Beriman Kepada Hari Akhirat (3) – Tanyalah Ustaz 03.06.2012
Ustaz
Abdul Hadi Bakri Abdullah
Bacaan Surah Al-Qariah, ayat
1-11, yang bermaksud:
[1] Hari yang menggemparkan,
[2] Apa dia hari yang menggemparkan itu?
[3] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -
[4] (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,
[5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.
[6] Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -
[7] Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.
[8] Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -
[9] Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”
[10] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu?
[11] (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.
Dalam surah ini, Allah menggambarkan bagaimana peristiwa dasyat akhirat itu berlaku sehinggakan manusia menjadi seperti kelkatu yang berkeliaran dan gunung-gananrg yang besar menjadi seperti bulu beterbangan sahaja. Seterusnya Allah beritahu tentang adanya Mizan, iaitu timbangan Allah Taala. Jadi barangsiapa yang mengisi masa di dunianya dengan amal soleh, maka dia akan mendapat tempat tinggal yang memuaskan hatinya. Tetapi mereka yang gagal melakukan amal soleh dan tidak percaya pada hari pembalasan, tempat tinggal mereka ialah Hawiyah. Allah juga memberitahu apa maksudnya Hawiyah kerana takut kita tersalah faham. Hawiyah ialah api yang membakar sehingga hitam warnya. Jesteru marilah kita membuat perancangan untuk berada di hari yang kekal abadi ini. Tanpa perancangan, kita takut kita akan termasuk dalam golongan yang menyesal dan membuat amalan yang terlalu sedikit. Kita takut hidup kita cuma dipenuhi dengan hiburan sahaja. Cuma ingatkan kembali, semalam dalam masa 24 jam, berapa patah perkataan yang kita sembang tentang akhirat? Kita sentiasa sembang tentang dunia, di mana-mana pun kita berada. Adakah kita telah terkena syndrom 'leka dengan dunia'?.
Sahabat Rasulullah SAW dididik untuk mengejar syurga di akhirat. Mereka sentiasa berbicara tentang syurga dan bagaimana untuk menjauhi neraka Allah. Mereka seolah-olah nampak neraka Allah dan berebut untuk berbuat kebaikan. Kita sekarang ini terlalu mengejar keduniaan. Kita tidak peduli tentang dosa atau pahala lagi - contohnya kalau buat majlis perkahwinan, yang penting nak buat‘grand’, kita tak peduli apa hukum buat pelamin, apa hukum bersanding. Dah berbuih mulut ustaz-ustaz menyebut dan melarang. Potensi kita untuk menjadi kayu api neraka Allah amatlah besar. Cicit Nabi iaitu Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Fatimah, dia sedang duduk termenung takkala kawan-kawannya sedang bermain. Hasan Basri lalu dan melihatnya. Lalu Hasan Basri cuba memujuknya dan bertanya jika dia ingin dibelikan mainan. Lalu jawab cicit Nabi, “Tuan, tidaklah kita ini dijadikan untuk bermain-main.” Mendengar itu Hasan Basri pun terduduk. Lalu ditanya Hasan Basri, “Apakah yang sedang kau fikirkan?” Lalu jawabnya, “Aku memikirkan potensi diriku sebagai kayu api neraka Allah. Setiap kali aku melihat ibuku memasak. Aku melihat ibuku meletakkan kayu-kayu kecil sebelum memasukkan kayu besar. Jadi aku risau aku akan dijadikan umpan untuk dibakar di dalam neraka sebelum kayu-kayu besar seperti Tuan akan dibakar.” Begitu sekali pemikiran cicit Nabi yang baru berumur 10 tahun ketika itu. Bandingkanlah dengan diri kita yang sudah berumur 30, 40 tahun tapi malangnya masih tidak-tidak sedar lagi. Oleh itu, memang layaklah keluarga Nabi SAW diberikan tempat di syurga Allah SWT.
Sambungan perbincangan sebelum ini:
Telaga Al-Kauthar
Selepas solat terawih, kita selalu doa agar kita dapat diberi minum di telaga Al-Kauthar. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu, baunya lebih harum daripada kasturi. Syarat untuk boleh minum ialah jangan mengubah ajaran Nabi SAW. Jika kita buat begitu, kita akan disekat daripada meminum walaupun Nabi sudahpun ingin menuangkan air kepadanya. Tanpa air ini, manusia takkan dapat mandiri di akhirat. Seteguk sahaja akan dapat menghilangkan haus selama-lamanya. Tanpa meminum air telaga ini, kita takkan dapat mandiri keadaan di Masyar yang begitu panas. Jadi kita berjaga-jaga dan mengamalkan sunnah Nabi jika ingin minum air Telaga Kauthar.
