Posts

Showing posts from July, 2012

Perihal Talak (1) – Tanyalah Ustaz 11 Ramadhan 1433H (31.07.2012)

Image
Ustaz Muhammad Abdullah Sumber grafik Bacaan surah Ar-Ruum, ayat 21-22: Kenapa kita bincang perihal talak dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya saya pun tak tahu tetapi setiap ilmu yang disebut dalam Al-Quran dan dalam hadis Nabi SAW pasti ada kebaikannya apabila kita bincangkan, InsyaAllah. Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: "Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak." Kenapa Allah benci talak? Kerana banyak perkara tak baik boleh berlaku kesan talak contohnya – pergaduhan antara bekas suami dan isteri, keluarga, nafkah anak-anak mungkin terabai dan banyak lagi. Semua orang mengimpikan keluarga yang bahagia. Ada kadang-kadang suami atau isteri datang mengadu masalah rumah tangga kepada saya. Kalau suami selalunya akan mengatakan yang isterinya tak lagi menghormatinya, kalau isteri pula akan mengatakan yang suaminya tidak lagi menyayanginya. Cuba kita perhatikan bagaimana kehidupan Nabi SAW – adakah bermasalah atau tidak? Sebenarn

Kerja Berkira (2) - Tanyalah Ustaz 10 Ramadhan 1433H (30.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah Al-Baqarah ayat 264: Dalam ayat ini, Allah jelaskan agar apa saja bentuk pemberian yang telah kita berikan tidak diungkit-ungkit sehingga orang yang menerimanya terasa hati kerana Allah boleh membatalkan pahala pemberian tersebut. Apa saja yang ingin dilakukan perlulah ada keseimbangan. Dalam bekerja, seorang suami perlu juga memberi hak masa bersama keluarganya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya bagi Tuhanmu atas dirimu ada hak, bagi keluargamu atas dirimu ada hak, dan bagi dirimu sendiri atas kamu ada hak, maka berikanlah setiap hak itu kepada yang empunyanya." Pernah berlaku pada zaman Umar, seorang gabernor dilaporkan kerana didapati dia lewat datang kerja dan kadang-kadang tidak datang langsung. Umar pun terus melakukan penyiasatan dan mengintip gabernor tersebut. Didapati rupa-rupanya isteri gabernor sakit dan dia perlu memandikan dan menguruskan anak-anak sebelum datang kerja. Apabil

Kerja Berkira (1) - Tanyalah Ustaz 9 Ramadhan 1433H (29.07.2012)

Image
Ustaz Mohd Salahuddin Mohammad Bacaan surah At-Taubah ayat 105: Jangan berkira dalam beribadat kerana Allah sentiasa memerhatikan. Kalau orang lain tadarrus, kita jangan pula tidur terus. Jika bersedekah, jangan pula pilih duit yang paling kecil dalam dompet. Jika solat tarawikh pula, janganlah berkira dan merungut apabila imam baca panjang sedikit. Buatlah apa saja ibadat, asalkan mengikut sunnah dan ikhlas kerana Allah SWT. Jangan buat amalan yang menyalahi syariat, contohnya amalan melenggang perut seperti yang pernah di amalkan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Sama-samalah kita mohon keampunan kepada Allah atas perlakuan masa lampau yang kita tidak sedar menyalahi syariat. Dalam tugas seharian, ramai yang tidak melihat segala pekerjaan seperti menghantar anak, mengambil anak dan sebagainya itu sebagai amalan yang boleh mendatangkan pahala. Oleh itu, janganlah kita merungut kepenatan dan sematkan perasaan ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilak

Kesucian Dituntut Islam (2) – Tanyalah Ustaz 8 Ramadhan 1433H (28.07.12)

Image
Ustaz Mohd Erfino Johari Bacaan ayat 61-66, surah Al-Furqan: Huraian ayat: Allah mengajar agar kita sentiasa berfikiran positif dan bahawa semua orang mempunyai peluang yang sama untuk beribadat kepada Allah, tanpa mengira perbezaan latar belakang, keturunan atau pangkat. Hadis Nabi SAW, daripada Abu Dzar ia berkata,” Ya Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang seseorang yang mengerjakan satu amal kebaikan, lalu orang memujinya? Beliau menjawab,’ itu merupakan khabar gembira bagi orang mukmin yang diberikan lebih dahulu di dunia.”(H.R. Muslim 2642, Ibnu Majah dan Ahmad). Ada pendapat yang menasihatkan agar kita tidak kerap sangat untuk solat sunat di hadapan umum agar tidak timbul perasaan riak. Namun, dalam hadis ini, dinyatakan bahawa tidak salah memberi pujian kepada kebaikan yang dilakukan seseorang. Selain itu, pujian orang boleh dianggap sebagai tanda bahawa Allah menerima amalan kita. Sambungan topik perbincangan: Tabiat lelaki apabila berkumpul

Kesucian Dituntut Islam (1) - Tanyalah Ustaz 7 Ramadhan 1433H (27.07.2012)

