Posts

Showing posts from January, 2013

Walimatul Urus (1) – Tanyalah Ustaz 30.01.2013

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Insan, ayat 9-12: Apa jua jenis kenduri yang dilakukan mestilah dilakukan semata-mata kerana Allah. Janganlah mengharapkan apa-apa balasan melainkan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah hukum mengadakan kenduri kahwin? H: Berpandukan hadis riwayat Muslim dan Bukhari, daripada Anas bin Malik, “Adakanlah jamuan kahwin walaupun dengan hanya seekor kambing”. Ulama membincangkan dan mengatakan hukumnya ialah sunat yang dituntut, kerana Nabi SAW mengatakan ‘Aulin’ yang bermaksud ‘Adakanlah’. S: Apakah hukum membuat kenduri secara besar-besaran seperti di hotel? J: Tiada halangan untuk membuat secara besar-besaran. Tapi dalam satu hadis Nabi SAW ada menyebut bahawa jamuan kenduri kahwin yang pertama ialah sunnah, jika dibuat 2 kali itu satu kelebihan, jika dibuat 3 kali itu riyak dan sum’ah. Oleh itu, paling banyak boleh dibuat 2 kali sahaja, jangan sampai 3 kali. Mana

"Jangan segan-segan! Jangan kedekut!" - Adab-adab khatam Al-Quran dan Yang Berkaitan Dengannya

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid m/s 157, Kitab Adab-Adab Bersama Al-Quran (Imam Nawawi), Kuliah Asar Masjid Ar-Ridhuan 18.01.2013   Kita digalakkan menghadiri majlis khatam Quran, walaupun bukan diri sendiri yang mengkhatamnya. Jika orang itu yang khatam, maka dia sangat digalakkan untuk meraikan pengkhataman Al-Quran itu. Antara sebab mengapa digalakkan untuk diraikan ialah: 1. Majlis itu sebagai satu syiar Islam yang mesti kita sokong. Ianya sama seperti syiar untuk berkumpul mengerjakan solat sunat hari raya sehinggakan wanita yang uzur haid pun diajak datang bersama ketempat solat, walaupun dia tiadak solat. Orang yang meraikan syiar Allah ialah orang yang benar-benar bertaqwa. 2. Majlis itu dihadiri oleh ramai malaikat, iaitu makhluk Allah yang suci dan tidak buat maksiat pada Allah. Apabila hadir, kita juga akan duduk bersama-sama makhluk Allah yang suci itu. 3. Doa dalam majlis itu sangat makbul. Sesiapa sahaja yang berdoa, past

Hadiah Hidayah (1) – Tanyalah Ustaz 25.01.2013

Image
Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah Bacaan surah Al-“Ala, ayat 1-7: Surah ini menceritakan tentang kekuasaan Allah yang menciptakan segala-galanya. Allah jualah yang menciptakan Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat bukan sekadar kepada manusia, tetapi kepada seluruh alam. Kelahiran Nabi SAW adalah merupakan satu hidayah yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan azab api neraka. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’, ayat 107: Ketika Nabi berada di kota Mekah, sebelum baginda dilantik menjadi Nabi lagi, pokok dan batu pun memberi salam kepada Baginda.  Oleh itu, kita sebagai orang yang beriman perlulah lebih baik daripada itu. Rahmat merupakan satu bentuk kasih-sayang Allah. Salah satu bentuk rahmat ialah Allah memberikan hidayah yang mengeluarkan kita daripada kesesatan. Nabi Adam diciptakan dan tinggal dalam syurga. Setelah itu diciptakan pula Hawa. Setelah itu berlakulah kisah mereka memakan buah larang sehingga dikeluarkan daripada syurga. Setelah i

"Muhkam vs Mutasyabih" - Tafsir ayat 7 dan 8, surah Ali-Imraan, Majlis Ta’lim Darul Murtadza 18.01.2013

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Perbahasan ayat 7:  "Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat ‘Muhakamaat’ (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat ‘Mutasyaabihaat’ (yang samar-samar, tidak terang maksudnya)..." Daripada segi bahasa: ‘Muhkaam’ - merupakan perkara yang jelas dan tak boleh diubah. Contohnya: perkara halal dan haram untuk dilakukan seperti hukum pembahagian harta faraid. Ayat bentuk ini akan dapat terus difahami apabila dibacakan terjemahannya. ‘Mutasyabih’ – bermaksud menyerupai, jadi terdapat kesamaran untuk memahami ayat ini. Oleh itu, manusia memerlukan akal untuk berfikir akan maknanya. Contoh ayat yang samar ialah seperti berikut: ‘Alif Laam Mim’, ‘Ya Siin’ Surah Al-Isra’, ayat 85: Surah Al-Hijr, ayat