Sirat:
Sirat merupakan jalan merentasi neraka yang perlu dilalui oleh semua manusia. Hujung jalannya ialah syurga. Ahli syurga akan berjaya sampai ke hujung, manakala ahli neraka pula akan terjatuh ke dalam api neraka Allah. Orang yang beriman, yang pernah mengucapkan ‘La ila ha ilallah’ tidak akan kekal dalam akhirat, dan akan dimasukkan ke syurga juga akhirnya. Namun kita tak mahulah transit di akhirat. Kita ingin menjaga kehidupan kita dan mengharapkan Allah memasukkan kita tanpa hisab ke dalam syurga. Amiin.
Syurga dan Neraka:
Syurga dan neraka ada berbagai lapisan berbeza. Janganlah kita ambil mudah dengan neraka Allah. Jika kita betul berani, cuba bakar pipi dengan puntung rokok. Nescaya berbekas dan pasti merasa pedih jika terkena air. Itu baru puntung rokok, belum api yang sebenar, dan belum lagi api neraka Allah yang dibakar sehingga hitam warnanya.
Kesimpulan:
Mari kira rajin-rajinkan berbicara tentang akhirat supaya jelas 'siaran' kita. Dengan siaran yang jelas barulah jelah pilihan jalan kehidupan dan amalan kita. Berceritalah tentang nikmat syurga agar kita bersemangat untuk mengejar nikmat syurga yang Allah janjikan. Jika tak mengetahui tentang nikmat syurga, bagaimana untuk timbul perasaan masuk ke dalam syurga? Bersabarlah ketika di dunia kerana di syurga nanti tiada larangan atau suruhan untuk melakukan apa-apa. Manusia akan boleh hidup sebebas-bebasnya.
Sebagai penutup, mari kita ambil kisah sahabat Nabi sebagai pengajaran. Sahabat Nabi ini bernama Harithah dan baru berumur 17 tahun. Suatu pagi Nabi SAW bertemu Harithah dan bertanya khabarnya. Lalu jawabnya, “Aku beriman dengan iman yang sebenar.” Nabi SAW pula bertanya, “Setiap perkara ada alamatnya. Apa alamat iman kamu?” Harithah menjawab, “Alamat imanku yang pertama: Nafsuku jadi tawar dengan dunia seluruhnya. Bagiku emas dan batu sama sahaja.” Oleh itu kita juga perlu rasa tawar hati dengan dunia, jangan terleka dengan nikmat dunia yang sementara. Seterusnya, Harithah berkata lagi, “Kedua, aku buat ibadat seolah-olah aku lihat Allah dan seolah-olah aku mendengar gelak tawa ahli syurga, dan seolah-olah aku mendengar jeritan ahli neraka”. Lalu Nabi jawab, “Engkau adalah lelaki yang Allah terangi hati dengan cahaya dan hendaklah engkau istiqamah dengan jalan ini”. Jadi maksudnya untuk nampak syurga dan neraka, kita perlu dapatkan 'cahaya' dari Allah. Seterusnya Harithah memohon untuk mati syahid dan permintaannya diperkenankan. Marilah kita ambil pengajaran daripada sahabat Nabi ini yang tiada langsung minta di hatinya dengan dunia walaupun dia seorang yang masih sangat muda.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Akhir-akhir ini telah banyak berlaku tanda-tanda kiamat yang kecil. Yang tinggal hanyalah tanda-tanda kiamat yang besar. Apa pendapat ustaz dan bagaimana dengan kumpulan manusia yang menanti tanda-tanda tersebut?
J: Betul, hendak tak hendak, kiamat itu akan berlaku dan tanda-tandanya akan kelihatan satu persatu. Ada satu kisah yang diceritakan dalam satu hadis Nabi SAW, di mana Jibril datang dengan menyerupai seorang lelaki dan bertanya kepada Nabi, “Bilakah akan berlaku kiamat?” Nabi pun menjawab dengan mengatakan bahawa orang yang bertanya itu lebih mengetahui. Kemudian Jibril bertanya pula tentang tanda-tanda hari kiamat. Mereka yang mengambil perhatian akan tanda-tanda ini akan meningkatkan amal bakti untuk berdepan dengan hari akhirat. Mereka tak akan sibuk mengira bila tarikh akan berlakunya kerana yakin bahawa hanya Allah yang tahu. Antara tanda yang Nabi SAW sebut adalah – berlaku banyak kerosakan dalam masyarakat, manusia berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit. Kedatangan Nabi juga adalah tanda dekatnya kita dengan akhirat. Antara tanda lain, ibu bapa menjadi hamba anak-anak sendiri. Saya tertarik dengan satu kata-kata: “Jika ibu bapa kaya, anak-anaknya akan dilayan seperti raja. Tetapi jika anak-anak kaya, ibu bapa akan dilayan seperti hamba”. Mari renungkan kebenaran kata-kata ini dan sama-sama kita ambil pengajaran. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar anak-anak jangan kurang ajar dengan ibu bapa.
