil yang membesar dengan mengabdikan diri  kepada Allah sehingga besar dan mengekalkan agamanya sehin

Si Tanggang Moden – Tanyalah Ustaz 29.05.2013

Image
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Fatihah: Ayat Al-Quran bukan sahaja untuk dibaca di dalam solat, bahkan mempunyai seribu satu kelebihan. Seorang sahabat Nabi menggunakan surah ini untuk mengubati seorang ketua kampung tanpa mengetahuinya dan Nabi SAW pun bertanya bagaimana dia tahu yang surah ini adalah satu bentuk ruqyah. Dalam mengamalkan surah ini, setelah dibaca ayat 6, mohonlah dalam hati agar Allah beri panduan untuk mendidik anak dengan baik. Si Tanggang ialah kisah seorang anak dibela dengan ibunya dengan penuh kasih-sayang, tetapi setelah berjaya dan mengahwini anak raja, dia menderhaka ibunya kerana malu dengan keadaan ibunya yang miskin. Dia akhirnya disumpah menjadi batu oleh ibunya. Wallu’alam, kisah ini benar atau tidak. Tetapi kita meyakini bahawa doa seorang ibu itu mustajab. Kisah derhaka sebegini masih ada berlaku di zaman ini. Contohnya ada pelajar yang belajar di bandar, dan malu dengan ibu di kampung yang miskin, atau cacat yang i

"Kenali Nabi Yahya", tafsir ayat 39, surah Ali-Imran, MTDM 10.05.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta'lim Darul Murtadza,  Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa. KL Ayat ini menceritakan tentang Nabi Zakaria yang telah lama menikah, tapi masih belum mempunyai zuriat. Ketika melihat keajaiban makanan yang berada di sisi Mariam, yang tidak keluar langsung daripada mihrabnya. Apa yang lebih menghairankan ialah buah yang didapati itu ialah buah yang diluar musim. Apabila ditanya Mariam daripada kamu dapat - jawabnya Allah yang memberikan. Allah memang boleh menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Tiada yang mustahil bagi Allah. Oleh itu, Nabi Zakaria yang tahu bahawa walaupun isterinya mandul, dia tetap memohon kepada Allah kerana Allah Maha Besar. Bagi kita sesuatu pemberian Allah itu besar, tapi bagi Allah ianya kecil sahaja. Kecil pada sisi Allah, tidak semestinya kecil di sisi kami. Dalam ayat sebelumnya (38), Nabi Zakaria melafazkan doa meminta zuriat yang baik. Oleh itu, jika kita ingin minta

Acuan Rabbani (3) – Tanyalah Ustaz 26.05.2013

Image
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Kita sudah diberi akal, hati dan jasad, maka semuanya ini memerlukan satu acuan untuk menjadikannya hebat dan acuan itulah Al-Quran. Bacaan surah Asy-syura ayat 52, 53: Berpandukan ayat ini, Allah mengatakan bahawa Al-Quran akan menghidupkan roh yang mati. Ramai orang hidup hari ini tapi akalnya mati, hatinya mati dan Quran tidak menyinari jiwa dan hati mereka. Sedikit perincian tentang acuan Rabbani (Al-Quran): Tujuannya ialah untuk membina individu yang tinggi taqwanya berdasarkan surah Al-Hujurat ayat 13. Kemudian dalam surah At-Tin, ayat 6 – Allah memberitahu cara untuk bertaqwa adalah dengan melakukan amal yang soleh, bukan sekadar amal. Apa itu amal soleh? Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 112, ada 2 ciri amal soleh iaitu: Ada keikhlasan dan mengikut syariat Allah.  Oleh itu, dalam setiap apa yang dilakukan mesti ada kedua-dua ciri ini. Apa kata Al-Quran tentang hidup dalam masyarakat majmuk?