Kelahiran Rasul SAW (1) – Tanyalah Ustaz 23.01.2013

Image
Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Ali-Imran, ayat 144: Dalam bahasa Arab – ‘Maulud’ bermaksud bayi, dan ‘Maulid’ yang bermaksud kelahiran. Oleh sebab itu, istilah yang betul ialah Maulidur Rasul. Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang cinta pada aku, sayang pada aku, In sha Allah dia akan bersama aku di syurga nanti”. Sayangnya, hari ini ramai antara kita yang lupakan Nabi SAW, bahkan ada pula yang menolak sunnah Nabi SAW. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Ada banyak bentuk sunnah Nabi – ada yang wajib dan ada yang sunat dilakukan. Senarai soalan dan jawapan: S: Adakah Aminah tahu yang anaknya bakal menjadi Rasul SAW? J: Dalam kitab sirah, contohnya kitab Ibnu Hisyam ada disebutkan bahawa Jibril ada datang kepada Aminah untuk memberitahu yang dirinya telah hamil dan anak yang dikandungnya itu bakal menjadi pemimpin yang agung. Namun, pastilah Aminah sukar untuk mempercayainya. Oleh itu, Allah berikan tanda-tanda lain sepe

Kelebihan Ikhlas (2) - Tanyalah Ustaz 22.01.2013

Image
Ustaz Mohd Elyas bin Ismail Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan. Sifat-sifat orang yang riak ialah: 1 tangkas beribadat bila ada ramai orang, tapi malas beribadat bila orang tiada 2 menambah ibadat apabila dipuji orang 3 meninggalkan ibadah apabila dikeji orang Nak tahu kita ikhlas atau tak – cuba tengok cara kita beribadah bila bersendirian. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana nak menghadirkan rasa ikhlas dalam ibadat? J: Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah. Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya (yang kecil). Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang beribadat: berasa riak pada a

Kenapa Solat Sunat (2) – Tanyalah Ustaz 19.01.2013

Image
Ustaz Dr. Muhammad Luqman Ibrahim Bacaan surah Ali-Imraan, ayat 133-136: Semalam telah disebutkan bahawa Nabi SAW solat sehingga bengkak kakinya. Sungguhlah sukar untuk kita mengikuti sifat solat Nabi SAW ini. Petikan daripada surah Muzammil, ayat 20 yang dibacakan semalam , Allah berfirman: . ..Dan bacalah yang mana-mana kamu dapat mudah membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).. Ada 2 pendapat ulama' dalam mentafsirkan ayat ini iaitu: Pertama - oleh kerana ayat ini berkaitan solat, maka ayat ini menyeru kepada solat. Kedua – Bacalah apa-apa yang mudah daripada Al-Quran dalam solat. Kedua-duanya ada hubung-kait yang kuat iaitu – dalam Quran ada bacaan Al-Quran. Allah SWT menyebut kepada Rasulullah SAW, “Sembahnyanglah seberapa banyak yang kamu mampu...”. Hari ini kita akan cuba lihat bagaimanakah sifat solat Nabi SAW. Nabi SAW pernah bersabda, “Allah Ta'ala menjadikan mataku ini sejuk kerana solat”. Jika kita juga dapat merasa tenang dan

"Ya Mu'adz, Inni Uhibbuka.." - Perbahasan hadis Bab Berharap Pada Allah, Kitab Riyadus Solihin m/s 236

Image
Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Majlis Ta’lim Darul Murtadza 28.12.2012 15. Dari Mu’adz bin Jabal ra berkata: “Saya menemani Nabi SAW di atas keldai. Kemudian baginda bertanya: “Wahai Mu’adz, tahukah kamu apakah hak Allah atas hamba-hambanya dan apakah hak hamba atas Allah?” Saya menjawab “Allah dan Rasul lebih mengetahui”. Baginda bersabda, “Sesungguhnya hak Allah atas hambaNya iaitu mereka menyembahNya dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan hak hamba atas Allah iaitu Ia tidak menyiksa orang yang tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Kemudian saya bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah saya menyampaikan berita gembira ini kepada orang banyak?”. Baginda SAW menjawab, “Janganlah kamu sampaikan berita gembira ini kepada mereka, kerana mereka menyerah bulat-bulat tanpa beramal”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Mu’adz bin Jabal digelar oleh Nabi SAW sebagai orang paling alim dalam hal halal dan haram (feqah dan syariah). Beliau diberi