Image
Ustaz Erfino Johari Bacaan ayat 19-26, surah Al-Anbiya: Potongan ayat 222, surah Al-Baqarah: Allah sangat menyukai orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Dalam ayat ini, Allah gandingkan perkataan taubat dengan kesucian. Ini menunjukkan yang kedua-duanya perlu dilakukan serentak sepertimana digandingkan dalam ayat lain dalam Al-Quran, contohya ‘dirikan solat dan keluarkanlah zakat’, ‘taatlah kamu kepada Allah dan patuhilah Rasul’, dan ‘hendaklah kamu bersyukur kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu’. Inilah gaya bahawa Al-Quran yang banyak kita temui. Ini menunjukkan bahawa perbuatan taubat perlu disekalikan dengan perbuatan mensucikan diri. Mensucikan diri adalah kembali kepada Allah. Zikir mudah untuk mensucikan diri ialah “Subhanallah”. Oleh itu fokus perbincangan selama 2 hari ini adalah cara untuk bertaubat dan mensucikan diri. Perjalan mensucikan diri merupakan proses yang berterusan. Oleh itu, jika tersilap atau membuat dosa, kita

Tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah (2) - Tanyalah Ustaz 6 Ramadhan 1433H (26.07.2012)

Image
Ustaz Firdaus Subhi Alhamdulillah bertemu lagi untuk perbincangan bahagian kedua. Bacaan surah At-Taubah ayat 18-20: Huraian ayat 18: Ayat ini menunjukkan perkara yang Allah minta kita lakukan untuk menjadi orang yang beriman ialah dengan memakmurkan rumah Allah iaitu masjid. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang ringkasannya bermaksud, “Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud). Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah hukum menangguh mengerjakan amal kebajikan kerana ingin mendapatkan pahala besar? Mohon pendapat ustaz? J: Dalam bulan puasa, amalan sunat yang dilakukan mendapat ganjaran seperti amalan wajib, manakala amalan wajib pula digandakan sebanyak 70 kali. Oleh itu, contohnya mungkin ada orang yang

Tuntutan Fardhu Ain & Fardhu Kifayah - Tanyalah Ustaz 5 Ramadhan 1433H (25.07.2012)

Image
Ustaz Firdaus Subhi “Tambahkanlah oleh kamu bekalan dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa”. Bacaan surah Ali Imran ayat 110-112: Ayat 110 menceritakan kelebihan umat Muhammad SAW. Sebab ayat ini diturunkan: Ada dua orang Yahudi datang berjumpa Nabi SAW dan mereka mengatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada apa yang dibawa Nabi SAW. Orang Islam menjadi sedih lalu Allah turunkan ayat ini. Dalam ayat ini Allah nyatakan umat Nabi SAW adalah terbaik kerana mereka menyeru kepada kebaikan dan mereka beriman kepada Allah. Kenapa Allah dahulukan perkataan berbuat kebaikan sebelum perkataan beriman? Dalam tafsir Al-Munir, disebutkan bahawa Allah ingin menunjukkan kelebihan umat Nabi SAW adalah menyeru kepada kebaikan (berdakwah) dan mencegah kemungkaran. Namun, dalam banyak-banyak kebaikan yang dibawa oleh Islam, yang mana yang wajib dilakukan dahulu? Ulama-ulama usul banyak membincangkan perkara ini dan mereka membahagi hukum syarak kepada dua: hukum taklifi dan wa

Islam Itu Indah (2) – Tanyalah Ustaz 4 Ramadhan 1433H (24.07.2012)

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan ayat 77, surah Al-Qasas: Islam merupakan agama samawi yang diturunkan untuk menjadikan manusia itu hebat. Ada 4 perkara penting yang Allah nyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi: Kita hidup di dunia sebagai peluang untuk mencari kebaikan untuk akhirat. Nabi SAW berkata bahawa dunia adalah ‘ladang’ untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan kita kutip di akhirat nanti. Allah mengingatkan agar kita tidak lupa kehidupan di dunia. Kita dibenarkan mencari kekayaan dan kebahagiaan asalkan tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan. Jika kita berharta, jangan pula kita jadi bongkak seperti Qarun. Harta perlu dijadikan sebagai alat untuk kita membuat kebaikan di dunia. Berbuat baik kepada semua makhluk, tak kira manusia, haiwan atau alam. Islam juga mengajar agar kita membuat kebaikan kepada orang yang buat jahat pada kita. Inilah indahnya Islam. Contohnya, Nabi SAW selalu disakiti oleh bapa saudaranya, Abu Lahab. Namun Nabi SAW te

Kurafat Dalam Rawatan Penyakit (3) – Tanyalah Ustaz 15.07.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah Yunus ayat 81-83: Alhamdulillah bertemu lagi dalam bahagian ke-3. Ayat yang dibacakan tadi menceritakan kisah Nabi Musa melawan sihir daripada tukang-tukang sihir Firaun. Nabi Musa membatalkan sihir ular dengan mencampakkan tongkatnya. Tongkat yang merupakan mukjizat Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang lebih besar lalu menelan semua ular-ular kecil tukang sihir. Setelah melihat kejadian ini, tukang-tukar sihir pun akur dan mengaku untuk menyembah Allah SWT. Ayat-ayat ini elok diamalkan sebagai tujuan ayat pembakar sihir. Nabi Muhammad SAW ada menyatakan bahawa pada akhir zaman, akan berlaku banyak khurafat di sana sini. Nabi Muhammad SAW  bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik, dan bertanya sesuatu dan dia membenarkan perkataanya, Allah tak terima solatnya selama 40 hari.” Perkara ini sangat banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Khurafat merupakan virus yang lebih bahaya berbanding AIDS, kerana i