Acuan Rabbani (2) – Tanyalah Ustaz 25.05.2013

Image
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Bacaan surah Ali-Imran, ayat 185: Orang yang berjaya di sisi Allah ialah orang yang mendapat syurga di akhirat nanti. Oleh itu, kita jangan tertipu dengan mengejar kejayaan di dunia sahaja. Kerana ianya bersifat sementara. CGPA yang tinggi, pangkat, gelaran, kekayaan bukanlah kemuncak kejayaan, sebaliknya dapat masuk ke jannah itu barulah kejayaan yang sebenar. Dalam mencari jalan ke syurga, Allah mengatakan bahawa orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah orang yang paling bertaqwa. Menurut Abdullah ibnu Maas’ud r.a., taqwa yang sebenar bermaksud: Taat jangan maksiat Ingat jangan lupa Syukur jangan kufur Dengan taqwa. takkan ada pemberi rasuah, penjenayah, kacau-bilau dan seumpamanya. Oleh itu, jika taqwa dijadikan agenda setiap orang, in sha Allah negara ini akan aman. Semalam kita berbincang tentang acuan Rabbani seperti yang disebut dalam ayat 79, surah Ali-Imran – yakni belajar dan mengajar kitab Allah iaitu Al-Qur

Acuan Rabbani (1) – Tanyalah Ustaz 24.05.2013

Image
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Bacaan surah Ali-Imran, ayat 79-80: Ayat ini menerangkan bahawa Nabi-nabi tidak akan menyuruh manusia menyembah diri mereka walaupun mereka diberi kelebihan oleh Allah. ‘Rabbaniyin’ dalam ayat ini merujuk kepada orang yang beriman, taat, bertaqwa, sujud pada Rabb. Mereka ini akan disayangi Rabbnya.  Apakah acuan mereka? Allah terangkan dalam ayat berikutnya - iaitu dengan mengajar kitab dan mempelajari kitab. Oleh itu, dua perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi golongan yang istimewa ialah: Kita perlu membaca DAN memahami Al-Quran. Tidak cukup hanya mengaji tetapi kita perlu mengkaji kandungan Al-Quran. Sebagai analogi, jika kita memandu di jalan raya, ada banyak tanda isyarat. Tanda-tanda ini memberi kita panduan untuk bergerak, berhenti, berhati-hati dan seumpamanya demi keselamatan kita sendiri. Begitu jugalah agama dan peraturannya. Apa ada dalam acuan Rabbani? Dalam surah At-Taubah, ayat 33, Allah berfirman:

Hubungan Dengan Allah & Manusia (2) - Tanyalah Ustaz 23.05.2013

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 112-114: Dalam ayat ini Allah ceritakan kehinaan yang diberikan kepada sebahagian ahli kitab yang kufur kepada Allah atau dengan kata lain tidak menjaga hubungan dengan Allah. Seterusnya mereka ini juga tidak menjaga hubungan dengan manusia dengan membunuh para Nabi, memerangi orang beriman dan seumpamanya. Dalam ayat ini pula Allah ceritakan tentang sebahagian ahli Kitab yang baik – mereka beriman dan menerima Islam, beribadat dan bersegera berbuat baik kepada sesama manusia dan menghalang perbuatan mungkar. Oleh itu, daripada ayat ini dapat difahami bahawa akan sentiasa ada dua kumpulan manusia, walaupun ayat ini diturunkan untuk ahli kitab, ianya juga boleh digunakan secara umum kepada kita. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan menjaga hubungan baik dengan Allah dan dengan manusia? J: Kita semua inginkan syurga, hatta orang gila sekalipun! Orang yang menjaga kedua-dua hubungan ini ak

Hubungan Dengan Allah & Manusia (1) - Tanyalah Ustaz 22.05.2013

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 102-104: ‘Hablun’ bermaksud tali – ada beberapa pendapat tentang maksudnya. Antaranya ialah maknanya merujuk kepada: Jemaah Allah Islam Perjanjian kita dengan Allah Al-Quran Seterusnya, Allah larang manusia berpecah-belah. Secara ringkasnya, ayat-ayat di atas menerangkan tentang hubungan kita dengan: Allah – melalui tauhid dan ibadat Manusia lain – jangan berpecah-belah Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud hubungan manusia dengan Allah? J: Allah ialah pencipta kita dan kita adalah hambanya. Oleh itu, kita mesti mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. S: Apakah maksud hubungan manusia dengan manusia? J: Ada orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dengan baik, tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia lain. Ini sebenarnya tidak cukup. Dalam surah Al-Hujurat, disebutkan bahawa manusia itu hidup bersaudara. Kita juga dib