S: Ada yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 21.12.2012. Apa kesan jika ada orang Islam yang percaya dengan kenyataan ini?
J: Tarikh kiamat hanya diketahui Allah SWT. Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak tahu sedangkan baginda telah pun menjelajah ke alam akhirat ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Allah sembunyikan tarikh ini sebagai hikmah agar kita terus taat kepada Allah dan meninggalkan maksiat. Kita jangan tertipu dengan pengiraan musuh-musuh Allah sedangkan kita ada sumber lebih hebat iaitu daripada Allah terus melalui Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Allah telahpun berfirman dalam surah Luqman, “Hanya Allah sahaja yang tahu tentang kiamat.” Dengan jawapan ini yakinlah dengan perkataan Tuhan. Tak usah ragu-ragu dan terus bertanya.
S: Seorang lelaki rajin solat tetapi dia tidak mahu menuntut ilmu dan berbuat maksiat dan terlibat dengan riba. Apakah kesan kepada isteri dan anak-anaknya? Mohon nasihat ustaz.
J: Solat tidak menjamin tempat di syurga. Sebaliknya Allah jamin akan mempermudahkan jalan ke syurga jika seseorang itu rajin pergi ke majlis ilmu. Tanpa ilmu, seseorang tidak sedar yang dia sedang melakukan perkara yang Allah murka. Sebagai contoh, jika terlibat dengan riba, seumpama seseorang itu berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Solat tanpa kusyuk dan tiada roh, yang hanya berbentuk fizikal semata, tidak akan diterima Allah. Solat tanpa roh tidak akan mampu mencegah kita berbuat fahsyak dan mungkar. Oleh itu cari ilmu dan perbaikilah solat agar solat diterima, menjauhkan diri daripada fahsyak dan mungkar. Setiap gerakan dalam solat sepatutnya mengingatkan kita kepada akhirat dan melupakan kita pada dunia. Hanya solat seperti ini yang akan diterima dan memberatkan timbangan di akhirat.
S: Mohon ustaz tolong huraikan maksud hadis “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata benar atau diam”. Adakah tasbih 'Subhanallah wa bi hamdih, Subhanallh hil 'azim'?
J: Betul, inilah adalah satu hadis Nabi SAW. Hadis ini menekankan kepentingan menjaga lidah. Lidah kita walaupun nampak kecil, tetapi lidah banyak mengorek lubang neraka. Setiap perkataan yang kita lafazkan, malaikat raqib dan ‘atib akan catit. Tiada satu pun yang akan terlepas. Contoh jika kita buat satu lawak yang menyebabkan orang lupakan Allah, kita akan merengkok di neraka selama 40 atau ada riwayat menyebut 70 tahun. Berkenaan zikir - 'Subhanallah wa bi hamdih, Subhanallh hil 'azim', Nabi SAW ada bersabda bahwa zikir ini ringan di mulut tetapi berat di timbangan dan Allah SWT amat menyukainya. Jadi marilah kita amalkan.
S: Sebagai manusia kita tidak sunyi daripada kesilapan. Mohon berikan tip agar kita dapat kekalkan diri beriman kepada hari akhirat.
J: Jika hati kita suci, kita akan mudah nampak 'siaran' akhirat. Jika sebaliknya pandangan kita kabur tentang akhirat dan ianya melekakan kita untuk terus berbuat dosa. Tip mudah, bayangkan saja keadaan kita di padang masyar dengan berbogel, tanpa kasut dijemur di tengah panas. Cuba buat percubaan, buka kasut sahaja dan berdiri di tengah padang masyar pada waktu tengah hari. Cuba tengok berapa lama kita boleh tahan? Jika kita sedar kelemahan kita, perbanyakkanlah amalan untuk menjadi bekalan akhirat. Hari ini kita duduk pada jarak 60,000 juta km daripada matahari, tapi tanpa ‘aircond’, tanpa kipas kita sudah banyak merungut.
S: Bagaimana untuk menasihati generasi muda yang menghadapi pelbagai cabaran hari ini agar kekal dalam keimanan?

J:
Betul kita risau bagaimana keadaan anak-anak yang akan ditinggalkan.
Namun ini bukalah daya upaya kita, oleh sebab itu kita dianjurkan
untuk banyak berdoa dan memohon bantuan Yang Maha Berkuaasa, Allah
SWT. Ini diajar seperti dalam doa Nabi Ibrahim, dalam surah Ibrahim,
ayat 40 yang bermaksud:
“Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah
doa permohonanku.”
Seterusnya
amalkan doa seperti dalam surah Al-Furqan, ayat 74 yang bermaksud:
Dan juga mereka (yang
diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan
zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang
(mahu) bertaqwa.